Tuesday, June 23, 2009

SPA sedia 3,500 jawatan untuk OKU


MURUGIAH bertanyakan sesuatu kepada peserta Kem Motivasi Keluarga Integrasi Orang Kurang Upaya di Petaling Jaya, semalam.


PETALING JAYA - Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) kini berusaha memenuhi kuota sekurang-kurangnya tujuh peratus atau 3,500 daripada 50,000 kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam kepada golongan orang kurang upaya (OKU) akhir tahun ini.
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk T. Murugiah berkata, Kabinet memutuskan perkara itu dan mempelawa golongan berkenaan menyertai sektor awam agar mereka tidak berasa tersisih.

"Kerajaan menggalakkan lebih ramai golongan OKU memohon jawatan ini terutamanya bagi mereka yang berkelulusan dan tidak mendapat bantuan daripada mana-mana pihak," katanya.
Beliau berkata demikian semasa merasmikan penghantaran kira-kira 200 golongan OKU ke Kem Motivasi Keluarga Integrasi OKU di sini semalam.

Menurut Murugiah, golongan OKU perlu mengambil peluang itu untuk mengisi kekosongan jawatan yang ada memandangkan kerajaan telah memperbaiki skim gaji dan kemudahan kepada penjawat awam.

2 comments:

Anonymous said...

Aku baru je call SPA. Dgr je aku ni mslh penglihatan, mcm tawar hati jer mrk org nk tolong. Asyik pass call ke satu talian demi talian, tp xda jawapan yg muktamat ttg jwtn yg boleh dipohon.

Tea Cha Hai said...

Lerrr....gitu ka... apapun jgn kan awak... kita org yg celik pun selalu kena "pass call" ni...

Apapun wish U luck n dipermudahkan urusan mu...may be U boleh selak2 d intertet jawatan yg sesuai dgn anda dan jabatan2/syarikat/NGO yang ada menawarkan kerja...

Ataupun anda boleh merujuk kepada badan2 / persatuan2 yg berkaitan dgn masalah anda...

Pergi berjumpa terus mungkin lebih baik berbanding call....

InsyaAllah dipermudahkan urusan anda.

Terima Kasih

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.