Friday, January 27, 2012

Bismillahirahmanirahim....

Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an... eh adakah 20 an... ;-). hehehe....

Seperti kebiasaan, awal tahun adalah 'proses kritikal' sebahagian daripada ibubapa, guru dan juga murid itu sendiri terutamanya mereka yang masih baru dari segi pengalaman.. Umpamanya, ibubapa muda yang baru pertama kali mendaftar anak dan mengurus anak ke sekolah. Guru yang baru pertama kali mengajar di sekolah itu atau mungkin juga baru bertugas sebagai guru... dan tidak lupa juga kepada murid.... murid prasekolah dan juga mungkin murid tahun satu yang masuk ke pengalaman baru.... 

Yeah, masing-masing ke satu lagi fasa kehidupan... yang menjanjikan seribu satu warna yang mendewasakan... 

Awal - awal tahun begini perkara biasa yang dihadapi oleh guru ialah ekspetasi kepada kemahiran dan perkembangan sedia ada murid. Setiap murid terutama murid murid tahun prasekolah dan tahun satu seharusnya sama dari segi perkembangan mereka samada dari segi perkembangan emosi mahupun  akademik.

Maksudnya, kebersediaan mereka untuk ke sekolah sudah ada di setiap individu murid. Dan kebersediaan ini merangkumi kecepatan mereka mempelajari kemahiran pengurusan emosi, pengurusan diri dan apa jua yang guru ajarkan melalui pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sama bagi semua individu. 

Dua minggu persekolahan adalah terlalu awal dalam menilai perkembangan murid terutamanya bilamana kebanyakkan murid yang datangnya daripada latar belakang 'kampung' dan tidak pernah pun bersekolah sebelum ini atau belajar itu bukan budaya di rumahnya. 

Latar belakang adik beradik juga bukan satu lesen bagi kita untuk cepat memberi kesimpulan awal bahawa satu-satu murid yg baru bertatih ke sekolah itu juga mewarisi 'kelembapan' atau kurang tumpuan saudaranya dalam belajar. 

Bagilah peluang untuk diri sendiri mempelajari 'sifat dan sikap' anak itu dalam menilai potensi perkembangannya. Jika tempoh, usaha dan proses sudah disepakati barulah buat kesimpulan.. ;-) Setelah itu barulah kita usahakan untuk membantunya mengikut keperluannya. 

Keterlibatan dan Pemakluman.
Perkara terawal yang boleh diambil ialah ibubapa harus dimaklumkan apa yang 'sedang berlaku' terhadap anak mereka di kelas. Komunikasi yang baik diantara ibubapa dengan guru adalah penting agar perkara sebenar sampai maksudnya. Bagaimanapun, sebelum itu perlu ada rujukan dengan guru - guru yang pernah yang mengajar anak murid tersebut ( jika ada ) berhubung dengan sejarah prestasi akademik mahupun bukan akademik murid itu. Ini perlu bagi menunjukkan guru ada fakta dalam memahamkan ibubapa.  

Mintalah Bantuan.
Jangan malu untuk minta bantuan daripada rakan sejawat terutamanya guru - guru pendidikan khas yang ada di sekolah atau pun di sekolah sebelah. Minta mereka membuat pemerhatian terhadap murid itu samaada jangkaan kita betul atau tidak. Pada biasanya seorang guru pendidikan khas integrasi mudah untuk mengenal pasti murid khas pada 'pandangan pertama'. Bagaimanapun tahap 'Learning disability' murid itu perlu diambil kira juga dalam membuat keputusan bahawa anak murid itu boleh terus di kelas perdana atau ke kelas khas.

Selain itu, guru juga boleh meminta bantuan daripada pakar psikiatri mahupu pengamal perubatan lainnya. Namun dalam konteks sekolah integrasi, perkara ini boleh dilakukan dengan kerjasama guru pendidikan khas yang ditugaskan.

Internet juga antara sumber maklumat yang mudah bagi kita dalam mencari bantuan. Selain daripada membantu dalam persoalan kita maklumat dalam internet yang berkaitan boleh menambah ilmu pengetahuan kita mengenai anak - anak khas ini. Ilmu adalah penting untuk kita lebih bersedia dan juga sebagai langkah awal yang boleh kita lakukan sebelum meminta bantuan lainnya.

Bersabarlah, Belas kasihanlah dan Fahamilah

Tiga ungkapan yang bukan mudah untuk dilakukan oleh semua orang dalam satu - satu situasi apalagi dalam kita menangani seorang murid yang hyperaktif. Bagaimanapun itulah perkara yang perlu kita lakukan dalam tempoh urusan mengenalpasti dan juga penempatan muri ini.

Bersabarlah - Bersabarlah dengan karenahnya. Kalau dia lari keluar dari kelas maka kejarlah dia. Terpaksalah mengorbankan yang lain tinggal dalam kelas buat sementara waktu. Kalau dia tidak mendengar kata, bersabarlah bukan dia tidak mendengar kata, sebaliknya boleh jadi dia tidak memahami kata kita....

Belas Kasihanlah - Kasihanlah dia dan jangan marahkan dia semena - menanya. Dia pun tidak tahu yang dia itu ada ADHD. Kalau kita marahkan dia dan dia tiada respon maka kita sendiri yang naik tekanan.. ;-)

Fahamilah - Fahamilah keperluannya dan limitasinya. Tidak mendengar kata kita bukan bermakna dia tidak akan mengikuti semua kata kita. Dia akan ikut kata kita namun dalam tempoh yang singkat memandangkan limitasinya dalam tumpuannya. Bukan dia malas... itulah limitasinya... Berdamailah dengan dia bukan membuat provokasi.

Bina Peraturan Yang Konsisten

Samada murid perdana mahupun murid khas guru perlu menyediakan peraturan dalam membentuk disiplin murid. Bagi murid khas terutamanya murid ADHD yang kita ketahui lebih kepada masalah tingkah laku, peraturan yang jelas dan konsistensi adalah perlu.

Mereka memerlukan jadual berstruktur untuk memperingati perkara yang mereka perlu lakukan dan patuhi setiap hari. Tetapkan matlamat yang mudah untuk dicapai dan laksanakan secara konsisten.

Usah biasakan memberi ganjaran berbentuk fizikal seperti hadiah pen. Usahakan ganjaran seperti duduk di kerusi guru (menunjukkan kita caring padahal kita nak kawal dia.. ;-) ), membaca / membelek buku kegemarannya atau menggunakan komputer untuk pembelajaran.

Mudahkan dia mencapai matlamat dan Raikan kejayaanya.


Fitrah manusia sangat bahagia bila mencapai matlamat dan juga kejayaan. Begitu juga murid-murid khas ini. Bagaimana mereka mencapai kejayaan? Mencapai matlamat dan meraikan kejayaan ?

Kita permudahkan dia mencapai matlamatnya dengan memudahkan targetnya. Jika murid perdana kita selalu ingatkan 'A' adalah pencapaian terbaik, bagi murid khas kita ingatkan bahawa 'C" adalah pencapaian. Bukan merendahkan mereka, kita harus praktikal dan realiti dalam menetapkan matlamat untuk mereka seupaya dengan limitasi mereka.

Apabila matlamatnya tercapai, jangan lupa meraihkannya. Self esteem mereka mula meningkat. Berikan peransang kepada murid ini dengan memberi peluang kepada mereka untuk merasakan dan meraihkan kejayaan. Dengan itu, InsyaAllah akan mudah untuk goal seterusnya.


**** Hanya pengamal perubatan yang mengesahkan bahawa anak murid ADHD/ADD/Autisma dan seumpamanya... Guru - guru di sekolah hanya melihat simptom awal... ;-)













0 comments

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns