Monday, April 19, 2010


Cara mendidik anak autisme

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.


Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:


  •  Tidak menghiraukan orang lain

  •  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

  •  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

  •  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

  •  Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

  •  Lebih suka bermain sendiri

  •  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

  •  Lambat bercakap

  •  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

  •  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

  •  Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

  •  Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

  •  Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

  •  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

  •  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

  •  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

  •  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

  •  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

  •  Tidak boleh duduk diam

  •  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

  •  Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri

  •  Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

    Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:

  •  Kurang tumpuan kepada persekitaran

  •  Sering ada dalam dunia sendiri

  •  Kadangkala pertuturan tidak jelas

  •  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

    “Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.

    “Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:

  •  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya

  •  Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)

  •  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)

  •  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)

  •  Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek

  •  Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)

  •  ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

    Apa yang boleh dilakukan guru?

    Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:

  •  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

    Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

  •  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

  •  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.

  •  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

    Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.

  •  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

    Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

  •  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.

  •  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

  •  Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

    “Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.



    Ciri-ciri autisme

    > Tidak menghiraukan orang lain

    > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

    > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

    > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

    > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

    > Lebih suka bermain sendiri

    > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

    > Lambat bercakap

    > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

    > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

    > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

    > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

    > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

    > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

    > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

    > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

    > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

    > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

    > Tidak boleh duduk diam

    > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

    > Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

    > Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk





    Sumber : myMetro

    10 comments:

    Syahida said...

    salam ari, sukarnya mendidik anak autisme.saya sendiri seringkali buntu dan putus harapan bila berdepan dengan karenah anak yang sukar dijangka dan kurang difahami..Mudah2an Tuhan berikan saya kekuatan dan kesabaran Amin.

    April 19, 2010 at 10:16 PM
    Anonymous said...

    Salam, selamat hari guru kepada cikgu. semoga usaha dan jasa cikgu dalam mendidik anak-anak istimewa akan diberkati Tuhan. Saya juga ingin berterima kasih kepada cikgu kerana nasihat dan informasi yang berguna didalam blog cigu banyak membantu masalah yang dihadapi anak saya. Walaupun di Malaysia mungkin sudah banyak perubahan yang dilihat untuk manfaat kanak-kanak istimewa ini namun proses menterjemahkannya dalam sistem pendidikan khas hari ini masih jauh ketinggalan. Memang mudah untuk mengenalpasti keistimewaan dan pengesahan tapi proses menempatkan mereka di samping kerenah birokrasi sesetengah pihak agak menyulitkan. Saya berharap akan ada lebih ramai guru pendidikan khas yang mempunyai semangat dan kasih sayang terhadap pekerjaan mereka seperti cikgu. Apapun Selamat Hari Guru sekali lagi buat cikgu. Terima kasih.

    Khalida

    May 17, 2010 at 10:25 AM
    Anonymous said...

    Salam, selamat hari guru kepada cikgu. semoga usaha dan jasa cikgu dalam mendidik anak-anak istimewa akan diberkati Tuhan. Saya juga ingin berterima kasih kepada cikgu kerana nasihat dan informasi yang berguna didalam blog cigu banyak membantu masalah yang dihadapi anak saya. Walaupun di Malaysia mungkin sudah banyak perubahan yang dilihat untuk manfaat kanak-kanak istimewa ini namun proses menterjemahkannya dalam sistem pendidikan khas hari ini masih jauh ketinggalan. Memang mudah untuk mengenalpasti keistimewaan dan pengesahan tapi proses menempatkan mereka di samping kerenah birokrasi sesetengah pihak agak menyulitkan. Saya berharap akan ada lebih ramai guru pendidikan khas yang mempunyai semangat dan kasih sayang terhadap pekerjaan mereka seperti cikgu. Apapun Selamat Hari Guru sekali lagi buat cikgu. Terima kasih.

    Khalida

    May 17, 2010 at 10:29 AM
    Anonymous said...

    terima kasih pada wed ni....ia telah membantu saya belajar banyak perkara dalam anak khas ni.....selama ni saya rasa hairan..dan ingin tahu kenapa anak khas akan ada kelakuan yang pelik... ingin bantu mereka dan mengajar anak khas ni...nasib baik ada wed ni.....terima kasih...

    September 3, 2011 at 4:53 PM
    penny eng said...

    terima kasih pada wed ni....ia telah membantu saya belajar banyak perkara dalam anak khas ni.....selama ni saya rasa hairan..dan ingin tahu kenapa anak khas akan ada kelakuan yang pelik... ingin bantu mereka dan mengajar anak khas ni...nasib baik ada wed ni.....terima kasih...

    September 3, 2011 at 4:56 PM
    Rashidah bt Mat said...

    Salam. minta izin untuk buat assingment serta beri pengetahuan pada saya guru pendidikan khas yg mempunyai pelajar autisme, terima kasih.

    February 26, 2012 at 8:47 PM
    Anonymous said...

    kesukaran mendidik anak autisme mmg tidak dpt digambarkan. saya terpisah dgn anak autisme sy selama 4 tahun sejak lahir dan hanya dpt jenguk paling lama 2 minggu untuk tempoh selang beberapa bulan akibat tugas sbg pjawat awam yg sukar utk mdpt kelulusan ptukaran tempat tugas. spanjang anak berumur 4 tahun, hidupnya langsung tak ubah seperti kanak2 berumur 7-8 bulan, kencing, berak, berbogel sana sini dan sbg nya, (langsung tak terkawal), namun selepas sy dpt bertukar dan tgl bersama mereka, skrg anak berumur 5 tahun lebih, telah pandai kencing di tandas dan pump,telah pandai simpan kasut d rak kasut, telah pandai tlg ambilkan remote tv dan simpan pinggan d dapur, dan bnyk lg semuanya saya latih dlm tempoh setahun sbg pcubaan n hasil positif. kanak2 autisme ini yg sy sedar mmg tak boleh di ajar langsung, tetapi boleh di latih, cara melatih tpaksa memerlukan kreativiti tersendiri sehingga kadang2 kelihatan spt saya melakukan perbuatan2 yg bodoh bg pandangan kanak2 normal.contohnya anak sy suka dengan api dan itu sgt membahayakan dirinya, sy tpaksa membuat contoh yg real spt membakar tangan sendiri bagi menunjukan bahawa api itu bahaya dan berlakon sperti mgalami ksakitan yg melampau kemudian memaksa anak pula memegang api itu untuk memberi rasa sakit itu kepadanya namun sy dapati respon anak selepas megenal api, bila2 masa nampk api, sy cuba tarik tangan dia dekat dgn api, dia akan berkeras sekuat yg boleh. slps itu dia tahu api itu hot n bahaya dan bgitu la seterusnya, latihan tanpa henti sepanjang hari utk membantu dia mgenali bahaya yg terutamanya..sy ada cuba mhantar ke sekolah2 khas namun respon perubahanya masi lambat

    September 1, 2012 at 7:08 PM
    isma ady said...

    terima kasih kpd blog ni...memang banyak ilmu yg boleh saya jadi kan panduan untuk mendidik anak istemewa saya...kerana sebelum ini saya pun kurang pasti bagaimana nak mengajar anak di rumah...walaupun saya menghantar anak saya ke sekolah pra-sekolah pendidikan khas....tapi saya tak boleh bergantung sepenuhnya pada cikgu....saya harap ilmu ini dapat dimanfaatkan sebaiknya kepada anak saya ini....

    April 25, 2013 at 10:12 AM
    anisah said...

    kawan saya ade menulis yang dia mmpunyai sindrom ini dan saya x sengaja membacanya saya keliru sbb die satu satunya kawan baik saye dan suatu hari tu die mengamuk namun secara diam. die kata tiada siape yg fahami die ..... ape patut saya buat sedangkan saya faham dengan keadaan die....

    November 13, 2013 at 12:00 PM
    Tea Cha Hai said...

    Assalamualaikum Dik Nisa.

    Alhamdulillah Allah telah menunjukkan "siapa" kawan Anisa.

    Tidak perlu keliru lagi Dik Nisa. Sekarang apa yang Adik perlu lakukan kenali lagi dia. Kenali Apa itu Autisma dan ciri Autisma yang ada pada dirinya.

    Jika sebelum ini Dik Nisa sudah boleh menerima sikapnya mengapa tidak dengan lebih sayangkan dia setelah Adik lebih kenal dia.

    Saya mohon Bantu dia membina keyakinan diri. Bantu dia untuk merasa dia diterima oleh masyarakat dan terutama Anisa sendiri.

    Sudah banyak bukti menunjukkan mereka yang Autisma ini boleh berjaya. Yang penting ada orang yang membantu dan menyayanginya.

    Saya harap Adik Anisa lebih gembira.

    Sekian Wassalam.

    November 27, 2013 at 9:01 PM

    Iklan......

    Amazing Autistic

     


    Blogger Template By LawnyDesigns