Tuesday, February 10, 2009

Minggu kedua Bulan Februari.

Kehadiran murid kelas ku kelihatannya kurang memuaskan. Paling ramai yang hadir 65orang daripada 8 orang. Ini belum masuk kes ibubapa yang hantar anak mereka lewat dari jam sepatutnya. Antara alasan yang diberikan ialah demam..samada anak demam atau mak bapa yang demam (so, tiada orang lain yang menghantar anak mereka). Aku sebagai guru menerima apa sahaja alasan munasabah ibubapa / penjaga anak - anak murid ku ini. Tambahan pula sudah jelas yang anak - anak murid ku ini kebanyakkannya demam. Ada yang hingus meleleh, ada yang dah kehijauan, ada yang batuk2..bersin dll. Bagi mengelakkan ia akan berjangkit kepada murid yang lain adalah lebih baik mereka cuti kan?

Kehadiran yang kurang memuaskan ini sebenarnya ada kebaikannya. Satu dari segi kesihatan dan kedua dari segi tumpuan aku. Dengan bilangan murid yang sedikit aku boleh memberi tumpuan yang lebih sedikit kepada mereka secara individu. Dengan tumpuan "individu", perlaksanaan aktiviti p&p adalah lebih baik untuk mereka (Ini bukan bermakna sekiranya bilangan murid ramai aktiviti p&p tidak berkesan cuma kanak2 khas lebih sesuai pendekatan indvidu). Aku lebih mudah mengawal tingkah laku murid2 ini dan mereka kurang berpeluang untuk melepaskan diri daripada melaksanakan tugasan yang diberi.

Bagaimanapun, bilangan murid yang sedikit bukanlah satu jalan yang praktikal buat masa ini jika dilihat kepada keadaan kelas pendidikan khas serta bilangan murid yang ada di sekolah ku (dan aku yakin begitu juga di sekolah2 umum yang lain). Pendekatan apa yang sesuai untuk mengurus tingkah laku murid disamping mengharapkan mereka mengikuti aktiviti p&p dengan lebih bermakna? Sehinggah kini aku masih mencari dan mengkaji dan perlukan bantuan dan idea daripada anda...

Penggunaan ICT yang saya dan guru "partner" ku amalkan buat masa ini banyak membantu "mententeramkan" dan membuatkan murid2 ku ini mengikuti aktiviti p&p. Kelihatannya mereka seronok apabila gabungan audio dan visual dimasukkan dalam aktiviti p&p berbanding cara "default".. Biasanya kami akan menayangkan video kartun seperti Tom & Jerry, Upin & Ipin dan video2 lain yang bersesuain yang boleh menimbulkan emosi/ekspresi. Sepanjang pemerhatian kami, aku boleh bahagikan mereka kepada tiga kelompok (murid hanya lapan org yang 7 drpdnya tidak boleh bertutur dan kemahiran motor halus lemah & pengurusan tingkah laku perlukan perhatian)
Kelompok 1. Boleh menunjukkan emosi serta merta. Ketawa dengan menonton cerita lucu. Ini bermakna mereka memahami apa yang mereka lihat.
Kelompok 2. Lambat memberi respon/menunjukkan emosi. Mungkin kerana otak mereka memerlukan masa yang lama untuk memproses maklumat yang diterima.
Kelompok 3. Tidak menunjukkan sebarang emosi. Terikat dengan dunianya sendiri / tidak memahami apa yang ditonton.

*****Menunjukkan minat mereka menonton video, tanpa diberi arahan (seperti pada awalnnya) mereka secara spontan akan menyusun kerusi masing2 didepan layar.. :-) )

2 comments:

tahniah atas persembahan anda sbg 'personel blogger' sbb cari teroka jauh ke dasar tapi x tau d mana stesyen berkhidmat anda ni..TIADA info lengkap d profile..ada baiknya kita mengenali antara 1 sama lain..at least tempat bertugas..if x mau kenal personaliti anda..teruskan usaha murnia anda berkongsi info d alam mayacyber ni..

February 11, 2009 at 12:05 PM
ari said...

Salam..
Terima kasih kerana sudi mengunjungi blog serba serbi daif ni...
Terima kasih juga cadangannya..
Tapi apasal profile cikgu pun tak le buka...

February 11, 2009 at 8:48 PM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns