Showing posts with label RPI. Show all posts
Showing posts with label RPI. Show all posts

Thursday, February 14, 2019

Disleksia Satu Pengembaraan


Disleksia (Pres & Hai).

Disleksia berasal daripada perkataan Yunani iaitu ‘dys’ bermakna kesukaran dan ‘lexis’ yang bermaksud bahasa. Secara literalnya, disleksia bermaksud “kesukaran dalam berbahasa” (Ott, 1997). Kanak-kanak disleksia bukan sahaja mengalami masalah dalam pembacaan tetapi juga dalam ejaan, penulisan, serta beberapa aspek bahasa yang lain. Definisi operasional disleksia yang pertama dikeluarkan oleh World Federation of Neurology (1968) adalah suatu kecelaruan pada kanak-kanak di mana meskipun mereka mengalami pengalaman bilik darjah, konvensional, namun gagal menguasai kemahiran bahasa seperti membaca, menulis dan mengeja selaras dengan kemampuan intelektual mereka. Kesukaran membaca murid-murid disleksia adalah disebabkan oleh sistem saraf pusat yang tidak berfungsi dengan baik (Hattum, 1980).

Disleksia adalah keadaan yang diwarisi (genetik) dan menyebabkan kesukaran yang ekstrim untuk membaca, menulis, dan mengeja meskipun mempunyai darjah kecerdasan pada tahap ‘average’ Borton (2014). Berdasarkan keadaan ini, disleksia adalah jenis ketidakupayaan yang paling biasa yang mempengaruhi kemahiran bahasa murid dalam aspek membaca. Masalah ini ditambah lagi dengan masalah disgrafia dan menyebabkan mereka bermasalah dalam penulisan. Masalah pembelajaran spesifik disleksia ini disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dikenal pasti  seperti kelemahan pemprosesan audio, kelemahan pemprosesan visual, ataupun gabungan kelemahan antara kedua-duanya yang seterusnya menyebabkan kelemahan pemprosesan fonologi. Akibatnya mereka sukar membaca dan sukar memahami apa yang dibaca menyebabkan mereka lemah dibandingkan dengan rakan sebaya (Snowling, 2000).
Disebabkan kelemahan pemprosesan visual dan audio, atau kedua-duanya sekali, murid-murid disleksia bermasalah dari segi menyimpan memori dan mengalami kesukaran untuk mengingat dan mengenal abjad serta konfigurasi perkataan. Mereka juga amat sukar untuk mengingat bunyi-bunyi abjad, menganalisis bunyi mengikut suku kata. Sekiranya murid tidak bersaing dalam kemahiran bacaan dan tidak dapat melaksanakan apa yang dikehendaki oleh guru, lebih sukar bagi murid untuk memahami isi kandungan bacaan dan tanpa memahami apa yang dibaca, murid akan menjadi keliru dan tidak dapat melakukan apa-apa tugasan (Lopez J. & Campoverde J. (2018).  Menurut kajian terbaru yang dijalankan oleh Balci E. & Cayn A. (2018), kebanyakan murid disleksia mengalami masalah dalam ejaan dan kelancaran bacaan. Ini menunjukkan bahawa masalah utama yang dihadapi oleh murid-murid disleksia adalah berkaitan dengan mengeja dan kelancaran ketika membaca.

Andai kata murid disleksia telah dapat menguasai kemahiran bacaan, murid tersebut seterusnya akan mengalami kesukaran dalam mengeja sesuatu perkataan itu. Individu yang mengalami disleksia memerlukan satu program khusus untuk belajar kerana program pengajaran biasa tidak selalunya efektif untuk murid disleksia (Irwin, 2000).  Sekiranya tidak dibantu, murid yang mengalami kesukaran untuk membaca akan menghadapi pengalaman di sekolah menengah yang dikaitkan dengan masalah bacaan dan malangnya faktor ini boleh menyebabkan impak negatif terhadap sosial dan emosi murid tersebut (Novita, 2016). Antara kaedah pengajaran yang telah terbukti berkesan untuk membantu kanak-kanak disleksia adalah teknik multisensori (Leonard, B., 2005).


RUJUKAN
Balci, E. & Cayn, A. 2018. Reading performance profile of children with dyslexia in primary and secondary school students. Journal of Education and Learning, vol. 7 no. 1.
Borton, S. 2014. What is dyslexia?. Bright solution for dyslexia. http://www.dys-add.com/dyslexia.html [August 2017].
Bungawali Abduh & Mohd Mokhtar Tahar. 2014. The effectiveness of brain gym and brain training intervention on working memory performance of student with learning disability. Journal of ISCAR, volume 2 Number 2 July 2018.
Goh Siew Siew, Anna Christina A., & Melissa N. L. Y. 2015. The effect of brain gym activities on the cognitive development of preschoolers. National Research Seminar 2015.
Husniza Husni dan Zulikha Jamaludin. 2015. Masalah Pembacaan Kanak-Kanak Disleksia. Bagaimana Teknologi Boleh Membantu? Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Indriyani, Y. & Saraswati, A. 2018. Pre school of school children development in bandung district, west java province. International Journal of Community Service Learning, 2(4): 291–296.
Lopez, J. & Campoverde, J. 2018. Development of reading comprehension with graphic organizers for students with dyslexia. Journal of Technology and Science Education 8(2): 105-114.
Marshall, A. 2016. Panduan Lengkap Ibu Bapa Kanak-kanak dengan Disleksia. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan & Buku Malaysia Berhad.
Novita, S. 2016. Secondary symptoms of dyslexia: a comparison of self-esteem and anxiety profiles of children with and without dyslexia. European Journal of Special Needs Education, 31, 279-288.
Rahab, H. (2017). Effect of Brain Gym on Manipulating Skills and Balance for Beginner in Rhythmic Gymnastics. Ovidius University Annals, Series Physical Education & Sport/Science, Movement & Health. 17(1).
Sutoro, S. (2014). Influence of Brain Gym  on Mathematical Achievement of Children. Asian Social Sciece, 10(5), 114.
Unit Disleksia Bahagian Pengurusan Sekolah. 2007. Modul Kursus Pendedahan Bermasalah Pembelajaran Spesifik Disleksia. Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia.
Washburn E. K., Mulcahy C. A. & Musante G. 2017. Novice teacher’s knowledge of reading-related disabilities and dyslexia. Learning Disabilities: A Contemporary Journal 15(2). 169-191.
Kendra Gagnon. 2013. https://www.youtube.com/watch?v=Nu6LYL2ynzI [12 Jun 2013]
majalahpama-my.cdn.ampproject.org
http://dyslexiavictoriasupport.com/dvs-dyslexia-resources/

Tuesday, October 26, 2010

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
PRASEKOLAH  INTEGRASI
SK BUKIT PADANG 2010



Nama                            :
Masalah Pembelajaran : Microcephaley and Speech Delay




RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
KELAS PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Nama :  

Tarikh Lahir :
Tarikh Mula : 4 Jan. 2010
Tempoh Semakan :  4 April 2010

Komponen : Pengurusan Diri

Umur : 6 Tahun


Pengetahuan Sedia Ada


-          Boleh membuka seluar dengan bantuan minima.
-          Murid boleh mengajuk percakapan guru namun masih pada tahap minima dan perlu diulang – ulang.
-          Murid boleh memahami dan memberi respon arahan mudah dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Matlamat Jangka Panjang


-          Murid boleh merasakan keinginan untuk kencing dan menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Boleh membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

Kekuatan / Minat


-          Kekuatan:
o        Murid boleh memahami arahan mudah.
o        Murid boleh memberi respon segera terhadap arahan.
o        Boleh mengenal dan menunjukkan anggotan asas badan (kepala, tangan dan kaki).

-          Minat:
o        Mendengar dan menonton serta menari mengikut lagu “Happy”.


Kelemahan / Masalah Yang Dikenal Pasti

-          Murid belum boleh menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Sering terkencing dalam seluar.
-          Adakalanya keliru dengan penggunaan Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.


Objektif Jangka Pendek

Pendekatan
Penilaian / Tarikh / Tanggungjawab
Murid boleh memahami dan memberikan isyarat jika mahu kencing.






1. Mengenal tandas, arah ke tandas dan kegunaan tandas.

1.1 Guru membawa murid ke bahagian bilik air dedahkan perkara / bahan yang ada dalam bilik tersebut.
- Guru berbual / memberi arahan kepada murid dengan menekankan beberapa perkara yang ada dalam bilik air seperti tutup paip, flush tandas, selipar tandas, sabun, berus gigi dan seumpamanya.
- Contohnya memperkenalkan perbuataan / perkataan “tangan”:
  1. Guru meminta murid membasuh tangan selepas membuang air.
  2. Guru menekankan perkataan “tangan” dan “sabun” dan meminta murid menyebutnya dengan berulang kali.
  3. Ganjaran diberikan jika murid boleh menyebut perkataan “tangan” atau “sabun” dengan betul.
  4.  
- Aktiviti dipelbagaikan mengikut situasi dan juga minat murid.

1.2 Guru memperkenalkan isyarat jika mahu kencing. Jari telunjuk ditunjukkan di atas  tapak tangan sebelah.

1.2.1 Guru bertanyakan “Mahu kencing?” sambil menunjukkan isyarat simbol kencing.

1. Pemerhatian :-
  1. Menyatakan hasrat mahu kencing.
  2. Memahami arahan.
  3. Memberi respon pada arahan dengan betul.
  4. Membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

2. Kerjasama guru dan Pembantu Pengurusan Murid.

3. Kerja sama ibubapa dan keluarga
- tidak memakaikan lampin pakai buang ketika di rumah.
- melatih murid untuk ke tandas sekiranya mahu kencing.


Tarikh Penilaian : ___________

Tandatangan ibu bapa /penjaga :             Tarikh Bersidang
                                                                        Akhir :
……………………………………….
(Nama :……………………………...


Tandatangan Guru :

……………………………………….
(Nama :……………………………...
 
Tandatangan ibu bapa /penjaga :             Tarikh Bersidang
                                                                        Awal :
……………………………………….
(Nama :……………………………...


Tandatangan Guru :

……………………………………….
(Nama :……………………………...
 
                                                                                                                                                                          

p



Sunday, June 27, 2010

Y2- Rekod Perkembangan Murid Khas #1


REKOD PERKEMBANGAN MURID

Nama: ENGLAND VS GERMAN                                               
Umur: 6 Tahun
 Rumusan Kemajuan bagi tempoh: 5 bulan SEMESTER 1

MATLAMAT RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU
        Pada keselurahannya lebih  SUDAH mencapai lebih 90% objektif jangka pendek RPInya itu mengenal tandas, arah ke tandas dan kegunaan tandas. Bagaimanapun, Y2 masih pada tahap 50% untuk mencapai objektif jangka panjang RPInya iaitu :
-          Murid boleh merasakan keinginan untuk kencing dan menyatakan keinginan untuk kencing.
-          Boleh membuka dan memakai seluar tanpa bantuan.

Y2 masih terkencing dalam seluar dan masih belum boleh memakai seluar tanpa bantuan guru/ppm. Y2 akan memasukkan kedua belah kakinya dalam satu lubang kaki seluar.


KEPUTUSAN / CADANGAN GURU: -
            Guru mencadangkan agar latihan untuk memakai seluar dan ”ke tandas” tanpa bantuan dilaksanakan dirumah. Di sekolah cikgu akan membantu dan RPI akan lebih ditumpukan kepada akademik, pengurusan tingkah – laku dan kemahiran sosial murid.

RPI 2 – Tunjang Komunikasi- Bahasa Malaysia.

                                                                                              

PENCAPAIAN

Tunjang Komunikasi

-          Pada keseluruhannya murid boleh menyebut huruf abjad ”a” hingga ”z” dengan jelas dengan bantuan guru. Bagaimanapun murid belum boleh mengingat atau mengenal sebarang huruf.
-          Murid boleh mengenal dan menyebut nama ”ayam” namun belum memahami perkaitannya dengan huruf ”a”.
-          Murid boleh memahami arahan guru dan memberi respon terhadap arahan guru. ( Komunikasi dalam Bahasa Malaysia. Sebelumnya murid tidak memahami arahan dalam Bahasa Malaysia).
-          Murid sudah boleh memegang pensel. Bagaimanapun adakalanya murid ”keliru” dalam ”menstabilkan” genggamannya memegang pensel.


Tunjang Sains & Teknolologi – Sains Mudah & Matematik Mudah.

A. Sains Mudah

-          Pada keseluruhannya prestasi murid pada tahap memuaskan dan meningkat.
-          Murid boleh mengenal dan menunjukkan anggota badan yang disebut guru seperti kepala, kaki, tangan, mata, hidung dan telinga.

B. Matematik Mudah

-          Pada keseluruhannya tahap kemahiran  murid pada tahap baik dan berpotensi untuk lebih baik.
-          Murid boleh menyebut nombor 1 – 10  dengan jelas dengan bantuan.
-          Murid belum menguasai kemahiran asas matematik, Kemahiran Padanan dan Pengelasan.


Tunjang Perkembangan Kreativiti dan Estetika

-          Pada keseluruhannya perkembangan fizikal dari segi motor halus dan motor kasar adalah meningkat berbanding di awal persekolahannya.
-          Bagaimanapun murid masih memerlukan latihan berterusan terutamanya kemhiran koordinasi mata-tangan untuk pre menulis.


Tunjang Ketrampilan Diri

A. Pengurusan Diri
-          Pada keseluruhannya perkembangan murid dalam kemahiran ini adalah kurang memberansang. Murid masih terbuang air kecil dalam seluar dan belum boleh memakai seluar tanpa bantuan.
-          Murid boleh makan menggunakan sudu.
-          Murid boleh membersihakan diri sebelum dan selepas makan dengan bantuan arahan guru.

B.  Pengurusan Sosio Emosi
-          Pada keseluruhannya kemahiran dari segi perkembangan sosio emosi murid ini amatlah sangat memberansangkan berbanding diawal masa persekolahannya.
-          Murid berkeyakinan diri. Dan mahu mendekati dan didekati oleh orang lain.
-          Murid boleh bermain sendiri dengan pengawasan minima guru.
-          Murid boleh bermain dan berkongsi alat permaianan/bbm dengan rakan-rakan lain.
-          Murid suka membantu guru; menyediakan kerusi untuk rakannya yang lain duduk.


Pendekatan yang berkesan.

-          Dalam usaha mencapai objektif jangka pendek RPI Yen Zhi, pendekatan yang digunakan adalah berjaya. Di mana guru pada kadar yang kerap sering memperingat Yen Zhi untuk ke membuang air kecil setelah memperkenalkan tandas dan cara penggunaanya.
-          Bagaimanapun, pendekatan untuk mencapai objektif jangka panjang Yen Zhi masih lagi perlu latihan berterusan dan kerjasama pihak ibubapa murid.
-          Pendekatan yang menarik minat Yen Zhi untuk mengikuti p&p ialah menyanyi, menonton video muzik, kad gambar serta permainan fizikal.
-          Melalui pendekatan ini Yen Zhi sudah mengenal dan menyebut nama ”ayam” dengan jelas walaupun adakalanya masih tidak dapat membezakan ayam dan burung.


Aspek yang Perlu Dipertingkatkan

-          Murid memerlukan latihan berterusan dalam kemahiran berikut:-
i.                    Asas menulis (memegang pensel dengan betul)
ii.                  Mengenal huruf abjad A – Z.
iii.                Mengenal nama benda maujud (bahasa utama di sekolah) dalam Bahasa Malaysia.
-          Pengurusan Diri – perlukan kerjasama baik di sekolah dan dirumah.Latihan berterusan.
-          Sains dan Matematik Mudah – Latihan berterusan samada secara lansung atau tidak lansung (silang tunjang).



Rumusan / Cadangan.
-          Sehubungan dengan itu, guru dengan kerjasama ppm, ibubapa serta keluarga murid harus ada keseinambungan dalam melaksanakan pendekatan pembelajaran yang ditetapkan. Perkara ini perlu agar murid tidak keliru terutamanya dalam penggunaan istilah/bahasa.
-          Murid berpotensi untuk meningkatkan kemahiran.



Disediakan Oleh: _____________________
                            (                                           )                    Tarikh:___________________


Penerimaan  Ibubapa : ____________________
                                    (                                     )                     Tarikh: _________________


Ulasan Ibubapa:
                        __________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Sunday, June 20, 2010

RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU







Laporan Penilaian Murid Bermasalah Pembelajaran
Mata Pelajaran: Pendidikan Seni

Dahlia

Nama Murid:                                                                Tarikh : ......................

Nama Guru :

1. Pencapaian ( Peningkatan dalam perkembangan, kemajuan dan pemerhatian)
    ...........................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................


2. Pendekatan yang berkesan.
    ...........................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................


3. Aspek yang perlu dipertingkatkan.
     ...........................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................


4. Rumusan / Cadangan.
    ...........................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................
    ............................................................................................................................


5. Tandatangan Guru : .......................................................













***Sumber: Bahan Hand Out
*** SILA RUJUK KEPADA PENOLONG KANAN / PENYELARAS MASING - MASING UNTUK MENDAPATKA FORMAT RPI YANG TERBARU.
**** Semoga N3 ini dapat membantu kalian...

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.