Seperti kanak-kanak yang lain, kanak-kanak autisma juga suka bermain dan alat permainan seperti patung. Sebelum memulakan aktiviti terapi permainan untuk anak-anak autisma, kita perlu membina hubungan dan kepercayaan serta membangkitkan minat mereka untuk bermain.Ibubapa adalah orang yang paling sesuai memulakannya, bukan sahaja meluangkan masa bersama namun perlu membantu dalam mencapai objektif atau tujuan terapi permainan tersebut. Tambahan pula, dengan meluangkan masa bersama boleh membantu dalam meningkatkan kemahiran bahasa dan komunikasi kanak-kanak autisma ini. Ibubapa perlu usaha tambahan dalam merancang aktivti bermain untuk anak mereka ini.
Ibubapa tidaklah perlu terlalu memberi tekanan terhadap anak autistik mereka dalam "playtime" mereka. Dalam aktiviti bermain kanak- kanak ini berpeluang mempelajari dan mempertingkatkan kemahiran koordinasi-motor, meningkatkan kemahiran mengendalikan alat permainan mereka, belajar berinteraksi dengan rakan sepermainan, membina keyakinan diri dan seumpamanya.
Perlu dinyatakan juga, masa bermain juga memberi peluang kepada kanak-kanak autisma dalam pembangunan sosial, emosi dan fizikal. Pemilihan masa bermain yang sesuai juga membantu untuk menstimulasikan kemahiran bahasa mereka disamping menimbulkan rasa seronok dalam diri mereka.
CADANGAN MEMULAKAN TERAPI PERMAINAN
1. Pilih tempat /persekitaran yang kondusif:
Mulakan dengan dekorasi yang kondusif, seperti meletakkan tikar getah sebagai penanda itu kawasan bermain, meminimakan gangguan bunyi dan visual seperti TV dan radio. Berikan mereka rasa selesa untuk bermain.
2. Pilih masa yang sesuai untuk bermain.:
Pilih masa yang sesuai bukan masa mereka keletihan atau tidur makan mereka sebaliknya pilihlah masa selepas tidur atau masa segar mereka. Semasa bermain, apabila kanak-kanak ini kelihatan bosan dan letih, usah paksa mereka untuk meneruskannya. Ambil masa selang 5 minit misalnya dan menambah tempoh tersebut. Cara ini bukan sahaja menimbulkan minat bermain mereka namun juga memanjangkan tumpuan mereka menyiapkan aktiviti bermain itu..
4. Gantikan alat permainan baru.
Mulakan dengan alat permainan mudah dan yang menarik minat mereka dan secara beransur-ansur tambahkan alat permainan tersebut sesuai denngan perkembangan kognitif mereka.
5. Fleksibel
Aktiviti bermain bukan sahaja pada masa dan tempat tertentu atau yang telah ditetapkan sahaja. Aktiviti bermain boleh dilaksanakan ketika shopping, memandu, membuat kek, ketika membasuh rumah atau menyidai kain dll.
6. Lepaskan mereka.
Setelah kita memberikan sokongan dan peranan ketika bermain bersama, beri mereka peluang bebas untuk melakukan aktiviti yang mereka mahu lakukan sehinggahla mereka mahu keterlibatan kita/ibubapa.
Sumber: Pelbagai- ditranslate mengikut kefahaman dan pengalaman ku...
No comments:
Post a Comment