Friday, May 15, 2009

Ada cinta dihatinya...

Lebih dua tahun aku berkecimpung dalam dunia perguruan ini bukan sesuatu yang aku pernah impikan / bayangkan apatah lagi sebagai guru Pendidikan Khas PKBP. Aku tidak membayangkan aku boleh sesayang ini. Aku tidak fikir aku akan kekal begini lama ini.

Ini bukan pilihan ku. Ini adalah jalan yang dipilih untuk aku. Jalan yang teristimewa untuk aku menjadi lebih istimewa daripada sebelumnya.

Aku percaya kalian juga merasa seperti aku. Aku percaya kalian juga merasa intimewa cuma peluang untuk kalian belum tiba. Sungguh adakalanya peluang itu ada, namun kesempatan itu belum ada. Adakalanya kesempatan itu ada, cuma keterbukaan itu belum memberi rasa. Andai kalian tahu....

Ada sesuatu yang istimewa dalam diri mereka ini, ada sesuatu yang luhur dalam hati mereka, ada yang menarik diwajahnya, ada yang manis pada butir katanya, ada bicara dalam bisikannya... ada yang luar biasa pada dirinya yang membuatkan mereka adalah insan istimewa.

PESONA : Digigit, diludah, ditendang (Kosmo!)

MENGUTAMAKAN kegigihan dan kejujuran dalam kerjaya menjadi prinsip wanita yang berasal dari Setapak, Kuala Lumpur ini dalam mendidik anak-anak istimewa.


Tanpa kedua-dua aspek itu, Nurfadzilah Abu Samad, 33, mungkin tidak mampu berdepan dengan pelbagai kerenah dan kesukaran menjadi pendidik kepada kanak-kanak istimewa.
"Saya pernah berputus asa dalam mengajar kanak-kanak istimewa ini dan tanggungjawab yang harus dipikul juga terlalu berat.
"Bayangkanlah, ada pelajar yang baring di luar kelas, ada yang memukul dan menggigit saya kerana tidak memberi perhatian terhadapnya dan pelbagai cabaran lain," kata Nurfadzilah yang memulakan kerjaya sebagai guru pada tahun 1994 di sekolah pendidikan khas cacat pendengaran di Jalan Peel, Cheras sebelum beralih ke Sekolah Menengah Danau Kota, Setapak dua tahun lalu.

Tambahnya, cabaran paling berat yang pernah dihadapinya adalah apabila seorang pelajar membuang air besar di dalam kelas.
"Di sinilah kesabaran sebagai guru teruji. Dengan meletakkan diri sebagai seorang pendidik, pertimbangan dan tindakan yang wajar perlu saya dahulukan," katanya yang kini begitu menyayangi kerjaya sebagai guru pendidikan khas itu.
Berdepan dengan pelbagai risiko, beliau memotivasi diri dengan mengingatkan dirinya bahawa rezeki adalah pemberian daripada Allah.
"Adakalanya bidang ini pun ada permainan tersendiri. Adatlah, bukan semua kanak-kanak istimewa dapat melalui fasa perubahan yang cepat.
"Namun, semua itu merupakan cabaran yang harus saya lalui," katanya yang memiliki pengalaman mengajar selama 15 tahun itu.
Lazimnya menjaga anak istimewa memerlukan kesabaran yang berlipat ganda. Ini kerana mereka mempunyai perangai tersendiri seperti tidak sabar, memberontak, cepat menangis dan mengamuk.
"Tidak kira apa tanggapan orang, ibu bapa harus yakin bahawa anak sindrom Down, hiperaktif, terencat akal, autisme atau gangguan obsesif kompulsif (melakukan sesuatu berulang kali) masih boleh diasuh untuk berdikari.
"Perkembangan anak bermasalah ini lebih baik dan memberangsangkan jika ibu bapa dapat menerima hakikat dan mencari jalan dengan menghantar anak ke sekolah khas secepat mungkin," kata anak sulung daripada empat adik-beradik itu.

Untuk selanjutnya sila rujuk Kosmo! Online

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns