Tuesday, June 23, 2009

SPA sedia 3,500 jawatan untuk OKU


MURUGIAH bertanyakan sesuatu kepada peserta Kem Motivasi Keluarga Integrasi Orang Kurang Upaya di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini berusaha memenuhi kuota sekurang-kurangnya tujuh peratus atau 3,500 daripada 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) akhir tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, Kabinet memutuskan perkara itu dan mempelawa golongan berkenaan menyertai sektor awam agar mereka tidak berasa tersisih.

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan OKU memohon jawatan ini terutamanya bagi mereka yang berkelulusan dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan penghantaran kira-kira 200 golongan OKU ke Kem Motivasi Keluarga Integrasi OKU di sini semalam.

Menurut Murugiah, golongan OKU perlu mengambil peluang itu untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada memandangkan kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan kepada penjawat awam.

Wednesday, June 17, 2009

MTQ


Pelajar istimewa dilatih sertai tujuh acara myMetro
PUSAT Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) menghimpunkan 62 pelajar pendidikan khas seluruh Kedah untuk melatih mereka menyertai pertandingan pendidikan khas peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada 22 Jun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.Latihan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 itu memberi tumpuan dalam tujuh acara dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, azan Subuh, nasyid, bercerita, menulis khat dan merumikan jawi. Pelajar pendidikan khas yang bermasalah dari segi pembelajaran, penglihatan dan pendengaran itu dibahagikan kepada dua kategori sekolah menengah dan rendah iaitu pelajar bawah 14 tahun dan 19 tahun. Program empat hari berakhir 5 Jun itu anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai acara sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Penyelia Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kedah, Junaida Yusoff, berkata pemilihan pelajar yang mengikuti latihan itu membabitkan pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.

Friday, June 12, 2009

Usahlah menghukum saja.....

Dia bukan nakal...
Dia bukan degil....
Dia bukan pekak...
Apatah lagi tuli....
Dia ada masalah...
Usah tanyakan apa masalahnya...
Kerana Dia juga tidak tahu....
Kamu sebagai org DEWASA yang perlu SEDAR & TAHU...BANTULAH DIA....

Menangani anak hiperaktif (Kosmo! ; Pesona )
Bagaimanakah caranya menangani anak-anak yang suka bergerak aktif dan tidak mendengar kata?


Di sebalik kenakalan itu, kemungkinan besar tersembunyi masalah yang perlu dirujuk kepada pakar perubatan.
Mereka mungkin berada dalam kelompok kanak-kanak hiperaktif atau mengalami gangguan kecelaruan tumpuan dan kelasakan (ADHD).
Ia merupakan satu masalah tidak normal pada bahagian otak yang membuatkan kanak-kanak itu bersikap aktif sejak lahir, berkelakuan mengikut gerak hati, perhatian mudah berubah serta sukar mengasingkan maklumat.
Mengenali kanak-kanak hiperaktif dan memahami langkah menghadapi kesukaran sepanjang mengurus mereka akan membantu ibu bapa menyelesaikan masalah dengan baik.

****Ini kasut si Dom. kata Cikgu Wan...Dom telah menggamatkan suasana semasa pertandingan bercerita sempena kempen keluarga bahagia di Perpustakaan KK....Tahniah! Dom, Eddy.. Tiada yg lebih bersahaja n berani selain peserta drpd Pendidikan Khas....Tahnia juga kepada Cikgu Wan dan Ibubapa yg memberi sokongan.******

Tuesday, June 9, 2009

My Autism Resource


Sambil melayari internet menambah ilmu.. saya menemukan ini, Love for a child drives mission to save autism centre dalam Malay Mail Online. Tertarik dengan apa yang sedang diusahakan oleh seorang ayah penyanyang ini... Seterusnya saya menemui ini, My Autisma Resource . Mungkin dengan apa yang kita baca dan sedari ini menjadi sumber inspirasi serta kefahaman kepada kita bahawa anak Autisma juga punya potensi untuk hidup lebih berdikari dan lebih baik. Semuanya berttitik tolak daripada usaha kita yang lebih dahulu tahu dan punya kemahuan serta usaha untuk mengetahui semuanya tentang Autisma (PKBP).
Sumber Gambar : PicasaWeb

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.