Saturday, January 30, 2010

Kalau Kita Ikhlas Kecewanya Sedikit....

Salam.

Pagi ni berkesempatan menjenguk ke FaceBook Komuniti Guru - Guru Prasekolah Malaysia. Ada yang ingin saya kongsikan hasil drp jengukkan saya tadi. Membanca komen2 dlm FB tersebut membuatkan kita belajar. Belajar kenali diri kenali orang lain. Adaklanya, macam mana kita tindakan / fikiran kita terhadap org lain begitu jugalah tindakan / fikiran org lain terhadap kita. Kalau fikiran/tindakan kita berbeza seperti yg kita fikirkan atau harapkan kita pastinya kecewa...sedih...malas....dan teruk2..kita menyampah dan mula berkata belakang....adeh..... Apapun saya berusahan untuk menjadikan IKHLAS sebagai pegangan saya dalam melaksanakan kerjaya saya, tugasan ditugaskan, perintah yg diturutkan...dan pertolongan yang dipinta.... KALAU IKHLAS KECEWANYA SEDIKIT.... sering teringat kata2 Ustad AA Gym itu bila rasa kecewa...marah...sedih....mula menampakkan cambahnya...Kalau dibiarkan rasa itu boleh memberanakkan tension dan seterusnya menonjolkan kebodohan diri sendiri....bodoh dlm mengawal emosi.... adeh....

Ya Allah bantulah Aku untuk lebih ikhlas melaksanakan tanggungjawab ini....

Pembantu Pengurusan Murid mengadu, meluahkan rasa kekeliruannya. Jom kita kongsikan.

SUMBER: KLIK DI SINI.... Utusan dan DI SINI Portal Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia




Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ingin merujuk kepada Surat Pembaca ”PPM Keliru, Johor Bahru” dalam ruangan Surat Kepada Pengarang - Utusan Malaysia bertarikh 23 Disember 2009 bertajuk, “Guru gunakan PPM”.

Untuk makluman penulis disertakan BIDANG TUGAS BAGI SKIM PERKHIDMATAN - PEMBANTU PENGURUSAN MURID GRED N17 secara umum:-

A. Pengurusan Prasekolah

1. Membantu guru kelas pra sekolah dalam hal ehwal pengurusan/pentadbiran kelas.

1.1 Urusan Pentadbiran Kelas Prasekolah

(a) Membantu guru mendaftar kehadiran murid-murid prasekolah setiap hari.

2. Membantu guru kelas pra sekolah dalam semua aktiviti bimbingan dan pembelajaran/pengajaran murid-murid pra sekolah.

2.1 Urusan Pengajaran/Pembelajaran Murid-Murid Prasekolah

(f) Membantu mengawas dan menjaga keselamatan, kesihatan dan keselesaan murid-murid sama ada di dalam atau di luar kawasan sekolah semasa murid-murid berkenaan di bawah jagaannya.

3. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan penyediaan makanan, mengurus dan membersih serta menjaga keselamatan murid kelas pra sekolah.

B. Pengurusan Murid di Asrama

1. Menjaga hal ehwal murid-murid istimewa/peringkat sekolah rendah daripada semua aspek pengurusan diri di asrama.

2. Membimbing/melatih/mengasuh murid-murid istimewa/peringkat sekolah rendah mengenai semua aspek yang berkaitan dengan tata kelakuan, akhlak, adab sopan, menjada kebersihan diri/kawasan sekitar.

3. Melayan keperluan murid-murid yang sakit atau bermasalah emosi.

4. Mengawasi keselamatan murid.

5. Menjadi perantara dengan ibu bapa murid.


UNIT KOMUNIKASI KORPORAT
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
20 JANUARI 2010

8 comments:

UstazCahaya said...

Salam Ziarah, Cikgu Hai..

Berkali-kali kamu mengulang doa itu, membuatkan saya juga ingin berdoa begitu;

"Ya Allah bantulah Aku untuk lebih ikhlas melaksanakan tanggungjawab ini...."

Amin Ya Rabb Al-Alamin.

Jika ikhlas, kecewanya kurang. Saya juga peminta Aa;-)

iddayu said...

salam , kalau guru yang mengambil kesempatan utk tidak mengajar,itu satu kesalahan,tetapi diseolah saya PPM yang malas utk membut kerja sehingga periuk dan kuali yg digunakan selepas p&p subjek masakan pun guru yang terpaksa membasuhnya,salah siapa?

Unknown said...

assalammualaikom...

betul3 iklas tu penting... jangan harap ganjaran dunia semata2 walaupun perlu...he.he...

kepada semua ppm buatlah apa yang patut ... pada anakkhas jika guru itu tidak mengajar dialah yang tidak bertanggungjawab... kalau setakat nak tanda kehadiran pun bersungut ..macam mana nak tukarkan lampin murid 11 tahun ...12 tahun.... he.he

Tea Cha Hai said...

Salam Ustaz,
Amin.....
InsyaAllah... berusaha belajartk lebih ikhlas... Ikhlas membuatkan kita menerima takdir apa adanya....InsyaAllah dipermudahkan urusan kita OlehNya.

Amin Ya Rabb Al-Alamin.
-mula "terperasan" Ustad AA sejak kes "kawin duanya..." ;-)

Tea Cha Hai said...

Salam Pn Norlida,
Terima kasih atas knjungan ke blog ni...dan sudi memberi komen.

Saya melihat begini. Perangai kita di tempat kerja kita..samalah perangai kita dirumah kita sendiri. Kalau org tu dr rumah dah pengotor, pemalas dan pemerintah/penyuruh..mcm tulah di tempat kerjanya...

Tak kisahlah PPM atau guru. Kalau dah dari rumah org gaji saja yg kemas rumah...mcm tulah jg di tempat kerjanya...kalau kemas pun alah kadar saja..

Ambil cth tukang cuci tandas...kalau dasarnya pengotor... tukang cuci itu akan cuci sekadar 'cukup' jlnkn tugas sebagai pencuci...dia tidak akan mahu mengilatkan atau mewangikan tandas tu...apatah lagi suruh dia kikis "daki2"....baik dia duduk2 kikis taik gigi dia..hihihi

Pasal PPM ni... ikut pengalaman...sy hanya mampu tarik nafas dalam2...dan mengelak sy stress dan tambah stress sy lebih suka buat atau bantu mereka buat.. sebab fikiran saya, BURUK NAK NAK TEGUR ORG DEWASA NI APATAH SAYA TAHU MEREKA TAHU APA TUGAS MEREKA....walau kekadang sy letih bagai nak nangis...huhuuhu

Tea Cha Hai said...

Salam Cikgu (anak Khas),

Dulu kata tak pa cgu dpt RM250,,, sekarang dah dpt RM200.. nak kata apa lagi?

hihihih.....
-tak mau jadi lilin.....

Anonymous said...

sama saja ppm atau cikgu ,,masing-masing kena tau diri dan kerja sendiri,,,jgnlah overboard,overacting dan bermacam jenis overlah.....kalau tak buat kerja sendiri jawablah kat akhirat nanti,,kalau dah terlebih kerja lak dapatlah dividen kat akhirat nanti ...

Tea Cha Hai said...

Tanpa Nama,
Yup..dua2nya sama...iaitu bekerja... tapi ingat, BIDANG TUGAS masing2 BERBEZA...
Dua2 pihak kena sedar diri...
iyah...kalau tidak sedar diri akan dpt yg sepatutnya...
Teringat kata2 GB masa mesyuarat tadi... HUKUM KARMA...
HUKUM KARMA dan BERKAT GAJI yg kita terima... ;-)

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.