Aku sedang belajar. Belajar melihat, memerhati, menilai, menrefleksi dan melaksana semuanya tentang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Thursday, February 14, 2019
ISU # 2 BERMAIN: INTERVENSI MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)
Saturday, November 20, 2010
Umar on TV3 MHI - An Autistic Kid: Umar's Achievement
SUMBER : http://umarhasfizal.webs.com/
Wednesday, November 17, 2010
Sunday, August 15, 2010
Autisma: Terapi Permainan
Monday, August 9, 2010
Autisma; Pengurusan Tingkah Laku
Friday, July 30, 2010
Ciri Autisma
Monday, April 19, 2010
Cara mendidik anak autisme
Cara mendidik anak autisme
Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDINnorlaila@hmetro.com.my
AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.
Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.
Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.
Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.
Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.
Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:
Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:
“Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.
“Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:
Apa yang boleh dilakukan guru?
Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:
Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.
Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.
Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.
Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.
“Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.
Ciri-ciri autisme
> Tidak menghiraukan orang lain
> Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain
> Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap
> Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)
> Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran
> Lebih suka bermain sendiri
> Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi
> Lambat bercakap
> Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang
> Tidak boleh berkomunikasi dengan baik
> Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot
> Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)
> Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya
> Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa
> Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan
> Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek
> Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan
> Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang
> Tidak boleh duduk diam
> Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)
> Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif
> Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk
Monday, February 8, 2010
Monday, November 23, 2009
Kenali dan kita pasti cintai..
Pernah tak anda berbual dengan ibubapa murid anda? Dan cuba untuk memahami mengapa sukar baginya untuk menerima bahawa anaknya adalah anak istimewa. Dan begitu mudah bagi kita memberi kesimpulan bahawa si ibubapa ini tidak mahu menerima hakikat bahawa anaknya bermasalah. ii. Chromosomal Disorders
iii. Metabolic Disorders
iv. Birth Complication
REFERENCES: Mohd Sharani Ahmad, UPM Serdang; Special Children
******To be cont...
Monday, September 7, 2009
Membantu Anak Autisma #1
Ketika berumur diantara 1 ¼ hinggah 5 tahun, kehidupan seharian saya telah distrukturkan dan saya tidak dibenarkan hilang fokus tentang apa yang sedang dilakukan. Saya menjalani terapi pertuturan secara individual selama 45 minit setiapa lima hari dalam seminggu, dan ibu juga telah mengupah seorang pengasuh yang mengahabiskan masa selama empat jam untuk bermain dengan saya dan kakak saya. Saya diajarkan ”mengikut giliran” semasa aktiviti bermain.Sebagai contoh, semasa membina patung mainan, pengasuh meminta saya memasang bahagian tangan dan kemudiannya meminta kakak saya memasang bahagian lain. Dengan ini saya belajar untuk menunggu giliran. Kombinasi antara taman asuhan, terapi pertuturan, aktiviti bermain dan penyeliaan tingkah – laku saya semasa di rumah secara beterusan, otak saya semakin berada di dunia nyata.
Gambar adalah bahasa saya.
Seperti kebanyakkan pengidap autisma, saya adalah “visual thinkers”. Saya berfikir dengan gambaran bukan dengan bahasa. Pemikiran saya umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi saya. Dimana, gambar – gambar adalah bahasa utama saya dan perkataan adalah bahasa kedua mereka. Denga itu, kalau mengajar saya ajarlah saya menggunakan gambar dan biar gambar itu gambar sebenar satu -satu objek sebenar bukan gambar lukisan yang adakalaya lebih mengelirukan saya.
Manakala kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk saya pelajari kerana dengan kata nama saya boleh menggambarkan perkataan tersebut. Contohnya, bila mengajar saya saya perkataan “atas” dan “bawa”, guru seharusnya mendemonstrasikannya. Contohnya guru menggambil dan mengangkat ketas kapal terbang mainan dari meja sambil menyebut perkataan "atas" dan sebaliknya utk perkataan "turun". Dengan itu mudah untuk saya membayangkan dan mengingat perkataan "atas' dan "bawa".
SENYUM
Pendekkan arahan.
Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma seperti saya memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan apa lagi yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.
Bakat melukis.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam kemahiran melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka.
Keasyikan
Kebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Pendekatan Visual yang Konkrit
Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Masalah Motor Tangan.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer.
Fonik
Sesetengah kanak – kanak autisma lebih mudah belajar membaca dengan menggunakan fonik, dan sesetengah pula mudah belajar membaca menggunakan mengingat keseluruhan perkataan. Kanak – kanak yang mengalami masalah ekolalia sesuai menggunakan kad imbas dan buku bergambar dengan itu, perkataan tersebut disamakan dengan gambar. Adalah penting perkataan dicetak di muka surat yang sama dengan gambar.
Apabila mengajar kata nama, kanak – kanak tersebut perlu mendengar perkataan yang anda katakan dan pada masa yang sama melihat gambar sepertimana perkataan tersebut. Contohnya anda menyebut “pisang”, perlu juga diperlihatkan gambar kad pisang. Begitu juga apabila mengajar kata kerja “lompat”, anda mesti melakukan perbuatan melompat dan menyebut “lompat’.
Sewaktu kecil, bunyi kuat seperti bunyi lonceng sekolah amat menyakitkan telinga saya umpama doktor gigi manmpal gigi saya. Kanak-kanak autisma sebenarnya perlu dicegah daripada sebarang bunyian kuat yang menyakitkan telinganya. Bunyia seperti bunyi lonceng, PA sistem, bunyi kerusi yang diheret dan sama denganya boleh mendatangkan masalah kepada kanak-kanak autisma. Dalam kebanyakkan keadaan, kanak-kanak ini boleh bertoleransi dengan bunyi lonceng sekiranya bunyi yang dihasilkan dikurangkan. Begitu juga dengan bunyi yang dihasilkan oleh kaki kerusi sekiranya ditarik dan bergeser dengan lain boleh dikurangkan dengan menggunakan karpet.
Pernahkah anda mengalami di mana anak anda/ murid anda takut untuk masuk ke dalam satu – satu bilik? Mereka sebenarnya takut untuk masuk dalam sesetengah bilik kerana mereka takut sekiranya secara tiba-tiba ada bunyi dengungan mikrofon yang datang dari PA sistem. Bunyi yang menakutkan ini boleh menyebabkan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Sekiranya kanak – kanak itu menutup telinganya, ini menunjukkan sesetengah bunyi menyakitkan telingannya. Kita boleh membantu menukarkan satu-satu bunyi itu daripada bunyi yang sensitif kepada bunyi yang biasa didengarnya. Contohnya bunyi siren alat pengesan kebakaran, kita rakamkan bunyi tersebut pada pita rakaman dan berikan kepada anak-anak autisma ini. Biarkan dia sendiri mengawal bunyi pita tersebut. Mereka boleh mengawal kekuatan bunyi pita dan secara beransur-ansur dia akan kuatkan bunyinya. Dengan itu bunyi tersebut menjadi biasa didengar dan tidak menyakitkan dan menakutkannya lagi.
Bersambung................
SUMBER: PELBAGAI
Monday, August 10, 2009
Ciri - ciri Autisma : Kelainan dalam tingkah laku
Mendidik anak Autisma menuntut kesabaran ku apatah lagi 99% murid jagaan ku adalah autisma yang juga memiliki ciri2 Autisma yang berbeza.
Tuesday, June 9, 2009
My Autism Resource
Sunday, April 5, 2009
See what the differents
Jom tengok apa perbezaan dua pasang gambar ini
Thursday, April 2, 2009
Terapi kanak-kanak autisme
Cosmo yang diprogram untuk memberi tindak balas terhadap pergerakan tubuh dan pengaktifan suara memberi harapan baru kepada kanak-kanak autismeMonday, March 30, 2009
Tips mendidik anak autisma #1
Kehadiran ku amat dinantikan oleh ibu, ayah, abang dan kakak serta keluarga ku yang lain. Mereka menantikan aku bersama seribu harapan. Pelbagai persiapan yang telah ibu sediakan. Pelbagai perancangam yang ayah telah susunkan. Pelbagai nama sudah kakak senaraikan untuk ku. Pelbagai koleksi milik abang yang abang janjikan untuk diberikan kepada ku. Pelbagai hadiah yang keluarga ku fikirkan untuk aku.Akulah anak istimewa. Autisma.
******************************************
Tips mendidik anak autisma
Kebanyakkan pengidap autisma adalah “visual thinkers”. Mereka berfikir dengan gambaran bukan dengan perkataan. Pemikiran mereka umpama kaset video rakaman yang bermain dalam imiginasi mereka. Gambar – gambar adalah bahasa utama mereka dan perkataan bahasa kedua mereka. Kata nama merupakan perkataan yang paling mudah untuk mereka pelajari kerana dengan kata nama mereka boleh menggambarkan perkataan tersebut. Untuk mengajar mereka perkataan “duduk” dan “berdiri”, guru seharusnya mendemonstrasikan perbuatan duduk dan berdiri. Adalah lebih baik juga sekiranya guru menunjukkan perkataan kad imbas “duduk” semasa duduk dan “berdiri” semasa berdiri.
Mudahkan arahan. Kanak – kanak autisma memiliki masalah dalam mengingat semula satu – satu arahan yang panjang. Sekiranya kanak – kanak tersebut boleh membaca, tuliskan arahan tersebut di atas kertas. Kanak – kanak autisma juga sukar untuk mengingat nombor telefon kerana mereka sukar menggambarkannya di dalam minda.
Bakat melukis.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma berbakat dalam melukis, seni dan program komputer. Bakat ini perlu diasah dan digalakkan untuk persediaan kerjaya masa depan mereka. Menggunakan bakat mereka ini dalam proses pembelajaran mungkin lebih memberi tumpuan kepada mereka untuk belajar.
Kebanyakan kanak – kanak autisma taksub/asyik kepada satu – satu perkara seperti bermain dengan kereta mainan atau ‘membaca’ peta. Cara yang terbaik ialah menggunakan keasyikan mereka itu sebagai alat untuk memotivasikan mereka menyiapkan kerja sekolah. Sekiranya mereka berminat terhadap kereta mainan, gunakan kereta mainan semasa mengajar mereka membaca atau mengira. Baca buku yang berkaitan dengan kereta dan menyelesaikan masalah matematik dengan kereta mainan.
Gunakan pendekatan visual yang konkrit dalam mengajar konsep nombor seperti mainan nombor. Contohnya set blok nombor yang pelbagai warna dan saiz.
Kebanyakkan kanak – kanak autisma memiliki tulisan tangan yang sangat buruk. Ini kerana mereka mengalami masalah motor untuk mengawal tangan mereka. Untuk menghasilkan tulisan yang cantik dan kemas adalah sukar. Dan ini mengakibatkan kanak – kanak tersebut rasa kecewa. Untuk mengurangkan kekecewaan bantu mereka rasa seronok menulis dan biarkan mereka menaip di komputer. Itukan lebih muda...lagi pula zaman dah berubah.
Fonik dan Ingatan
Thursday, March 26, 2009
Autism Awareness Day 2009
April has come. New day has come... Day for autisme...The United Nations General Assembly has designated April 2 as World Autism Awareness Day.. and this year is the second World Autism Awareness Day.
Thursday, February 19, 2009
Keistimewaan Golongan Penghidap Autisma

Kemahiran anak istimewa
Oleh SUBASHINI RAJANDRA
subashini.rajandra@kosmo.com.my
Mereka dilahirkan serba kekurangan, tetapi bakat yang dianugerahkan Tuhan kepada insan-insan tersebut sangat luar biasa.
ANGKAAN saya tepat. Jejaka muda berbaju merah yang menyambut saya di depan pintu pagar rumah adalah Angus Jude. Sebelum menekan bunyi loceng, dari bahu jalan raya lagi, saya dapat mendengar irama merdu dari sebuah piano yang berkumandang di udara.
Sebaik berkenalan dan dijemput masuk, Angus terus menggunakan jari-jemarinya untuk memetik setiap not piano yang berbaris di hadapannya. Dia memainkan sebuah lagu yang agak biasa dengan diri saya iaitu Only You daripada The Platters.
"Angus sememangnya seorang anak yang unik. Dia mampu bermain not piano hanya dengan mendengar lagu tersebut tanpa perlu menggunakan nota muzik," jelas ibunya, Nicolene Jude.
Sejak usia 16 tahun lagi, Angus berjaya menggamit perhatian keluarga menerusi kebolehannya bermain piano dengan sempurna. Sekali dengar, dia akan bermain setakat yang termampu. Apabila dia mendengar sebuah lagu kegemarannya berulang kali, Angus boleh memainkan lagu itu dalam versi penuh.
Berapa ramai daripada kita mempunyai bakat sebegitu? Jika dikira pemain piano yang pernah menghadiri kelas latihan muzik pun, belum tentu dapat bersaing dengan kemahirannya yang sungguh istimewa.
Angus, 33, merupakan seorang insan istimewa. Sekali imbas, anda tidak mungkin dapat mengagak masalah kesihatan yang dihadapinya. Hanya setelah berkongsi perbualan, barulah saya sedar bahawa dia mengalami masalah untuk berkomunikasi dengan lancar.
"Dahulu, keadaannya lagi teruk di mana anda sukar memahami apa yang disebutnya. Lagipun, dia seorang hiperaktif dan sukar dikawal," cerita ibunya sambil memberitahu Angus juga mempunyai masalah ketidakupayaan belajar.
Kesulitan itu mungkin berkait-rapat dengan penyakit autism yang dihidapinya. Biasanya, kanak-kanak atau orang dewasa akan menghadapi kepayahan berkomunikasi secara sosial dan diselubungi dengan tabiat melakukan sesuatu berulang kali. Umpamanya bercakap sendiri.
Cuma sekarang, Angus tidak kerap berbuat demikian setelah berjaya mengenal pasti bakat yang ada di dalam dirinya. Bakatnya mula dikesan pada satu hari apabila dia terdengar abangnya, Darren bermain elektone (sejenis organ elektrik). Terbuai dengan keenakan muzik yang menusuk telinga, Angus memainkan lagu yang sama, Love Story daripada Andy Williams menggunakan papan nada mainan (toy keyboard) keesokan hari.
Sejak itu dan sehinggalah hari ini, anak bongsu daripada tiga orang adik-beradik itu telah menguasai lebih 100 buah lagu tempatan dan antarabangsa, hanya dengan mendengar radio, menonton televisyen dan cakera padat (CD).
Angus yang mengasah bakatnya di bawah tunjuk ajar seorang guru muzik, membuat persembahan pertama pada tahun 1997 di Hyatt Saujana, Subang Jaya. Dia kemudian mendapat jemputan di Hotel Corus, Sunway Lagoon Resort, Hotel Armada, Palace of the Golden Horses, PWTC, Hotel The Legend, Auditorium Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya dan sebagainya.
Bapanya, Jude Lee memberitahu, Angus pernah ditawarkan bekerja sebagai pemain piano di Hotel Istana, Kuala Lumpur. "Kemahiran Angus bermain piano jauh lebih maju dan mantap daripada kami semua (sekeluarga). Dia tidak segan beraksi di hadapan ratusan orang penonton," katanya.
Angus pula memberitahu: "Saya suka bermain piano, di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Saya suka lagu Getaran Jiwa (P. Ramlee), My Love Will Go On (Celine Dion), Loius Armstrong, Elvis Presley dan lain-lain."
Walaupun 'dicipta' dengan kekurangan, Wong Kar Lun, 27, juga memiliki bakat tersendiri. Bakatnya disedari secara tidak sengaja oleh ibunya ketika melihat lukisan Kar Lun.
Semasa melawat Kar Lun di Pertubuhan Keluarga Orang-orang Bermasalah Pembelajaran (Perkobp) di Puchong, Selangor, dia menunjukkan beberapa lukisan yang diilhamkan dengan hanya menggunakan cat air. Salah satu lukisan tersebut menggambarkan kesibukan di pasar basah dengan papan tanda Dilarang Merokok dan Exit. Dengan papan tanda yang tertulis Kedai Meng Kee, pembeli berbangsa Cina dan India dilihat tawar-menawar harga ikan.
Satu lagi lukisannya memaparkan gambar sebuah perahu yang berlabuh di sebuah perkampungan nelayan. Lukisan ketiga juga berlainan yang mana ia menampilkan suasana kampung yang damai.
Dengan pemilihan warna-warna yang terang dan segar, Kar Lun juga bijak memberi efek bayangan gelap bagi menghidupkan lagi lukisan sebesar kertas A4.
Enggan diambil gambar atau menyentuh latar belakang keluarga, ibu Kar Lun, Wong hanya berkata, anaknya juga suka menyanyi lagu bahasa Cina dan Inggeris. Meskipun Kar Lun tidak bersuara, penulis dapat menyedari bahawa anak ketiga daripada tiga orang adik-beradik ini tidak susah untuk dijaga.
"Daripada mencuci pakaian, menjemur kain, menggosok pakaian, menyapu rumah hinggalah memotong sayur, Kar Lun dapat melakukannya dengan baik. Dia juga sesekali memanggil atau memberitahu sesuatu," ujar Wong yang menjelaskan biarpun Kar Lun tidak bersuara, dia faham apa yang kami bincangkan.
Eksekutif Akaun selaku guru bahasa Inggeris di Perkobp, Mei Ling berkata, ramai daripada penghuni di pusat latihan itu mempunyai kebolehan masing-masing. Adiknya, Mei Yen pandai menyusun teka-teki silang daripada 500 keping kepada 700 keping dalam masa yang singkat.
Sementara itu, Pengurus Projek, Chng Cheng Hui yang bekerja di pusat itu sejak tahun 2002 membawa saya melawat pusat tersebut yang beroperasi di sebuah dewan MCA.
Anaknya, Chng Kuan Hua, 22, juga didaftarkan di pusat tersebut.
Dengan 46 tenaga pekerja, mereka yang berusia 16 hingga 54 tahun ditugaskan di beberapa seksyen yang berlainan. Seksyen pertama menghimpunkan jumlah pelatih yang ramai. Tugas mereka ialah membungkus pek sos cili dan tomato dengan plastik.
Seksyen kedua ialah dobi. Terdapat tiga buah mesin basuh dan tiga lagi mesin pengering. "Pada masa kini, kami menerima kontrak membasuh tuala dari sebuah hotel. Selain menggosok, tiga orang pelatih dipertanggungjawabkan untuk membasuh, mengering, melipat tuala bersih dan dimasukkan ke dalam kotak," jelas Chng.
Seksyen ketiga ialah bakeri. Dapur itu hanya berasap pada hari Selasa, Khamis dan Jumaat. Pada hari-hari tersebut, seorang chef Jepun singgah untuk mengajar dan memantau keadaan. "Seksyen terakhir terpaksa dibekukan sementara waktu iaitu berkebun atas sebab ketidaksesuaian tempat," tambahnya.
Menurutnya, setiap pelatih menerima sedikit upah mengikut tahap kerja. Tepat pukul 12 tengah hari, mereka beratur untuk merekodkan masa rehat dan membayar sebanyak RM3 untuk makanan yang dihidangkan.
Kenapa perlu bayar? "Sebab kami ingin melatih mereka untuk menikmati kehidupan sebenar seperti di luar. Ramai yang tidak tahu mengira atau berkomunikasi sesama sendiri. Di Perkobp, kami memupuk kemahiran hidup secara perlahan-lahan," jelas Chng yang menambah tujuh daripada pelatih itu tinggal di sebuah pangsapuri. Yang lain tinggal bersama keluarga.
Dengan bantuan seorang penjaga, penghuni-penghuni itu diajar berdikari seperti memasak, mencuci pakaian dan membasuh tandas.
"Saya tidak mahu ada individu mengambil kesempatan terhadap mereka pada masa akan datang," ujar Mei Ling merujuk selepas dirinya dan ibu bapa meninggal dunia.
Sungguhpun kekurangan dana bagi membina sebuah pusat latihan baru di Kampung Tengah, Puchong, Chng dan kakitangannya tetap akan meneruskan perjuangan bagi kebaikan anak-anak istimewa ini untuk bersosial dan menjalani kehidupan normal.
"Perkopb beroperasi atas sumbangan ibu bapa anak-anak ini serta dermawan. Tanpa platform ini, ke manakah hala tuju hidup mereka," soalnya.
Angus cukup bertuah kerana dengan kemahiran muzik yang dikecapi, dia menerima banyak jemputan. Dia juga gemar keluar membeli-belah bersama keluarga. Katanya: "Angus like to go to The Curve, Ikea, Tesco. Angus like to go to restaurant. Angus sayang my mum and dad (Angus suka pergi ke The Curve, Ikea, Tesco. Angus suka pergi ke restoran. Angus sayang ibu dan ayah)."
Sebelum pulang, penulis dan jurugambar, Aby Baizura dihidangkan dengan lagu Getaran Jiwa oleh Angus.
ika anda ingin menderma kepada Perkobp, hubungi Chng Cheng Hui di talian 603-7781 6467 atau 016-292 8438 atau hantarkan e-mel kepada admin@perkobp.org.
Anda juga boleh menghubungi atau menjemput Angus membuat persembahan di talian 012-315 2557.
Sumber: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0219&pub=Kosmo&sec=Rencana_Utama&pg=ru_01.html
Sunday, January 25, 2009
Minda Kanak-kanak Autisme lebih Tajam (Utusan)
Mungkin ini difaktorkan memandangkan bapanya seorang pemandu Hitachi jadi itulah yang menjadi sumber inspirasi Abel.. Ketajaman minda Abel boleh dilihat melalui lukisannya yang terperinci (bagi kanak2).
Ketajaman minda kanak-kanak seperti ini boleh diasah.
KUALA LUMPUR 14 Julai - Jabatan Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran mendapati kanak-kanak autistik (menderitai autisme) mempunyai ketajaman minda yang lebih hebat berbanding kanak-kanak normal.
Penolong Pengarahnya, Abdul Rahaman Mohd. Darus berkata, berdasarkan pengalaman beliau menguruskan golongan terbabit, mereka didapati mampu mempelajari dan mengingati perkara yang mereka minati dengan cekap dan cepat tanpa sebarang bantuan daripada tenaga pengajar.
"Saya pernah menemui seorang kanak-kanak autistik berbangsa Cina yang berumur 12 tahun, mampu menulis lima baris doa harian yang tertulis pada dinding sebuah kelas Pendidikan Islam dengan lengkap baris tajwidnya tanpa diberi latihan khusus.
"Kami hanya menyedari kelebihan kanak-kanak itu selepas tiga tahun beliau secara rutin melintasi kelas Pendidikan Islam tersebut untuk menghadiri kelas pendidikan moral yang bersebelahan dengannya," katanya selepas majlis perasmian Seminar Mempertingkatkan Kesedaran bagi Kanak-kanak Autisme di sini semalam.
Namun begitu, beliau berkata, kelemahan komunikasi golongan autistik adalah punca ibu bapa mereka gagal mencungkil kebolehan yang tersembunyi itu.
Katanya, minda golongan autistik boleh menyerap perkara tertentu yang berlaku di sekeliling mereka dengan cepat walaupun secara zahirnya mereka kelihatan seolah-olah dalam kebingungan.
Bagaimanapun, Abdul Rahaman berkata, golongan itu lebih suka berada dalam dunianya sendiri dan degil untuk berkomunikasi dengan masyarakat menyebabkan mereka dianggap membebankan dan berpenyakit bagi sesetengah pihak.
"Apa yang lebih merisaukan ialah jika golongan autistik ini tidak dilatih dengan betul, mereka berkemungkinan akan hilang tumpuan kepada semua perkara yang ada di keliling mereka," katanya.
Oleh itu, katanya, ibu bapa diharap dapat mendaftarkan anak-anak mereka dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Kementerian Pelajaran agar mereka dapat dilatih untuk berkomunikasi secara normal.
Sementara itu, Pengerusi Yayasan Amal Wangsa, Datin Sri Siti Nooriah Ana Razak berkata, kehadiran pakar-pakar dari Kementerian Pelajaran diharapkan berupaya membantu golongan terbabit.
Beliau berkata, seminar seperti itu membolehkan ibu bapa mengetahui cara yang lebih efektif untuk membimbing anak-anak autistik.
Golongan autistik mula dikesan sejak tahun 1960-an dan didapati kanak-kanak golongan ini mempunyai pemikiran yang lebih tajam berbanding kanak-kanak biasa serta mempunyai bakat yang tersendiri seperti melukis, fotografi serta menyanyi.
- Bernama
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
Wednesday, January 21, 2009
Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childrens. #2
Sekiranya anda memberi arahan kepada kanak - kanak tersebut dan mereka marah, menangis, menjerit, tidak memperdulikan anda, berlalri keluar atau tidak mahu melakukan arahan itu, anda perlu meneruskannya bagi memastikan arahan tadi dilakukan. Tunggu sehinggah ia tenang dan pastikan tugasan tersebut dilakukan.
Saturday, January 17, 2009
Meningkatkan Komunikasi dengan Kanak - kanak Autisma. How to Improve Communication with Autisme Childs. #1
1. Meletakkan harapan yang tinggi.
Letaklah harapan yang anak - anak ini akan memberi respon kepada soalan atau arahan anda. Jangalah anda membuat anggapan bahawa atau setkan dalam minda anda bahawa mereka tidak akan memberi respon hanya kerana mereka Autisma dan kurang upaya. Anda perlu ingat bahawa anak - anak Autisma ini perlukan lebih masa untuk memahami arahan atau soalan anda. Oleh itu bantulah anak ini memahami anda dan jangan berhenti untuk meletakkan harapan yang positif kepada mereka.
2. Gunakan Pendekatan Positif
Tumpukan kepada tingkah laku yang sepatutnya. Sekiranya anda melihat tingkah laku yang diingini, berikan peneguhan positif kepada mereka. Peneguhan tersebut boleh jadi peneguhan fizikal seperti memberikan tepukan, peneguhan makanan atau peneguhan mainan. Peneguhan mestilah perkara yang disukainya bagi menggalakkan mereka melakukan tingkah laku yang diigini.
Abaikan tingkah laku yang tidak sepatutnya. Bagaimanapun, tingkahlaku yang boleh mencederakan diri dan orang lain memerlukan pendekatan lain. Namun biasanya tingkah laku yang sepatutnya dimulakan dengan pengabaian.
Pastikan arahan anda jelas dan tepat. Contohnya adalah lebih tepat "Ikram, duduk atas kerusi" berbanding "duduk" atau "jangan berdiri" . Berikan mereka peluang sekiranya mereka melakukan kesilapan.
3.Beri Peluang untuk Memberi Respon dan Pastikan Anda Mendapat Respon.
Kebanyakkan kanak - kanak Autisma mengalami masalah memproses maklumat yang didengar atau dilihatnya dan mereka memerlukan masa untuk memahami apa yang diberitahu dan menentukan respon sepatutnya. Oleh itu berikan mereka masa untuk merespon arahan anda (lebih kurang 10 saat). Bantulah mereka dalam memberi respon kepada anda. Contohnya;
Anda: Ikmal mahu makan ?
Ikmal: ..............
Anda: Saya...................(beri peluang Ikmal melengkapkan perkataan anda).
Sekiranya tiada respon juga...
Anda: Saya ma.......(sekiranya dia kelihatan mengangguk).
Sekiranya tiada respon....Bantulah dengan kata "mahu" atau "tidak" dengan isyarat angguk/geleng. Setiap respon yang diberikan perlulah diberi peneguhan walaupun anda terpaksa melengkapkan setiap respon tersebut. Usahlah dibiarkan arahan anda kekal tiada respon. Ini kerana sekiranya anda membiarkan arahan anda "tergantung", kelak kanak - kanak Autisma ini akan mempelajari bahawa tiada respon juga diterima dan menganggap responnya tidak penting. Pastikan anda mendapat respon.
-
Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas 1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas 2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan K...
-
Bismillahirahmanirahim.... Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an... eh adakah 20 an... ;-)...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada malam ini Teacha amat terha...


+copy.jpg)
