Saturday, May 23, 2009


Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.

Kurikulum bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang berikut:

i. Bidang Pengurusan Kehidupan
ii. Bidang Akademik Berfunsi
iii. Bidang Kerohanian dan Nilai - nilai Murni
iv. Bidang Sosial, Riadah dan Kreativiti


BIDANG PENGURUSAN DIRI
a. Komponen Pengurusan Diri
b. Komponen Kemahiran Manipulatif
c. Komponen Pengurusan Tingkah laku
d. Komponen Kemahiran Hidup

BIDANG AKADEMIK BERFUNGSI

a. Komponen Bahasa Melayu
b. Komponen Matematik
c. Komponen Bahasa Inggeris
d. Komponen Multimedia


BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI

a. Komponen Pendidikan Agama Islam
b. Komponen Pendidikan Moral


BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI

a. Komponen Pendidikan Jasmani
b. Komponen Pendidikan Seni
c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama
d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

i. mampu berdikari

ii. berdisiplin dan bersikap positif

iii. bermoral dan beretika

iv. berkemahiran dan berketerampilan

v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns