Saturday, January 17, 2009



1. Meletakkan harapan yang tinggi.

Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma ini perlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.

2. Gunakan Pendekatan Positif

Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.

Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.

Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat "Ikram, duduk atas kerusi" berbanding "duduk" atau "jangan berdiri" . Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.

3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.

Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;

Anda: Ikmal mahu makan ?

Ikmal: ..............

Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).

Sekiranya tiada respon juga...

Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).

Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata "mahu" atau "tidak" dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda "tergantung", kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns