Tuesday, April 29, 2008

Bawa jumpa psikiatri
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN

“BERJUMPA pakar psikiatri? Buat apa? Anak saya bukan sakit jiwa, dia sihat. Dalam keluarga saya tiada yang sakit jiwa. Tidak mungkin perkara itu terjadi pada anak saya.”Ini reaksi biasa yang diterima daripada sebahagian besar masyarakat apabila diberitahu ada ahli keluarga mereka perlu dirujukkan kepada pakar psikiatri.Ramai takut dikaitkan dengan perkataan ‘psikiatri’, seolah-olah ia najis yang tidak hilang. Stigma negatif ini menyebabkan ramai tidak mahu mengaku walaupun tahu mereka perlu bantuan pakar.Apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, bukan bermakna dia sakit jiwa atau kurang siuman, cuma kesihatan mentalnya mungkin terganggu. Ini bermakna dia mungkin tidak dapat berfikir secara normal seperti kanak-kanak lain.
Masalah kesihatan mental bukan gila atau kurang siuman. Kesihatan mental adalah cara kita berfikir, merasa, berkelakuan dan berinteraksi dengan orang lain. Ia juga boleh mempengaruhi persepsi seseorang pada diri sendiri dan bagaimana dia melihat masalah serta bertindak menyelesaikannya.
Perunding Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja, Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM), Profesor Madya Dr Aili Hanim Hashim, berkata banyak faktor mempengaruhi kesihatan mental seseorang, antaranya kurang perhatian keluarga, cara dibesarkan, dianiaya dan didera serta kejadian negatif dalam keluarga seperti ibu bapa kerap bergaduh, suka marah dan menjerit atau menggunakan kekerasan.Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrif kesihatan mental sebagai set lengkap kesejahteraan yang membabitkan fizikal, mental dan sosial. Di seluruh dunia, dianggarkan 20 peratus kanak-kanak mengalami masalah kesihatan mental yang kebanyakannya tidak dikesan dan tidak menerima rawatan.Ibu bapa biasanya mengambil sikap lepas tangan atau tutup sebelah mata walaupun sedar anak mereka menunjukkan kesukaran kerana menganggap perkara itu akan hilang apabila anak dewasa, tetapi hakikatnya masalah akan menjadi lebih serius jika tidak ditangani awal.Banyak masalah kesihatan mental berlaku pada kanak-kanak seperti Gangguan Daya Tumpuan dan Hiperaktif (ADHD); Gangguan Daya Tumpuan (ADD), masalah pembelajaran (disleksia), terencat akal dan autisma. Namun, masalah paling kerap berlaku ialah ADHD dan ADD.Berdasarkan program bersama Jabatan Psikiatri PPUM dengan lima sekolah rendah di Petaling Jaya, didapati lebih 50 murid sekolah mengalami masalah ADHD dan secara purata setiap kelas ada seorang kanak-kanak ADHD dalam peringkat berbeza.Kadar kelaziman masalah mental di kalangan kanak-kanak ialah satu hingga tiga peratus dan kajian mendapati kira-kira 10 peratus orang dewasa turut mengalami masalah ini yang mungkin diperoleh ketika dewasa atau bermula sejak kecil.Menurut Perunding Psikiatri PPUM Dr Subash Kumar Pillai, walaupun ada ibu bapa menolak apabila dinasihatkan membawa anak berjumpa pakar psikiatri, kebanyakannya bersetuju selepas memahami keadaan sebenar yang dialami anak.Lebih penting, di kalangan murid yang menerima rawatan, lebih 50 peratus menunjukkan peningkatan prestasi dalam pelajaran. Pada peringkat awal, kanak-kanak ADHD tidak menimbulkan banyak masalah selain dilabel sebagai kanak-kanak hiperaktif dan ketinggalan dalam bilik darjah, tetapi ia memberi banyak kesan negatif, termasuk masalah sosial apabila meningkat dewasa.“Masalah kurang daya tumpuan yang dialami menyebabkan kanak-kanak ADHD tidak dapat belajar dengan baik. Mereka tidak boleh memberi tumpuan pada pelajaran dan sukar menyudahkan tugasan. Akibatnya, mereka akan ketinggalan dalam pelajaran.“Kanak-kanak ADD juga ada masalah sama seperti ADHD, bezanya mereka tidak hiperaktif. Pada pandangan kasar mereka sama seperti kanak-kanak normal lain, tetapi tidak dapat memberi tumpuan di bilik darjah. Mereka sering dilabel sebagai pelajar malas, lembab dan diletakkan di dalam kelas terakhir,” katanya.Masalah kesihatan mental ini juga ada banyak peringkat dan sesetengahnya hanya menunjukkan tanda di tempat tertentu seperti di sekolah atau rumah saja. Namun isu lebih besar ialah kelewatan pengesanan dan diberi rawatan sehingga menimbulkan masalah lain.Antara punca kelewatan ini ialah:
Tanda dan gejala tidak jelas atau tidak kelihatan. Ibu bapa menganggap gejala dialami sebagai kenakalan biasa dan tiada kaitan dengan penyakit mental.Sedangkan hakikatnya perlakuan kanak-kanak yang nampak malas, tidak mahu belajar, suka menyendiri dan sukar menyiapkan tugasan disebabkan penyakit dan mereka perlu dibantu dengan berjumpa pakar untuk diberi rawatan sewajarnya.
Guru dan keluarga tidak tahu atau kurang jelas dengan gejala yang ditunjukkan kanak-kanak.
Ramai ibu bapa tidak pasti ada rawatan mampu membantu anak mereka.
Kesan stigma terhadap rawatan psikiatri yang dianggap hanya untuk orang sakit jiwa. Malah, ada ibu bapa tidak tahu kewujudan pakar psikiatri kanak-kanak.Tanda ADHDTanda ADHD boleh dibahagikan kepada tiga bahagian. Bukan semua tanda ini ada pada kanak-kanak ADHD, tetapi untuk mengesahkan seseorang kanak-kanak mengalami ADHD dia perlu menunjukkan tanda di sekurang-kurangnya dua situasi contohnya di rumah dan sekolah.Tanda kurang tumpuan
Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari.
Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran.
Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya.
Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian.
Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.
Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir.
Kerap hilang barang.
Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran.
Pelupa.
Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira.Tanda hiperaktif
Tidak boleh duduk diam dan jika duduk, tangan atau kaki bergerak (digoyangkan).
Sering meninggalkan tempat duduk dalam bilik darjah.
Berlari atau memanjat yang keterlaluan.
Sukar bermain sendiri.
Sentiasa bergerak seolah-olah di kakinya ada ‘motor’.
Terlalu banyak bercakap.Tanda impulsif
Kerap menjawab sebelum soalan habis ditanya.
Sentiasa tidak sabar menunggu giliran.
Kerap mengganggu orang lain.“ADHD lebih kerap berlaku pada kanak-kanak lelaki (tiga kali ganda) tetapi tiada siapa tahu sebabnya. Kanak-kanak ADHD menunjukkan kelakuan terlalu aktif, tidak sabar menunggu giliran, terutama ketika beratur, dan tidak mampu menumpukan perhatian pada satu-satu aktiviti.“Mereka juga biasanya menjawab sebelum soalan habis ditanya dan kerap memotong cakap orang. Walaupun memotong cakap orang adalah normal bagi kanak-kanak berumur enam hingga tujuh tahun, tetapi untuk kanak-kanak ADHD ia keterlaluan dan menjadi masalah.“Bukan mereka tidak mahu menumpukan perhatian atau sengaja berkelakuan hiperaktif, tetapi ia berlaku di luar kawalan mereka. Malah, ADHD antara faktor menyebabkan kanak-kanak selalu hilang apabila di tempat awam, seperti pusat beli-belah,” katanya.Uniknya kanak-kanak ADHD boleh menghafal dengan baik, tetapi bukan dalam subjek pelajaran. Bahkan mereka juga berisiko untuk menipu (berlaku secara automatik) untuk menyelamatkan diri daripada dimarahi ibu bapa atau guru.Mengapa perlu diberikan rawatan seawal mungkin?ADHD atau ADD boleh memberi kesan besar dalam pencapaian akademik, perkembangan sosial dan peningkatan kerjaya seseorang. Gangguan ini lebih sukar dirawat jika masalah ini hanya dikesan ketika remaja kerana sudah menjadi sebahagian kelakuan mereka.Selain itu, hubungan keluarga yang keruh memburukkan lagi masalah ADHD dan ADD anak. Faktor ini termasuk interaksi negatif antara ibu bapa dan adik beradik, kawalan terlalu ketat, kemurungan ibu, sikap bapa yang anti sosial dan masalah perkahwinan.Bagi pesakit remaja, semua faktor ini menyebabkan mereka lebih rapat dengan kawan dan cenderung mengabaikan keluarga, terutama ibu bapa yang sering memarahi mereka.Ia juga dianggap antara faktor yang boleh menyebabkan remaja ADHD dan ADD lari dari rumah.Kira-kira 30 hingga 40 peratus remaja ADHD keciciran pelajaran dan hanya lima hingga 10 peratus berjaya belajar hingga ke peringkat tinggi.Remaja ADHD juga menunjukkan sikap suka berlengah, melawan guru, terbabit dalam aktiviti seks dan hamil pada usia sangat muda.Apabila bekerja, 70 hingga 80 peratus sukar menunjukkan prestasi kerja yang diharapkan dan ramai tidak mendapat kenaikan pangkat walaupun bekerja berpuluh tahun lamanya. Jika berniaga, isteri yang akan menguruskan semua hal ehwal perniagaan.Kira-kira 40 hingga 50 peratus individu dewasa ADHD mengamalkan hidup anti sosial. Mereka lebih cenderung terbabit dalam kemalangan kerana tidak sabar dan suka memandu laju, suka melanggar peraturan, panas baran, berkelakuan kasar serta mudah mengalami kemurungan.Justeru, ibu bapa dan guru perlu memberi lebih perhatian kepada kanak-kanak, terutama jika mereka berkelakuan luar biasa berbanding kanak-kanak normal.Antara cara yang boleh dilakukan ibu bapa ialah meluangkan masa melakukan aktiviti bersama anak seperti bermain, bersembang, membaca atau tidur kerana melalui cara ini mereka dapat mengesan perlakuan tidak normal.Bagi guru kaunseling, bertanyakan masalah murid ketika di sekolah juga sebenarnya sangat penting untuk membantu meningkatkan tahap kesihatan mental kanak-kanak.Jadi apabila diberitahu anak anda perlu dirujuk pada pakar psikiatri, usah melenting, sebaliknya ambil tindakan segera bagi mengesahkan sama ada anak anda mengalami masalah kesihatan mental atau tidak.Anda boleh menghubungi klinik psikiatri PPUM di talian 03-7949 4422 sambungan 3098 untuk mendapat maklumat lanjut atau 03-7949 3099 bagi membuat temujanji atau sebarang hal berkaitan perubatan dari jam 2 hingga 4 petang setiap hari.
#2 Bawa jumpa psikiatri: Kesan masalah mental tidak dibantu
> Kanak-kanak tidak boleh belajar dan melaksanakan tugasan seperti orang lain.
> Berisiko hilang minat untuk belajar (mungkin akan mengalami keciciran dalam pelajaran).
> Berisiko untuk ponteng dan berkemungkinan dibuang sekolah.
> Cepat terpengaruh dengan kawan untuk mencuba sesuatu yang melanggar peraturan seperti merokok dan mengambil dadah. Suka melawan, membantah dan kurang memberi kerjasama dengan orang dewasa.
> Mereka menggunakan kekerasan dan ugutan untuk mendapatkan apa yang diingini.
> Berisiko untuk lari dari rumah.
> Berisiko tinggi bertindak agresif atau terbabit dalam aktiviti seksual.
> Emosi berubah menjadi murung, sedih atau cepat marah.
> Bersama dengan perubahan emosi, mereka sering memiliki pemikiran negatif terhadap diri sendiri dan alam sekitar, merasa diri tidak berguna, hilang harapan dan rasa bersalah. Mereka juga sering menyalahkan diri sendiri atau orang lain. Apabila sampai ke tahap ini, mereka boleh bertindak ganas terhadap diri sendiri atau orang lain.
> Berfikiran tiada gunanya meneruskan hidup.
#3 Bawa jumpa psikiatri: Prestasi akademik
> Guru mengadu anak ada masalah membaca, menulis dan mengira.
> Prestasi sekolah tidak memuaskan, walaupun kanak-kanak itu berusaha.
> Prestasi menurun secara mendadak.
#4 Bawa jumpa psikiatri: Tanda kurang tumpuan
> Sukar memberi tumpuan pada apa yang dipelajari.
> Sukar mengekalkan tumpuan pada permainan atau pelajaran.
> Kelihatan tidak mendengar apabila kita bercakap dengannya dan kena panggil banyak kali untuk mendapat perhatiannya.
> Biasanya sukar mematuhi arahan dan tidak dapat menghabiskan sesuatu tugas. Jika boleh pun biasanya mengambil masa sangat lama, ini termasuk makan, mandi dan memakai pakaian.
> Sukar menguruskan tugas dan aktiviti.
> Selalu mengelak, tidak suka atau tidak mahu melakukan kerja yang memerlukan otak untuk berfikir.
> Kerap hilang barang.
> Tumpuan mudah terganggu dengan persekitaran.
> Pelupa.
> Menghadapi masalah belajar, terutama membaca, mengeja dan mengira.
# 4 Bawa jumpa psikiatri: Perkara pengaruhi mental seseorang
> Kebijaksanaan dan pemikiran.
> Cara dibesarkan (pengaruh ibu bapa dan keluarga). Hubungan keluarga yang keruh seperti kerap bergaduh, tidak mesra, suka marah-marah, menggunakan keganasan dan ugutan akan memberi pengaruh negatif pada kesihatan mental kanak-kanak.
> Pengaruh persekitaran (rakan, sekolah dan jiran).
> Tekanan luaran, contohnya tekanan yang dialami orang dewasa juga boleh memberi kesan pada kanak-kanak.
> Trauma mental, contohnya penganiayaan, kehilangan orang yang disayangi, mala petaka.
> Kemiskinan.
> Tiada sokongan atau contoh yang boleh dijadikan panduan.
> Mempunyai penyakit fizikal dan mental.
# 5 Bawa jumpa psikiatri: Emosi
> Menyuarakan kebimbangan, ketakutan atau cemas.
> Muka dan perasaan muram, sentiasa menangis.
> Cepat marah dan hilang kawalan diri.
> Berasa bingung, tertekan, susah hati dan tidak gembira.
> Mengadu susah tidur, sentiasa bermimpi buruk atau sedih.
> Sukar menumpukan perhatian dan tidak boleh berfikir dengan betul.
> Sentiasa berfikiran negatif, hilang keinginan untuk hidup, putus asa atau hendak lari dari rumah.
> Mengadu sudah disentuh oleh orang lain dan sentiasa berasa tidak selesa serta tidak dapat melupakan kejadian itu.
> Takut gemuk dan mulai mengelak makanan
# 6 Bawa jumpa psikiatri: Kelakuan
> Guru atau rakan sekolah mengadu kanak-kanak itu tidak boleh duduk diam, sentiasa bergerak, meninggalkan tempat duduk, bercakap ketika guru mengajar atau mengacau rakan lain.
> Hiperaktif, gelisah, tidak boleh duduk diam melainkan ketika menonton televisyen atau bermain komputer.
> Sentiasa tidak boleh mengikut arahan, tidak boleh bekerjasama dan menggunakan kekerasan atau ugutan terhadap orang lain (dewasa mahupun sebaya).
> Membuli dan sering menggunakan kekerasan.
> Sering dibuli.
> Sukar berkawan.
> Mudah marah dan bertindak agresif, contohnya menjerit, membaling atau memukul.
> Berlaku perubahan pada corak pemakanan atau tidur.
> Hilang atau kurang tenaga dan tiada motivasi.
> Hilang atau kurang minat pada persekolahan atau aktiviti yang dulunya digemari.
> Makan terlalu banyak atau sebaliknya iaitu membuang, menjauhi atau takut hendak makan.
Bawa jumpa psikiatri
Oleh Norlaila Hamimah Jamaluddin
“BERJUMPA pakar psikiatri? Buat apa? Anak saya bukan sakit jiwa, dia sihat. Dalam keluarga saya tiada yang sakit jiwa. Tidak mungkin perkara itu terjadi pada anak saya.”Ini reaksi biasa yang diterima daripada sebahagian besar masyarakat apabila diberitahu ada ahli keluarga mereka perlu dirujukkan kepada pakar psikiatri.Ramai takut dikaitkan dengan perkataan ‘psikiatri’, seolah-olah ia najis yang tidak hilang. Stigma negatif ini menyebabkan ramai tidak mahu mengaku walaupun tahu mereka perlu bantuan pakar.
Dah dua minggu aku tak buat jurnal mingguan... Banyak benda dalam pikiran ku...
1. Tugasan
2. Diriku
3. Masa Depan ku
4. Adik2Ku
5. Kereta masa depan ku
6. Praktikum ku
7. Elaun ku
8. PTPTN ku
Sabda Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam At-Tarmizi dan Imam Ahmad dan Imam Ibni Hibban yang bermaksud:
”Roh seseorang mukmin itu tergantung yakni dihalang daripada tempat yang mulia dengan sebab hutangnya sehinggalah hutangnya itu dijelaskan”..

9. Anak2 murid ku
10. Jerawat ku.... hehhehehehheheh

Saturday, April 26, 2008

Filem "Rain man" satu contoh persepsi television terhadap autisme. Dalam cerita tersebut seorang dewasa dgn autisme, pintar dlm kemahiran matematik dapat menyaingi permainan judi di Las Vegas. Tidak semua individu dgn autisme mempunyai kemahiran yang sama seperti "Rain man". Ini satu persepsi yg salah. Sebenarnya ramai individu dgn autisme sukar atau jarang menyamai "Rain Man". Sebaliknya ada pula rancangan tv yang mempamerkan individu dgn autisme sebagai kumpulan yang sering menyendiri, terasing dalam dunia mereka sendiri, tidak berupaya berkomunikasi atau memberikan atau menerima perasaan kasih sayang. Ada yang menganggap seandainya dapat dikeluarkan mereka dari kepompong dunia mereka, maka terserlah kepintaran yang tersembunyi di dalam diri mereka. Individu dgn autisme juga dipaparkan sebagai agresif atau mencederakan diri sendiri. Semua yg telah disebutkan hanyalah mitos umum, mengenai autisme. Terdapat ramai individu dengan autisme boleh belajar bercakap dan berkomunikasi menggunakan bahasa isyarat, simbol gambar, dan bantuan teknologi, walaupun menghadapi ketidakupayaan yang mereka alami menjejaskan cara mereka menyampaikan atau menerima perasaan.
Bagaimanakah sebenarnya rupa autisme? Terdapat ramai individu dengan autisme mempunyai ciri-ciri spt kekurangan upaya atau defisit dalam kemahiran berkomunikasi dan asas kemahiran hidup, tetapi ciri-ciri kanak-kanak autisme tidak serupa. Juga ramai ahli profesional merujuk autisme sebagai "pelbagai masalah" (spectrum disorder).
Mendifinisikan Autisme Autisme masih kurang difahami dan dianggap paling misteri dalam kumpulan "pervasive developmental disorders [PDD]."
Ramai pula yang tidak pernah berjumpa atau mengenali individu dgn autisme. The National Institute of Child Health and Development (2003) menyatakan autisme ialah masalah biologikal yang kompleks dan dihadapi individu sepanjang hayatnya. Individu dengan autisme menghadapi masalah interaksi sosial dan komunikasi. Jadi mereka menghadapi masalah pertuturan atau mereka tidak dapat menumpukan atau memberikan perhatian kepada anda. Mereka berkelakuan tertentu, atau mengulang-ngulangkan [ekolalia] perbuatan tingkah laku tertentu (spt tidak mendengar arahan kecuali diletakkan pensil secara selari, atau menyatakan ayat tertentu berulang-ulang kali). Mereka mungkin bertepuk tangan menyatakan mereka gembira dan mencederakan diri sendiri untuk menyatakan sebaliknya.
1943 Leo Kanner telah mengenalpasti gejala yang menjelaskan ciri-ciri autisme. Kanner (1943/ 1983) menghuraikan istilah autistik sebagai "mengelakkan diri dari realiti/kehidupan sebenar." Sebelum Kanner, kanak-kanak dgn masalah autisme dilabelkan sebagai "schizophrenia, febble minded, idiot, mentally retarded, mbecile, childhood schizophrenia, early infantile autism, childhood onset pervasive deveopmental disorder." Anggapan apabila dewasa mereka menjadi schizophrenia diakui tidak benar oleh beberapa pengamal profesional.
Kanner menghuraikan kanak-kanak ini mempunyai daya ingatan yang tinggi, lambat perolehan pertuturan dan bahasa (termasuk sebutan terbalik, ekolalia, dan masalah literasi) dan terlalu menekankan perlakuan yang sama. Perkataan "autisme" dipinjam dari perkataan yang pernah digunakan untuk menjelaskan sifat schizophrenia yang bermaksud menarik diri daripada perhubungan dan menutup diri dari dunia luar.
Diagnostic and Statistical Manual of Mental Disorder-Text Revised (DSM-IV-R) (American Psychiatric Association, 2000) kini menerima autisme sebagai berpunca dari pelbagai masalah perubatan yang kompleks, melibatkan genetik, persekitaran, dan neurologikal (Piven, 1997). Tetapi penyelidik masih belum menjumpai "penawar"nya.
Sumber: http://www.teleautism.net/

Wednesday, April 16, 2008

JURNAL MINGGU 4 ( 7 – 11 APRIL 2008 )

Pada minggu ini kami di Pendidikan Khas hanya ada empat hari persekolahan. Ini berikutan cuti peristiwa sempena Sukan Mini Meet yang dianjurkan oleh Special Olympics Kota Kinabalu, Sabah pada hari Ahad (6 April 2008) lalu. Sepanjang minggu ini seperti biasa p & p berjalan dengan baik dalam erti kata Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP). Sungguhpun tidak semua murid yang hadir mengikuti P&P dengan baik, Pelatih berpuas hati kerana ada juga dikalangan murid tersebut cepat memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pelatih. Kebanyakkan p&p Pelatih dalam minggu ini menggunakan stick yang buat sendiri sebagai alat untuk membilang dan murid memahami akan itu.
Pelatih akan meneruskan beberapa aktiviti dan kemahiran yang diajar pada minggu hadapan bagi memastikan murid lebih menguasai kemahiran tersebut. Tambahan pula ada diantara murid – murid tersebut yang tidak hadir ke sekolah atau lewat datang setiap kali waktu Mata Pelajaran Matematik bermula. Perkara ini membuatkan murid tersebut ketinggalan berbanding dengan rakan – rakan lain. Kelawatan murid ke sekolah sebenarnya bukannya sahaja masalah yang dihadapi oleh Pelatih seorang malah guru – guru senior yang lain terutamanya yang mengajar diawal waktu pagi. Selain itu, kebanyakkan murid Pendidikan Khas juga diambil oleh ibubapa atau pemandu van sekolah lebih awal daripada waktu pulang (11.55 a.m) sepatutnya. Pelatih tidak memandang masalah mengambil anak lebih awal sebagai masalah besar terutamanya bagi murid yang hyperaktif. Ini kerana kebanyakkan murid mula tidak fokus kepada p&p diakhir – akhir waktu persekolahan. Ada pernah satu kejadian yang murid hyperaktif ini lewat diambil oleh van sekolahnya dan dia merasakan dia ditinggalkan. Tanpa disedari oleh sesiapa, murid ini keluar sekolah dengan tujuan pulang ke rumah dengan sendirinya. Apabila disedari guru – guru mula risau dan bertindak mencari sehinggah ke luar sekolah. Walaupun buat kali tersebut murid tersebut tidak mengalami sebarang kecelakan, namun ia merupakan tanggungjawab guru. Selain itu keadaan luar kelas yang semakin bingit dengan suara murid sesi petang juga menjadi faktor murid kurang tumpuan belajar.
Minggu ini juga Pelatih menghadiri Kelas Bahasa Inggeris yang diadakan untuk guru Mata Pelajaran Matematik dan Sains. Program ini dinamakan Program Rakan Taulan di mana, guru Matematik dan Sains sebagai Guru Taulan (GT) manakala guru Bahasa Inggeris sebagai Guru Pembimbing (GP). Pelatih suka menghadiri kelas ini memandangkan ianya mampu mempertingkatkan penguasaan Bahasa Inggeris Pelatih bukan sahaja dalam pengajaran Matematik malah dalam komunikasi harian. Minggu ini kami Guru Taulan mempelajari Bab Komunikasi. Pelatih dapati banyak yang Pelatih perlu perbaiki samada dalam penulisan dan komunikasi Bahasa Inggeris ini. Pelatih akui yang Pelatih agak lemah dalam kemahiran tatabahasa berbanding komunikasi dalam Bahasa Inggeris sejak zaman sekolah lagi. Memandangkan Pelatih yang berperwatakan “muka tembok” sikit, Pelatih tidak malu atau kekok bercakap dalam Bahasa Inggeris walaupun Pelatih tahu sebutannya ada yang tidak betul. Bagi Pelatih kesalahan tatabahasa dan sebutan semasa perbualan bukanlah masalah besar memandangkan Pelatih masih berada di Negara Malaysia yang Bahasa Inggeris bukanlah bahasa utamanya. Apa yang penting kedua – dua pihak dalam komunikasi tersebut faham apa yang disampaikan dan diterimanya. Kebiasannya Pelatih mengaplikasikan perbualan dalam Bahasa Inggeris ini ketika berbual atau bertanyakan sesuatu kepada pegawai pemasaran di sesebuah kedai dan kaunter – kaunter bank. Pelatih merasakan dengan cara ini Pelatih boleh berlatih berbual dalam Bahasa Inggeris.
Diakhir sesi program tersebut, Pelatih ada dipanggil oleh Penolong Kanan 1 yang juga terlibat dalam program ini memandangkan Beliau juga Guru Matematik. Pn. Carol meminta minit mesyuarat PPSMI daripada Pelatih. Sememangnya Pelatih sudah tahu Pn. Carol akan meminta minit mesyuarat tersebut oleh itu Pelatih sudah menyediakan lebih awal. Memandangkan sikap bertangguh Pelatih, Pelatih tidak mencetaknya untuk disemak. Walaupun Pn. Carol tidak berkata apa, namun Pelatih masih rasa kurang senang dengan sikap bertangguh Pelatih. Pelatih seharusnya memberikan salinan draf mini mensyuarat tersebut kepada Pn. Carol sebelum diminta. Pelatih berharap Pelatih tidak akan mengulangi sikap ini memandangkan orang lain boleh menilai siapa kita melalui cara kerja dan rasa tanggungjawab kita terhadap kerja.
Perkara lain yang berlaku dalam minggu ini ialah lawatan sambil belajar Pelatih Institut Perguruan Gaya seramai 59 orang diiringi tiga orang pensyarah ke Pendidikan Khas SK Bukit Padang. Antara lain tujuan lawatan pelatih – pelatih ini juga ialah mengetahui ‘apa itu’ Pendidikan Khas serta melaksanakan aktiviti p&p terhadap murid pendidikan khas mengikut minor mereka. Pelatih juga berkesempatan berbual dengan seorang pensyarah mereka berhubung dengan isu pendidikan khas. Antara topik perbualan kami ialah tanggungjawab ibubapa kepada anak istimewa mereka, punca – punca lahirnya anak istimewa dan kemudahan untuk mereka serta kejayaan beberapa orang kurang upaya yang dikenali. Apa yang membanggakan beliau ialah kesabaran dan kesungguhan yang berlipat ganda yang ada dalam guru – guru pendidikan khas. Beliau juga berbangga adanya guru – guru muda seperti Pelatih yang sudi menjadi guru Pendidikan Khas. Harapan Beliau dapat memberi pendedahan dan menarik minat pelatih – pelatih IPG untuk berkecimpung dalam dunia Pendidikan Khas.



