Saturday, March 1, 2008

Januari 2008
Guru - guru PK SKBP telah mengadakan mesyuarat untuk membincangkan perlaksanaan Projek Rintis Rancangan Pendidikan Individu d SKBPPKBP. Pada mesyuarat kali ini, setiap guru diberikan 2 / 3 orang murid. Guru bertanggungjawab merancang dan menyediakan bahan RPI, bertemu dengan ibubapa murid dan juga menyediakan bahan pembelajaran murid bagi mencapai matlamat RPI murid. Keberkesanan dan keberjayaan RPI ini bergantung kepada inisiatif guru RPI, kerjasama guru mata pelajaran, pentadbir dan juga ibubapa serta kerluarga murid.
Semoga usaha murni ini mendatangkan hasil dan kita boleh melihat perubahan murid tersebut sebelum mereka ke SM kelak. Saya sebagai GDL terlalu banyak persoalan dan adakalanya saya pun tidak tahu apa yang saya tidak tahu sehinggahlah sesuatu keadaan atau situasi itu berlaku. Dan ini dinamakan belajar melalui pengalaman kerana teori yang saya pelajari sepertinya tidak berlaku atau diamalkan di sekolah. Pendekatan saya dalam kes ini perhati dan belajar dan melaksanakan mengikut apa yang mampu. Untuk merubah amalan dan budaya adalah mustahil sebabnya, saya masih GDL dan belum berpengalaman serta yakin (takut lebih kuah dari lauk).
Februari 2008
Bermula guru - guru PK merancang bagi pengisian RPI murid masing - masing. Kurang pasti darimana mereka bermula, namun yang pasti aktiviti merancang mereka termasuklah berbincang sesama mereka, berbincang dengan guru kelas, guru mata pelajaran dan juga ibubapa/penjaga murid. Bagaimana untuk perlaksanaan seterusnya? Terpulanglah kepada inisiatif guru - guru.....
(GDL)

2 comments:

Mrmnj said...

sy merupakan guru pelatih yg ambil opsyen pdidikan khas (LD) kat kent, tuaran.. byk yg sy tak tau ttg pendidikan khas ini, syg harap tuan punya blog sudi berkongsi info pd sy.. saling bertukar nota & maklumat amat sy perlukan.. -mrmnj.blogspot.com

March 21, 2009 at 5:47 AM
ari said...

hehhehe... ble ba ..kita kongsi... sy pun masih belajar...Pend. Khas ni masih baru... so marilah kita belajar sama2....

March 21, 2009 at 2:15 PM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns