Saturday, January 17, 2009

Assalamaulaikum dan Salam Sejahatera..



Hari ini sudah masuk penghujung minggu kedua persekolahan. Pelbagai perkara yang telah kita alami.. Begitu juga dengan telatah murid - murid di sekolah yang dapat kita lihat. Melihat telatah mereka sedikit sebanyak membuatkan kita mengimbau kenangan semasa diri kita sendiri ketika minggu - minggu awal persekolahan. Terdapat banyak perbezaan yang dapat kita bandingkan dan hanya sedikit persamaan yang boleh kita kira.
Tahun ini sekolah saya tidak menerima ramai murid baru berbanding tahun lalu. Walaubagaimanapun ia akan semakin bertambah dari semasa ke semasa. Pendidikan Khas (LD) adalah sedikit berbeza berbandingan sistem kelas perdana. Perbezaan tersebut mungkin kerana ada "keistimewaan" untuk mereka dan juga kerana mereka perlu melepasi beberapa prosedur. secara ringkasnya prosedur yang perlu anda tahu ialah (bagi kanak - kanak yang berumur 7 tahun dan keatas; sesuai untuk sekolah rendah);


Pertama, anda perlu mandapatkan Medical report dan pengesahan daripada doktor yang akan mendiagnostik anak samada anak anda bermasalah (autisme, ADD/ADHD, terencat akal dan seumpamya).



Kedua, Daftarkan anak anda ke Unit Pendidikan Khas Jabatan Pelajaran Negeri untuk mendapatkan borang pendaftaran dan cadangan penempatan sekolah. Biasanya Unit Pendidikan Khas ini akan menempatkan anak anda di sekolah yang berdekatan dengan alamat rumah anda.


Ketiga, Tunggu Surat Penempatan. Anda perlu sentiasa menghubungi pihak Unit Pendidikan Khas, JPN bagi mengetahui di mana anak anda akan ditempatkan.


Keempat, Sekiranya anda sudah menerima surat penempatan anak anda. Bawalah anak anda bersama untuk mendaftar di sekolah. Berjumpalah dengan Penolong Kanan Program Pendidikan Khas ataupun Penyelaras Program Pendidikan Khas sekolah tersebut. Pada kebiasaanya anak anda akan diberi ujian sebagai pengenalpastian tahap keupayaan akademik (kemahiran Matematik dan Bahasa Malaysia) serta keupayaan pengurusan diri anak anda.


Sekiranya anak anda didaftarkan sebelum berumur 5 tahun, anda akan dihubungi oleh pihak Jabatan Pelajaran Negeri bagi cadangan penempatan semasa anak anda berumur 5 tahun. Sekiranya tidak dihubungi selepas anak anda berumur 5 tahun, sila berhubung dengan Unit Pendidikan Khas di Jabatan Pelajaran Negeri masing-masing. Dapatkan juga maklumat bagi kemasukan ke program prasekolah pendidikan khas untuk anak anda yang berusia 4+ hingga 6 tahun sebelum ke program di sekolah rendah.
Sekiranya anda telah mengenalpasti bahawa anak anda adalah penghidap Autisme, Down Syndrom, Hyperaktif dan seumpamanya sedari kecil lagi, adalah lebih baik anda mendaftarkan anak anda ke pusat - pusat early intervention yang biasanya disediakan oleh pihak swasta dan NGO. Pusat Dalam Komuniti (PDK) juga merupakan antara pilihan yang baik untuk pemulihan awal anak anda. Pusat ini memiliki kepakaran yang sesuai untuk anda sedari bayi lagi (mengikut syarat tertentu; sila rujuk pusat - pusat tersebut).
Berdasarkan pengalaman dan pemerhatian saya, murid yang pernah menjalani pemulihan awal di pusat - pusat rawatan awal kanak - kanak lebih mudah menerima pembelajaran di sekolah berbanding rakan yang tidak pernah menjalani rawatan awal. Tingkah laku mereka juga mudah diurus oleh guru. Begitu juga dari segi pengurusan diri, murid tersebut sudah berupaya ke tandas sendiri atau sekurang - kurangnya tahu memberitahu guru atau pembantu pengurusan murid yang dia mahu buang air.


Mendaftar di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). Bagi anda yang lewat mengenalpasti anak anda adalah kanak - kanak berkeperluan khas (biasanya murid yang lewat dikenalpasti oleh ibu ialah anak yang Hyperaktif, lembam dan Down Syndrom) anda perlu mendaftarkan anak di JKM. DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT Anda perlu membawa anak anda ke JKM bersama:


1. Borang Pemeriksaan Doktor dan salinan fotostatnya yang sudah lengkap diisi oleh pakar perubatan.


2. salinan fotostat Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran bagi yang belum mempunyai Kad Pengenalan.


3. keping gambar anak anda berukuran saiz kad pengenalan. Sekiranya anda tidak menerima kad itu dalam tempoh 3 bulan dari tarikh mendaftar di JKM, sila hubungi mereka bagi mendapatkan maklumat. Anak anda akan diberikan Kad Kenal Diri yang merupakan tanda pengenalan yang dikeluarkan kepada OKU (Orang Kurang Upaya) yang berdaftar bagi memudahkan mereka berurusan dengan pihak-pihak yang tertentu.
Bagi ibubapa yang lewat menyedari anak anda adalah adalah kanak - kanak berkeperluan khas. Anda janganlah khuatir, ringan - ringankanlah diri anda menghubungi Unit Pendidikan Khas atau berkunjung ke sekolah pendidikan khas atau sekolah intergrasi pendidikan khas yang berdekatan untuk bertanyakan maklumat lanjut.
Alamat....Negeri Sabah sahaja....
SEKTOR PENDIDIKAN SWASTA DAN PENDIDIKAN KHAS
Sektor Pendidikan Swasta & Khas
Jabatan Pelajaran Sabah
Tingkat 7, Blok D,
Bangunan KWSP
88000 Kota Kinabalu

Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Kota Kinabalu
(PDK)
(Community-Based Rehabilitation Centre)
WDT 75, Jalan Selangor
88999 Tanjung AruKota Kinabalu, Sabah
Telephone: 088-255200
(Di bawa kelolaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sabah)

1 comment

Anonymous said...

Salam,

saya seorang ibu yang mempunyai anak berumur 11 tahun dengan simptom ADHD. Kalau boleh saya ingin mengetahui lebih lanjut tentang pendidikan khas untuk anak-anak seperti ini. Dia sekarang bersekolah di sekolah aliran perdana, mempunyai masalah dengan guru yang mengajarnya. Saya harap mendapat sedikit panduan untuk apa yang patut saya lakukan dan tempat yang boleh menjadi rujukan. Untuk pengetahuan saya tinggal di kelantan. Saya harap mendapat sedikit bimbingan dan informasi tentang apa yang patut saya lakukan.

January 28, 2010 at 9:20 AM

Iklan......

Amazing Autistic

 


Blogger Template By LawnyDesigns