Tuesday, November 2, 2010

Alhamdulillah genab juga aku menghabiskan tahun ini sebagai guru prasekolah. Dalam tahun ini aku telah menggunakan dua istilah yang berbeza yang punya sama maksud. 1. Prasekolah Pendidikan Khas  dan 2. Prasekolah Integrasi.. huhuhu tiada siapa yang memberitahu ada sebarang pertukaran istilah sehinggahlah pengalaman dan "update" diri yang memberitahu..sebelum ni aku ikut jak apa yang tela ditinggalkan kepada ku...

Betullah pengalaman mengajar. Mengajar mengurus murid yang usia cukup utk bersekolah namun tahap perkembangan fizikal dan mentalnya seperti bayi. pengalaman mengajar bekerja dengan orang2 dewasa yg org lain memikirkan kita adalah ketua dan harusnya punya tanggungjawab dia melaksanakan tugasnya. pengalaman mengajar penerimaan dan harapan ibubapa adalah berbeza dan juga perspektifnya terhadap yang aku bimbing dan urus.

Apa tugas2 dalam bulan November? Jom rujuk takwim......

·         Jamuan akhir tahun
·         Perbincangan dengan pentadbir
·         Perjumpaan ibubapa dengan pentadbir
·         Majlis Anugerah Cemerlang 2010
·         Hari Graduasi Prasekolah Peringkat Kota
      Kinabalu
·         Membuat Perancangan Program Tahun
     2011


Selain itu aku perlu manyiapkan beberapa perkara :-
1. Laporan perkembangan setiap murid
2.Submit senarai nama murid yang akan ke sekolah rendah 2011
3.Submit senarai murid yang akan memasuki prasekolah 2011
4. aduh lupa..nanti cek senarai semak semula..hehehe....


1 comment

Marmar.. said...

salam..

amat kagum dengan guru2 pendidikan khas yang penuh dengan kesabaran & kasih sayang..

tahniah cikgu..

November 7, 2010 at 9:26 PM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns