Saturday, August 23, 2008

VS



Ini artikel saya ambil daripada email yang dikirimkan. Mungkin kedegilan murid - murid sekarang yang kebanyakkannya lahir dalam dunia moden ini berpunca daripada perkara yang kita tidak sedar.. Orang kata pembentukan anak bermula daripada rumah.....


Salam Hormat,

Seorang anak saudara saya yang berusia 10 tahun mengemukakan soalan ini dan saya gagal menjawabnya. Dia bertanya kenapa tandas rumah-rumah moden sekarang ini ditempatkan dalam bilik. Biasanya tandas ada dalam bilik utama selain di bahagian belakang (dapur).

Katanya, ustaznya memberitahu setiap kali azan, syaitan akan terkentut-kentut dan cirit birit, melarikan diri ke dalam tandas. Pendeknya syaitan suka duduk di tempat-tempat kotor seperti tandas.

Tetapi kenapa rumah-rumah sekarang ini, tandasnya ada dalam bilik? Takkah itu bermakna kita membela syaitan dalam bilik, katanya membuatkan saya bingung.

Betul juga cakap budak ini. Orang sekarang makin teruk dan degil, mungkin salah satu sebabnya membela syaitan dalam bilik. Anak-anak degil, berkali-kali cakap atau panggil buat tidak tahu sahaja. Suamij uga degil, cakap perkara sama berulang kali, buat sakit hati isteri. Isteri juga sama. Semua degil-degil. Sebab dalam biliknya ada tandas. Punyanya malas orang kita, kalau nak ke bilik air, tak perlu jauh-jauh,di sebelah katilnya sudah ada bilik air.

Nampaknya orang Islam nak ikut stail orang Barat. Mereka nak jadikan rumah mereka macam hotel. Dalam bilik hotel ada tandas, jadi orang Islam yang membina mahligai mereka pun mahu buat macam itu - ada jamban dalam bilik.

Orang dulu, kalau bina tandas, mereka cari tempat jauh-jauh dari rumah. 'Bank kecil' ini memang berasingan daripada rumah mereka. Tetapi kini, orang bukan saja membina tandas dalam bilik, malah ada melengkapkan tandas mereka sebegitu hebat seolah-olah macam tempat tidur!


- Moral of the storey.... SENTIASA LAH TUTUP PINTU BILIK AIR ANDA... (dalam erti kata lain agar syaitan2 tu tak berkeliarran dalam bilik tidur anda)....... Itu adalah yang terbaik...

2 comments:

echah_syed said...

slm ari..

slm kenal yaa..

meh kita kasi pendapat masing2.. bole??

org dulu2 tandas jauh dari umah sbb tandas tradisional.berbau dan sgt tak selesa.

tandas skrg berbeza sbb lebih moden dan mudah dibersihkan dan sentiasa dlm keadaan bersih kerana ia berada didlm rumah atau dlm bilik tido.

kedegilan bukanlaa punca sebenar disebabkan tandas dlm rumah tapi kurang ilmu agama adalah punca yg sebenar.

kurang disiplin dan kurang berdoa mungkin punca sebenar.kalo kita berbalik pada agama semua masalah akan dapat diselesaikan insyaALLAH.

rumah moden skrg semua tandas dlm rumah dan alhamdulilah ramai famili yg masih berjaya didunia dan akhirat :)

wallahualam.

September 7, 2008 at 7:20 PM
ari said...

To Pn Combi,

trima kasih coz bg pndpt.. Iya ada benarnya kata2 Puan..Puan lebih tahu dan lebih brpengalaman..
Tandas dalam rumah bkn faktor utama kedegilan anak2.. tapi mungkin kah ia faktor2 kecil yg sering diabaikan?

September 7, 2008 at 9:34 PM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns