Monday, November 24, 2008

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN:
ISU - ISU DALAM PERLAKSANAANNYA

Program Sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKB) bukan lagi satu perkara baru Negara kita. Program ini telah wujud pada tahun 1988 dan kelas sekolah peringkat menengah dibuka pada tahun 1995. Di Negari Sabah, PKBP telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan SK Bukit Padang selaku sekolah perintis. Penubuhan sekolah intergrasi PKBP ini selaras dengan usaha Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan khas sejajar dengan deklarasi antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Pada keseluruhannya, deklarasi tersebut menyarankan agar negara-negara di dunia yang menjadikan kanak-kanak cacat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan Negara. Serta menyarankan agar kanak-kanak tersebut diberi hak samarata dalam pendidikan dan ibubapa mereka diberi hak menentukan jenis pendidikan sesuai untuk anak mereka. Keperihatainan pihak kerajaan juga boleh dilihat melalui kelulusan peruntukan elaun RM50 daripada RM25 bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang ditempatkan di pusat dalam komuniti. Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas terutamnya PKBP, adalah satu sesuatu yang perlu dipandang positif selaian daripada memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga memperlihatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan dikalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak mereka secara tidak lansung meningkatnya jumlah murid di sekolah - sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam konteks sebagai seorang guru, perlu memberi peluang kepada kanak-kanak itu untuk ke sekolah dan belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru. Sungguhpun begitu, satu - satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak boleh hanya bergantung kepada faktor kesungguhan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata. Berdasarkan pengalaman Pelatih, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keberkesanaan penyampaian pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas.

Umum mengetahui bahawa Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan pemurnian perlaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajarai dan diperbaiki. Hasil daripada pemerhatian dan pembacaan Pelatih, selama tempoh fasa perkembangan PKBP ini, walaupun tahap kesedaran semakin meningkat dikalangan ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan khas, namun ada segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermsalah Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas tertamanya Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog diantara guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini.
Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang tidak mengikut keperluan murid pendidikan khas juga dilihat sebagai isu oleh Pelatih. Isu ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga pembukaan program PKBP semata-mata untuk memenuhi keperluan pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu. Bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah yang ditempatkan Pelatih, secara fizikalnya boleh dilihat adalah masalah ruang. Ruang yang diperuntukan adalah satu baris blok bangunan sekolah di mana setiap satu kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempkan tiga buah ‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid. Bilangan murid dalam satu stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mana ada diantara mereka mengalami masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi. Murid – murid seperti ini memerlukan satu ruang yang agak luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi serta perubahan tingkah-laku mereka. Berdasarkan pengalaman Pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakaan murid malah pergerakkan Pelatih. Batasan pergerakkan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melakukan aktivit pergerakkan dalam bilik darjah. Contohnya, Pelatih ingin membuat pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakkan rakan lain.

Masalah lain yang timbul ekoran daripada isu ruang terhad ialah gangguan pembelajaran dari kelas/kumpulan lain dalam bilik darjah yang sama. Tumpuan Pelatih tidak hanya kepada murid yang sepatutnya Pelatih ajar pada waktu itu, malah Pelatih terpaksa memberi perhatian juga kepada kelas/kumpulan murid lain dalam bilik darjah tersebut sekiranya guru yang sepatutnya lewat atau tidak masuk mengajar. Selain itu, gangguan juga berlaku apabila ketiga-tiga guru mengajar  murid masing – masing pada masa yang sama apatah lagi apabila melibatkan bahan bantu mengajar seperti radio atau alat muzik. Dan ini juga menyebabkan tumpuan murid Pelatih bukan sahaja kepada Pelatih tetapi juga guru di sebelah atau meraka akan bermain dan berkomunikasi dengan rakan sebelah meja. Bagi mengurangkan gangguan – ganguan seperti di atas, Pelatih akan membawa murid ke bilik resos sekiranya Pelatih akan menggunakan radio atau alat muzik atau ingin melaksanakan aktiviti permainan.
            Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam menangani murid berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu sesetengah ibubapa  terutamanya golongan berpelajaran tinggi. Pada umunya ibubapa meyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka dan mengharapkan sesuatu hasil yang terbaik dalam tempoh yang singkat. Menurut pemerhatian Pelatih, kebanyakkan guru-guru pendidikan khas di mana Pelatih ditempatkan adalah guru yang begitu komited pada tugas mendidik murid mereka. Cuma kekangannya adalah ada diantara guru tersebut dan termasuklah Pelatih kurang berkemahiran atau tidak tahu bagaimana menangani atau menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah pembelajaran yang lebih spesifik bagi setiap murid tersebut. Ini kerana kebanyakkan guru yang sudah lama mengajar terdiri daripada mereka yang bukan opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti  beberapa kursus di awal penglibatan mereka dalam program ini. Kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai serta boleh mengembangkan kemahiran murid juga boleh menjadi faktor kelewatan penerimaan murid terhadap pembelajaran. Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan pendekatan seperti mana murid kelas perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid. Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dikalangan murid yang sudah boleh memegang pensel, mengenal nombor atau huruf asas. Bagaimna dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel atau bercakap sekali pun. Contohnya seorang murid Autisma yang hanya dengan dunianya. Tidak mahu terlibat lansung dalam sebarang aktiviti pembelajaran dan datang ke sekolah hanya kerana dihantar oleh ibubapa dan juga sudah menjadi kebiasaanya bangun setiap pagi dan ke sekolah. Pelatih dapati tidak banyak alat bantu mengajar yang sesuai untuk murid seperti ini yang terdapat di sekolah. Ada pun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana kurang kemahiran menggunakannya. Sehubungan dengan itu, Pelatih atas inisiatif sendiri mencari maklumat alat bantu mengajar yang sesuai digunakan terhadap murid autisma. Antara alat bantu mengajar yang biasanya digunakan di Barat atau pihak – pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kanak – kanak Autisma ialah Applied Behavior Analysis (ABA) dan Picture Exchange Communication System (PECS). Untuk membelinya adalah diluar kemampuan Pelatih. Oleh itu pelatih membuatnya sendiri dan untuk permulaan Pelatih hanya membuat yang mudah sahaja dan melibatkan kos yang rendah. Selain itu, Pelatih juga ada menyarankan kepada guru-guru lain serta ibubapa murid. 
            Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK  juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini.  Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.
            Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan khas.
            Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara pihak Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta yang lain menyebabkan sekolah-sekolah tersebut adalah tidak setanding dengan kemudahan, infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki. Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam melatih kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya alat mereka lebih canggih dan terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan mengajar di sekolah-sekolah khas.  Perkongsian secara berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri mendapatkan maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO. Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah – sekolah kerajaan sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih perhatian serta terapi pertuturan atau pergerakkan.
            Apa yang dilihat Pelatih, kebergantungan 100% ibubapa atau penjaga murid kepada pihak sekolah dalam mendidik anak mereka adalah satu perkara yang melambatkan proses penerimaan pembelajarajan murid. Berbeza dengan sesetengah ibubapa / penjaga yang prihatin seperti mengajar anak mereka semasa di rumah atau menghantar anak mereka ke NGO setelah pulang sekolah, perkembangan anak mereka adalah lebih baik. Ini berikutan pihak guru tidak memiliki kepelbagaian kemahiran atau multidiscipline seperti menangani masalah pertuturan atau terapi pergerakkan. Masalah pertuturan yang tidak diatasi akan menjadi masalah semasa sesi pembelajaran seperti dalam Mata Pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sikap menyerahan anak – anak mereka sepenuhnya dibawah jagaan sekolah dan menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu dikikis. Pelatih juga melihat ada dikalangan ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan hubungan kedua - dua pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru itu, kedua – dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibubapa perlu bersikap professional akan peranan masing – masing dan perlu ada “give and take”. Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak Bukan Kerajaan perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga berhubung dengan permasalahan anak – anak mereka. Ilmu penting untuk kesemua pihak memahami fungsi dan peranan masing – masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang lain semata – mata. Keterlibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan sekolah bukan sahaja memperlihatkan mereka diperlukan di sekolah tetapi juga satu usaha dalam membina hubungan yang baik.
            Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid juga bukan sahaja banyak mempengaruhi kesediaan murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan kemahiran guru itu sendiri. Harus difahami bahawa kepelbagaian kecacatan merangkumi maslah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah – laku  dalam diri seorang murid. Tidak untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun gak sukar bagi seorang guru yang terhad kemahirannya untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian yang pelbagai dan melebihi saeorang dalam satu – satu masa. Contohnya seorang guru hanya mahir dalam masalah pembelajaran murid tetapi tidak mahir dalam masalah perubahan tingkah – laku atau masalah pertuturan murid. Adalah perkara yang sukar untuk mencapai objektif pembelajaran sekiranya masalah utama tidak diatasi. Bagi mengatasi masalah murid ini diperingkat sekolah, beberapa orang guru perlu memberi tumpuan kepada murid ini dalam satu – satu waktu. Namun perlu diingat memberi tumpuan khusus kepada seorang akan menyebabkan rakan – rakan lain terabai.
            Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran menduduki peperiksaan awam, ada dikalangan sekolah kurang senang akan keadaan tersebut. Ini kerana murid pendidikan khas ini akan menjatuhkan statistik markah peperiksaan awam sekolah dan sekaligus memburukkan prestasi sekolah. Oleh itu, murid pendidikan khas tidak perlu  mengambil peperiksaan awam memandangkan perkara ini juga tidak wajib untuk mereka. Berbeza dengan di sekolah Pelatih ditempatkan, masalah ini tidak timbul berikutan pihak sekolah mengadakan dua pusat peperiksaan. Di mana ia membezakan pusat peperiksaan awam murid – murid bermasalah pembelajaran dan juga murid – murid perdana. Walaubagaimanapun, apa yang ingin Pelatih timbulkan ialah soalan peperiksaan awam yang diduduki oleh murid pendidikan khas dengan murid perdana adalah sama. Ini adalah tidak adil bagi murid pendidikan khas kerana umum mengetahui tahap akademik mereka. Murid ini akan mengalami masalah pada kebanyakkan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
            Penyediaan keperluan pendidikan yang khusus dikalangan murid pendidikan khas adalah merupakan satu cabaran bukan sahaja di pihak Jabatan Pendidikan Khas malah melibatkan semua pihak yang memikul amanah menyediakan pendidikan untuk murid – murid ini. Komitmen  serta kerjasama daripada semua pihak dalam memabantu dari segi perancangan serta perlaksanaan program – program Jabatan Pendidikan Khas merupakan perkara utama dalam memastika ianya berjaya.  Ini kerana mendidik murid  berkeperluan khas ini bukanlah mudah kerana mereka memerlukan set persekitaran yang kondusif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi nilai - nilai  kemanusiaan. Usahasama daripada semua pihak ini seperti pihak yang mempunyai sarjana dalam pendidikan kanak – kanak  istimewa seperti tenaga pengajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pihak – pihak berpengalaman seperi Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentunya akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat terhadap pendidikan ini dan setanding dengan  di luar negara.

Rujukan: Daripada pelbagai sumber
****Hasil tugasan masa studi duuuuuulu****

Sunday, November 23, 2008


Daripada Jabatan Pendidikan Khas ditukar kepada Bahagian Pendidikan Khas? Baru malam ini terperasan perubahan ni.. itupun setelah menjelajah ke Forum yg disediakan... Surat terakhir dari 'JPK' pada 10 November 2009 yang saya terima masih menggunakan Letter Head JPK so, saya masih sangkakan 'JPK' adalah masih JPK..
Entry ini cuma untuk berkongsi pengetahuan kepada kawan - kawan yang belum tahu.. untuk memudahkan urusan kelak. dan juga sedikit jawapan kepada beberapa persoalan dan perkara mudah tapi sepertinya disukarkan. Mungkin kerana perubahan ini punca apa yang kami alami sekarang.. Apa nak jadi.......pelaksana sistem yang sangat sistematik..
Selaras denga Misi dan Visi... marilah kita bersama - sama membina kemerlangan insan istimewa kegemilangan bersama.
Pengurusan Tertinggi Bahagian Pendidikan Khas 2008


http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article&id=78:pengurusantertinggi&catid=42:so&Itemid=105

Saturday, November 22, 2008



Dalam sistem kurikulum pendidikan khas, kita hanya fokus kepada membantu mempertingkatkan kemahiran akademik kanak - kanak LD ini berbanding dengan kemahiran atau kecekapan sosial mereka. Hakikat yang perlu diterima ialah kejayaan kanak - kanak LD ini banyak bergantung kepada keterbukaan mereka dalam kecekapan sosial berbanding kebolehan akademik mereka. Namun apa yang berlaku kini adalah sebaliknya. Kanak - kanak LD ini selalunya berada terkebelakang dalam pembangunan sosialnya berbanding rakan sebayanya.
Kanak - kanak LD ini cenderung kurang memliki kemahiran sosial dalam interaksi sosial dan mengalami masalah kesukaran mencipta dan mengekalkan hubungan rakan sebaya yang baik. Di yang mana, mereka cenderung untuk kurang diterima oleh rakan sebaya memandangkan mereka ini selalunya kaku dan silap tafsir terhadap klu sosial selain interaksi mereka ada saja yang tak kena. Oleh itu, adalah perlu untuk mendidik kanak - kanak ini dengan kemahiran sosial yang sesuai demi untuk memudahkan mereka di terima dan berinteraksi dengan rakan sebaya.
Kemahiran sosial melibatkan interaksi harian seperti perkongsian, mengikut giliran dan membiarkan orang lain bercakap tanpa menyampuk. Selain daripada itu, interaksi sosial juga melibatkan bagaimana kita menghadapi kawalan diri seperti pengurusan kemarahan.
Menurut Anthony Kane (2008), terdapat tiga faktor defisit dalam kemahiran sosial kanak - kanak LD ini iaitu:-
Defisit Kognitif : Kanak - kanak yang mengalami kecelaruan proses bahasa atau daya intelektual rendah dan cenderung mengalami kesukaran dalam perkembangan sosial.
Kecelaruan Pembelajaran yang kompleks atau teruk.
Hyperaktif
: Kanak - kanak dengan ADHD @ kawalan impuls yang lemah cenderung mengalami masalah sebutan.
Menurut Anthony Kane juga, kanak - kanak perempuan lebih mengalamai masalah pengubahsuaian sosial berbanding kanak - kanak lelaki.


Autopasi Sosial
Apa yang perlu dilakukan oleh pihak ibubapa ialah ibubapa perlu mengambil tindakan yang sesegara mungkin untuk membantu anak mereka dari segi pembangunan kemahiran sosial ini. Perkembangan kemahiran sosial kanak - kanak ini bukanlah sesuatu yang sukar dilakukan tetapi ianya perlu diselesaikan kerana ianya akan mempengaruhi keberjayaan anak - anak ini dalam hidup mereka. Anthony Kane telah membangunkan dan menyarankan cara yang paling mudah untuk membantu kanak - kanak ini belajar untuk mempertingkatkan kebolehan sosial mereka. Pendekatan tersebut dikenali sebagai autopasi sosial yang mana strategi ini membantu anak - anak tersebut memperbaiki kemahiran sosial mereka dengan menganalisis kesilapan sosial mereka dan dengan merancang strategi alternatif. Proses ini dikatakan efektif secara praktikalnya dalam membantu anak anda melihat punca-kesan sesuatu hubungan diantara tingkah laku sosialnya dan reaksi orang lain.

Apa yang perlu anda lakukan
Setelah anak anda melakukan kesalahan sosial (error relationship) anda perlu berbincang dengan anak anda tentang apa yang berlaku. Matlamat utama anda ialah menngajar anak anda untuk:-
1. Mengenalpasti kesalahan
2. Menentukan siapa yang disakiti dengan kesalahan tersebut.
3. Mencari jalan untuk membetulkan kesalahan
4. Membina perancangan alternatif untuk mencegah kesalahan berlaku sekali lagi.
Perhatian, Autopasi Sosial bukanlah satu dendaan. Ianya merupakan strategi sokongan dan konstruktif dalam penyelesaian masalah.

Tindakan dalam Sosial Autopasi
Sekiranya anak anda mempunyai rakan dan mereka berebut dan rakannya kembali kerumah dengan kesedihan, apa yang perlu kita lakukan ialah;
1. Kenalpasti kesalahan:
Pertengkaran berpunca daripada alat permainan.

2. Menentukan siapa yang disakiti akibat kesalahan tersebut:
Rakan anak anda mungkin disakiti kerana yang pulang dengan rasa sedih, tetapi anak anda juga terasa disakiti kerana rakannya tidak mahu bermain dengannya lagi.

3. Memilih bagaimana untuk membetulkan kesalahan:

Anak anda perlu menghubungi rakan lain dan cuba membina hubungan rakan baru. Anda perlu mencadangkan untuk memberikan rakan yang lain layanan yang baik bagi membantu melembutkan semula perasaan yang disakiti.


4. Membina rancangan alternatif untuk mencegah kesalahan berlaku lagi:
Apa yang anak anda perlu lakukan pada masa akan datang? Dia boleh memilih untuk berkongsi alat permainan. Jika tidak mahu berkongsi, dia boleh memilih untuk tidak bermain dengan alat permainan tersebut sekiranya ada rakannya pada masa itu.

Pendekatan ini boleh dilakukan ketika mana anak kita telah melakukan satu - satu kesalahan dalam interaksi mereka dengan rakan sebaya. Ibubapa boleh membantu dengan menganalisis dan mempertingkatkan kesalahan tingkah - laku mereka. Kelebihan menggunakan pendekatan ini ialah ianya fokus kepada tiga perkara penting yang diperlukan bagi kanak - kanak berkeperluan khas dalam pertumbuhan dan pembelajaran mereka. Perkara - perkara tersebut termasuklah :-
a. Pengulangan
b. Maklum balas segera
c. Pengukuhan positif
Namun terdapat beberapa perkara penting yang perlu diambil kira dalam mengaplikasikan pendekatan Autopasi Sosial ini terhadap anak anda.
1. Autopasi Sosial bermakna strategi sokongan dan konstruktif dalam mendidik kemahiran sosial anak. Ianya bukan bermaksud ia ditadbir sebagai hukuman.
2. Autopasi Sosial merupakan teknik penyelesaian masalah. Ianya tidak seharusnya menjadi pengalaman negetif kepada anak anda.
3. Autopasi Sosial merupakan peluang anak anda untuk terlibat secara aktif dalam proses perkembangan dirinya sendiri. Ini memerlukan input dan pemahamannya dan ianya perlu arahan bukannya kawalan anda.
4. Autopasi Sosial boleh dilakukan oleh golongan dewasa keatas kehidupan kanak - kanaknya. Anda perlu mendapatkan orang dewasa yang lain dalam kehidupan kanak - kanak anda terlibat dalam proses ini.
5. Autopasi Sosial adalah efektif apabila dilaksanakan segera selepas satu - satu kesalahan / kejayaan itu. Harus dingat bahawa pembelajaran yang paling baik bagi kanak - kanak ialah apablla diberi maklum balas segera.
6. Autopasi Sosial perlu dilakukan dengan cara one-to-one. Tindakan ini lebih efektif bagi pembelajaran kanak - kanak dan membantu mengelakkan anak anak anda rasa malu.

Refference:
(Anthony Kane, MD )http://addadhdadvances.com/socialautopsy.html

Sunday, November 16, 2008

Persembahan sempena Lebaran Istimewa Bersama Pengarah Pelajaran Sabah..

Tahniah kepada semua jawatan kuasa sambutan ini..

Kepada Warga SKBP SYABAS!

Wednesday, November 12, 2008

Lagu untuk persembahan Majlis Anugerah Cemerlang SKBP esok!!!!

S.A.Y.A.N.G by Ramlah Ram

Sunday, November 9, 2008

Sumber : http://www.pathguy.com/lectures/hemophilia.jpg

Hai : Siapa pukul dia ni? Siapa cubit dia ni ? Teruknya.......
Riah : Kenapa ?
Hai : Tengok ni...lembam sana - sini...eeee teruknya....tak kesian ka...
Riah : Ini dari rumah ni....pagi - pagi macam ni mesti dari rumah ni...
Hai : Ish...takkan mama bapa dia pukul sampai macam ni....
Riah : Ish... ish....ish...
- %^%#$^&*)_)_+_)232!#%^&*)(_+_)(&%$! -
Salam.
Anda pernah alami apa yang saya alami? Ceewah macam cerita seram plak...
Saya nak kongsi sedikit maklumat dan pengalaman saya yang cetek ini. Dulu masa mula - mula berkecimpung dalam bidang menjaga dan mendidik anak ni...termasuklah hari ini setelah hampir 2 tahun saya bersama mereka banyak benda yang saya tak tahu. Nak belajar semua sekaligus tu mustahil juga kan kerana saya ni tak hebat mana pun....orang bilang biar perlahan - lahan yang penting masuk di otak. Hari ini saya ada terbaca artikel mengenai haemophilia.

KESIHATAN
Lebam hemofilia
Oleh FATIMI NADIAH ZAINUDEEN
Hanya kerana terlanggar kerusi, seorang penghidap haemofilia boleh kelihatan seperti mangsa penderaan fizikal.
Keterangan lanjut sila ke...

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns