Wednesday, February 11, 2009

Anak Istimewa-Selamatkan Palestin


Kempen menentang keganasan merentasi keupayaan akal dan daya.
BIARPUN dikategorikan sebagai orang kurang upaya (OKU), mereka punya perasaan simpati terhadap nasib yang menimpa rakan sebaya dan seagama di bumi Palestin.Bagi menunjukkan rasa simpati dan menentang keganasan rejim Israel, program Luahan Anak Istimewa-Selamatkan Palestin disertai golongan OKU diadakan di dataran Jabatan Pelajaran Pahang (JPP), Indera Mahkota, Kuantan, baru-baru ini.

Program yang julung kali diadakan itu membabitkan 300 pelajar istimewa daripada 20 sekolah terpilih di seluruh negeri Pahang anjuran Sektor Pengurusan Pendidikan Khas dan Swasta.

Ketua Sektor Pengurusan Pendidikan Khas dan Swasta JPP, Murad Abdul Jalil, berkata idea mengadakan program itu tercetus daripada situasi tegang yang dialami rakyat Palestin.

Kanak-kanak istimewa dan murid tadika swasta berkumpul meluahkan rasa hati serta menyuarakan simpati mereka yang mahukan kedamaian, kemakmuran dan kebencian terhadap kezaliman.
Mereka juga ingin melahirkan perasaan menerusi pelbagai program yang disusun bersesuaian dengan peristiwa yang berlaku di Palestin," katanya.

Menerusi program ini, menurutnya, kanak-kanak istimewa itu berpeluang melakukan pelbagai persembahan termasuk lakonan serta mendendangkan puisi, sajak dan nyanyian menceritakan peristiwa yang menimpa saudara mereka di bumi Palestin.

Program ini juga menunjukkan mereka bertuah berada di Malaysia yang sentiasa aman dan harmoni," katanya.

Murad berharap, program sedemikian mampu membangkitkan keinsafan kepada warga pendidik khususnya pelajar sekolah supaya memahami nilai kemanusiaan dan keamanan dunia tanpa mengira sempadan.

Pada majlis sama, JPP dengan kerjasama Yayasan Pahang melancarkan program 100,000 e-mel kepada Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama, Februari ini.

Pengarah JPP, Datuk Abdul Aziz Abdul Latif, berkata e-mel berkenaan akan dihantar ke Rumah Putih bagi menyuarakan rasa hati golongan pelajar terhadap keamanan dan kemakmuran dunia.

E-mel itu mengandungi pendirian pelajar di negeri ini berhubung isu keganasan di Palestin dan betapa kanak-kanak di Malaysia bertuah kerana keamanan terus dipelihara.

"Saya percaya program 100,000 e-mel ini mampu menyampaikan mesej yang jelas kepada Obama bahawa golongan pelajar serta kanak-kanak di negeri ini amat bencikan kekejaman dan kezaliman yang berlaku di Palestin," katanya.

http://www.hmetro.com.my/Current_News/myMetro/Monday/Bestari/20090209100724/Article/indexv_html

3 comments:

noramsein said...

alhamdulillah...wlu pun mrk x sempurna, tp masih mempunyai belas kasihan dan kemanusiaan...
=)

Tea Cha Hai said...
This comment has been removed by the author.
Tea Cha Hai said...

Ya Alhamdulillah...
Banyak benda yg boleh dipelaja drp mereka ini...

:-)

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.