Wednesday, June 30, 2010

Aku yg tidak ceria!

Teaca sangat mengimpikan kelas yg kondusif dan ceria. Maafkan teaca sebab Teaca tak mampu sediakan sebegini cantik dan selesa. Teaca semakin kurang semangat  untuk menceriakan mahligai kita.. Teaca letih minda dan fizikal. Teacha letih dgn kekangan-kekangan samada dari dalam diri teacha dan juga dari luar. Kita Mangsa Keadaan.

Terus terang teacha letih. Kalian tahu tak, Teacha pernah nangis diawal pagi? Tat kala buka pintu dan melihat keadaan mahligai yang tidak menampakkan siapa diri Teacha. Teacha nangis kerana Teacha tidak mampu menjadi orang yang tegas untuk mengarahkan orang lain melakukannya. Teacha tidak mampu menyatakan rasa sedih dan lelah. Teacha tidak mampu mengingatkan org lain bertanggungjawab atas tugasnya..... Teacha hanya mampu menanggung sendiri, Teacha hanya mampu utk melakukan sendiri.. Adakah satu kesilapan apa Teacha pegang ini?

Namun sampai bila? Teacha hampir lelah.... Atau teacha yang harus berubah. Biar org lain kata teacha jahat...  Teacha letih utk menjadi org baik...huhuhuhuhuu.....

MAAFKAN TEACHA SAYANG............. TEACHA TIDAK MAHU MENYALAHKAN ORG LAIN......BIAR ORG LAIN MEMPERBETULKAN DIRINYA.... TEACHA BAIKI DIRI PULAK. ANDAI KATA SUATU KETIKA NANTI TEACHA "JAHAT".. ITU BUKAN TEACHA.

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.