****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau minta di pihak...copy n paste tidak dibenarkan******
PANDUAN PRAKTIKUM
PENGAJARAN BERPASANGAN
1.Konsep
Satu strategi yang melibatkan dua orang pelajar bekerjasama merancang pengajaran pembelajaran, memerhati pengajaran rakan sebaya dan memberi maklum balas tentang persediaan dan penyampaian pelajaran semasa praktikum.

2.Objektif
Melalui pengajaran berpasangan pelajar dapat
2.1.mewujudkan kerjasama di kalangan pelajar secara formal berasaskan ungkapan “two heads are better than one”.
2.2.berfikir dan berbincang mengenai teknik pengajaran pembelajaran, cara-cara meningkatkan pembelajaran murid dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengan tugas mereka.
2.3.berlatih dan mencuba pelbagai kemahiran mengajar.
2.4.mengkaji kelemahan pengajaran pembelajaran mereka dan berikhtiar mencari jalan untuk mengatasinya.
2.5.memerhati pengajaran orang lain dan membina kemahiran memerhati serta menilai.
2.6.kreativiti.

3. Garis Panduan

3.1. Pengajaran berpasangan mengandungi ciri-ciri berikut:
3.1.1. Peringkat-peringkat perkembangan kemahiran:
a) Pengurusan bilik darjah dan merancang persediaan mengajar.
b) Kemahiran mengajar.
c) Menganalisis dan mengkaji semula kemahiran mengajar serta mencuba pendekatan, strategi, kaedah dan teknik yang berlainan.

3.1.2. Proses pembelajaran berlaku melalui:
a) perbincangan,
b) pemerhatian, dan
c) maklum balas.


3.1.3. Jenis-jenis interaksi:

a) “Tandem”: proses dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama merancang dan mengajar sesuatu pelajaran.
b) “Berpasukan” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar bersama-sama merancang pengajaran tetapi mengajar berasingan.
c) “Individu” : proses interaksi dalam aktiviti pengajaran berpasangan di mana dua orang pelajar berbincang bersama tetapi menyediakan pelajaran dan mengajar berasingan.

3.2. Pengajaran berpasangan hendaklah dijalankan pada minggu kedua hingga keempat Praktikum Fasa I (bagi pelajar KDPM)/Praktikum (bagi pelajar KPLI, KPLI SR, dan KPLD).

3.3. Pelaksanaan pengajaran berpasangan adalah tertakluk kepada pertimbangan pihak Jawatankuasa Praktikum, seperti menyedia senarai semak bagi panduan membuat pemerhatian dan perbincangan.

3.4. Penyeliaan pengajaran berpasangan tidak diberi gred.

4. Perkara-perkara Yang Diberi Perhatian Dalam Pengajaran
Berpasangan

4.1. Pensyarah perlu menyedarkan pelajar bahawa percanggahan idea perlu diatasi secara profesional.
4.2. Pelajar dikehendaki menetapkan masa dan kelas di mana pengajaran berpasangan akan dijalankan.
4.3. Guru pembimbing/pensyarah pembimbing memastikan pengajaran berpasangan dijalankan.
4.4. Pelajar diberi latihan semasa pengajaran mikro/makro.


REFLEKSI

DEFINISI

Satu pemikiran secara mendalam di mana seseorang itu akan memikirkan atau merenung semula situasi yang telah dilalui untuk menganalisis apa yang telah dilakukan dan mengapa dilakukan sedemikian (Woolfolk, 1995)

KONSEP

Refleksi ialah Satu proses mengingat dan merenung kembali pengalaman dan aktiviti yang telah dialami serta menganalisis dan menilai kelebihan dan kekurangannya yang bertujuan memikirkan cara
memperbaiki dan mengubahsuai untuk panduan dan kegunaan di masa hadapan

RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI

1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam
situasi tertentu
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih
objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara)
3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunianya dan
dunia orang lain
4. Pelatih menjadi lebih senang menerima dan kurang menghakim
5. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran
masa hadapan

PRA SYARAT UNTUK MEMBUAT REFLEKSI

Keterbukaan
melihat masalah dari semua aspek
mengambil kira semua maklumat yang diperoleh sebelum membuat keputusan pengajaran
Bertangggungjawab
bertanggungjawab di atas kejayaan dan segala kegagalan
Kerelaan
komitmen sepenuhnya terhadap pengajaran
rajin mengajar semua murid
CADANGAN UNTUK MENGATASI
TINDAKAN SUSULAN
ANALISISdapat memenuhi keperluan profesion

KEPENTINGAN REFLEKSI

Membuat penilaian kendiri
Berfikir secara analitik, kritis & kreatif
Menganalisis aktiviti pengajaran pembelajaran di sekolah
Mencari alternatif dalam membuat keputusan
Mencari jalan penyelesaian
Mengubah tingkah laku

JENIS-JENIS REFLEKSI (SCHON, 1987)
1. Refleksi ke atas tindakan
Refleksi terhadap praktis, tindakan dan pemikiran seseorang selepas sesuatu sesi praktis
2. Refleksi semasa tindakan
Refleksi terhadap fenomena, pemikiran dan tindakan semasa praktis
3. Refleksi untuk tindakan
Hasil yang diperlukan daripada kedua-dua jenis refleksi
Bertujuan memandu seseorang ke arah tindakan masa depan

CIRI-CIRI GURU REFLEKTIF
1. Sentiasa mempelajari dan memahami sesuatu yang baru hasil daripada pengalamannya yang telah dilalui
2. Sentiasa berfikir tentang tujuan, isi, kandungan dan tindakan dalam konteks pengajaran
3. Sentiasa melihat sesuatu isu, situasi atau masalah dari pelbagai
perspektif agar penyelesaian terbaik dapat dibuat dengan lebih sistematik
4. Berusaha memperbetulkan sebarang kesilapan dan perlakuan semasa merancang dan melaksanakan pengajaran
5. Boleh menghubung kait apa yang dipelajari atau dialami dengan tugas dan kehidupan harian
6. Sentiasa mempelajari daripada apa yang dibuat agar memberi makna kepadanya dalam konteks peribadi, profesion, masyarakat dan negara

SOALAN YANG BOLEH DIKEMUKAKAN UNTUK REFLEKSI

> Apakah yang telah saya lakukan ?
> Apakah akibat / hasil tindakan saya ?
> Mengapa terjadi demikian ?
> Apakah perasaan saya ?
> Apakah yang telah saya pelajari ?
> Apakah tindakan saya selepas ini?

