Monday, November 30, 2009

Bagaimana kita nak tahu anak kita tu 'kanak-kanak yg berkeperluan khas"?

Bagaimana cikgu-cikgu "normal" ni nak tahu yg murid dia tu kategori khas...?


kalau dah buat diagnosis daripada doktor tak payalah tanya lagi kan... Soalan2 ni sebelum kita hantar anak tu g jumpa doktor....


Bukan apa...kesian dgn anak2 tu kalau kita lambat kesan "khasnya dia"..


Kesian jg klu cikgu2 ni suka - suka dia jak hantar murid yg 'lewat' atau 'nakal' lain drp yg lain ke kelas pendidikan khas. nak buat ujian konon.... ujian dah berkali2 dibuat..hasil mengatakan NORMAL..tapi nak hantar juga... ermmm.....
Lebih awal kita mengesan anak kita adalah lebih baik....... jom kita senarai semak ciri-ciri anak2 berkeperluan khas ini..senari semak ni berdasarkan pembacaan, rujukan dan pengalaman saya... melalui ciri-ciri/petanda awal ini kita melihat kepada perkembangan sepatutnya dan perkembangan tidak sepatutnya anak kita itu sesuai dgn umurnya atau tidak....
CIRI - CIRI ANAK BEKEPERLUAN KHAS.
1. Tidak dapat mengenalpasti, memahami atau membezakan perkara asas berdasarkan kategorinya. contohnya anjing, kucing, ayam adalah haiwan, seluar, baju, stokin adalah pakaian, merah, biru adalah warna dll.
2. Tidak dapat berkomunikasi dgn baik. Penyebutan patah perkataan tidak jelas, sukar utk mencari perkataan yg mengekspresikan perasaanya/kemahuannya.
3. Sukar memahami / memberi respon kepada dua atau lebih arahan dalam satu masa. Cth, Ikmar ambil pemadam itu dan berikan kepada cikgu... Ambil pemadam 1 arahan, berikan kpd cikgu arahan ke 2.
4. Tiada perasaan. Tidak menunjukkan keterujaan, ingin tahu, keseronokan dalam kebanyakan perkara atau situasi.
5. Sukar untuk memegang benda-benda kecil, membutang baju.
6. Sukar mengawal diri apabila marah atau kecewa.
7. Sukar memegang pensel dan gunting dengan betul.
8. Sukar melakukan aktiviti memanjat, membaling-menyambut bola, menendang-menahan bola, berbasikal, melompat, berjalan lurus atau berlari.
9. Sukar memberi fokus pd satu-satu perkara.
10. Mengelak untuk berinteraksi dgn org lain. tidak mahu berkawan.
11. Bermasalah dalam pengurusan diri seperti mencuci tangan, memakai baju dan membersihkan diri selepas membuang air besar/kecil.
*****Ciri-ciri ini adalah secara general saja. Biasanya berlaku pada usia yang tidak sepatutnya. Contohnya anak sudah berumur 6 tahun namun kemahirannya masih pada tahap umur 3 tahun.
DAN APA YG PERLU DILAKUKAN???
1. Berjumpalah dengan doktor pakar untuk pastikan samada anak itu betul2 bermasalah atau sebaliknya. Ini perlu bagi menentukan anak itu ada masalah pembelajaran atau pendengaran atau kedua-duanya.

Monday, November 23, 2009

Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.
Kanak-Kanak Istimewa.
Kenapa ada dikalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu, perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak ini terdiri daripada:-
1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)
Apakah punca semua ini?
Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-
1. Risiko Biologikal
- Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
i. Prenatal Period
- Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
- Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan.


ii. Chromosomal Disorders
iii. Metabolic Disorders
iv. Birth Complication

REFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children

******To be cont...

Sunday, November 22, 2009






2009
Bukan sekali lagi meninggal kan kita..
Ini kali pertama 2009 meninggalkan kita..
Dan pastinya tiada lagi 2009..
Dan tentunya kali pertama dan terakhir...
Namun kenangan telah banyak kita ukirkan..
Manis membikin kita senyum dan ketawa.
Pahit pastinya tiada diantara kita..
Kerana itu adalah ilmu..
Untuk dipelajari...
Untuk dibincangkan sesama kami..
Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup ku..
Terima kasih kerana merindui ku..
Terima kasih kerana perlu menurut suruhan ku..
Terima kasih kerana tidak mengambil hati keluhan ku..
Terima kasih.....
******Terima kasih kepada anak2 murid ku, terima kasih kepada rakan2 sekerja di PK, terima kasih rakan sekerja di SKBP, terima kasih ibubapa murid, terima kasih my kawan2 yg memahami, terima kasih famili, terima kasih semua....

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns