Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts
Showing posts with label Bahan Rujukan. Show all posts

Thursday, May 6, 2010

Pendidikan Jasmani dan Suaian

PENDIDIKAN JASMANI DAN SUAIAN...

Adapted Physical Education


Apa yang kita faham tentang Pendidikan Jasmani dan Suaian?

Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Adapted_Physical_Education
http://www.pecentral.org/adapted/adaptedmenu.html

Monday, April 19, 2010

Cara mendidik anak autisme


Cara mendidik anak autisme

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my

AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu dengan jelas adalah asas untuk berkomunikasi dengan semua kanak-kanak, terutama yang mengalami masalah autisme. Melalui pendekatan betul, kanak-kanak autisme yang sering dianggap bermasalah sebenarnya boleh belajar dengan baik dan berdikari.

Selagi kita belum kenal dan tahu mengapa mereka menunjukkan kelakuan ‘pelik’, jangan cepat memberi label kepada kanak-kanak autisme hanya kerana mereka dilahirkan begitu.

Mereka bukan pembawa masalah, sebaliknya kehadiran kanak-kanak autisme sebenarnya memberi peluang kepada kita untuk berfikir lebih kreatif menjaga dan mendidik golongan ini.

Memang diakui tidak mudah untuk mendekati kanak-kanak autisme kerana mereka bukan saja tidak pandai bersosial, memiliki kemahiran berkomunikasi terhad dan lebih suka bermain seorang, malah tidak menghiraukan orang lain dan seolah-olah ada di dalam dunia sendiri.


Secara fizikalnya mereka sama seperti kanak-kanak normal tetapi berbeza daripada segi kelakuan kerana individu autisme suka melakukan sesuatu berulang kali, taksub dengan objek berputar seperti kipas dan gasing, tidak mahu bertentang mata, tidak suka disentuh, susah bekerjasama dan tidak sabar menunggu giliran.
Walaupun sesetengah kanak-kanak autisme kurang bertutur, mereka masih boleh berkomunikasi melalui renungan mata, gerak badan, ekspresi muka dan penggunaan gambar yang sesuai, kata Perunding Bebas Pendidikan Kanak-kanak Autisme, Intan Miranti.

Mendidik anak autisme adalah tugas mencabar yang menuntut banyak kesabaran dan kreativiti. Tidak hairan jika ada ibu bapa berputus asa dan menyerahkan tugas ini sepenuhnya kepada guru. Namun, tindakan ini kurang tepat kerana ibu bapa perlu menyambung pendekatan pengajaran yang digunakan guru di rumah.

Individu autisme menunjukkan perlakuan yang sangat berbeza dengan kanak-kanak normal. Antara ciri utama kanak-kanak autisme ialah:


  •  Tidak menghiraukan orang lain

  •  Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

  •  Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

  •  Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

  •  Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

  •  Lebih suka bermain sendiri

  •  Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

  •  Lambat bercakap

  •  Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

  •  Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

  •  Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

  •  Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

  •  Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

  •  Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

  •  Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan. Mereka mudah terganggu jika disuruh melakukan perubahan

  •  Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

  •  Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

  •  Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

  •  Tidak boleh duduk diam

  •  Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

  •  Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif (yang tidak ditujukan kepada sesiapa) atau perlakuan yang merosakkan seperti mencederakan diri

  •  Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk

    Menurut Intan, daripada ciri di atas, empat kategori memberi kesan kepada pembelajaran kanak-kanak autisme iaitu:

  •  Kurang tumpuan kepada persekitaran

  •  Sering ada dalam dunia sendiri

  •  Kadangkala pertuturan tidak jelas

  •  Sering menunjukkan tingkah laku yang menjejaskan pengajaran dan pembelajaran

    “Apabila kanak-kanak mula menunjukkan ‘perangai’, semua yang hendak diajar tidak sampai. Pendekatan dulu yang menghukum anak tanpa mengambil kira punca tidak boleh digunakan kerana lama kelamaan mereka akan lali dengan hukuman. Sebaliknya, fahami apa yang cuba disampaikan anak melalui perlakuan ditunjukkan.

    “Namun pendekatan ini tidak sesuai kerana kita perlu melihat punca kepada satu-satu perlakuan. Ini penting kerana kanak-kanak ini tidak pandai bergaul dan sesetengahnya lambat bercakap, jadi mereka tidak tahu bagaimana hendak memberitahu masalah atau gangguan dihadapi,” katanya ketika bengkel kesedaran autisme: menangani isu tingkah laku kanak-kanak autisme anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

    Antara sebab anak autisme berkelakuan negatif:

  •  Badan tidak selesa atau mengalami kesakitan tetapi mereka tidak tahu bagaimana hendak menyatakannya

  •  Mengelak membuat kerja (dengan cara menangguh, lari atau ‘buat perangai’)

  •  Keliru dengan keadaan persekitaran (mengamuk sebab tidak faham dan cemas)

  •  Ingin mendapat perhatian guru (kerana tidak pandai berkomunikasi. Kanak-kanak ini akan menggunakan kemahiran yang ada untuk tarik perhatian)

  •  Cuba mendekati atau mengenali sesuatu objek

  •  Cuba ‘mengambil balik’ kuasa (terutama bagi kanak-kanak lebih dewasa)

  •  ‘Stimming’ — perlakuan merangsang diri sendiri kepada tingkah laku berulang-ulang tanpa tujuan tertentu. Contohnya, berjalan mundar mandir, bermain dengan jari, ketawa di luar konteks, menepuk dan lain-lain

    Apa yang boleh dilakukan guru?

    Keadaan ini yang selalunya membingungkan ibu bapa, penjaga dan guru. Namun, kata Intan, beberapa strategi boleh dilakukan untuk mengatasi masalah ini iaitu:

  •  Mengambil guru tambahan atau sokongan di dalam bilik darjah yang mengajar kemahiran melalui perbuatan sebelum masalah bermula. Guru akan duduk bersama pelajar autisme dan membantu mengangkat tangan pelajar untuk memanggil cikgu. Ini adalah latihan untuk memberitahu pelajar bahawa itu adalah cara untuk mendapat perhatian guru ketika di dalam bilik darjah.

    Guru pula perlu memuji tindakan yang baik itu sebelum bertanyakan masalah pelajar. Bagaimanapun, proses ini mengambil masa untuk dilihat kesannya. Untuk lebih cepat, kaedah ini perlu diteruskan di rumah.

  •  Gunakan cara yang mudah difahami, contohnya gambar untuk berinteraksi atau susunan jadual. Ajar anak cara sesuai untuk meminta sesuatu dan beri pinjam barang yang dikehendaki jika mereka gunakan cara hubungan atau komunikasi yang baik. Jika tidak, dia akan kembali ke cara negatif dengan mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi.

  •  Kenal pasti apa yang anak suka atau tidak. Pada peringkat awal, guna bantuan visual selama satu hingga dua minggu, mengikut keupayaan kanak-kanak.

  •  Gunakan konsep pembayang awal. Kalau mahu menghentikan sesuatu aktiviti, beri amaran bahawa ia akan ditamatkan dalam masa beberapa minit supaya kanak-kanak itu bersedia. Jangan berhenti mendadak kerana walaupun mereka tahu bercakap, kanak-kanak autisme ada masalah kenali konsep masa.

    Contohnya ‘lagi lima minit kita akan tutup televisyen’ atau ‘dalam kiraan lima kita akan berhenti bermain’. Guru perlu mengira penurunan masa dengan terang supaya kanak-kanak autisme mendengarnya.

  •  Konsep pembayang awal ini juga memberi peluang kanak-kanak autisme bersedia untuk peralihan aktiviti. Bagi kanak-kanak normal, kepelbagaian rutin akan menambah keseronokan, tapi bagi kanak-kanak autisme, perubahan rutin membuatkan mereka berasa cemas dan gelisah, terutama yang kurang faham bahasa.

    Mereka lebih mudah terima perubahan jika ia sudah dijangka. Jika selepas tempoh tamat dan kanak-kanak tidak mahu melepaskan barang dipegang, guru perlu mengambilnya juga kerana jika tidak, kanak-kanak ini tidak akan faham konsep masa. Pendekatan ini perlu dilakukan secara konsisten sama ada di sekolah atau rumah. Namun jika mereka terlalu asyik main, jangan gunakan pendekatan ini kerana ia dianggap sebagai teknik ‘negatif’.

  •  Ajar anak buat kerja yang boleh dilakukan di rumah. Pastikan kerja dilakukan ada tujuan atau manfaat, contohnya meminta mereka membantu mengambil klip baju yang dijemur, kemas bantal atau buku. Jangan biarkan anak mempunyai terlalu banyak masa lapang.

  •  Konsep sakit. Ajar anak kenal anggota badan dan sayangkan badan. Ini untuk mengelak mereka mencederakan diri dan proses ini mungkin ambil masa lama untuk difahami. Bina hubungan positif dengan pelajar. Kanak-kanak autisme lebih banyak membuat hubungan mata dan bercakap ketika bermain. Jadi ini masanya anda memberitahu bahawa mereka perlu sayangkan badan sendiri.

  •  Beri peluang anak membuat pilihan, terutama dalam aspek kehidupan mereka. Ini termasuk urutan kerja yang diwajibkan, sama ada pilihan baju, kedai yang hendak dikunjungi atau aktiviti masa lapang.

    “Ibu bapa perlu bertanya dan berbincang dengan guru mengenai pendekatan digunakan di sekolah supaya ia boleh diteruskan di rumah kerana cara ini mempercepatkan proses pembelajaran anak autisme,” katanya.



    Ciri-ciri autisme

    > Tidak menghiraukan orang lain

    > Kelihatan tidak sensitif pada keperluan, perasaan dan pemikiran orang lain

    > Tidak mahu bertentang mata atau menunjukkan ekspresi muka apabila bercakap

    > Tidak suka sentuhan (tidak mahu dipeluk atau dipegang)

    > Susah bekerjasama, berkongsi atau menunggu giliran

    > Lebih suka bermain sendiri

    > Tidak berminat dalam permainan yang perlu menggunakan imaginasi

    > Lambat bercakap

    > Mempunyai masalah bercakap dan memahami percakapan orang

    > Tidak boleh berkomunikasi dengan baik

    > Bercakap dalam nada pelik seperti menyanyi atau bercakap macam robot

    > Sukar memulakan percakapan. Kalau berbual hanya satu pihak (hanya mereka yang bercakap)

    > Mungkin mengulang perkataan sama, tetapi tidak faham maksudnya

    > Kanak-kanak autisme dengan sindrom Asperger menggunakan bahasa rasmi dan bercakap seperti orang dewasa

    > Suka melakukan perkara sama (berulang) dan tidak mahu menerima perubahan

    > Menunjukkan minat pelik, contohnya terhadap peta, peralatan elektronik atau roda kereta mainan berpusing dan memutar objek

    > Sangat sensitif terhadap rasa, bau dan bunyi yang menyebabkan mereka menunjukkan perlakuan di luar kawalan

    > Mempunyai pergerakan badan yang pelik dan melakukannya berulang-ulang

    > Tidak boleh duduk diam

    > Menunjukkan keinginannya dengan tangan orang lain (dewasa)

    > Suka mengasingkan diri — biasanya kekecewaan ditunjukkan melalui tindak balas negatif seperti mengamuk, marah-marah, agresif

    > Bersikap pasif — tidak faham keadaan semasa dan tidak boleh membezakan keadaan baik dan buruk





    Sumber : myMetro

    Wednesday, April 14, 2010

    Kepimpinan dan Pengurusan Pendidikan Khas


    Buku yang boleh kita kongsikan terutamanya kepada guru - guru baru pendidikan khas dan juga penyelaras baru... Semoga dapat memberi manfaat kepada kita semua dan memudahkan urusan kita.

    Antara Bab dalam buku ini ialah...
    1. Penyelaras Pendidikan Khas dan Bidang tugasnya
    2. Pengurusan Program Pendidikan Khas Peringkat Sekolah
    - Termasuklah Organisasi dan fail - fail  utama
    - Pengurusan Maklumat murid

    Tuesday, March 23, 2010

    Website


    Satu lagi laman web yang boleh kita kongsikan....
    Message from the President
    Thank you for visiting Learning Disabilities Worldwide (LDW®), which has been in existence since 1965. Learning Disabilities Worldwide is a global voice of hope and the gateway to a world of opportunities for people with learning disabilities. Together we are making a difference!

    Sunday, March 14, 2010

    Keperluan Khas Anak Sindrom Down


    Tafsiran OKU mengikut Rang Undang-Undang Orang Kuran Upaya 2008
    “ OKU teramasuklah mereka yang mempunyai kekurangan jangka panjang fizikal, mental,intelektual, atau deria yang apabila berinteraksi dengan pelbagai halangan, boleh menyekatpenyertaan penuh dan berkesan mereka dalam masyarakat ”


    Rang Undang - Undang OKU 2008
    Bahagian IV – Penggalakan dan Pembangunan Kualiti Hidup dan Kesejahteraan OKU – Bab 1 Kebolehaksesan


    Akses kepada Pendidikan – 28 (1), (2) & (3)
    28.(1): OKU tidak boleh dikecualikan daripada sistem pendidikan umum atas asas ketidakupayaan, dan kanak-kanak kurang upaya tidak boleh dikecualikan daripada pendidikan pra-sekolah, rendah, menengah dan tinggi, atas asas kesetaraan dengan orang atau kanak-kanak upaya, termasuk latihan vokasional dan pembelajaran sepanjang hayat.

    Akses kepada Pendidikan 28 (2)
    Kerajaan & penyedia pendidikan swasta hendaklah, bagi membolehkan orang & kanak-kanak kurang upaya melanjutkan pelajaran, menyediakan penyesuaian munasabah yang sesuai dengan keperluan orang & kanak-kanak kurang upaya dari segi, antara lain, prasarana, kelengkapan & bahan pengajaran, kaedah pengajaran, kurikulum & bentuk sokongan lain.

    3 Jenis Sindrom Down
    - Trisomy 21 (95%)
    - Translocation (4%)
    - Mosaicism (1%)
    Kesemua kanak-kanak dengan SD mengalami kelambatan pertumbuhan secara keseluruhan
    Umur biologikal tidak sama dengan umur akal (jurang 3-4 tahun)

    Mengikut Fungsi:
    Highly Functional
    Moderately Functional
    Low Functional

    Ciri-Ciri Lain SD:
    Mereka juga mungkin mempunyai komplikasi perubatan lain:
    kelainan jantung(50%)
    Masalah mengeluarkan perkataan(Speech Production Difficulties) –paling ketara
    Sistem pencernaan (Imperforated Anus)
    Komplikasi pada penglihatan contohnya Rabun Jauh (Short sighted), nystagmus, cataract
    Komplikasi pada pendengaran – “Glue Ear”
    Kanser Darah contohnya leukemia (1%)
    Penyakit Alzheimer’s
    IQ di antara 35 - 70

    Bayi dengan SD yang baru lahir mempunyai ciri-ciri fizikal berikut:
    ØTon otot yang lembik (muscle hypotonia)
    ØProfil muka yang leper, hidung kecil (flat facial profile, including a somewhat depressed nasal bridge and small nose)
    ØMata melonjak ke atas (upward slant to the eyes)
    ØTelinga berbentuk tidak normal & kecil (abnormal shape and small size of the ears)
    ØSatu garis dipermukaan telapak tangan(single deep crease across the center of the palm - simian crease)
    ØBerkeupayaan lebih untuk menggerakkan sendi (excessive ability to extend the joints)
    ØLipatan kecil kulit di tepi sebelah dalam mata (epicanthic folds)
    ØKelebihan jarak di antara ibu jari kaki dan jari kaki kedua (excessive space between large and second toe)
    ØLidah lebih besar dari mulut (enlargement of tongue in relationship to size of mouth)

    Tingkahlaku Kanak-Kanak SD

    Mempunyai kesukaran berkomunikasi

    Mempunyai kesukaran mengurus diri – umur biologikal & umur akal juga latihan di rumah mempengaruhi

    Sistematik yang biasa disalah fahami sebagai degil

    Lambat di dalam proses melakukan sesuatu aktiviti

    Kerapkali bercakap bersendirian seolah-olah berkomunikasi dengan seseorang

    Dari segi emosi, mempunyai perasaan serta memahami setiap perbualan

    Mempunyai pemikiran yang mudah & sukar memikir secara abstrak atau berbeli-belit

    Menuntut apa yang dijanjikan kepadanya

    Kanak-Kanak SD yang telah menjalani Program Pemulihan (Occupational Therapy, Speech Therapy & Physio-Therapy) dapat mencapai lebih dari kanak-kanak SD yang tidak menjalani program tersebut

    Perlu dikawalselia dan kawasan mesti selamat. Mesti memastikan pintu pagar rumah sentiasa dikunci. Contoh kes-kes yang hilang

    Mesti dilatih menjaga maruah diri & memberitahu apa yang tidak boleh dilakukan. Umpamanya memakai tuala semasa mandi


    Tingkahlaku Murid SD…

    Dapat menguruskan diri serta melakukan apa sahaja sekiranya dilatih dan dididik dengan nilai-nilai murni umpamanya mencium tangan, bersalam, makan sendiri, ucapkan terima kasih, minta maaf

    Belajar melalui pemerhatian - contoh


    Cara Penambahbaikan Pengajaran & Pembelajaran Untuk Kanak-Kanak Dengan SD:

    Umur biologikal tidak sama dgn umur akal

    Otak manusia berkembang pesat dalam masa 0-2 tahun. Oleh itu kanak-kanak dgn SD perlu menjalani ISP pada tahap umur 0-3 tahun dan EIP dari 3 – 6 tahun sebelum menjalani pendidikan khas di sekolah

    Setiap orang dari mereka mempunyai kelebihan dan kelemahan berlainan. Oleh itu memerlukan RPI yang bersesuaian

    Memerlukan bahan pengajaran yang berpandukan deria penglihatan dan bukan deria pendengaran

    Mempunyai kesukaran mengeluarkan kata-kata (tidak dapat bertutur sebagaimana beliau memahami pertuturan)

    Program Pemulihan perlu berjalan seiring disekolah – Pemulihan Pertuturan, Pemulihan Cara-Kerja dan Fisioterapi (Pusat Perkhidmatan Pendidikan Khas- 3PK);

    Kelambatan penguasaan bahasa menyebabkan mereka mempunyai pengetahuan am yang kurang jika dibanding dgn murid biasa;

    Mereka mempunyai daya ingatan yang singkat dan pengajaran perlu diulangi;

    Perlu diberi peluang untuk menggunakan respon motor umpamanya menggunakan isyarat tangan;

    Pengajaran & pembelajaran perlu menyeronokan untuk mereka mengikuti secara aktif.

    Keperluan Khas Murid dengan SD

    Kasih Sayang dan Penerimaan Keluarga dan Masyarakat

    Sokongan Padu dari setiap Ahli Keluarga

    Menjalani Program ISP, EIP dari lahir

    Menjalani Program Pemulihan – Terapi Pertuturan, Terapi Pekerjaan (OT)

    Menjalani Ujian Saringan Penglihatan & Pendengaran sebelum Mendaftar ke Sekolah

    Mendapat Pendidikan Pra-Sekolah, Rendah, Menengah, Vokasional

    Peluang Pekerjaan & Penjanaan Pendapatan

    Hidup Berumah-Tangga – Surjit & Carrie

    Kesejahteraan Hidup di Usia Emas


    Keperluan Khas Keluarga

    Menerima Hakikat & Reda dengan Kurniaan Tuhan

    Sabar

    Sokongan Padu sesama Ahli Keluarga, Keluarga Terdekat & Masyarakat

    Mendapat Maklumat Bagi Membesarkan Anak dengan SD

    Menjadi Ahli Persatuan

    Keperluan Khas Prasarana Sekolah

    Suasana Selamat – Pintu masuk di kunci pada waktu persekolahan

    Masyarakat Sekolah – Pengetua, Guru, Murid & Staf Pentadbiran & Keselamatan yang prihatin & memahami tingkahlaku murid SD

    Asesibiliti kelas yang sesuai – Tiada longkang besar, penempatan yang sentral, tingkat bawah


    Keperluan Khas Guru

    Sabar, Penyayang & Passionate

    Memahami Tingkahlaku murid SD dan bagaimana untuk menangani sekiranya timbul masalah

    Mendapat latihan secukupnya mengenai RPI(Student-Based) dan Teknik Mengajar yang bersesuaian

    Garispanduan untuk perlaksanaan kurikulum dibekalkan kepada Guru

    Bantuan & Khidmat Bantu dari JPN & JPK

    Kreatif di dalam Pengajaran & Pembelajaran

    Bekerjasama dengan Ibu-Bapa Murid SD bagi kesinambungan P&P

    Keperluan Khas Kurikulum/Bahan Pengajaran/Teknik Pengajaran

    Kurikulum Alternatif

    Bahan Pengajaran – Buku Teks & Buku Latihan perlu dicetak dalam huruf besar

    Teknik Membaca & Menulis menggunakan kaedah phonetik /e-Extra

    Bahan Pengajaran yang sesuai untuk visual learners umpama Alat Bantu Mengajar, Softwares, Picture Enhance Communication System.

    Teknik Pengajaran yang kreatif & Cross-Curricular

    Menggalakkan penampilan idea-idea kreatif & inovatif dalam perlaksanaan pembelajaran dari kalangan guru-guru melalui forum atau simposium berkala

    Keperluan Khas Pentaksiran

    Pentaksiran serta pensijilan alternatif yang berasaskan pencapaian kemahiran dan diiktirafkan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia & Kementerian Sumber Manusia

    Pentaksiran berbentuk formatif dan bukan summatif

    Sumber:

    Hand out Keperluan Khas dan Pendidikan Anak-Anak dengan Sindrom Down ;

    Profesor Madya Dr. Sharifah Zainiyah Bt. Syed Yahya;

    Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

     Pentaksiran.