Wednesday, April 29, 2009

Cara Mudah Meredahkan Kemarahan

Saya sering berdepan murid pendidikan khas yang sering marah secara tiba - tiba ataupun marah apabila kehendaknya tidak dituruti. Boleh menjadi tekanan juga kepada saya. Apa tidaknya. Sedang kita mengajar murid yang lain, seorang ini pula marah dan mengamuk. Terpaksalah kena mengambil masa untuk 'melayan' emosi murid yang satu ini. Dan akhirnya p&p murid yang lain terabai.
Situasi ini walaupun bukannlah sesuatu yang baru bagi seseorang guru pendidikan khas (PKBP) mahupun mereka yang terlibat secara lansung dengan murid sebegini. Bagaimanapun ia boleh menimbulkan tekanan dan sedikit kemaraha kepada si guru itu. Apa tidaknya, perancangan sudah dibuat namun apa yang berlaku adalah disebaliknya. Situasi ini bukan sahaja menganggu perancangan guru malah menganggu pembelajaran murid yang lain.
MARAH. Bukan satu jalan yang perlu dipilih oleh guru. Apatah lagi guru yang sudah berpengalaman berhadapan situasi sebegini. BIARKAN. Bukan juga pilihan yang bijak. Membiarkan mereka dengan kemarahan mereka sepertinya membiarkan murid itu tanpa penyelesaian dan akhirnya guru juga tidak tahu cara menanganinya.
Sedikit TIP yang saya petik dari email....
In it you’ll see a quick and easy way to:
**Calm your child. Tenangkan anak / murid itu terlebih dahulu.
**Calm yourself. Tenangkan diri anda.
**Reduce tension and eliminate anger in just about any situation
This is easy to do and it’s quick. And you can do it anywhere.
So, Cikgu2 jangan marah2 lagi......Nanti tua dari umur... hehheheheh peace!

Sunday, April 26, 2009

Minggu Ke - 2 Kursus Awal Kejurulatihan Bola Sepak.


Others Picture Plz Visit and just click SK Kolombong
Mungkin ada yang bertanya apa kaitan kursus ni dengan pendidikan khas? Untuk makluman anda kursus awalan kejurulatihan ini dianjurkan oleh Special Olympics Kota Kinabalu. Di mana Jawatan Kuasa Kerja kebanyakkan terdiri daripada mereka yang terlibat dalam pendidikan khas dan itulah kaitannya.
Bagaimanapun, kursus ini terbuka kepada sesiapa. Cuma sedikit peluang kepada guru2 PK memandang guru PK ini sendiri yang minta kerana mereka terlibat dengan melatih murid PK untuk perlawanan Soccer.
Apapun banyak perkara yang telah aku pelajari... Antaranya kena 60% - 40% dalam menjaringkan gol. Ini bermakna aku berpeluang mengalahkan si lelaki-lelaki itu. :-).

Thursday, April 23, 2009

ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


*******Ini hanya tugasan yang pernah aku buat semasa belajar dahulu. Ini hanya tujuan akademik sahaja. Kalau salah tolong tunjukkan. TQ!
PENGENALAN
Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT berkembang pesat dan secara tidak lansung ianya memberi kesan corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Teknologi Maklumat dan Komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini. Adalah menjadi menjadi satu nilai tambah kepada individu itu apabila ianya memiliki kemahiran ICT terutamanya dalam pasaran pekerjaan kini. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi sokongan. Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar. Atas dasar kesedaran keperluan pasaran kerja hari ini dan juga keperluan pembelajaran hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Projek Sekolah Bestari sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Koridor Raya Multimedia yang mana perlaksanaannya menekakan pengaplikasian ICT sebagai pengupaya pedadogi dan pengurusan sekolah. Sebanyak 88 buah sekolah yang mana 82 buah sekolah adalah sekolah sedia ada manakala selebihnya sekolah baru dilantik sebagai sekolah perintis dalam projek ini. Sekolah – sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5 809 buah komputer dan 261 pelayan. Antara lain usaha KPM dalam memastikan ICT dapat direliasasikan ialah pengenalan Projek School Net, Projek Myshoolnet, pembinaan makmal komputer dan juga TV Pendidikan (TVP)

BAHAGIAN A: PROGRAM ICT di SEKOLAH
Sejarah tidak rasmi perkembangan program ICT di sekolah bermula dengan penubuhan kelab - kelab komputer secara tidak formal atas inisiatif sekolah itu sendiri atau PIBG sekolah. Melalui Program Pembestarian Sekolah, intergrasi ICT diperkenalkan di mana guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan ICT dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah. Menurut Pisapa (1994), intergrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, memperkukuh dan menambah kemahiran. Di mana teknologi ini perlulah tidak lari daripada objektif pengajaran-pembelajaran dan kaedah pengajaran. Perlaksanaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian dengan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan antara lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT dengan memperluas akses dan ekuiti dalam kemudahan ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT, menekankan pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, tenaga pengajar dan personal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan, meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan Pendidikan,2007). Terdapat tiga komponen utama yang dirancang bagi memastikan pelan ini berjaya iaitu melalui pengenalan kepada Projek Sekolah Bestari. Terdapat 88 buah sekolah terpilih dan antaranya ialah SMK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 2, SK Seri Bintang 1 dan banyak lagi. Pada peringkat permulaan, sebanyak empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diperkenalkan di sekolah bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai teknik pengajaran-pembelajaran (Mok Soon Sang, 2003). Projek Ke dua ialah Projek School Net. Projek ini merupakan projek menyediakan prasarana jalur lebar untuk capaian internet ke sekolah – sekolah bagi mengelakkan jurang teknologi maklumat (IT) dikalangan pelajar mahupun guru. Pengenalan Projek My SchoolNet bertujuan untuk membudayakan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini dilaksanakan melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk guru, pelajar dan pentadbir sekolah. Jaring SekolahKu (My School Net) telah dibangunkan oleh KPM untuk menambahkan penggunaan ICT dalam pendidikan yang dapat membantu para pendidik mahupun pelajar mengakses maklumat berkaitan pendidikan. Latihan bersepadu dan berterusan juga perlu bagi melahirkan tenaga pengajar yang cekap, mahir berkeyakinan dalam mengaplikasikan ICT dalam P&P. Selain itu, ialah pelacaran program komputer di sekolah – sekolah dengan pembinaan makmal komputer yang telah bermula pada Mac 2000 yang melibatkan 18 buah sekolah dari enam buah negeri. Program ini dilancarkan dalam tiga peringkat dan makmal komputer boleh digunakan sepenuhnya pada November 2001.
ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning). Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.
Bagi menjayakan program pembbudayaan ICT dalam dunia pendidikan, antara lain usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran teknologi maklumat (MPTM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000 sebagai salah satu matapelajaran pilihan dalam kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Ekoran daripada itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu memutuskan untuk mencuba MPTM ke atas 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999 dan ditambah kepada 30 buah sekolah pada tahun 2000 (Jamaluddin Harun dan Dr. Zaitun Tasir, 2003). Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran-pembelajaran juga semakin mendapat sambutan apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan matematik telah dilaksanakan, perisisan multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu par guru dan pelajar (Jamaluddin Harun & Dr. Zaitun Tasir, 2003). Kementerian Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan. Antara kaedah tersebut seperti dalam Jadual 1.1.

PENDEKATAN PENERANGAN
Tutorial >>>> Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bercorak bimbingan dan latihan
Latih Tubi >>> Aktiviti bagi meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran melalui latihan yang banyak, pelbagai bentuk dan pendekatan.
Permainan >>>> Pendekatan secara permaianan diyakini meningkatkan minat dan keseronokkan belajar.
Simulasi >>>> Pembelajaran yang melibatkan pengguna melakukan aktiviti yang menyerupai keadaan sebenar.
Penemuan >>> Pendekatan di mana pengguna perisian memahami dan menemui sesuatu (misalnya Konsep atau hukum) melalui aktiviti terbimbing.
Eksperimen >>> Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar memahami sesuatu konsep melalui sesuatu yang dilaksanakan.
Demontrasi >>> Penjelasan konsep, proses serta penguasaan sesuatu kemahiran melalui tunjuk ajar.
Ensaiklopedia >>> Pendekatan pembelajaran berkaedahkan kepada proses rujukan buku atau sumber maklumat lain.
Penceritaan >>> Kaedah pembelajaran yang menjurus kepada aktiviti menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan sesuatu konsep.
Penjelajahan >>> Aktiviti yang melibatkan kegiatan penjelajahan yang dijalankan sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah.
Kolobratif >>> Satu pendekatan pembelajaran secara berkumpulan, bercorak saling membantu antara satu sama lain dalam kumpulan.
Jadual 1.1 : Kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang boleh digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran-pembelajaran juga boleh dilaksanakan melalui komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Kaedah ini sebenarnya memenuhi garis panduan dan konsep sekolah bestari. Di mana kedua – dua guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih berkesan. Ini kerana, sekiranya pelajar kurang memahami masalah pembelajaran semasa di kelas, pelajar boleh berinteraksi terus kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu pelajaran dalam pada masa yang di inginkan guru atau pelajar kerana kedua – duanya mungkin disebabkan oleh masalah kekangan masa. Selain daripada perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan secara koperatif dan kolobrasi atau konferen juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang pelajar pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Pengkaji ini percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Sugguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu bagi memastikan pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati matlamat pembelajaran dan juga menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar panduan penggunaan e-mail atau perisian secara efisien. Seperti mana pembelajaran-pengajaran tradisional, penilaian hasil pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman mereka dalam satu – satu mata pelajaran yang telah di ajar. Penilaian juga boleh dilaksanakan melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang menguji tahap kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, menyatakan bahawa teknologi dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian ‘on-line’ (atas talian), penilaian berasaska portfolio (dalam bentulk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Tambah beliau, antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih daripada satu percubaan, maklum balas penilaian secara serta – merta, membimbing dan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujian yang mudah didapati daripada bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.
Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat 32 buah sekolah pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi 28 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping 1 118 program pendidikan khas intergrasi (72 masalah pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1 020 masalah pembelajaran) yang membabitkan 25, 106 pelajar. Dalam RMK-9, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas. Program – program ini termasuklah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di kelas pra sekolah pendidikan khas. Menurut laporan Syuhada Choo Abdullah dalam Berita Minggu Mei 2007, bagi program Pembestarian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah melaksanalkan projek perintis sejak RMK-8 pada tahun 2002 yang membabitkan empat buah sekolah, iaitu masing – masing dua buah sekolah rendah dan menengah pendidikan khas. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran).

Ekoran daripada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi mereka yang tergolong dalam golongan istimewa ini semakin meningkat, program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas dalam RMK-8 telah diperkembangkan ke RMK-9. Dalam RMK-9, Jabatan Pendidikan Khas merancang untuk memperluaskan Program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada 28 buah sekolah. Dalam program ini, JPK akan menggunakan lima model dilengkapi dengan kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber. Model – model ini termasuklah Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga buah sekolah, Model Makmal Masalah Pendengaran (14 buah sekolah), Model Kelas Masalah Penglihatan (dua buah sekolah), Model Kelas Masalah Pendengaran (10 buah sekolah) dan Model Makmal Sekolah Pendidikan Khas Baru (dua buah sekolah).

Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin). Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah, Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille, Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader. Bagi 30 kelas pra sekolah dalam program Pendidikan Khas Intergrasi, Jabatan Pendidikan Khas telah membekalkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain tambahan dua buah komputer dan sebuah pencetak diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran kepada 31 kelas pra sekolah dalam program yang sama.

BAHAGIAN B: KEBERKESANAN PROGRAM ICT DALAM MEMBENTUK PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan (Mok Soon Sang,2003). Manakala menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana bertanggungjawab mengajar murid untuk menguasai satu – satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu. Objektif ini perlulah membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung membawa kepada perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang baik tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bagi melihat keberkesanan program ICT dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran, selain daripada guru itu sendiri perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori – teori pembelajaran ke dalam program ICT. Oleh itu, pengetahuan terhadap program ICT perlulah bersifat terkini atau ‘up to date’. Selain itu, dalam membincangkan keberkesanan program ini dalam pembentukan proses pengajaran dan pembelajaran, kita juga perlu melihat kepada isu – isu yang timbul dalam program ini. Umum mengetahui bahawa teknologi maklumat dan komunikasi sudah lama dilaksanakan di sekolah melalui penubuhan kelab – kelab komputer. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul dan ini sedikit – sebanyak memberi kesan kepada keberkesanan program ini dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Gagne (1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa program pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK yang berlandaskan pendekatan teori-teori pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong penggunaan pelbagai sensor (Multi-sensory) serta mampu meransang penggunaan pelbagai deria manusia. Selain itu, multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan (Vaughan, 1998). Menurut kajian Vaughan juga, beliau menyatakan bahawan multimedia bileh menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. Multimedia yang bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian pelajar. menggunakan multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran dapat menarai minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat member tumpuan yang sepenuhnya pada proses pembelajaran (Thomas, 1996). Hasil daripada itu, multimedia membantu pelajar membina kefahaman serta kemahiran pada peringkat tinggi. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Quinn (1993) dan Palinscar (1995) yang mendapati dengan menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran dapat menigkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan lebih berkesan. Kajian ini disokong oleh kajian Farrimond, et al.(1997) yang memanfaatkan teknologi multimedia terkini bagi memindahkan kaedah pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer.
BAHAGIAN C: CABARAN JPK DAN SRPK DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM ICT.
Ledakan ICT dalam pendidikan secara tidak lansung memberi kesan kepada tuntutan perubahan terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas seperti sekolah intergrasi pendidikan khas masalah pembelajaran. Seperti mana isu dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah – sekolah biasa mahupun sekolah bestari, sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran juga turut menghadapi cabarannya sendiri. Cabaran ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Daripada sudut ekonomi, perlu ada satu dana khas untuk sekolah pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam program sekolah intergrasi yang umum mengetahui ia semakin berkembang dan disedari masyarakat akan kewujudannya. Buat masa ini, sekolah intergrasi pendidikan khas masih berkongsi peralatan dan apa berkaitan dengan sekolah aliran perdana. Dana khas ini perlu bagi memberi peluang dan kebebasan untuk guru – guru pendidikan khas itu merancang sendiri proses pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan keperluan dan kepakaran mereka.
Keberkesanan ICT dalam proses pembelajaran untuk pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutamanya bukanlah satu jaminan konkrit. Ini kerana kebanyakkan perisian ICT pendidikan yang ada sedia kini masih tidak mengikut tahap penerimaan akademik pelajar bermasalah pembelajaran yang mengetahui bahawa tahap kecerdasan intelek mereka adalah di bawah 70. Ekoran daripada itu guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu lebih berusaha dan kreatif dalam memenuhi keperluan pelajar ini. Berhubung perkara ini, guru perlu dilatih serta diberi kemahiran untuk mengajar mereka yang berkeperluan khas dengan menggunakan ICT. Selain daripada perisian pengajaran-pembelajaran yang sukar didapati dipasaran Negara kita terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kos yang tinggi untuk mendapatkan peralatan yang ada di luar Negara juga merupakan antara cabaran jabatan. Kepelbagaian kecacatan pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan perisian secara khusus untuk setiap mereka. Ini merupakan satu cabaran kewangan bagi pihak JPK .

PERSPEKTIF GURU PENDIDIKAN KHAS
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut kepada lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat, pelajar – pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab saya bagi memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang guru, kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau ‘up to date’ dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam bidang masing – masing. Guru – guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam menyediakan perisian pengajaran – pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang. Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen, radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah perisian / courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah pendidikan khas.
RUJUKAN
Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company.
Ishak, A. L. (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru (ed. 2). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Paul F. Merill, K. H. (1996). Computer in Education 3rd Edition (ed. 3). Needham Heights: A Simon & Schuster Company.
Rusli, M. &. (2005, Jun 22). Retrieved Ogos 13, 2007
Sang, M. S. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selamat, A. R. (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Shah ALam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sharil @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shuhabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publicatin & Distributors Sdn Bhd.
Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

TEACHING IS LIFELONG JOURNEY


TEACHING IS LIFELONG JOURNEY

To teach is to touch the lives of many and to help us learn life is lessons.
But to teach well is to make a difference in all the live you touch.

To teach is to be a parents, nurse, friends, and confidant; to be supporter, a leader, and motivator. But to teach well is to be all of these things, yet not lose sight of who you are.
You share a part of yourself with all whose live you touched.

To teach is to be tender, loving, strong and giving to all who rely upon you; to encourage and praise. But to teach well is to believe in what and whom you teach.

A Teacher comes to master these many jobs throughout the years. But those who teach well recognize that there will always be more to learn in life’s journey, and they never hesitate to strive to learn it.
-Donna Bugler-

Tuesday, April 21, 2009

Asas Jahitan

Contoh hasil kerja murid untuk aktiviti P&P Kemahiran Manipulatif
( Motor halus dan pengamatan)

Monday, April 20, 2009

Belajar untuk mengajar...

Kursus Asas Kejurulatihan Bola Sepak.

Tarikh: 18,19 & 26, 26 April 2009

Tempat: SK Kolombong

Anjuran : Special Olympics Kota Kinabalu (SOKK)

Okay... Gambar di bawah ini diambil daripada website SK Kolombong
So please click here for more info.
Gambar pada hari pertama... 8.30 a.m

Friday, April 17, 2009

Soccer 5-a-side Tournament

Peristiwa : Soccer 5-a-side Tournament
Penganjur : Special Olympics Kota Kinabalu (SOKK) bersama Kelas Pendidikan Khas (PKBP) SMK Tamparuli
Tarikh : 15 April 2009

Pengurus Pasukan PKBP SKBP: Cik
Jurulatih Pasukan PKBP SKBP : En.

Senarai Pemain PKBP SKBP :
1. Adi Izuddin bin Sigul
2. Stephan Leong Ah Luk
3. Chan Ka Chang
4. Sharul Ekmal Sajani
5. Imran Ismail Nizamuddin
6. Ag. Mohd Harmizan Abd Kahar
7. Eddy Tan Jian Rong
8. Shafieq Nathaneal Koa Kian Hua

Antara Sekolah PKBP yang terlibat :
Sekolah Menengah
1. SMK Bahang
2. SMK Arsyad Kota Belud
3. SMK Tamparuli

Sekolah Rendah
1. SK Kolombong
2. SK Kibabaig
3. SK Penampang
4. SK Pekan Kota Belud
5. SK Tamparuli

Keputusan : PKBP SK Bukit Padang vs PKBP SK Kibabaig = 0 - 5
PKBP SK Bukit Padang vs PKB SK Penampang = 4 - 0

Apapun keputusannya, pihak PKBP amat berbangga atas kesungguhan murid - murid bermain sebagai satu pasukan. Di sini kita boleh melihat dan mengasah bakat, keyakinan diri, interaksi mereka dengan rakan sepasukan mahupun lawan serta potensi mereka dalam bidang sukan.
Pihak PKBP amat berterima kasih kepada sokongan pihak pentadbir sekolah dan juga ibubapa murid yang terlibat. Sokongan ini sebenarnya bukan memberi motivasi kepada pihak guru PKBP untuk melaksanakan aktiviti luar bilik darjah malah, memberi peluang kepada murid - murid pendidikan khas mengikuti aktiviti p&p di luar bilik darjah dan yakin bahawa mereka diterima sepertimana rakan sebaya yang lain.
Sekolah - sekolah Pendidikan Khas, pusat - pusat pemulihan bukan kerajaan serta sekolah swasta yang berkaitan dengan golongan istimewa di Sabah dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan samada oleh pihak Special Olympics Sabah, Special Olympics Kota Kinabalu mahupun jemputan daripada Special Olympics dari negara lain seperti Indonesia dan Singapura. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini merupakan sebuah organisasi bukan untuk mencipta "nama" namun, sebagai platform untuk memberi peluang kepada golongan istimewa.

Semoga apa yang diusahakan mereka ini dipermudahkan urusan kehidupan mereka.

http://www.specialolympics.org/

Wednesday, April 8, 2009

Ciri - ciri memberi gambaran awal...

Berdasarkan apa yang dilaporkan Kosmo hari ini... Seorang ibu terkejut apabila anaknya mati dengan tiba - tiba. Apatah lagi setelah beberapa minit beliau menghantar anaknya ke sekolah.
Kematiannya anak ini dikatakan disebabkan oleh masalah jantung.
Sindrom down dan masalah jantung... sangat berkaitan.. berdasarkan research ekspress saya, mereka berisiko tinggi dilahirkan dengan penyakit jantung berbanding dengan anak lain. Anak ini juga berkemungkinan mempunyai atresia (penyempitan) intestin dan mudah dapat jangkitan.
Masalah jantung yang paling kerap berlaku ialah jantung berlubang seperti Ventricular Septal Defect (VSD) iaitu jantung berlubang diantara bilik jantung kiri dan kanan atau Atrial Septal Defect (ASD) iaitu jantung berlubang diantara atria kiri dan kanan. Masalah lain adalah termasuk salur ateriosis yang berkekalan (Patent Ductus Ateriosis / PDA). Bagi kanak-kanak sindrom down boleh mengalami masalah jantung berlubang jenis kebiruan (cynotic spell) dan susah bernafas.
MASALAH-MASALAH BERKAITAN SINDROM DOWN DAN RAWATAN
1. Pertumbuhan yang lambat, kesukaran untuk belajar dan bertutur
=> Kanak-kanak berkeadaan lembik semasa lahir, tumbesaran terbantut di peringkat bayi dan kanak-kanak.
=> Lambat atau sukar dalam pembelajaran
=> Lambat dalam pertuturanKanak-kanak ini akan mendapat faedah yang besar dari program pengesanan awal, pendidikan khas dan rawatanpertuturan. Dapatkan maklumat dari doktor atau jururawat anda tentang kemudahan perkhidmatan pemulihankanak-kanak berkeperluan khas yang paling hampir dengan tempat tinggal.
2. Penyakit jantung kongenital
=> Kanak-kanak Sindrom Down biasanya lebih berisiko tinggi untuk dilahirkan dengan penyakit jantungberbanding dengan kanak-kanak biasaDoktor akan membuat saringan terhadap kanak-kanak Sindrom Down untuk mengesan sebarang penyakit jantungkongenital dan merujuk untuk penilaian lanjut jika perlu. Penyakit ini mungkin memerlukan rawatan perubatan ataupembedahan.
3. Kecacatan pertumbuhan perut
=> Intestinal atresia
=> Tiada dubur. Biasanya kecacatan ini dapat dikesan selepas lahir dan perlu di bedah. Walaupun jarang berlaku, tetapi kadarkejadian ini tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa.
4. Mudah mendapat jangkitan
=> Pemberian imunisasi boleh diberi mengikut jadual. Bawalah berjumpa dengan doktor segera bila demam ataunampak kurang sihat.
5. Masalah pendengaran dan penglihatan
=> Saringan dan rawatan perlu dibuat bergantung kepada masalah yang dikesan.
6. Gangguan fungsi Tiroid
=> Pengeluaran hormon yang rendah, hipotiroid. Perlu rawatan penambahan hormon, contohnya tiroxin.
=> Pengeluaran hormon yang berlebihan, hipertiroid. Perlu rawatan untuk mengawal pengeluaran hormon.
7. Barah (kanser)
=> Leukemia akut lebih mudah berlaku kepada Sindrom Down berbanding kanak-kanak biasa.

Sunday, April 5, 2009

See what the differents

Gambar 1 dan 2


Jom tengok apa perbezaan dua pasang gambar ini

(gambar di atas dan di bawah)

Gambar 3 dan 4

Thursday, April 2, 2009

Terapi kanak-kanak autisme

2 April ;
Autism World Awareness Day..
Robot brings hope to kids with learning difficulties

Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autisme
A robot named Cosmo has become six-year-old Kevin Fitzgerald's unlikely ally in his uphill everyday battle with developmental difficulties.
Please click here dan di sini for more information.
"Kami menjangkakan peningkatan dalam tingkah laku, mampu mengikut peraturan, berkongsi dan menunggu giliran. Malah, dia juga dapat menguasai sedikit kemahiran membaca, mengira dan boleh menulis namanya."
"Kami ingin melihatnya sebagai seorang lelaki dewasa, mempunyai kerja, keluarga dan sebagainya. Sebanyak mungkin yang dia boleh pelajari, itulah matlamat kami."
***** Happy Autism World Awareness Day!
Selamat menyambut Hari Kesedaran Autisma Sedunia kepada
anak - anak autisme di Malaysia mahupun di luar Malaysia.....
Teristimewa buat anak - anak murid Autisma di SKBP.****

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.