CADANGAN KOMPONEN REFLEKSI
> Perasaan/Bisikan Hati
- bagaimana perasaan, apa yang dirasa
> Analisis/Penilaian
- menilai secara objektif
> Kesedaran Baru/Harapan
- kesimpulan dari peristiwa yang berlaku
> Cadangan/Tindakan
- langkah akan diambil

CONTOH REFLEKSI 1

Saya telah melaksanakan aktiviti kumpulan. Ini merupakan kali
pertama saya melakukan kaedah ini. (PERISTIWA)

Saya gembira dan berpuas hati kerana aktiviti yang dirancang
dapat dilaksanakan dengan berkesan. Semua pelajar melibatkan
diri secara aktif. Arahan dipatuhi dan terdapat pelajar
menyumbang idea dan pendapat yang bernas. (PERASAAN)

Saya memulakan pengajaran dengan membahagi kelas kepada
beberapa kumpulan mengikut kebolehan. Saya memberi tajuk
yang sesuai untuk dibincangkan. Saya menjelaskan langkah-
langkah dan peraturan yang perlu dipatuhi. Saya rasa saya telah
bertindak sebagai fasilitator yang berkesan.
(MENILAI/MENGANALISIS)

Saya menyedari kini semua pelajar mempunyai potensi dan guru
harus menggilap potensi mereka. (HARAPAN/KESEDARAN
BARU)

Untuk pengajaran di masa hadapan, saya bercadang
melaksanakan aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar, yang mampu
merangsang pemikiran pelajar seperti forum, projek, perbahasan.
(CADANGAN/TINDAKAN)


CONTOH REFLEKSI 2
Saya amat kecewa kerana gagal memberi penerangan dengan
Berkesan disebabkan murid di belakang kelas yang agak bising.
(PERASAAN)

Walaupun saya menyediakan BBM, tapi ia gagal menarik
perhatian murid. Mungkin BBM tersebut tidak menarik. Atau
mungkin ia kurang jelas (disebabkan penggunaan warna yang
kurang sesuai) bagi murid di belakang kelas. Untuk mengawal
kelas saya telah mengetepikan BBM dan menyuruh murid
menyalin nota di papan kapur ke dalam buku catatan mereka.
(ANALISIS DAN KESEDARAN)

Pada masa akan datang saya akan membina BBM yang bukan
sahaja cantik bahkan menitikberatkan aspek warna yang
digunakan agar dapat menarik perhatian murid. Saya juga akan
meminta pandangan dan nasihat rakan dan guru pembimbing.
(CADANGAN/TINDAKAN)


PENULISAN JURNAL

1. KONSEP
Satu bentuk catatan berterusan mengenai sesuatu peristiwa, masalah, pencapaian atau bidang yang perlu diberi penekanan. Jurnal bertujuan membantu pelajar merenung, menilai dan menjadikannya sebagai asas untuk mengambil tindakan susulan.

2. OBJEKTIF
Pelajar dapat:
2.1. menyimpan catatan penglibatannya di sekolah semasa praktikum untuk renungan.
2.2. menilai tugas dan tanggungjawab yang telah
dijalankannya.
2.3. menjadikannya asas/panduan tindakan susulan.
2.4. meningkatkan kepekaannya terhadap bidang tugas guru.
2.5. menjadikannya sebagai bahan perbincangan dengan pensyarah pembimbing/guru pembimbing.
2.6. meningkatkan kemahiran profesionalismenya.
3. GARIS PANDUAN

3.1. Pelajar dikehendaki menulis dan menyimpan jurnal sepanjang praktikum (sekurang-kurangnya seminggu sekali)
3.2. Catatan hendaklah merupakan butiran seperti peristiwa, masalah, pencapaian dan bidang-bidang penting semasa praktikum serta mengandungi pandangan dan cadangan utk tindakan pembetulan/ penambahbaikan.
3.3. Satu jangka masa ditetapkan untuk melaksanakan cadangan-cadangan mengatasi masalah yang telah dicatatkan.
3.4. Pelajar dikehendaki membuat catatan bagi mengesan kemajuan tindakan susulan yang telah dicatatkan.
3.5. Gunakan jurnal sebagai saluran merenung kembali tugas mereka sebagai guru.
3.6. Pelajar diminta membawa jurnal yang lengkap dan kemaskini sepanjang masa praktikum untuk disemak.

4. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN DALAM PENULISAN JURNAL

4.1. Bimbingan perlu diberi oleh pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk memastikan perkara-perkara yang relevan dan kritikal sahaja dicatatkan.
4.2. Kandungan jurnal mesti dibincang bersama antara pelajar, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing.

RASIONAL MEMBUAT REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL

1. Dapat mengimbas kembali segala perasaan yang timbul dalam
situasi tertentu
2. Membezakan antara perasaan dan fakta (gambaran yang lebih objektif dan rasional terhadap sesuatu perkara)
3. Pelatih menjadi lebih peka dan prihatin terhadap dunia pendidikan dan bidang tugas guru
4. Menyimpan catatan penglibatan di sekolah semasa praktikum
5. Menjadi bahan perbincangan dengan guru/pensyarah pembimbing
6. Pelatih dapat menyediakan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan

PELAKSANAAN REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL
> Guru Pelatih dikehendaki menulis refleksi pada RPH selepas setiap pengajaran .
> Penulisan Jurnal dibuat sekurangnya sekali seminggu yang mengandungi perkara/masalah/isu yang lebih spesifik

DIMENSI PENULISAN JURNAL
a) Diri guru pelatih sendiri - kemahiran mengajar
- hubungan interpersonal
- penampilan diri, sikap, disiplin
b) Murid/pelajar - pembelajaran dalam bilik darjah
- penglibatan, tugasan, peperiksaan
- penampilan diri, sikap, disiplin
c) Rakan sejawat dan persekitaran - suasana menjalani praktikum
- interaksi dengan guru lain

KEMAHIRAN-KEMAHIRAN MENGAJAR YANG BOLEH DIJADIKAN PANDUAN UNTUK REFLEKSI DAN PENULISAN JURNAL

> Permulaan / set induksi
> Mempelbagaikan rangsangan
> Memberi pengukuhan
> Menyoal
> Memberi penerangan
> Menggunakan contoh / ilustrasi
> Menerapkan nilai dan kemahiran berfikir
> Menggunakan Sumber P & P
> Bercerita
> Menggunakan papan kapur
> Menguruskan bilik darjah
> Penggabungjalinan & Penyerapan
> Suara, intonasi,arahan
> Penutup

FORMAT JURNAL (1)

1. Catatan peristiwa/kejadian/masalah dan lain-lain
2. Perasaan/pandangan terhadap catatan
3. Analisis terhadap sebab perkara itu berlaku
4. Apakah cadangan tindakan untuk mengatasinya
5. Tempoh masa untuk penyelesaian
6. Cara menilai kejayaan
7. Tindakan susulan

CONTOH JURNAL

1. Masalah, Pandangan/perasaan : Saya selalu menghadapi masalah dalam memberi arahan yang tepat.Setiap kali saya beri arahan, ada sahaja sebilangan murid yang keliru dan saya terpaksa mengulangi arahan saya. Saya rasa kecewa.

2. Analisis : Situasi ini timbul mungkin kerana (a) bahasa saya, (b) arahan panjang
3. Cadangan untuk memperbaikinya :
a. baca buku tentant cara beri arahan
b. latih beri arahan yang ringkas dan tepat
c. sedia semua arahan yang akan diberi dalam RPH
d. pastikan semua murid beri perhatian sebelum saya beri arahan
e. minta pandangan rakan pelatih, guru pembimbing dan pensyarah pembimbing

4. Tempoh masa penyelesaian : akan cuba atasi masalah ini dalam tempoh dua minggu
5. Cara menilai kejayaan : saya akan memohon kerjasama pasangan saya, pensyarah pembimbing dan guru pembimbing untuk menilai kejayaan saya dalam aspek ini
6. Tindakan Susulan : setiap kali saya mengajar, saya akan menyediakan arahan saya dan berlatih sebelum saya memasuki kelas. Saya akan beri perhatian kepada aspek ini sehingga menjadi satu kebiasaan

CONTOH FORMAT / LANGKAH MENULIS REFLEKSI KRITIKAL
Murid-murid di sekolah ini dan di bilik darjah saya suka buang masa, termenung atau yang baik akan tidur. Saya selalu berfikir bagaimana saya dapat menolong murid membuat jadual belajar sendiri, juga bagaimana saya dapat memasukkan rasa takut jika kita buang masa, kerana masa terlalu berharga untuk dibuang begitu sahaja.

Untuk menjadi contoh yang tidak buang masa susah juga. Curu harus buat apa yang dikatakan dan untuk membuat perkara yang baik, bukan hanya di hadapan pelajar, tetapi pada setiap masa. Saya belum di tahap itu! Seperti sentiasa membaca, menambah ilmu, menyoal dan bersedia untuk mengajar. Ini memanglah satu perkara yang agak sukar untuk saya buat sendiri.

Saya juga seperti pelajar, saya perlu ditegur dan dinasihati oleh Guru Besar atau Guru Panitia saya. Saya rasa semua orang begitu. Kita ini sama, manusia yang lemah dan lalai !

Saya banyak menempuh kegaglan kerana saya kurang percaya kepada orang lain. Oleh itu, saya kurang meminta pertolongan daripada rakan sejawat. Sekarang saya sedar bahawa rakan sejawat adalah sumber yang belum saya manfaatkan. Saya tahu Saaban akan tolong saya reka satu jadual untuk murid-murid di kelas saya. Saya sedar bahawa murid tidak boleh berfikir seperti guru. Otak mereka belum matang. Saya rasa kalau saya minta mereka sendiri reka jadual tentu mereka tak buat !

Saya dan Saaban akan reka satu jadual belajar sendiri untuk kedua-kedua kelas. Saya bercadang akan berbincang mengeai strategi mengajar yang baik dalam perkaedahan mata pelajaran Matematik dengan Saaban pada minggu hadapan kerana saya ingin memperbaiki strategi pengajaran saya dalam mata pelajaran Matematik.

Saya akan bersama Saaban merancang topik Logarizam dan beliau akan bersama saya untuk menilai pengajaran saya. Selepas itu saya akan berbincang dengannya untuk mencari tempat sesuai untuk menampal jadual belajar sendiri untuk dilihat oleh pelajar


PORTFOLIO

KONSEP

> Portfolio atau profil profesional merupakan satu koleksi dokumen yang memberi gambaran tentang seorang profesional dari segi pengetahuan, kemahiran, pengalaman, kelayakan, matlamat dan pencapaian. Oleh itu portfolio bukan sekadar C.V atau rekod perkhidmatan. (Teacher Education Division, Ministry of Education Malaysia, March 1997 ‘PETEP’; Profiling Portfolios For The Teaching Practicum, Kuala Lumpur.)

KEPENTINGAN PORTFOLIO

> Portfolio merupakan koleksi hasil kerja pelajar yang memberi gambaran tentang sejarah usaha pelajar dan pencapaiannya dalam bidang tertentu. Koleksi termasuk penglibatan pelajar dalam pemilihan bahan kandungan, garis panduan pemilihan, kriteria dan bukti refleksi kendiri pelajar.
(Arter & Paulson, 1990)
> Portfolio diperlukan kerana ia dapat memberi gambaran menyeluruh tentang seorang profesional. Ia merupakan koleksi, “snopshots” tentang pencapaian Guru Dalam Latihan (GDL) pada suatu masa, termasuk kekuatannya, bidang yang perlu diusahakannya, harapan dan aspirasinya

CIRI-CIRI PORTFOLIO

Portfolio mesti menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelatih: iaitu rasional, matlamat, pengalaman, halatuju dan harapan
Portfolio mempunyai matlamat berbeza dari semasa ke semasa. Oleh itu ia haruslah dikemaskini dari semasa ke semasa
Sesuatu portfolio boleh mempunyai beberapa tujuan pada satu
masa, dengan syarat ia tidak bercanggah. Misalnya bahan yang terdapat di dalamnya menggambarkan minat, objektif pelajar. Dalam masa yang sama, ia juga menggambarkan kehendak guru dan ibubapa
Portfolio seharusnya mengandungi maklumat yang menggambarkan kemajuan (growth)

5. Kaedah dan teknik menghasilkan portfolio memerlukan sokongan, model dan refleksi


JENIS-JENIS PORTFOLIO

I. Portfolio Kerja
n Koleksi hasil kerja harian pelajar
n Mengandungi catatan, lakaran, deraf, awal, hasil akhir
n Milik pelajar
n Kebanyakan bahan dipilih oleh pelajar
n Menggalakkan perkembangan diri melalui proses refleksi

n Memberi peluang guru melihat dan membuat refleksi tentang keberkesanan pengajaranya
n Penilaian berfokuskan penilaian formatif dan bersifat diagnostik

II. Portfolio Dokumentari
n Koleksi kerja pelajar yang dikumpulkan khusus untuk penilaian
n Kandungan bukan sahaja hasil akhir tetapi termasuk juga bukti proses yang dilalui untuk menghasilkannya
n Bahan dalam portfolio menggambarkan pencapaian pelajar sehubungan hasil pembelajaran mata pelajaran
n Kandungan portfolio memperlihatkan kekuatan dan kelemahan pelajar
n Penilaian portfolio adalah secara formatif dan sumatif

III. Portfolio Hasil
n Koleksi bahan yang dipilih khas untuk menggambarkan hasil terbaik seseorang pelajar
n Hanya mengandungi hasil akhir sahaja
n Menggambarkan pencapaian objektif pembelajaran dalam satu-satu bidang pembelajaran
n Bahan bukti mencerminkan pencapaian pelajar
n Penilaian sumatif untuk menentukan pensijilan, gred, penempatan di IPT dll.

PEMILIHAN BAHAN

Pemilihan bahan boleh dilakukan mengikut:
n Kronologi masa
n Kategori-kategori tertentu
n Susunan aktiviti – mudah ke sukar
n Kepentingan bahan – kurang penting ke yang lebih penting
n Cara lain yang difikirkan sesuai


FORMAT PORTFOLIO PRAKTIKUM

• Daftar kandungan
• Biodata / Gambar
• Surat Pengenalan Diri
• Maklumat / Nota / Panduan Praktikum
• Maklumat sekolah; Visi dan Misi sekolah, Carta organisasi, dll.
• Edaran pihak sekolah : Takwim sekolah, Pengumuman dan Makluman
• Refleksi dan Penulisan Jurnal
• Laporan Aktiviti Kokurikulum
• Rekod Kelas Ganti
• Rekod / Borang / Senarai Semak Pengajaran Berpasangan
• Rekod Penyeliaan - Borang Pemantauan Kekerapan Penyeliaan
• Borang Bimbingan / Penilaian
• Borang Kehadiran
• Senarai Nama Murid / Pelajar
• Soalan-soalan Latihan atau Ujian
• Rancangan Pengajaran Tahunan
• Huraian Sukatan Pelajaran
• Sukatan Pelajaran
• Sijil / Anugerah / Penghargaan / Surat Akuan
• Dokumen / Bahan Lain Yang Berkaitan
• Catatan Refleksi

TANGGUNGJAWAB PENSYARAH / GURU PEMBIMBING

Meminta dan mengkaji portfolio guru pelatih, pada awal atau akhir minggu apabila perlu
Menyediakan pengalaman sekolah yang sewajarnya kepada guru pelatih
Membimbing dan memastikan portfolio dilengkapkan oleh guru pelatih pada setiap minggu
Membantu guru pelatih menyediakan pernyataan profesional
Membimbing guru pelatih memahami keperluan dalam
melengkapkan folio
6. Membimbing guru pelatih memahami masalah mereka
7. Membimbing guru pelatih membuat keputusan


GARIS PANDUAN PELAKSANAAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH

1. Sukan dan Permainan

(i) Melibatkan diri dalam pengajaran dan persiapan pasukan
(ii) Membantu Guru Penasihat melatih kumpulan/pasukan dalam pertandingan
(iii) Membantu Guru Penasihat dalam satu pertandingan yang dirancang seperti pertandingan antara kelas, sekolah atau karnival
(iv) Pelajar dikehendaki membuat laporan aktiviti kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang praktikum.

2. Unit Beruniform

(i) Melibatkan diri dalam satu Unit Beruniform yang diikuti oleh pelajar semasa di maktab.
(ii) Membantu Guru Penasihat dalam latihan atau perjumpaan kokurikulum unit beruniform di sekolah
(iii) Membantu Guru Penasihat merancang dalam menjayakan perkhemahan/kursus/latihan/lawatan/projek.
(iv) Membantu penubuhan atau kegiatan yang akan dibuat oleh pihak sekolah (jika perlu).
(v) Menyelesaikan kerja atau tugasan mengikut kurikulum unit beruniform yang diikuti di maktab (jika belum selesai)
(vi) Pelajar dikehendaki membuat laporan kokurikulum yang dikendalikan dalam portfolio sepanjang praktikum

3. Aktiviti-aktiviti Tambahan

Sekiranya pelajar disahkan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti tambahan kokurikulum di peringkat sekolah/daerah/negeri dalam bidang sukan/permainan/unit beruniform seperti di bawah, pelajar berkenaan boleh diberi penilaian pada Tahap 4.
(i) Merentasi desa
(ii) Jogathon
(iii) Hari Terbuka/Hari Ibu bapa
(iv) Pasar Ria
(v) Sukaneka dan sebagainya.



PENCERAPAN KLINIKAL

1. Konsep
Pencerapan klinkal merupakan proses penyeliaan yang merangkumi ciri-ciri seperti pemerhatian pengajaran secara langsung, pengumpulan data dari pemerhatian, penganalisisan tingkah laku mengajar dan aktiviti untuk meningkatkan mutu pengajaran.

Ia satu pendekatan bimbingan yang melibatkan usaha bersama pembimbing dan guru secara demokratik untuk menyelesaikan masalah pengajaran pembelajaran di dalam dan di luar bilik darjah supaya guru lebih mahir, cekap dan peka terhadap tugas mereka

2. Objektif
Pensyara penyelia, guru pembimbing dan peserta kursus bersama-sama berusaha:
(i) memperbaiki kelemahan pengajaran pembelajaran
(ii) memperkembangkan potensi dan kemahiran

3. Lingkaran Pencerapan Klinikal
A. SIDANG PRAPEMERHATIAN
- menjalinkan perhubungan
- menentukan strategi P & P
- meramalkan hasil pembelajaran
- menentukan focus pemerhatian
E. ANALISIS SIDANG PASCA
PEMERHATIAN
- membuat refleksi dan menganalisis
sidang pasca pemerhatian

D. SIDANG PASCA PEMERHATIAN
- berbincang berdasarkan data
- membuat kesimpulan
- mengenal pasti strategi seterusnya
B. PEMERHATIAN
- memerhati pengajaran guru
- membuat catatan
- membuat huraian
C. ANALISIS
- mengkategorikan data
- menentukan strategi sidang
pasca pemerhatian
- memikirkan soalan yang akan
dikemukakan kepada pasangan

4. Langkah-Langkah Dalam Pencerapan Klinikal

A. Sidang Prapemerhatian
Peringkat ini bertujuan mewujudkan kefahaman yang menyeluruh (kerangka mental) dan langkah-langkah

(prosedur) bagi setiap peringkat pencerapan yang akan berlaku. Penyelia perlu berusaha menjalinkan perhubungan dan menyakinkan guru pelatih bahawa tujuannya adalah untuk membantu beliau dalam aspek-aspek profesional. Peringkat ini juga digunakan untuk menentukan fokus pemerhatian yang dipersetujui bersama.

B. Pemerhatian
Dalam peringkat ini penyelia memerhati pengajaran yang disampaikan oleh guru pelatih dan membuat catatan (data) Penyelia juga menyediakan huraian data bagi membantunya semasa sesi bimbingan. Pemerhatian dilakukan sepanjang waktu pengajaran bagi mata pelajaran berkenaan.

C. Analisis
Langkah ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembiming dan peserta kursus dengan tujuan:
(i) menjelaskan apa yang telah dicatat semasa pemerhatian dengan memberi fokus kepada apa yang telah dipersetujui.
(ii) Merancang strategi pencerapan yang akan dikendalikan.
Penyelia mengkategorikan data, menyediakan strategi tindakan sidang pasca pemerhatian, soalan dan kesimpulan

D. Sidang Pasca Pemerhatian
Dalam sidang ini pensyarah penyelia/guru pembimbing berbincang dengan guru pelatih tentang pengajaran dengan
- merujuk kepada perkara-perkara (episod-episod) tertentu dalam pelajaran
- mencari penerangan atau penjelasan
- mengenal pasti alternatif

E. Analisis Sidang Pasca Pemerhatian
Langkah ini melibatkan pensyarah penyelia/guru pembimbing menganalisis sidang pasca pemerhatian bagi mengkaji semula strategi pencerapan dan membuat penilaian kendiri.


PENSYARAH / GURU PEMBIMBING SEBAGAI MENTOR

1. Pendahuluan
Pementoran adalah satu program sokongan untuk peningkatan profesional para pensyarah / guru. Dengan pendedahan melalui program ini membolehkan pensyarah / guru mengukur kemampuan refleksi secara praktik. Ini akan menjadikan mereka lebih prihatin terhadap keperluan penilaian kendiri ke atas kemahiran dan sikap yang ada pada diri masing-masing. Pendekatan ini akan dapat membantu peningkatan dalam proses pencerapan klinikal dan penilaian kendiri di kalangan pensyarah / guru pembimbing dan guru pelatih. Oleh itu, pensyarah / guru pembimbing merupakan kumpulan sokongan yang perlu membimbing guru-guru pelatih menimba ilmu, kemahiran dan pengalaman masing-masing secara bersama.

2. Objektif
2.1 Membentuk asas pementoran untuk memberi sokongan semasa praktikum.
2.2 Membentuk permuafakatan dan perkongsian pintar antara sekolah dan maktab.

3. Tanggungjawab Mentor
3.1 Rancangan Pembinaan Individu (individual Development Plan)
Kaunseling dan bimbingan yang spesifik diperlukan daripada guru pembimbing bagi tujuan pembinaan pengalaman dan mengukuhkan kecekapan guru pelatih.

3.2 Mentoring dan Maklum Balas
Pensyarah / guru pembimbing mesti berperanan secara aktif dalam memantau kemajuan dan prestasi guru pelatih (mentee). Sesi maklum balas dan refleksi yang lebih konsisten perlu diadakan bagi merenung dan mengkaji semula Rancangan Pembinaan Individu. Pemerhatian klinikal hendaklah sentiasa dijalankan dan penilaian formatif diambil kira dalam setiap perbincangan.

3.3 Penasihat Strategi Kerjaya

Pensyarah / guru pembimbing memberi bimbingan secara umum yang berkaitan dengan peluang-peluang yang ada dalam organisasi dan latar belakang kerjaya serta syarat yang diperlukan untuk meningkatkan potensi dan prestasi seseorang guru pelatih. Pensyarah / guru pembimbing dengan pengalaman yang luas tentang sejarah dan budaya persekitaran sekolah merupakan individu yang paling layak untuk membantu guru-guru pelatih belajar mengenai kehidupan di sekolah dan dalam bilik darjah.

3.4 Pembimbing dalam Bilik Darjah
Mentor ini akan dilihat sebagai seorang pembimbing, model, pemberi penjelasan dan memberi “resipi” untuk membantu para pelatih. Dengan bimbingan melalui latihan-latihan yang lebih praktikal dan sistematik guru pelatih akan belajar mengambil alih tugas dan tanggungjawab guru bilik darjah. Mentoring akhirnya menggerakkan guru-guru pelatih ke arah suatu kefahaman yang lebih mendalam mengenai cara mengajar supaya dapat dipastikan yang pembelajaran telah berlaku dalam bilik darjah. Dengan cara ini mereka akan dihala ke arah perubahan, pertumbuhan dan perkembangan sebagai seorang guru.

3.5 Sponsoring dan Pengantaraan
Pensyarah / guru pembimbing merupakan penyedia hala tuju dan membantu menyusun tugasan membina secara berterusan dan mempromosikan tanggungjawab. Sebarang perhubungan yang saling menyokong memerlukan perhatian yang aktif oleh kedua-dua pihak. Guru pelatih perlu mencari bimbingan, nasihat, bersikap terbuka kepada sebarang pandangan dan cadangan pensayrah / guru pembimbing di samping sentiasa bersedia berkongsi masalah dan maklumat secara profesional.

4. Prinsip Bimbingan
4.1 Mendengar lebih daripada bercakap.
4.2 Mencelah hanya apabila perlu.
4.3 Kolaboratif (membangkitkan isu dan mengembangkan daya penyelesaian masalah)
4.4 Komitmen kepada perkembangan berterusan.
4.5 Belajar mengajar menerusi inkuri penemuan dan refleksi.
4.6 Menggunakan pengalaman mengajar guru pelatih.
4.7 Bersifat menyokong dan bukan menyerah.
4.8 Kesedaran dan amalan nilai-nilai asas (amanah, kasih sayang, kerajinan, dll)

Wednesday, April 9, 2008

Minggu 3: ( 31 Mac – 4 April 2008 )
Kebanyakkan hari – hari persekolahan pada minggu ini diisi dengan latihan persediaan Majlis Anugerah Cemerlang (MAC) kali ke-21 dan juga beberapa Mesyuarat Peringkat Sekolah. Seperti mana guru dan murid Aliran Perdana, kami di Pendidikan Khas juga tidak ketingglan melaksanakan latihan persembahan sebaik mungkin. Pelatih tidak terlibat secara lansung dalam melatih murid – murid dalam persembahan mereka kerana guru yang ada sudah mencukupi. Sepanjang sesi latihan dan raptai, Pelatih melihat kesungguhan guru – guru Pendidikan Khas ini dalam melatih murid dalam persembahan sketsa. Begitu juga dengan guru – guru yang lain. Kesungguhan guru – guru tersebut jelas membuatkan murid – murid bersemangat dalam menjalani latihan. Hasilnya dapat dilihat semasa hari Majlis Anugerah Cemerlang pada 3 Mac 2008. Murid – murid memberikan persembahan yang terbaik
.

Dalam kebingitan dan kesibukan suasana persediaan pada sehari sebelum hari MAC, seorang murid pendidikan khas telah menggigit tangan dua rakannya. Kedua-duanya berlaku kerana keinginan murid tidak dipenuhi iaitu dia tidak dibenarkan duduk di hadapan kelas (di luar bilik darjah) kerana ini akan menganggu perjalanan raptai MAC dan juga perebutan permainan dengan murid lain. Perkara ini menyebabkan sekali lagi kami yang terlibat dlm Pendidikan Khas ini membuka 'mesyuarat'. Apa yang berada dalam pemikiran Pelatih buat masa ini ialah, apakah alternatif yang boleh dicadangkan kepada penjaga murid ini selain hanya menghantarnya ke sekolah biasa seperti sekarang ini memandangkan kejadian bukan kali pertama.
Sepanjang Pelatih berada di sekolah ini, Pelatih melihat murid ini sangat memerlukan rawatan terapi memandangkan murid belum mampu mengikuti sebarang P&P. Murid ini perlukan pendekatan individual dalam menarik perhatiannya atau supaya dia fokus kepada satu perkara. Amat menyedihkan apabila ibubapa tidak dapat menerima hakikat yang anaknya memerlukan terapi khusus.Bukannya guru tidak berusaha untuk menarik perhatian murid untuk terlibat dalam P&P. Namun Dia hanya pada dunianya dan akan bertindak apabila kehendaknya tidak dituruti.
Dari segi pengajaran dan pembelajaran, ianya berjalan dengan baik. Kebanyakkan murid Tulip dan Cempaka mengikuti pembelajaran walaupun Pelatih perlu pelbalgai cara untuk menarik perhatian mereka. Pada hari ini Pelatih menggunakan stickers nombor dalam mengenal nombor. Untuk murid yang boleh membilang, Pelatih meminta mereka membilang dan mengambil serta melekatkan sticker tersebut pada buku latihan mereka. Bagi murid yang belum mengenal nombor, Pelatih meminta mereka menampal sticker mengikut nombor yang disebut Pelatih atau memadankan dengan nombor yang ada pada buku latihan mereka.
Sungguhpun begitu, Pelatih masih memikirkan cara lain untuk murid-murid memberi tumpuan dalam pnp dan juga cara paling mudah untuk murid-murid ini mengingat sesuatu pembelajaran. Pelatih khuatir sekiranya Pelatih tidak dapat mencapai objektif pembelajaran, Pelatih akan menjadi kurang motivasi untuk mengajar. Pelatih tahu akan perlunya kesabaran dan kekreatifan dalam diri seorang guru dalam mendidik murid apatah lagi murid PK. Oleh itu, Pelatih selalu berusaha mencari idea dan informasi melalui internet dan juga guru senior. Hari ini Pelatih belajar satu perkara daripada guru senior untuk aktiviti P&P Matematik bagi kemahiran mengenal dan mengingat nombor. Pelatih menyediakan sekeping kertas A4 yang telah digunting 3 bahagian (horizontal). Di atas kertas tersebut Pelatih menulis nombor 1 - 5 / 1 – 10 secara rawak atau berulang. Objektifnya, murid boleh mengingat dan mengenal nombor dengan tidak menghafal nombor berdasarkan kedudukan. Nampaknya cara ini berjaya untuk menguji kebolehan murid mengingat nombor tanpa menghafal nombor berdasarkan kedudukan.
Pada minggu ini Pelatih ada ditegur oleh Guru Pembimbing berhubung dengan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) Pelatih. Pelatih tidak menyediakan RPH dengan kemas dan jelas. Contohnya dalam objektif pembelajaran, "1. Diakhir pembelajaran murid boleh mengenal angka". Seharusnya Pelatih membuat ia lebih jelas seperti..".......murid boleh mengenal angka 3 dan 4... Oleh itu, Pelatih perlu lebih peka dengan kesilapan-kesilapan begini.
Perkara lain yang berlaku dalam minggu ini ialah berlansungnya Sukan Special Olympics Peringkat Kota Kinabalu anjuran Badan Bukan Kerajaan (NGO) Special Olympics Kota Kinabalu yang telah diadakan di Stadium Penampang pada 6 April 2008 (Ahad). Sambutan amat menggalakkan dari beberapa buah sekolah rendah dan menengah kerajaan serta pusat lain seperti Sri Mengasih. Sepanjang berlansungya Mini Meet ini, dapat diperhatikan kesungguhan guru – guru yang datang bersama murid mereka dan juga kesungguhan ibubapa serta keluarga murid/kanak-kanak atau mereka yang terlibat. Pada kali ini bersama dua orang rakan lain Pelatih ditugaskan menyediakan papan tanda sekolah untuk acara perbarisan. Pelatih juga ditugaskan dalam mendaftar atlit sekolah dalam setiap acara yang mereka ikuti. Pelatih bersama Cikgu Nor perlu memastikan setiap atlit kami berada di tempat staging sebelum acara itu bermula.
Kesimpulannya, dalam minggu ini Pelatih ada pelajari dua perkara. Iaitu menjadi seorang guru menuntut supaya kita komited bukan sahaja dengan tugas dalam bilik darjah malah di luar bilik darjah. Komited dan kesungguhan ini wujud ekoran daripada minat dan keseronokkan kita dalam melaksanakan tugas. Sebagai contoh, guru itu tidak merungut apabila diberi tugas AJK sesuatu program atau tugas lain selain mengajar kerana dia tahu akan peranannya sebagai warga sekolah tersebut. Guru yang baik juga tidak mengabaikan tanggungjawabnya kepada tugas utama iaitu mengajar murid semasa di dalam bilik darjah pada masa yang sama. Kedua, Pelatih perlu lebih peka atas kesilapan dalam penyediaan Rancangan Pengajaran Harian. Ini kerana walaupun kesilapan sedikit ia akan membuatkan pihak lain kurang memahami apa yang cuba disampaikan oleh Pelatih.
****Catatan diatas adalah cetusan peribadi...tidak berpihak atau memihak atau minta di pihak...copy n paste tidak dibenarkan******

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns