Showing posts with label ADHD. Show all posts
Showing posts with label ADHD. Show all posts

Friday, November 20, 2020

ADHD: Anak saya dah kenapa ni ?

Akhir-akhir ini, istilah ADHD semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Masyarakat mula mencari maklumat berkaitan dengan ADHD dalam pelbagai medium termasuklah media sosial, guru di sekolah, rakan atau saudara terdekat dan juga daripada pengamal perubatan. Ini menunjukkan masyarakat semakin cakna terhadap yang berkaitan dengan ADHD. 

Menurut Bekley, pada awalnya para sarjana memberikan pelbagai penjelasaan berkaitan dengan ADHD. Bagaiamanapun, disimpulkan bahawa ADHD adalah kondisi medikal yang melibatkan biologikal, psikologikal dan persekitaran. Individu ADHD mengalami perkembangan otak dan aktiviti otak yang berbeza yang memberi kesan sepanjang hayat dalam kehidupan seharian. 

Keadaan ADHD ini memberi kesan terhadap individu ADHD ketika di sekolah, rumah mahupun dalam perhubungan sesama orang lain. dan akan berterusan sampai usia dewasa. Memahami ADHD itu sendiri merupakan salah-satu tindakan bagaimana hendak mengurus kesan ADHD dan invdidu yang mengalami ADHD.

Simptom ADHD semakin jelas kelihatan dalam kalangan kanak-kanak pada ketika kanak-kanak mula bersekolah. Ini kerana kanak-kanak dalam proses transisi antara rutin dirumah dengan situasi baru di di sekolah yang ada peraturan untuk dipatuhi. 

Adalah perkara biasa apabila seseorang kanak-kanak itu sukar memberi perhatian, sukar mengikut araha, sukar duduk diam atau sukar menunggu giliran. Namun bagi kanak-kanak ADHD, kesukaran adalah berlipat ganda dan kerap menghadapi kesukaran tersebut. 

Kanak-kanak ADHD memiliki ciri tersendiri. Kanak-kanak dengan ADHD boleh menunjukan tanda daripada satu, dua atau kesemua daripada tiga kategori ADHD. 

  • Inattentive. Kanak-kanak ini memiliki daya tumpuan mudah terganggu dan sukar memberi tumpuan, fokus dan kekal dalam tugasnya. Kelihatan tidak memberi perhatian pada arahan, sering kehilangan/ tidak ingat barang peribadi dan suka berkhayal.
  • Hiperaktif. Terlalu aktif, kelihatan gelisah dan cepat bosan. Bertindak kasar, suka memanjat, melompat serta menganggu rakan tanpa makna. 
  • Impulsif. Kanak-kanak ini, bertindak laju sebelum berfikir. Sering menyampuk, merebut atau menolak dan sukar menunggu. Melakukan sesuatu tanpa izin, mengambil barang rakan dan melakukan sesuatu berisiko.

           Sungguhpun kanak-kanak yang kelihatan aktif, gelisah, berkhayal atau suka menyampuk, tidak bermakna kanak-kanak tersebut mengalami ADHD terutamanya ada usia sebelum persekolahan. Namun, bila keadaan ADHD berterusan pada usia prasekolah dan berlaku di lebih dari satu situasi seperti di rumah, sekolah, ketika bersama rakan sebaya, ia mungkin ADHD. Maka, tindakan seterusnya perlu diambil oleh ibubapa. Apakah tindakan tersebut ? Bersambung...............












    

Thursday, February 14, 2019

ISU # 2 BERMAIN: INTERVENSI MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

BERMAIN: INTERVENSI MURID BERKEPERLUAN KHAS (MBK)

Kebelakangan ini bermain sudah menjadi isu yang sering diperbincangan oleh pengamal perkembangan kanak- kanak. Seruan terhadap kepentingan aktiviti bermain di awal perkembangan kanak- kanak sangat mempengaruhi kemahiran masa depan kanak- kanak itu. Bermain bukan sekadar main- main tanpa makna, melalui bermain kanak- kanak memperoleh banyak kemahiran asas kehidupan dan seterusnya membantu dalam kesediaan belajar mereka di sekolah. Bermain adalah satu pekerjaan bagi seorang kanak- kanak, kepuasan kehidupan bergantung kepada kepuasan bermain mereka. 


