Sunday, June 13, 2010

Terapi Air / Terapi Renang


Berenang... apakah kelebihan aktiviti renang kepada kanak - kanak khas terutamanya kanak - kanak autisma? Dan saya pernah ditanyakan dengan soalan "Apa kelebihan / guna aktiviti renang tu untuk murid pendidikan khas?" dan saya hanya mampu menjawab " penting untuk self confident murid".

Namun keperluan / kepentingan aktivti renang ini bukan setakat itu sahaja. Banyak yang perlu kita tahu terutamanya guru-guru untuk kita lebih aktif mengadakan rekreasi sambil belajar ini dan juga perlu ibubapa tahu untuk mereka faham kenapa dan mengapa mereka perlu memberi sokongan terhadap aktiviti yg dianjurkan sekolah. 


Berenang?
Kenapa  aktiviti / terapi / rekreasi renang ini perlu juga kepada kanak - kanak khas amnya dan kanak-kanak Autisma khasnya? Aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisma.    


Aktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma  perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. 

Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil". 

Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. 

Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. 


Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya.  Bagaimanapun ia harus dilakukan dengan kaedah yang betul dan berterusan dan yang penting KERJASAMA diantara pihak PENTADBIRAN SEKOLAH, IBUBAPA, GURU DAN JUGA PIHAK TERTENTU seperti pusat akuatik, resort dan seumpamanya. 



*****Apa itu Autisma?
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatanneurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggerispsychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":http://www.autism-society.org/site/PageServer ). *** wikipedia



SILA RUJUK DI DISINI


No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.