Sunday, August 22, 2010

Pernah tak kalian sembang-sembang bukan rasmi dengan kawan2 kalian... Tak pun kawan kalian mengadu pasal anaknya yang nakal ala2 hyper gitu. Tanyakan samada anaknya itu juga anak istimewa....

~~~~ Cuba-cuba kau check budak tu macam boleh masuk kelas khas... hyper! Kata teman 1.
~~~~ Hai, kenapa bah anak aku tu... nakal...hyper...istimewa juga kah tu? Kata teman 2.

Hohohohoho mcmlah aku ni Dr. / pakar psikiatri sahaja yg boleh mendiagnostik. Kami guru2 PK hanya boleh    memberitahu secara umum sahaja berdasarkan ciri umum yang kami tahu.

Oklah jom kita tgk... adakah benar anak itu ADH atau cuma hyperaktif.

Sleep Apnea Pada Anak
Sleep Apnea adalah gangguan tidur di mana simptomnya adalah mendengkur dan rasa mengantuk yang berlebihan. Sleep apnea, yang bermasuk sesak nafas semasa tidur, jika ia berlaku pada orang dewasa ia akan menyebabkan hipertensi berbagai penyakit jantung, diabetes hinggah stroke. Dikalangan kanak-kanak, sleep apnea menjadi lebih serius kerana ianya memberi kesan terhadap pertumbuhannya.

Perhatikan semasa anak anda tidur, ketika dia mendengkur. Pada saat suara dengkurannya mula hilang, anak anda kelihatan sesak seolah tercekik. Perkara  ini berlaku kerana berlaku penyempitan dalam saluran pernafasannya yang mengakibatkan udara tidak dapat masuk atau keluar. Akibat oksigen yang merosot dan kadar karbondioksida yang meningkat mendadak, si anak akan terbangun disertai suara hentakan keras seolah nafas baru terbebas. Episod bangun ini disebut sebagao episo bangun mikro (micro arousal) kerana walaupun gelombang otak terbagun, namun si anak tidak terjaga. Dan episod ini ini terus berulang sepanjang malam hinggah menggangu kualiti tidurnya. Akibat drpd itu, si anak akan terus berada dalam kondisi kurang tidur, walaupun sebenarnya dia sudah cukup tidur. Anak, untuk melawan rasa kantuknya justeru itu dia menjadi aktif secara fizikalnya.


Tidur pada Anak
Proses tidur amatlah penting bagi seorang anak. Kerana proses perkembangan berlaku pada waktu tidur. Pada tahap tidur dalam, dikeluarkan growth hormone yang berperanan dalam proses pertumbuhan. Sedangkan pada tahap tidur mimpi, dipercaya sebagai tahap tidur dimana kemampuan kognitif, mental dan emosional dijaga.
Dengan adanya sleep apnea, proses tidur akan terpotong-potong. Akibatnya proses tumbuh kembang pun terganggu. Kecerdasan dan potensi-potensi mental lain yang seharusnya tumbuh dan berkembang saat tidur, tidak tumbuh. Kondisi emosionalnya pun buruk, anak jadi murung dan mudah marah. Kernana mengantuk, anak juga semakin aktif dan sukar memusatkan perhatian.


Sumber: http://sleepclinicjakarta.tblog.com/post/1970054835

Sunday, August 15, 2010



Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut. Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini. Ibubapa perlu usaha tambahan dalam merancang aktivti bermain untuk anak mereka ini.

Ibubapa tidaklah perlu  terlalu memberi tekanan terhadap anak autistik mereka dalam "playtime" mereka.  Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya. 

Perlu dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.



CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN

1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif: 
Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.

2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.: 
Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..

4. Gantikan alat permainan baru.
Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka.

5. Fleksibel
Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.

6. Lepaskan mereka.
Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahla mereka mahu keterlibatan kita/ibubapa.

Sumber: Pelbagai- ditranslate mengikut kefahaman dan pengalaman ku...

Monday, August 9, 2010


Sepertimana kanak-kanak normal, kanak-kanak Autisma juga boleh dibimbing dalam mengurus emosi mereka dan bagaimana mereka perlu mengekspresikan emosi mereka. Bezanya proses ini mungkin mengambil masa yang lama berbanding kanak-kanak biasa.

Kanak-kanak autisma harus dibimbing untuk merasakan bahawa tindakan dan emosi tantrum mereka secara umumnya adalah tidak diterima oleh orang sekitar Itingkah laku yang tidak diingini).

Dalam usaha membimbing yang mengambil masa yang panjang ini, bukan sahaja kanak-kanak autistik ini akan merasa letih dan "fed up" dan seterusnya boleh menyebabkan tantrum/marah, kita sebagai yang membimbing mereka juga adakalanya timbul rasa jenuh dan harus banyak bersabar.

Dalam proses pengurusan tingkah- laku ini, paling sering pun kanak-kanak autisma ini akan merasa letih untuk mempelajari perkara baru. Ini kerana anak-anak autistik tidak dapat memproses data yang diterimanya  sepertimana kebanyakkan kanak-kanak biasa, dan adakalanya faktor luaran seperti kebisingan, cahaya yang terang atau bunyi-bunyian kuat juga boleh menimbulkan kemarahan dan tantrum mereka. Berhadapan dengan pelbagai rupa dan melakukan pelbagai / banyak aktiviti juga boleh mencetuskan tingkah laku  reaktif anak-anak autisma. 

Sebuhangan dengan itu, kita tidak harus memberinya tekanan dan juga mengharapkan perubahan yang terlalu cepat dalam tingakah laku mereka keran dengan itu juga boleh mengakibatkan wujudnya tingkah laku tidak diiingini dalam diri mereka. Perkara ini mungkin melelahkan kita, namun apabila kita membimbingnya sedari kecil lagi, mendisiplinkan dan mengurus tingkah lakunya kemungkinan akhirnya mereka akan membiasakan diri dalam lingkungan kehidupan normal.  

Ibubapa atau penjaga perlu untuk mempelajari perkara yang menyebabkan tingkah laku tantrum anak-anak autism daripada pemerhatian  mereka sehinggah menenui cara bagaimana yang sesuai untuk membimbing anak mereka. Proses ini juga memerlukan dedikasi dan kesabaran yang ekstrem, namun kosistensi dan ketekunan adalah berbaloi. Kenalpasti bagaimana anak autisma ini berkomunikasi tanpa menggangu mereka. Kanak-kanak autisma akan belajar menjadi yang terbaik sesuai dengan kemampuan mereka, untuk sesuai dengan masyarakat dan menghadapi cabaran dan peluang baru.

Sumber: Pelbagai.... google search...

Monday, August 2, 2010



Wah!!! Lama TeaCha tak cuci berak anak org (cuci lantai yg berak berselerak, Kakak basuh H2 di tandas).... kalau anak sendiri memanglah TeaCha tak pernah sebab TeaCha belum pernah beranak....hohohohoh..... Hari ini H2 berak.... berak time2 kitaorg jamuan lagi.... Canggih kan.... dia saja nak uji emosi TeaCha n yang lain2..... Apalagi!!! pelbagai emosi dan reaksi yang timbul tadi.. samada sengaja or tidak.... zuppp! zupp! Zuup! ada yg teriak! ada yang selamba....ada yang lari...ada yg rasa nak muntah..... TeaCha nak buat apa? Takkan nak panik.... 

TeaCha terkilan jg dgn mereka yg geli2 tu.... tapi apakan daya... bukan salah dorg jugakan.... taik dan makanan....huh! jauh tu darjatnya.... kalau taik baby boleh tahan juga,,, ini taik H2 yang berumur 5 thn. tambah2 taik bukan anak sendiri......

Apapun TeaCha belajar sesuatu. Mana yg "prihatin" mana yg tidak.... yg berlari atau yg menghulurkan bantuan.... Org bilang bukan anak aku....anak ko...ko uruslah....hohohohoho..... rasa kekitaan itu bukan semua org ada...

TeaCha tak nak salahkan sesapa.... H2 bukannya boleh bercakap... bercakap "aku mau berak!"... Tapi berak itu satu yang pasti utk semua benda hidup apa lagi H2 yg kuat makan itu... Cuma org yg boleh bercakap dan berfikir ini MUNGKIN kurang prihatin dengan BAHASA BADAN atau BAHASA TANGISAN MU.....Maaf lah yerr H2.....

Alhamdulillah. TeaCha dilahirkan bukannya penggeli. Dan hari ini bukan kali pertama. Pernah suatu ketika dulu. Masa TeaCha masih bergelar pelatih d sekolah ini masa tu manada PPM. Bukan TeaCha mintak pujik.... TeaCha sudah terbiasa....al biasalah anak sulung....berak kencing adik2 ..... Harap2 TeaCha tidak geli mengurus berak kencing mak bapak TeaCha pula suatu masa nanti....

RM250 dan RM200 - inilah antara nilai yg harus kita tanggung atas bayaran yg kita terima.... Usah merungut... peace no heart feeling!

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns