Friday, June 18, 2010


Good Morning! Selamat Pagi! Apa khabar kamu semua? Teacher miss u all bah... Hari ni hari Jumaat. Teacher nak lawat mahligai kita tu.. Tapi Teacher tak berapa senang plak. Teacher yakin Kakak cantik boleh uruskan.. teaca dah urus juga tapi taklah seindah mana. 3 minggu korang cuti.. teaca cuti satu minggu jak... itupun tak ble dapat indahkan semula... ada kerja yg telah dirancang awal.

Kamu tau tak. Mahligai kita kena banjir. Banjir kilat. Jadi habislah kena lumpur komputer, printer, radio, buku-buku baru sampai semua rosak. Buku yg pandai bercakap tu pun dah rosak. 

Teaca sedih tau. Semua kita orang pun sedih. Kamu lagi sedihkan... Mahligai kita jadi serba kurang-kurang. Takblelah korang main komputer... Tak blelah kita nyanyi-nyayi lagi. Eh!!! siapa kata tak ble nyanyi-nyanyi dan nari-nari... boleh ba kan... Tak pa.. teaca bawa laptop tua teaca dan speaker.... kita nyanyi dan nari sampai hujan pun takut mau turun...tapi dengan syarat korang jgn kencing dalam seluar... penat lah teaca...

Apa korang buat d rumah sekarang erk? H2 mesti cuti2 Malaysia sebab mak dia pun cikgu.. Yang lain cuti2 gak kan...bestnya... Cikgu harap korang datang mahligai kita nanti dengan rasa gembira sekali.. iyalah mau jumpa teaca dan kakak yg cantik... 

Teaca pun tidak sabar mau jumpa kamu lagi... Yalah tahun pertama teaca pegang kelas pra utk tempoh satu 1 tahun..InsyaAllah. teaca mau juga tgk perkembangan kamu. Masih ingat apa yg kita belajar sebelum cuti tiga minggu atau kita terpakasa belajar semula. Ulang lagi dari awal. 

Teaca tak kisah. Kalau pun nak ajar dari "a" lagi. Namun Teaca mengharapkan kalian tak le lupa.. Nanti letih bha minda dan emosi cikgu ni....huhuhu... Taklah... sebenarnya tidak semua orang luar tu tau... tau kisah kita dalam mahligai ni. Iyah kisah kita2 jak... Cikgu tak salahkan kamu, itu sudah tahap keupayaan kamu dan Teaca redha dan juga kawan2 serumpun pun faham. Teaca tak juga salahkan orang luar yg tak tahu-sebab , mereka tak tahu... abaikanlah mereka kan...

Tahap keupayaan / kemahiran korang pun berbeza walau umur semua hampir sama 5 dan 6 thn. Tapi yang pasti tahap kamu tidak seiring dengan usia kamu. Itu kita semua sudah tahu kan...kalau tidak kita taklah mendiami mahligai kita tu kan. 

Y2. Y2lah anak murid sulung Teaca daftar 4 Jan 2010. Teaca ingat lagi... Ur father yg hantar untuk register for first day kan.. Really loving daddy wee!... Dan  Teaca ingat juga masa Y2 dan adik YH datang buat ujian  Sept. 2009 klu tak silaplah, 
Your father ask me..." Teacher, he will learn like  others kid ka?" 
I understand what he want to told me... Daddy harap Y2 boleh seperti org biasa suatu hari nanti..... nak tau apa Teaca jawab? 
Teaca jawab " He will learn but not same others kids at all... For Y2, we need more time more effort more patient and more cooperation between Teaca, parent." 
Teaca add... "I cannot promise you Mr. C, I will help you but you must help too. And I hope we'll choose 1 language we using when we communicate with Y2" 
Teaca boleh speak in  English dengan budak-budak jer lah... dengan orang besar Teaca kalah juga...huhuhuhu.. 
Teaca told your father.. " I can speak in Chinese but just ni haou ma? and Wo ai ni..." 
Your father is laughing ceh! 
So we choose MalayLish... heehehehe... palan-palan ba kan...

