Saturday, March 7, 2009

Kad OKU

Definisi Orang Kurang Upaya ( OKU )
"OKU adalah seseorang yang memunyai kekurangan jangka panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekat penyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat." (AKTA OKU 2008).
Kategori OKU
Orang Kurang upaya diklasifikasikan kepada enam kategori:
1. Kurang upaya penglihatan
2. Kurang upaya pendengaran
3. Kurang upaya anggota
4. Cerebral palsy
5. Masalagh pembelajaran ( Autisme, ADHD/ADD, Down Syndrom, lembam dll)
6. Lain - Lain
Pendaftaran OKU
Objektif
  • Untuk mengetahui bilangan sebenar taburan OKU di negara ini.
  • Untuk mengenalpasti bilangan OKU mengikut jenis - jenis kecatatan
  • Untuk merancang kesesuaian program - program latihan, pendidikan dan pemulihan bagi golongan kurang upaya
  • Untuk menyediakan kemudahan - kemudahan yang bertepatan dengan keperluan OKU

Warna Kad Kenal Diri OKU

  • Fizikal - Hijau
  • Pendengaran - Ungu

  • Penglihatan - Biru

  • Masalah Pembelajaran - Kuning

  • Cerebal Palsy (Spatik) - Merah Jambu

  • Lain - lain - Coklat / Oren

Kad Kenal Diri OKU : Setiap OKU yang berdaftar dengan JPKAS akan di keluarkan kad Kenal diri. Tujuan KAD OKU :

  • Pengenalan diri
  • Memudahkan OKU mendapatkan perkhidmatan

Kemudahan / Keistimewaan untuk OKU

1. Kemudahan Pendidikan

  • Elaun RM150 sebulan bagi pelajar sekolah rendah dan menengah
  • Elaun RM300 bagi pelajar IPT
  • Pengecualian bayaran pendaftaran pelajar pekak bagi latihan kemahiran kementerian pelajaran
  • OUM ; Potongan 75% yuran pengajian

2. Pengecualian Bayaran Rawatan Perubatan di Hospital Kerajaan

  • Bayaran wad Kelas 3
  • Bayaran Pakar
  • Bayaran Ubat

3. Pelepasan Cukai Pendapatan

  • Pelepasan cukai sebanyak RM5000 kepada pembayar cukai yang mempunyai anak OKU
  • Pelepasan cukai tambahan RM6000 kepada OKU dan RM3500 kepada pasangan yg OKU
  • Pelepasan cukai sehinggah RM5000 bagi membeli alat - alat khas OKU
  • Pelepasan cukai tambahan RM4000 untuk anak OKU yg mengikuti kursus di IPT

4. Pengecualian Cukai Jalan; Dengan Syarat;

  • Kereta, van dan motosikal nasional sahaja
  • Berdaftar dengan JKM
  • Pengecualian kepada pemohon sahaja
  • Sebuah kenderaan dalam satu masa
  • Memiliki lesen memandu yang sah

5. Kemudahan Pengangkutan

  • Tambang konsesi 50% - KTMB, Transnasional, Rapid KL, Penerbangan Malaysia (MAS)

6. Pengecualian Bayaran

  • Dokumen Perjalanan
  • Kad Pengenalan

7. Pengecualian Duti Import dan Cukai Jualan

- Bagi semua peralatan direka khas untuk kegunaan OKU seperti kerusi roda, alat pendengaran dll.

8. Jagaan dan Pemulihan di Institusi

  • Taman Didikan Kanak - kanak Kurang Upaya (TDKKU) ; Sembulan, Tawau & Sandakan di Sabah.
  • Kompleks Pemulihan Orang Kurang Upaya Kimanis (KPIKU) ; Pusat Khidmat Kanak-kanak Kurang Upaya dan Pusat Latihan Vokasional OKU.

9. Tele-Komunikasi (Telekom Berhad)

  • Bayaran sewa bulanan dikecualikan
  • Panggilan menunggu atau indaan secara percuma
  • Panggilan 103 operator tidak dikenakan caj.

DLL
****Sumber: JPKAS

******Terima Kasih Kepada Ibubapa Murid yang sudi berkongsi informasi

1 comment:

farhan b.zaul said...

saye belajar di sekolah cheras jaya lama saye belajar di situ

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.