Monday, August 10, 2009

Pernahkah anda menghadapi situasi di mana anak / murid Autisma anda mengamuk tanpa terkawal yang adakalanya boleh mencederakan dirinya atau orang lain terutama apabila kemahuannya tidak dipenuhi?.
Menghempas badannya/kepalanya ke lantai atau dinding, menggigit dirinya/orang lain, memukul kepalanya, mencederakan tangannya, menarik rambutnya, menghempas bangku kelas, mengoyakkan bajunya dan menggigit butang bajunya merupakan antara tingkah laku yang sering dilakukan oleh kanak2 Autisma apabila kemahuannya tidak dipenuhi atau menunjukkan kemarahannya.
Hari ini saya menghadapi situasi di mana Es mengamuk dan menghempaskan kepalanya ke lantai simen dan juga badannya ke pintu. Es marah ekoran saya tidak membenarkan dia mengurung diri di dalam stor setelah saya membuka stor untuk mengambil kad manila. Dan tingkah laku ini sering dilakukannya samada di sekolah mahupun di rumah. Saya memerhati tingkah laku Es (dengan kawalan) itu memandangkan saya baru sahaja menjadi guru mereka (saya kini guru pra sekolah pend. khas...baru 2 minggu) untuk melihat tindakan ES seterusnya. Es menghempaskan kepalanya di lantai, badannya di pintu dan menterbalikkan 3 buah kerusi dan kemudiannya Es kembali dengan dunianya. Maknanya amukkannya sudah habis dan Es tidak merasakan sebarang kesakitan (antara lain ciri Autisma ialah tidak memperdulikan bahaya/tidak tahu bahaya).







Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.

9 comments:

Anakkhas said...

oooo pra sekolah yer....

autisma memang susahkan?
kalau ikutkan pengalaman saya budak autisma nie suka berkhayal. kadang2 saya masuk dalam khayalan mereka contoh:
Calven pagi2 datang dengan berkelakuan seperti ben ten dan menembak rakan2. lain kerja tak nak buat. akhirnya saya jadi raksaksa kalahkan dia.
dan terus memujuk kelvin untuk duduk kerana dia dah kalah.

kadang2 terpaksa pura2mati kena tembak untuk hiburkan dia dan akhirnya dia akur untuk belajar.

pengalaman je tu takde bukti sains
tapi pera tak tahu lah.
apapun budak autisma perlu dibelai kan?

anakkhas.com

August 11, 2009 at 9:25 PM
ari said...

Ya.. Pra Sekolah PKBP..baru jer ditukarkan ke pra..

Autisma.. itulah mereka ada "dunia imijinasinya sendiri". jadi, kita kena bawa dia ke dunia sebenar...

Bagimana nak bawa dia ke dunia sebenar? Adakalanya saya layan jer...ikut rentak mereka..kena jadi subjek dlm imiginasi mereka..

Apapun seronok menerokai kehidupan mereka...wpun adakalanya geram juga...

Belai? ada yg suka ada yang tidak... mungkin bergantung kepada siapa yang dia suka/kenal...

August 15, 2009 at 8:30 PM
ari said...

Ya.. Pra Sekolah PKBP..baru jer ditukarkan ke pra..

Autisma.. itulah mereka ada "dunia imijinasinya sendiri". jadi, kita kena bawa dia ke dunia sebenar...

Bagimana nak bawa dia ke dunia sebenar? Adakalanya saya layan jer...ikut rentak mereka..kena jadi subjek dlm imiginasi mereka..

Apapun seronok menerokai kehidupan mereka...wpun adakalanya geram juga...

Belai? ada yg suka ada yang tidak... mungkin bergantung kepada siapa yang dia suka/kenal...

August 15, 2009 at 8:30 PM
ezmie said...

Tak susah nak jaga budak autisme ni.Cuma kena masuk ke dalam dunia mereka.di tempat saya ada seorang budak autisme+hyperaktif. Memang susah nak kawal walaupun kita dah berlakon jadi mcm dia.

August 17, 2009 at 9:11 AM
ari said...

Nak masuk dunia mereka? Takkah kita kan jadi autisma juga...

TAk la...kita cuma "masuk" dlm keadaan atau sesetengah perkara saja kan...

August 22, 2009 at 9:38 PM
putri said...

saya baru menjalani sesi praktikum di slh sbuah sklh rndh di mlaka. sepanjg 3 buln menjalani praktikum, saya tlh mmbuat pemerhatian ke atas seorang murd autisme yg tidak boleh brkomunikasi dgn baik. murd trsbut hanya boleh menyebut...dedede...aaaa...apabila saya mahu memberikan arahan, saya hanya brkomunikasi sprti mana dia brkmnkasi. murd trsbt pandai dan dpt mnls dgn baik. apabila sy meminta murd trsbt menyebut sesuatu hrf mengikut prgrkan mulut saya, murid hanya boleh menggerakkan bibir dan lidah shj tnpa bunyi, ada juga sstgh hrf dia boleh membunyikannya sprti berdesis dan menggerakkn bibir.cmne la agknya cara yang membolehkan dia brkmnksi dgn baik ye?xpun skurg2nya dpt menyebut ssuatu hrf dgn btul.

October 2, 2009 at 8:09 PM
ari said...

Salam.
Putri,,,
Tahniah! dan Selamat Datang ke dunia Pendidikan Khas..
Putri,mungkin murid ni ada masalah pertuturan atau pertuturannya lewat..Sebaiknya ibubapanya merujuk kpd pakar-terapi pertuturan. dan kita sbg guru hanya boleh membantu sedaya mungkin di sekolah kerana kita tidak memiliki kepakaran masalah pertuturan...
Berdasarkan pengalaman yg masih mentah ini,biasany saya meminta mereka mengajuk bunyi2 vokal / perkataan..sehinggalah mereka mengeluarkan "bunyi"...saya tdk mengikut "cara" mereka menyebut....sebaliknya sedaya upaya membantu mereka menyebut dgn betul..susah memang susah...apa boleh buat ..tak boleh paksa juga..
Murid Putri sudah boleh membunykan...syukurlah..InsyaAllah sikit masa lagi dia pasti boleh...minta bantuan juga dgn ibubapanya..kalau di rumah biarlah mengunnakan perkataan yg terang, ringkas dan mudah..

P/s; Saya jg masih dlm proses belajar..jom kongsi yer klu ada maklumat..

October 4, 2009 at 5:07 PM
Anonymous said...

salam..
terima kasih atas info yg sgt2 berguna..
sy pn cg prasekolah p.khas..br posting..
pernah alami situasi di atas..
sy arap sgt ckgu dpt share pnp ckgu.
p/s: blh sy tahu email cikgu?.
syimah85@yahoo.com

February 19, 2010 at 12:11 AM
ari said...

Syimah85..
Tahniah..posting d mana?
nanti saya email...
jom kita kongsi2 ilmu
thanks

February 19, 2010 at 1:14 PM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns