Friday, January 30, 2009



Salam.
Amir memiliki minat yang luar biasa berbanding kanak - biasa yang lain. Amir suka "membaca" surat khabar sepertinya dia betul - betul faham / tahu apa yang "dibacanya" itu. Atau sememangnya dia tahu apa yang dia "baca". Saya cuba untuk memahami perilaku Amir itu. Amir kanak - kanak ADHD yang belum berupaya menyebut sebarang perkataan mahupun asas bunyi huruf vokal.



Tahun ini merupakan tahun kedua Amir disekolah (tahun pertama Amir mendaftar dipertengahan semester). Terdapat beberapa perubahan yang saya lihat terutamanya tingkah lakunya. Amir sudah boleh memahami dan memberi respon guru dan boleh duduk diam dalam tempoh lebih lama berbanding tahun sebelumnya. Amir hanya perlu ditemani ke tandas memandangkan jarak tandas murid PK dan kelas agak jauh bagi kanak - kanak PK serta tingkah laku Amir aktif tidak memungkin saya membiarkannya ke tandas sendirian.

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns