Sunday, May 18, 2008

JurNaL PrAkTiKuM Minggu 5,6,7

JURNAL MINGGU 5 ( 14 – 18 APRIL 2008)

Ye… ye.. ye… Cikgu datang!
Pada Minggu ke 5 Pelatih telah merancang untuk melaksanakan P&P dengan menggunakan beruang sebagai “watak” utama dalam P&P. Keseluruhannya murid sungguh seronok melaksanakan aktiviti P&P dalam minggu ini. Ini mungkin disebabkan mereka merasakan mereka sedang bermain bukannya belajar. Pelatih telah memasukkan unsur bermainan secara lansung dan tidak lansung dalam menarik perhatian murid – murid ini. Sebagai contoh di awal aktiviti Pelatih telah menayangkan video berkenaan dengan binatang beruang,bermain dengan patung beruang, membina patung kertas beruang dan masuk kepada aktiviti pembelajaran, Pelatih meminta murid membilang beruang, membilang setiap anggota badan beruang, membilang atau menambah dengan menggunakan gambar beruang.
Hasil daripada pendekatan belajar dalam bermain ini, Pelatih telah melihat dari segi peningkatan kemahuan belajar untuk kebanyakkan murid. Apa yang membuatkan Pelatih terharu, mereka menantikan kehadiran Pelatih masuk ke kelas mereka dan mereka akan kecewa apabila Pelatih tidak dapat masuk kelas. Antara perkara yang sering mengekang Pelatih untuk meneruskan P&P ialah perjumpaan guru – guru Pendidikan Khas yang diadakan secara tiba – tiba, Pelatih terpaksa membantu guru – guru lain atau perlu menyiapkan tugasan yang diberi oleh pihak sekolah atau di Pendidikan Khas. “Cikgu, lepas ni Cikgu masuk kelas kami kan?”, “Ye.. ye…ye … Cikgu datang”, “Cikgu, nanti Cikgu masuk tempat kami ya.” Antara kata – kata murid yang membuatkan Pelatih terharu dan lebih bermotivasi mengajar murid – murid istimewa ini. “Ala…”, “Kenapa?”, “Cikgu mau pergi mana?”, “Mana Cikgu Hai.”, “Alaaaa……Ada aunty sudah.” Antara rintihan murid – murid kesayangan ku ini apabila Pelatih tidak dapat masuk mengajar atau mereka terpaka pulang sebelum P&P bermula atau murid seronok semasa P&P. “Mahu buat macam mana sayang… beginilah tugas Cikgu.” Kata hatiku yang agak kasihan melihat mereka dan juga kecewa dengan apa yang berlaku.
Dalam minggu ini Pelatih telah diselia oleh Pensyarah Pembimbing untuk Subjek Major dan Minor. Pelatih sudah siap sedia seliaan PP memandangkan Pelatih sentiasa menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH), Alat Bantu Mengajar (ABM) dan lain – lain yang diperlukan pada setiap sebelum P&P bermula. Namun apa yang telah dirancang tidak semestinya dapat dilaksanakan 100%. Bermula dengan rancangan untuk melakukan aktiviti berkebun dengan membina batas, tidak dapat dilaksanakan dengan baik memandangkan keadaan kebun yang becak. Dengan itu Pelatih hanya menunjukkan dan memberi peluang kepada murid untuk mencangkul. Selain itu, memandangkan Pelatih tidak tahu yang Penyelaras akan membawa atlit Program PKBP sekolah ini untuk Sukan Pendidikan Khas, Pelatih tidak dapat membuka stor penyimpanan peralatan perkebunan yang diletakkan dalam bilik penyelaras. Pada mulanya Pelatih agak panik memandangkan sebentar lagi PP akan datang menyelia. Pelatih dapat menenangkan diri secepatnya dan mengambil keputusan meminjam peralatan berkebun di Pra Sekolah PKBP dan menggunakan apa sahaja yang ada pada masa itu seperti cangkul mini, serampang tiga mata (sudah bengkok matanya namun dapat diperbaki Pelatih), parang dan pisau. Walaubagaimanapun, pada waktu penyeliaan bagi Mata Pelajaran major, hampir 90% rancangan aktiviti dapat dilaksanakan memandangkan bahan – bahan maujud yang diperlukan seperti patung beruang, komputer riba dan dadu telah disediakan dan ada dalam simpanan Pelatih sebagai hak peribadi. Samada kedua – dua seliaan ini pada tahap memuaskan atau tidak hati PP bergantung kepada ulasan dan komen beliau.
Tidak seperti seliaan sebelum ini, pada kali ini Pelatih telah banyak melakukan kesilapan dalam menyediakan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk Mata Pelajaran Matematik. Sepatutnya Pelatih tidak melakukan kesilapan ini dan Pelatih perlu teliti dalam menyediakan RPH agar lebih jelas maksud yang cuba disampaikan. Sebagai contoh, dalam objektif pembelajaran Pelatih menulis seperti berikut, Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid – murid akan dapat: Kumpulan 1: Mengenal angka 1 hinggah 6
Kumpulan 2: Menambah sebarang dua nombor tanpa pengumpulan semula.
Kumpulan 3 : Menguasai Soalan Penyelesaian Matematihk Tahun 3

Kesilapan Pelatih ialah dalam penggunaan Mengenal dan Menguasai . Sepatutnya Pelatih menggunakan perkataan Menyebut dan Menjawab/menyiapkan 10 soalan dalam 30 minit….. yang lebih jelas dan boleh diukur. Pelatih terlupa apa jenis perkataan ini dalam konteks bahasa (akan dirujuk). Pelatih akan lebih teliti dalam menyediakan RPH pada masa akan datang. Dari segi perlaksanaan aktiviti Pelatih tidak banyak masalah memandangkan Pelatih sudah biasa dengan murid – murid dan begitu juga dengan sebaliknya.


JURNAL MINGGU KE 6 (21-25 APRIL)
Sweet and sour teacher!
Pelatih teringat perkara yang melucukan Pelatih semasa P&P Perkebunan pada khamis lalu (10 April) dan peristiwa ini Pelatih abadikan di dalam blog personal Pelatih sebagai kenangan terindah dalam hidup ku. Pada hari itu Pleatih tidak dapat melaksanakan P&P seperti dirancang kerana terpaksa masuk lewat ekoran daripada terpaksa melaksanakan tugas on the spot. Oleh itu Pelatih menukar aktiviti kepada aktiviti lain untuk mengisi sisa – sisa masa yang tinggal. Perbualan kami lebih kurang seperti ini..
CikguHai : Siapa suka makan buah?
Murid2 : Saya!
CikguHai : Buah apa yang kamu suka makan?
Murid2 : Mangga!...Apel!...(dan bla...bla.. bla....)
CikguHai : Ini gambar buah apa?
Murid2 : Apple!
CikguHai : Apel warna apa?
Murid2 : Merah!... Hijau!......
CikguHai : Apel rasanya apa?
Murid2 : Manis!....Manis!....Manis!...Manis!....Masam!...
CikguHai : Apel Hijau rasanya masam dan Apel Merah rasanya Manis.
.....................******....................................
CikguHai : Eddy kenapa Eddy warna apel Eddy dengan warna hijau dan merah? Eddy : Sweet and sour! Rasanya masam manis!
CikguHai : :-)).. Ya la.,betul juga tu ...

Pelatih tersenyum lebar hatiku terasa gembira dan lapang. “Terima kasih sayang sedikit sebanyak mengurangkan tekanan Cikgu hari ini”. Kerana kisah lucu dan logik ini Pelatih begitu gembira berkongsi cerita dengan guru – guru lain. Ini adalah diantara beribu kisah yang memberikan kebahagian kepada Pelatih mahupun guru- guru lain. Mereka seolah – olah tahu guru – guru sedikit tertekan dan letih melayan karena mereka saban hari. Tingkah – laku dan perkataan spontan mereka yang kita rasakan lucu sebenarnya logik.
Seperti minggu sebelumnya, proses pengajaran dan pembelajaran tidak berjalan dengan sesempurna di dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dan puncanya masih sama seperti murid lewat datang ke kelas, keadaan kelas yang kurang selesa, murid sangat aktif dan Pelatih terpaksa melaksanakan tugas lain semasa atau sedang menyediakan bahan p&p. Namun Pelatih tidak menghadapi banyak masalah dalam menyampaikan pelajaran pada minggu ini kerana minggu ini merupakan pengukuhan dan menyempurnakan bagi aktiviti p&p minggu lalu. Cuma untuk p&p bagi Mata Pelajaran Perkebunan, cuaca pada hari itu tidak mengizinkan untuk Pelatih melaksanakan p&p di luar bilik darjah dan sebagai alternatifnya Pelatih menjalankan aktiviti lain iaitu menyebut dan membezakan warna dan rasa buah apel (Apel Merah dan Apel Hijau, Apel Merah rasa manis, Apel Hijau rasa masam). P&p berjalan dengan baik, Pelatih dan murid sangat seronok.
JURNAL MINGGU KE 7 (28/4 – 2/5)
Mari menggentel!
Keseluruhannya aktiviti disekolah pada minggu ini tiada apa yang menarik atau peristiwa yang berlansung. Pada minggu ini Pelatih telah memasukkan unsur manipulatif motor halus iaitu menggentel kertas sebagai aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan keseluruhannya murid seronok melaksanakan aktiviti ini. Cuma ada diantara mereka memerlukan masa untuk menyempurnakan tugas mereka menggentel kertas. Contohnya Annidah, Adlan, Phobe dan Melvin masih lemah dari segi kemahiran motor halus ini. Abel boleh menggentel dengan baik cuma murid ini kurang tumpuan melaksanakan tugasnya. Ini kerana sekiranya Pelatih atau pembantu murid memberi tumpuan kepadanya, Abel boleh melaksanakan dengan baik. Dalam aktiviti minggu ini, murid perlu membasahkan surat khabar lama dan menggentelnya sehinggah menjadi bulat seperti guli tetapi saiznya lebih kecil. Setelah itu murid akan memasukkan kedalam botol mineral masing – masing. Seterusnya Pelatih memberikan aktiviti mengikut kemahiran yang berbeza mengikut kemampuan murid seperti Abel menambah bilangan dua botol atau lebih gentelan kertas tadi. Annidah membilang gentelan dalam botolnya sendiri.
Di akhir aktiviti ini yang biasanya pada hari dan waktu terakhir pengajaran murid boleh melihat hasil kerja mereka. Pelatih telah menyediakan kad nombor dan meminta setiap murid menampal gentelan kertas yang telah kering itu di atas kad nombor mengikut bilangan nombor yang ada. Ada murid yang cepat menyelesaikan tugasan dengan betul, ada yang perlukan bimbingan dan ada yang hanya menampal sahaja. Namun keseluruhannya berjalan dengan baik dan yang penting mereka seronok tambahan pula, hasil kerja mereka dipamerkan dan boleh digunakan sebagai bahan bantu mengajar bagi aktiviti p&p di lain waktu. Di sini Pelatih masih menggunakan pendekatan murid membuat, murid menggunakan. Ini bermaksud, Pelatih tidak membuat bahan bantu mengajar berseorangan. Sebaliknya murid membina bahan bantu mengajar dengan bantuan murid sunnguhpun tidak kemas namun ia bermakna bagi Pelatih dan juga murid. Ini kerana murid masih dalam proses pembelajaran semasa melaksanakan aktiviti ini. Sebagai contoh pada minggu aktiviti ini yang memerlukan murid menggentel kertas, memarnakan gentelan, mengeringkan gentelan dan seterusnya menampal pada kad nombor mengikut bilangan yang ditetapkan. Hasilnya, sebuah kad bilangan nombor yang boleh digunakan untuk aktiviti p&p lain pada masa depan.

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.