Tuesday, October 26, 2010

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
PRASEKOLAH  INTEGRASI
SK BUKIT PADANG 2010



Nama                            :
Masalah Pembelajaran : Microcephaley and Speech Delay




RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Nama :  

Tarikh Lahir :
Tarikh Mula : 4 Jan. 2010
Tempoh Semakan :  4 April 2010

Komponen : Pengurusan Diri

Umur : 6 Tahun


Pengetahuan Sedia Ada


-          Boleh membuka seluar dengan bantuan minima.
-          Murid boleh mengajuk percakapan guru namun masih pada tahap minima dan perlu diulang – ulang.
-          Murid boleh memahami dan memberi respon arahan mudah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Matlamat Jangka Panjang


-          Murid boleh merasakan keinginan untuk kencing dan menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Boleh membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

Kekuatan / Minat


-          Kekuatan:
o        Murid boleh memahami arahan mudah.
o        Murid boleh memberi respon segera terhadap arahan.
o        Boleh mengenal dan menunjukkan anggotan asas badan (kepala, tangan dan kaki).

-          Minat:
o        Mendengar dan menonton serta menari mengikut lagu “Happy”.


Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti

-          Murid belum boleh menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Sering terkencing dalam seluar.
-          Adakalanya keliru dengan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Objektif Jangka Pendek

Pendekatan
Penilaian / Tarikh / Tanggungjawab
Murid boleh memahami dan memberikan isyarat jika mahu kencing.






1. Mengenal tandas, arah ke tandas dan kegunaan tandas.

1.1 Guru membawa murid ke bahagian bilik air dedahkan perkara / bahan yang ada dalam bilik tersebut.
- Guru berbual / memberi arahan kepada murid dengan menekankan beberapa perkara yang ada dalam bilik air seperti tutup paip, flush tandas, selipar tandas, sabun, berus gigi dan seumpamanya.
- Contohnya memperkenalkan perbuataan / perkataan “tangan”:
  1. Guru meminta murid membasuh tangan selepas membuang air.
  2. Guru menekankan perkataan “tangan” dan “sabun” dan meminta murid menyebutnya dengan berulang kali.
  3. Ganjaran diberikan jika murid boleh menyebut perkataan “tangan” atau “sabun” dengan betul.
  4.  
- Aktiviti dipelbagaikan mengikut situasi dan juga minat murid.

1.2 Guru memperkenalkan isyarat jika mahu kencing. Jari telunjuk ditunjukkan di atas  tapak tangan sebelah.

1.2.1 Guru bertanyakan “Mahu kencing?” sambil menunjukkan isyarat simbol kencing.

1. Pemerhatian :-
  1. Menyatakan hasrat mahu kencing.
  2. Memahami arahan.
  3. Memberi respon pada arahan dengan betul.
  4. Membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

2. Kerjasama guru dan Pembantu Pengurusan Murid.

3. Kerja sama ibubapa dan keluarga
- tidak memakaikan lampin pakai buang ketika di rumah.
- melatih murid untuk ke tandas sekiranya mahu kencing.


Tarikh Penilaian : ___________

Tandatangan ibu bapa /penjaga :             Tarikh Bersidang
                                                                        Akhir :
……………………………………….
(Nama :……………………………...


Tandatangan Guru :

……………………………………….
(Nama :……………………………...
 
Tandatangan ibu bapa /penjaga :             Tarikh Bersidang
                                                                        Awal :
……………………………………….
(Nama :……………………………...


Tandatangan Guru :

……………………………………….
(Nama :……………………………...
 
                                                                                                                                                                          

p



No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.