MTQ

Wednesday, June 17, 2009


Pelajar istimewa dilatih sertai tujuh acara myMetro
PUSAT Majlis Tilawah Al-Quran (MTQ) menghimpunkan 62 pelajar pendidikan khas seluruh Kedah untuk melatih mereka menyertai pertandingan pendidikan khas peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada 22 Jun ini di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah.Latihan diadakan di Sekolah Menengah Teknik Sungai Petani 1 itu memberi tumpuan dalam tujuh acara dipertandingkan iaitu tilawah al-Quran, hafazan al-Quran, azan Subuh, nasyid, bercerita, menulis khat dan merumikan jawi. Pelajar pendidikan khas yang bermasalah dari segi pembelajaran, penglihatan dan pendengaran itu dibahagikan kepada dua kategori sekolah menengah dan rendah iaitu pelajar bawah 14 tahun dan 19 tahun. Program empat hari berakhir 5 Jun itu anjuran Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Kedah bertujuan meningkatkan kemahiran pelajar dalam pelbagai acara sebagai persediaan untuk ke pertandingan peringkat kebangsaan.
Penyelia Pendidikan Khas Sektor Pendidikan Swasta dan Pendidikan Khas JPN Kedah, Junaida Yusoff, berkata pemilihan pelajar yang mengikuti latihan itu membabitkan pemenang tempat pertama hingga ketiga dalam pertandingan peringkat negeri yang diadakan baru-baru ini.

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns