Monday, November 23, 2009

Kenali dan kita pasti cintai..

Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah.
Kesukaran ibubapa tidak mahu menerima anak mereka adalah istimewa terutamanya bagi kanak-kanak Autisma, ADHD atau lembam yang secara fizikalnya kelihatan normal bukan kerana mereka TIDAK MAHU MENERIMA sebaliknya MEREKA TIDAK TAHU dan MUNGKIN TIDAK MAHU AMBIL TAHU.
Peranan di pihak kita bukan untuk memberi ajar..namun kita berperanan untuk memberi panduan dan dorongan untuk si ibubapa ini mengenali dan mengendalikan anak mereka.
Berdasarkan pengalaman, sukarnya mereka menerima bahawa anak mereka adalah istimewa memandangkan mereka merujuk kepada pengalaman sendiri dan juga orang terdekat mereka. Contohnya, anak yang pertama katanya juga nakal, hyper dan lambat bertutur. Namun selang beberapa tahun semuanya normal sepertimana kanak-kanak yang lain yang seusianya. Dan dengan itu...si ibubapa ini mempercayai bahawa anak juga pasti begitu akan normal juga.
HAKIKATNYA anak si ibubapa ini adalah istimewa. Bagaimana untuk kita membantunya untuk menerima hakikat ini? Bukan dengan kesimpulan awal. Panduan dan dorongan. Panduan dan dorongan dengan komunikasi yang baik. Dengar apa yang si ibubapa ini luahkan, beri dia semangat bukan janji2 komporfasi, perlihatkan kegembiraan kita apabila ibubapa menyatakan bahawa anaknya sudah ada perubahan, beri pujian dan motivasi kepadanya dan bagitahu dia itu adalah usaha kerasnya dan perlu ada usaha dua pihak-guru dan juga ibubapa. Berikan contoh2 perkembangan murid yang lalu, berikan maklumat tambahan, berikan beberapa cadangan. Biasanya ibubapa yg agak 'degil' ini akan mula percaya kpd guru apabila saranan guru/maklumat guru itu selari dgn apa yg dikatakan oleh doktor anaknya. Dengan itu, guru perlu berpengetahuan dan yakin untuk berkomunikasi dengan ibubapa bukan duduk di meja guru dan malambai dari jauh aja.. he he he...Peace! Bina kedekatan antara kita dan ibubapa agar mesej 'lebih lembut' untuk diterima oleh ibubapa jenis ini.
Kanak-Kanak Istimewa.
Kenapa ada dikalangan kanak-kanak yang perlu lebih usaha untuk mempelajari sesuatu?. Bagaimana pula dengan kanak-kanak boleh belajar namun sukar untuk belajar dan lebih berminat kepada aktiviti diluar kelas? Kanak - kanak ini perlukan pendekatan lain yang lebih kreatif, individual, praktikal dan lebih khusus dengan itu, perkara ini menjelaskan bahawa mereka adalah kanak-kanak istimewa.
Kanak-kanak ini oleh jadi mengalami ketidakupayaan fizikal, mengalami masalah kesukaran dalam pembelajaran atau masalah tingkah - laku atau kedua-duanya sekali. Bagaimanapun kanak-kanak ini memiliki potensinya sendiri. Kategori kanak-kanak ini terdiri daripada:-
1. Terencat akal (mental retardation)
2. Bermasalah Pembelajaran (Learning Disabilities)
3. Kecelaruan Komunikasi ( Communication Disorders)
4. Ketidak upayaan Fizikal (Physcal Disabilities)
5. Bermasalah Tingkah-Laku ( Behavior Disorders - emotional disturbance)
6. Ketidakupayaan Penglihatan (Visual Impairment)
7. Ketidakupayaan Pendengaran (Hearing Impairement)
8. Kepandaian luar biasa (Exceptional Gift)
Apakah punca semua ini?
Terdapat dua faktor high-risk yang dikategorikan sebagai :-
1. Risiko Biologikal
- Risiko Bilogikal merujuk kepada kondisi yang diagnosiskan sebagai gangguan perubatan (medical disorders) seperti Down's Syndrome.
i. Prenatal Period
- Penyakit yang memberi kesan negetif kepada kesihatan si ibu semasa mengandung seperti Rubella, CMV virus (Cytomegalic Inclusion Disease), Herpes Simples, AIDS, Diabetes dan Toxemia.
- Penggunaan ubat kimikal tertentu, penggunaan alkohol, penggunaan dadah dan juga kekurangan zat makanan.


ii. Chromosomal Disorders
iii. Metabolic Disorders
iv. Birth Complication

REFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children

******To be cont...

7 comments:

Maiyah said...

masih ada ye ibubapa yg tak brapa bik tahu pasal anak istimewa ni :)

Tea Cha Hai said...

Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian peribadi saya ada beberapa golongan ibubapa:-
1. Ibubapa yg tahu dan mahu untuk sama2 dgn guru membantu anak mereka- biasanya ibubapa ini baik dari segi hubungan dgn guru dan sentiasa mahu belajar dan berunding dgn guru ttg perkembangan anak mereka.
2. Ibubapa yang tahu dan cuba memandang rendah apa yg diusahakan pihak guru. Biasanya menganggap dia LEBIH TAHU drpd guru dan kurang beri kerjasama.
3. Ibubabapa yang kurang mahu ambil tahu dan mengharapkan usaha dan bantuan guru semata. Tiada usaha untuk berkomunikasi dengan guru.
4. Ibubapa yang kurang tahu namun banyak bertanya dgn guru dan biasanya meletakkan harapan terhadap guru.

***Apapun komunikasi itu penting-Guru dan Ibubapa.

ummu said...

salam cikgu
berdasarkan pengalaman saya,ada ibubapa yang enggan bila guru cuba menerangkan tentang masalah anaknya.Ada juga yang menghantar dan mendaftarkan anak di pend khas untuk dapat elaun.
Namun,berkat kesabaran para guru menerang dan mebina hubungan jelekit antara guru-ibubapa-pelajar,biasanya ibubapa akan celik minda..

Tea Cha Hai said...

Salam.Um. Masyitah,
Terima Kasih atas kunjungannya..
- Ya memang ada ibubapa daftar anak semata2 elaun-jarang nak hantar anak pergi sekolah dan tiada usaha/alternatif lain membantu anaknya. Ada yg asyik2 tanya buku akaun anak, bila ble amik dll,klu cgu telefon ckp pasal elaun cepat pulak sampainya....
- Apapun kita berharap agar mereka menggunakan elaun RM150 utk bayar terapi dll yg bermanfaat kpd anak mereka. Sebab hanya segelintir yg macam itu...

cikgu_aiha said...

salam cikgu..
semoga kita semua ikhlas & tabah menjaga & mendidik anak2 istimewa ini...InsyaAllah ganjaran besar menanti kita disana.

Muhammad Hariz Ihsan Bin Abdul Khabir said...

salam..
saya berminat dengan ilmiah blog ni..
banyak memberikan info..
jemput la melawat blog Hariz..

Anonymous said...

..kita merancang..Allah juga merancang..sudah tentu pasti perancangan Allah adalah yang terbaik sekali..kita mempunyai banyak pilihan bagaimana cara untuk menerima tetapi sudah tentu pilihan yang terbaik adalah dengan...Redha...Sabar...Muhasabah diri..sentiasa istiqamah dalam keimanan...itu lah yang terbaik..."manusia boleh memilih cara yang bagaimana untuk hidup..tetapi ingat lah yang kita tetap akan mati...manusia juga boleh memilih untuk menyayangi sesiapapun bahkan apapun tetapi ingatlah kita akan tetap meninggalkan mereka semua pada suatu hari yang telah ditetapkanNya..."...wallahu'alam

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.