Teringat juga Teaca. Bila Teaca tunjuk gambar jam... suruh Y2 sebut jam... Y2 terus jump ! adeh... Ambil masa sebulan juga tu... akhirnya Y2 dah tahu "jam" itu apa.. bukan jumping . Mungkin lucu tapi itulah kalau ada silang bahasa...Itu silang bahasa... Dorang tak tahu lagi hal-hal lain.

Berbalik kepada bulan-bulan awal Y2 d mahligai kita. Y2 datang dengan memakai pampers . Teaca benarkan untuk 2 minggu pertama sahaja... selepas itu Teaca tak benarkan...dan bermulah misi Teaca  bergelumang dengan kencing Y2. Nasib baik tak hancing. Kerana tak hancing ni mngkin disesabkan Y2 tak banyak makan lagi..(Y2 badan kecik dan kurus mcm anak umur 3 thn). Y2 hanya dibenarkan memakai pampers jika ada majlis2 atau aktiviti di sekolah atau yang memerlukan Y2 keluar dan menghadapi orang lain selain Teaca. 

Y2 ingat kah? Masa mula2 tu.... Y2 selalu sangat terkencing bila ada kawan2 Teaca yang Y2 tidak kenal masuk mahligai kita atau menyapa Y2? Y2 suka sangat melekat di belakang baju Teaca. Sampai Teaca mau ke tandas Y2 pun nangis mau ikut. Mengamuk, menarik tudung kawan Teaca. Adeh... Y2 sukar untuk mendekati dan mahu mendekati orang lain selain Teaca dan Kakak. Y2 untung masa bulan pertama sekolah Y2 seorang sahaja. Dan peluang ini Teaca bawa Y2 berjalan-jalan. Kita banyak berjalan-jalan masa tu kan.. Teaca tak kisah kalau ada yang kata Teaca tak mengajar... Dorang tak tahu Teaca sedang mengajar Y2 berinteraksi dan bersosial dengan orang lain. Mula - mula tu pampers yang Y2 pakai pun boleh banjir. Bukan Y2 pakai pampers murah... mahal tu...tapi itulah Y2 akan terkencing dan terkencing dan terkencing bila rasa "kurang selamat"... sebab Teaca lepaskan orang lain bersama Y2. 

Sekarang (sebelum tempoh cuti sem 1 ni ), Y2 sudah banyak berubah. Menjadi sangat peramah. Dan sudah mula mahu menyapa dan menarik perhatian orang untuk Y2 disapa. Y2 sudah tidak melekat dengan Teaca. Habit terkencing Y2 pun dah berkurang..... Perbendaharaan kata Y2 dalam BM sudah makin baik. Sudah memahami dan memberi respon kata-kata Teaca. Harap harap kita boleh selesaikan atau kurangkan masalah kecelaruan penangkapan kata pula...(Teaca tak tahu nak sebut apa tu istilahnya dlm psycholinguistic.. adakah erk?). Contohnya Teaca sebut HIdup Y2 masih tunjuk HIdung Y2..huhuhuhuhu.... bukan sekali bukan tak jelas Teaca sebut HIDUP, Y2 masih juga tunjuk HIDUNG. (Perkataan HIDUP ada dalam lirik lagu Negara Ku. Setiap kali sampai senikata HIDUP, setiap kali itu juga Y2 tunjuk hidungnya.)

Kenapa Teaca cerita Y2 jak! Adeh.... ko kan paling senior ko leh yg banyak crita.... ini pun tak habis lagi... Teaca nak cerita lagi tapi Teaca dah lapar... Mahu masak---- goreng telur mata kerbau.. Bukan Teaca ambil kerbau punya mata telur eerk.... Tak faham? Memang ko tak faham....


Teaca rasa tak sabar nak gaji! Nak beli siri non-fiction novel by TOREY HAYDEN   

0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns