Sunday, January 25, 2009

Abel...Seorang kanak - kanak Hyper + Autisma yang berupaya mengigat dan melukis logo2 yang dilihatnya seperti logo NT7, TV3 dan beberapa logo yang pernah dilihatnya. Apa yang pasti buku latihan Abel adalah buku latihan yang paling berat diantara buku latihan murid yang lain...Kenapa? Kerana buku Abel penuh dengan gambar jentera berat/jentolak atau yang sering Abel sebut "Hitachi!!"..

Mungkin ini difaktorkan memandangkan bapanya seorang pemandu Hitachi jadi itulah yang menjadi sumber inspirasi Abel.. Ketajaman minda Abel boleh dilihat melalui lukisannya yang terperinci (bagi kanak2).

Ketajaman minda kanak-kanak seperti ini boleh diasah.





KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.
Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.

"Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.
"Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya," katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.
Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.
Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.
Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.
"Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka," katanya.
Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.
Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.
Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.
- Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns