Tuesday, August 19, 2008

Salam.
Semasa Aku membaca artikel ini Aku teringat satu perkara yang Aku alami di sekolah di awal penglibatan Ku sebagai warga PK. Maklumlah pada waktu itu Aku sedikit rabun mengenai bagaimana keadaan kelas pendidikan khas ini dan juga warganya. Aku cuma memerhati bagaiman guru - guru senior dan berpengalaman itu mengajar dan melayani murid - murid mereka kerana pada waktu itu sebenarnya Aku pun tak tahu apa yang Aku tak tahu. Memerhati adalah cara Aku mengenal mereka.
Dalam 'pemerhatian' Aku ketika itu terdapat beberapa persoalan yang timbul dalam pemikiran Aku. Ada yang dapat dijawab oleh guru-guru tersebut dan sebaliknya, ada yang Aku jawab dengan penaakulan, pengalaman serta pembacaan Ku sendiri dan ada yang baru kini Aku dapat jawapannya! Antaranya ialah bunyi bising yang sering dilakukan oleh beberapa orang murid kami. Murid ini tidak mampu melakukan apa - apa perkara (yang lebih kepada kemahiran akademik) selain daripada menghasilkan bunyi bising yang mebingitkan. Dia juga tidak berupaya berkomunikasi atau membunyikan sebarang perkataan yang difahami. Dan perkara ini menimbulkan ketidakselesaan dikalangan rakannya mahupun guru itu sendiri.
Artikel ini banyak membantu saya memahami murid seperti ini dan tak marah - marah lagi.....hehheheheheheh.....

Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
fatiminadiah.zainudeen@kosmo.com.my

Besar kemungkinan bunyi bising yang dilakukan oleh anak anda adalah tidak disengajakan. Sebaliknya ia berpunca daripada Sindrom Tourett yang dapat dikelaskan sebagai gangguan mental.
ANAK bongsu pasangan Sulaiman dan Mariah, Suhaimi, 9, sering dimarahi teman sepermainan. Malah guru di sekolahnya juga perlu memberi arahan yang berulang agar Suhaimi diam ketika sesi pembelajaran berlangsung.
Kata mereka, Suhaimi suka buat bising. Normal secara fizikal, Suhaimi bagaimanapun sering menghasilkan bunyi yang pelik dan kadangkala menjengkelkan seperti mendengus berulang kali.
Namun mereka tidak tahu, malah ibu bapa Suhaimi juga tidak menyedari, bahawa Suhaimi tidak melakukannya dengan sengaja. Sebaliknya apa yang berlaku adalah di luar kawalan Suhaimi.
Menurut Pakar Psikiatri Kanak-kanak dan Remaja di Jabatan Psikiatri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia, Dr. Wan Salwina Wan Ismail, sindrom ini berkait rapat dengan gangguan pada otak. Ia dikenal pasti sebagai Sindrom Tourett (ST).

CERITA LANJUT:....
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=0817&pub=Kosmo&sec=Kesihatan&pg=ke_01.htm

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns