Sunday, March 30, 2008

Ini hanya jurnal apa yang aku luahan daripada pemikiran dan pemerhatian ku. Mungkin ianya bukan yang terbaik dan mengikuti spesifikasi jurnal praktikum sebenar. Namun aku akan memperbaikinya dari masa kesemasa.

Minggu Ke - 2 ( 24 - 28 Mac )

Minggu ke dua Praktikum ini Pelatih agak sibuk dengan persediaan kunjungan Pensyarah Pembimbing, lawatan rombongan Unit Pendidikan Khas Negara Brunei Darussalam dan juga beberapa mesyuarat peringkat sekolah. Seperti sebelumnya setiap Hari Isnin Pelatih bertugas memantau murid Pendidikan Khas semasa perhimpunan dan juga aktiviti mereka semasa rehat. Pelatih tidak perlu tertekan semasa mengawal @ membubut mereka kerana sememangnya mereka begitu. Adalah sesuatu yang agak "menghairankan" apabila guru - guru terutamanya guru PK merasa malu atau tertekan atau marah sekiranya mereka terpaksa mengejar murid yang berlari semasa perhimpunan. P&P, keseluruhan berjalan dengan baik. Kekangan - kekangan semasa P&P seperti murid lewat sampai ke sekolah dan juga tingkah laku murid merupakan antara perkara yang sering dihadapi guru - guru dalam melaksanakan P&P. Bagi Pelatih, Pelatih akan meneruskan aktitviti tersebut walaupun dengan seorang murid dan akan mengulangnya kepada murid yang baru sampai juga (mengikut situasi).
Rombongan Unit Pendidikan Khas Negara Brunei pada 18 Mac 2008. Pelatih ditugaskan untuk mengemaskini dan menceriakan papan kenyataan PK. Bagi memastikan ianya siap dalam tempoh yang singkat, Pelatih meminta bantuan daripada empat orang Pelatih IPG Keningau yang kebetulan sedang menjalani ROS di PKSKBP. Persediaan kunjugan rombongan tersebut dilanjutkan sehinggah petang hari. Pada keesokkan harinya, Pelatih ditugaskan sebagai antara guru yang menyambut kedatangan rombongan. Pelatih melibatkan dua orang murid PK untuk mengagihkan buku atucara dan juga cenderahati kepada rombongan. Dan Pelatih agak gembira kerana murid yang Pelatih pilih bijak menyambut rombongan. Sungguhpun begitu, pada hari ini Pelatih meninggalkan satu tugas lagi. Sepatutnya Pelatih perlu menjaga Kelas Kekwa dari pagi sehinggah habis waktu P&P (11.55 a.m) tetapi Pelatih hanya menjaga kelas tersebut sebelum dan selepas kedatangan rombongan. Perkara ini menimbulkan beberapa miscommunication kepada guru lain. Perkara ini bukannlah masalah besar namun ianya masih kesilapan Pelatih yang tidak meninggalkan pesan atau meminta bantuan daripada guru lain untuk take over sebentar tugas Pelatih menjaga Kelas Kekwa.
Antara yang dapat dipelajari daripada kunjugan UPKB itu ialah penggunaan istilah Intergrasi dan Inklusif. Negara Brunei tidak menggunakan istilah intergrasi dalam sistem PK mereka. Satu perkara lagi ialah Negara Brunei tidak melibatkan murid PK di peringkat sekolah rendah dengan sebarang aktiviti luar sebaliknya hanya melibatkan murid sekolah menengah. Perkara lain yang Pelatih sedari ialah, kebanyakkan aktiviti yang selama ini melibatkan murid PK di sekolah-sekolah PK adalah anjuran NGO seperti Speacial Olympics. Pelatih dapati amat kurang aktiviti yang dianjurkan oleh pihak JPK. Mungkin situasi ini berbeza dengan PK di Semenanjung Malaysia.
Pada hari Isnin (24 Mac 2008) Pelatih dikunjungi oleh Pensyarah Pembimbing, HMR. Dalam pertemuan ini PP ada menjelaskan dan berbincang beberapa perkara berhubung dengan peranannya selaku PP, peranan GP dan juga peranan Pelatih dalam tempoh 3 bulan (17 Mac - 20 Jun) Praktikum ini. PP juga sempat berpesan kepada bahawa perlu enjoy dalam melaksankan tugas. Pelatih amat setuju. Dalam melaksanakan tugas, kita perlu enjoy dan gembira dengan itu tekanan seharian dapat dikurangkan. Dan itulah yang telah Pelatih amalkan dalam melaksanakan tanggungjawab Pelatih selaku Guru Pelatih dan juga Pelajar di IPG. Pelatih perlu bijak dalam pengurusan stress dan masa memandangkan Pelatih ada dua tanggungjawab dalam satu masa iaitu sebabai Guru dan juga Pelajar IPG. Hari Rabu merupakan pemerhatian pertama oleh PP. Keseluruhannya berjalan dengan baik. PP berpuashati dengan P&P Pelatih dan memberi beberapa teguran antaranya ialah penggunaan slanga dalam P&P dan juga kawalan murid. PP mendapati Pelatih ada menggunakan slanga Cina semasa penyampaian Pelatih. Perkara ini tidak dapat Pelatih sangkal kerana Pelatih sedar adakalanya Pelatih mengulang atau mengikut slanga yang digunakan murid terutamanya murid berketurunan Cina. Dari segi kawalan murid, kebetulan kebanyakkan murid dan guru PK pada hari tersebut melaksanakan latihan persembahan untuk Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) di luar bilik darjah. Murid di bawah kendalian Pelatih agak tertarik dengan aktiviti latihan tersebut dan ini menyebabkan seorang daripada murid Pelatih keluar kelas tanpa Pelatih sedar. PP menyatakan agar Pelatih lebih alert dengan situasi tersebut. Begitu juga dengan penggunaan gunting semasa P&P. Pelatih dinasihatkan agar menyatakan peraturan penggunaan gunting kepada murid. Sungguhpun PP menilai P&P pada hari ini pada tahap BAIK, Pelatih masih tidak merasakan perkara memuaskan Pelatih walaupun Pelatih yakin pada diri Pelatih. Ini kerana ada beberapa perkara yang lain yang menyebabkan keberjayaan P&P pada hari ini iaitu
1. Keadaan yang tidak sesak seperti biasa. Ini kerana kebanyakkan murid terlibat dengan latihan persembahan MAC yang diadakan diluar bilik darjah.
2. Jadual waktu P&P pada hari ini adalah waktu pagi (8.40 a.m - 9.40 a.m). Kebiasaannya pada waktu sebegini kebanyakkan murid belum lagi pada tahap aktif dan mudah untuk mengikuti dan menerima pembelajaran.
3. Pelatih menggunakan benda maujud sebagai BBM. Pelatih menggunakan telefon talian tetap dan telefon bimbit dalam P&P dan ianya berjaya menarik minat P&P.
4. Perkara yang paling penting adalah keyakinan dan kenaturalan yang Pelatih tunjukkan semasa penyampaian P&P. Dan ini diakui oleh PP.
Bagi Pelatih adalah perlu dipertonjolkan situasi sebenar murid PK semasa P&P kepada PP. Pelatih kurang bersetuju beberapa cadangan yang mencadangkan agar Pelatih memilih murid yang 'pandai' sahaja semasa pemerhatian oleh PP. Pelatih memilih untuk memperlihatkan keadaan sebenar mengajar murid PK yang terdiri daripada pelbagai tahap kebolehan dan tingkah laku. Pelatih bukan orang yang suka akan kemcerlangan yang sementara dan topeng aja.
Minggu ini terdapat dua mesyuarat yang perlu Pelatih hadiri. Pertama Mesyuarat AJK Kantin. Hasilnya banyak perkara yang perlu dilaksanakan dalam "membaik pulih" kantin. Pelatih selaku AJK Kebersihan bersama Cikgu FAB dipertanggungjawabkan sebagai AJK Kebersihan. Ya sudah pasti tugas kami ialah memastikan kebersihan kantin mesti berada pada tahap BERSIH. Apa yang Pelatih lihat, belum wujud komunikasi yang baik diantara pihak AJK (sek) dengan pihak pengurusan kantin. Oleh itu, bagi Pelatih perlu ada komunikasi yang baik diantara kedua-dua pihak. Kedua2 pihak perlu menyenaraikan keperluan masing-masing dan saling berbincang untuk memenuhi keperluan tersebut tanpa ada rasa prejudis. Mesyuarat ke dua pula ialah mesyuarat PSMI... Pelatih menghadirinya kerana Pelatih merupakan Guru Matematik. Mesyuarat kali ini berkisar tentang perlunya perubahan dalam p&p Mata Pelajaran Matematik dan Sains. Amatlah penting bagi seorang guru Sains dan Matematik menguasai Bahasa Inggeris dalam memastikan murid dapat mengikuti P&P dalam Bahasa Inggeris. Bagaimana guru itu dapat menguasainya adalah bergantung kepada inisiatif guru tersebut. Bagaimana berkesannya P&P adalah juga bergantng kepada usaha guru itu. Perkara lain yang dibincangkan ialah penggunaan ICT dalam P&P dan juga suasana P&P yang ceria. Bagi Pelatih ianya bukanlah sesuatu yang rumit untuk dilaksanakan kerana Pelatih pasti setiap guru yang dipertanggungjawabkan sebagai guru Sains dan Matematik sudah diberi pendedahan cuma mereka perlu kreatif dan berinisiatif untuk menjadikan pendekatan ICT ini tidak menyusahakan. Satu perkara lagi, Pelatih dilantik sebagai Setiausaha untuk JK ini. Pelatih menerimanya sebagai satu lagi sesi pembelajaran untuk Pelatih. Pelatih sebenarnya bukan tiada pengalaman tetapi kurang pengalaman selaku setiausaha. Oleh itu Pelatih perlu lebih berinisiatif untuk melaksanakan tugas ini dengan baik. Tambahan pula Pelatih yakin akan ada tugas lain lagi akan diserahkan kepada Pelatih pada masa depan. Oleh itu Pelatih perlu bersedia dari sekarang.
Berhubung dengan tugasan, Pelatih juga dipertanggungjawabkan selaku AJK Buku Atucara bagi Majlis Anugerah Cemerlang 2008 (3/4/08) yang diketuai oleh Cikgu MYMN dan juga Cikgu MMZ. Untuk tugas ini Pelatih cukup berpengalaman dalam menyediakan buku atucara, ucapan Canselor, Naib Canselor, Pengarah Projek dll sebagai AJK Protokol semasa di U. Buat masa ini Pelatih tidak diberi tugas lagi selaku AJK Buku Atucara. Bukan Pelatih mengelak daripada diberi tugas. Mungkin Pelatih agak bernasib baik kerana berada dibawah ketua yang sukar untuk meminta bantuan. Atas dasar tanggungjawab, Pelatih hanya mampu berpesan kepada ketua sekiranya beliau memerlukan bantuan beritahu sahaja Pelatih tetapi jangan di saat akhir kerana Pelatih ada beberapa tanggungjawab lain selaku Pelajar IPG.

****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau minta di pihak...copy n paste tidak dibenarkan******

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns