Saturday, March 1, 2008

Nida; Anak yang manja dan yakin


Ditakdirkan aku untuk lebih mengenali mu. Anak yang comel dan yakin pada dirinya serta apa yang dilakukannya adalah betul. Kuat menangis itulah yang dilabelkan oleh guru - guru dan sekiranya dia menangis, akan menangis sepuas hatinya. Pada kebiasaannya dia akan menangis sekiranya permintaan tidak dipenuhi atau apa yang ingin dia lakukan tidak dibenarkan. Berani? Nida yakin apa yang dilakukannya betul. Sehinggahkan dia pergi memanggil penyelaras dan memberitahu yang aku memarahinya. huhuhuuuhu...
Pertama kali bertemu dan berjumpa ayahnya, aku pada mulanya rasa kesal juga pandangan ayahnya. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak berapa setuju menyekolahkan Nida namun ibunya kuat mahu menyekolahkannya. Namun bila aku fikir - fikirkan, itu hanyalah fikiran pendek ayahnya dan dia tidak boleh persalahkan 100%. Ini kerana beliau kurang memahami mengapa perlu anaknya ke sekolah PKBP. Akademik bukanlah satu perkara utama dalam mendidik, membimbing serta mengajar anak - anak istimewa ini. Menjadikan mereka seorang yang boleh berdikari, meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi/sosial dan ada asas akademik adalah perkara yang penting. Namun ini tidak bermakna kami guru - guru PK tidak memberi tumpuan kepada akademik mereka. Kemahiran serta kelebihan mereka ini perlu dicari dan diasah. Sekiranya akademik mereka maju dalam akademik itulah adalah bonus paling berharga.
Berbalik kepada Nida, kali ini aku bertemu dengan ibunya. Ibunya cukup prihatin terhadap perkembangan anaknya. Aku terangkan sedikit sebanyak mengenai RPI Nida serta peranan - peranan pihak yang terlibat. Beliau bersetuju sahaja apa yang dirancang oleh guru dan bersedia untuk membantu.
Berikut secara ringkas apa yang aku dapat nilai dan rancang untuk Nida.
Kategori : Down Sindrom dan Masalah Pertuturan
Komponen : Bahasa Malaysia + Manipulatif ( Pra -Tulisan )
Tempoh Semakan : 3 Bulan Tarikh Mula : 1 Februari 2008

Pengetahuan Sedia Ada
1. Murid boleh memegang pensel
2. Murid murid boleh mengikut titik – titik garisan
3. Boleh memahami arahan mudah daripada guru
Matlamat Jangka Panjang
Murid dapat :
1. Menyalin semula nombor dan huruf
2. Memegang pensel dengan betul
3. Memarna dengan betul
Kekuatan atau Minat
Murid sukakan aktiviti mewarna dan muzik
Objektif Jangka Pendek
1. Murid boleh memegang pensel dengan betul
2. Murid boleh mewarna dalam ruang dengan baik.
Pendekatan
1. Bimbingan
2. Latih - tubi
3. Ganjaran
4. Pujukan
Penilaian
Berterusan sehingga murid dapat menulis dengan baik.
Kelemahan/ Masalah yang dikenalpasti
1. Murid belum boleh mewarna dengan baik
2. Murid belum boleh mengenal dan membezakan warna
3. Murid mengalami masalah pertuturan
4. Murid mudah merajuk dan menangis apabila permintaan dan kemahuannya tidak dituruti guru




No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.