Bermain adalah fitrah manusia dan dikatakan adalah tidak mungkin boleh memaksa seseorang itu bermain, dan tidak seorang pun boleh tumbuh membesar tanpa bermain (Besio & Carnesecchi 2014). Impak bermain ini telah dihujahkan oleh beberapa tokoh perkembangan kanak- kanak seperti Jean Piaget dan Vygotskij. Piaget fokus kepada kepentingan bermain dalam perkembangan kognitif di mana manusia belajar melalui pengalaman yang di alami sendiri (Besio & Carnesecchi 2014). Manakala Vygotskij menegaskan bahawa sifat bermain kanak- kanak memberi kesan terhadap perkembangan sosial mereka. Aktiviti aktif bermain adalah nadi perkembangan bagi seorang kanak- kanak dimana ianya membantu dalam perkembangan pelbagai kemahiran asas kehidupan seperti kemahiran interaksi dan komunikasi, kemahiran psikomotor, kemahiran pengurusan emosi (self-regulate) dan kematangan mental kanak-kanak (Ruhaena, 2015). Kajian Sandra, W. Russ dalam kajiannya menggunakan Affect in Play Scale, menunjukkan kesan Bermain Olok- olok sebagai asas kreativiti seseorang ketika dewasa kelak (Russ 2014).


Pendekatan bermain dalam intervensi Murid Berkeperluan Khas (MBK) terutamanya telah menunjukkan impak yang positif. Adalah menjadi peranan ibu bapa mendapatkan intervensi seawal usia anak. Intervensi dapat mengurangkan karekteristik yang akan mengganggu proses belajar anak di sekolah kelak. Kajian menunjukkan MBK yang ada intervensi mudah menerima pembelajaran dan pada tahap kebersediaan belajar di sekolah dan juga mampu berada sama dengan rakan perdana. Kepentingan bermain bebas ini telah membuktikan memberi impak positif terhadap perkembangan kemahiran bagi seorang kanak- kanak tipikal termasuklah kanak- kanak MBK. 


Berbanding murid prasekolah perdana, MBK prasekolah integrasi memerlukan bimbingan guru bagi mencetuskan keinginan bermain dalam diri mereka ekoran limitasi belum tahu bermain, belum tahu itu adalah mainan mahupun limitasi kemahiran koordinasi, persepsi, fizikal dan sebagainya yang wujud dalam diri mereka. Sehubungan dengan itu, memahami bermain dalam kontek perkembangan kanak- kanak dan kanak- kanak berkeperluan khas khususnya adalah sangat penting bagi seorang guru prasekolah integrasi. Selain memahami tahap kemahiran bermain individu MBK prasekolah, guru perlu tahu apa peranannya dalam amalan play-based dan bila perlu dia berperanan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran (Rakap et al. 2018).

‘ZERO REJECT POLISI’ DAN AMALAN KOLABORASI DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI).


ISU #1

Hari OKU Sedunia pada tahun 2018 membawa tema “Memperkasakan golongan OKU dan menjamin inklusitif dan kesamaan- rataan.”  Menurut United Nation (UN), tema pada tahun 2018 ini memberi fokus kepada memperkasakan golongan OKU dalam perkembangan program inklusif, kesama- rataan dan kemampanan dalam mencapai Agenda 2030 untuk Perkembangan Kemapanan. Malaysia dalam usaha merialisasikan Agenda 2030 telah merangka dan melaksanakan program kelestarian perkhidmatan untuk golongan kurang upaya (OKU) ini. Malaysia melalui  Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat laporan kepada United Nation progress pelaksanaan Agenda 2030,(SINGH n.d.). Majlis OKU Kebangsaan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti akan menyelia pelaksanaan polisi nasional dan merancang aktiviti berkaitan OKU. Majlis ini juga bertanggunjawab mencadangkan perkara berkaitan OKU seperti kesihatan OKU, kebajikan OKU, pemulihan OKU daan seumpamanya.
            Majlis OKU Kebangsaan terdiri daripada enam jawatan kuasa yang memainkan peranaan penting dalam memastika kelestarian kebajikan OKU dan juga pelaksanaan kebajikan OKU sebagaimana persetujuan diklerasi yang pernah ditandatangani Malaysia. Enam jawatan kuasa yang dipengerusikan oleh kementerian, JK Pengangkutan (Kementerian Pengangkutan), Kualiti Hidup ( Kementerian Kesihatan ),  Pendaftaran OKU ( Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Komuniti ), Rekabentuk Universal dan  Pembinaan Persekitaran ( Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti ), Pekerjaan ( Kementerian Sumber Manusia ), Pendidikan ( Kementerian Pendidikan ). Bagi memastikan inisiatif kerajaan ini berjaya, jawatan kuasa tersebut perlu memainkan peranan masing- masing dan perlu menghadiri mesyuarat bersama minima tiga kali setahun.
            ‘Zero Reject Policy’ yang menjadi trending dalam media sosial akhir- akhir tahun ini membuka mata pihak pentadbir sekolah, guru perdana, guru pendidikan khas itu sendiri dan ibu bapa serta masyarakat tentang penempatan anak di sekolah. Walaupun polisi ini dikatakan mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 2019, jika diteliti dokumen lama, perkara ini sudah ada dalam sistem pendidikan khas namun pelaksanaannya kurang dikuatkuasakan disesetengah tempat (KPM 2015). Bagaimanapun untuk tahun 2019 polisi dengan penjenamaan semula ini memurnikan lagi penguatkuasaan pelaksanaan. Setiap individu dan organisasi dinyatakan
peranannya secara jelas dan mudah difahami. Kolaborasi pihak sekolah termasuk pentabir, guru pendidikan khas dan guru perdana, ibu bapa dan keluarga serta masyarakat membantu dalam kemenjadian murid pendidikan berkeperluan khas ini.
Banyak kajian menunjukkan hubungan yang kuat antara tingkat penglibatan ibu bapa dengan sikap yang positif dalam diri anak-anak dari segi sosial, emosi, dan perkembangan akademik (Collier, Keefe dan Hirrel 2015). Hubungan penglibatan ibu bapa terhadap perkembangan pembelajaran anak dalam program inklusif juga disokong oleh kajian Hussin dan Hamdan, 2016. Menurut beliau, penglibatan pentadbir, guru dan ibubapa memberikan impak positif dalam pelaksanaan inklusif di sekolah di nama dengan pendekatan pengajaran bersama, peranan ibu bapa dilihat sebagai satu pusat kejayaan murid (Hussin dan Hamdan 2016). Selain daripada komitmen peranan ibu bapa dan sekolah, kolaborasi juga menuntut peranan pihak lain seperti pihak pengamal perubatan, pihak terapis, pihak kaunselor sekolah mahupun pihak komuniti serta agensi koporat. Pihak yang terlibat dalam dalam kolabrasi ini akan terlibat secara lansung mengikut peranan masing- masing. Banyak kajian lalu telah membuktikan bahawa kemahiran kolaboratif dalam diri seorang guru Pendidikan Khas berkolarasi dengan tahap kecekapan guru dalam pengajaran termasuklah dalam mengajar murid berkeperluan khas (Khairuddin, Dally & Foggett 2016).
Dalam kenyataan Pemangku Pengarah Bahagian Pendidikan Khas, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada siaran akhbar 20 Disember 2018, pelaksanaan Zero Reject Policy adalah tanggungjawab semua lapisan masyarakat. Ibu bapa berperanan aktif dalam intervensi awal anak sebagai persediaan anak beradaptasi di alam persekolahan. Ibu bapa memberi pengaruh besar dalam perkembangan pendidikan anak pada masa hadapan (Amin, Jamiah & Md Akhir 2016). Penglibatan ibu bapa juga masih perlu sehingga anak ke sekolah menengah (Lindstrom & Garbacz 2016). Guru antara pihak yang memainkan peranan penting dalam keberjayaan program inklusif di sekolah. Kolaborasi yang baik antara guru pendidikan khas dan guru perdana melancarkan pelaksanaan Rancangan Pendidikan Individu (RPI) murid berkeperluan khas yang diinklusifkan (Simmons, Wk & Liston 2006). Pihak Jabatan Pendidikan Negeri, JPN dan juga Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) antara organisasi yang memainkan peranan dalam kolaborasi dan memantau pelaksanaan RPI dan Kurikulum di sekolah. Semua perlu bekerjasama dalam penyediaan perkhidmatan yang terbaik buat murid berkeperluan khas ini. Selain memastikan RPI dilaksanakan ianya juga melahirkan pasukan RPI MBK yang bersikap terbuka dan saling
memahami keperluan masing- masing. Kesefahaman yang wujud antara semua pihak memudahkan koordinasi perkhidmatan yang sesuai untuk murid berkeperluan khas (Lohmann, Hathcote & Hogan 2018). Sehubungan dengan itu, kemahiran kolaborasi dalam sistem pendidikan adalah penting. Pihak institusi yang melahirkan bakal guru dicadangkan memasukkan kemahiran kolaboratif dalam kursus dan dilaksanakan diawal pengajian (Coughlin 2017)


RUJUKAN
Amin, S.A., Jamiah, M. & Md Akhir, N. 2016. Peranan Keluarga dalam Kehidupan Kanak-Kanak Kurang Upaya Malaysia The Role of Family in the Lives of Disabled Malaysian Children 86(1): 21–30.
Besio, S. & Carnesecchi, M. 2014. The Challenge of a Research Network on Play for Children with Disabilities. Procedia - Social and Behavioral Sciences 146: 9–14.
Collier, M., Keefe, E.B. & Hirrel, L.A. 2015. Preparing special education teachers to collaborate with families. The School Community Journal 25(1): 117–135.
Coughlin, S.L. 2017. Collaborative Practices Among Professionals in Special Education Workplaces Collaborative Practices Among Professionals in Special Education.
Hussin, M.K.A. Bin & Hamdan, A.R. Bin. 2016. Challenges of Co-teaching in Malaysian Inclusive Classroom: Administrators’, Teachers’ and Parents’ Overview. Procedia - Social and Behavioral Sciences 217(2006): 477–486.
Khairuddin, K.F., Dally, K. & Foggett, J. 2016. Collaboration between General and Special Education Teachers in Malaysia. Journal of Research in Special Educational Needs 16: 1.
KPM. 2015. Panduan Pengoperasian Pendidikan Khas 2015.
Lindstrom, L. & Garbacz, S.A. 2016. Parent Involvement in Special Education. Remedial and Special Education, hlm.
Lohmann, M.J., Hathcote, A.R. & Hogan, K.A. 2018. Adressing the Barriers to Family-School Collaboration: A Brief Review of the Literature and Recommendations. International Journal of Early Childhood Special Education 10(1): 26–32.
Rakap, S., Balikci, S., Kalkan, S. & Aydin, B. 2018. Preschool Teachers’ Use of Strategies to Support Social-Emotional Competence in Young Children. International Journal of Early Childhood Special Education 10(1): 11–25.
Razali, N.M., Kamaralzaman, S., Salleh, N.M., Hanafi, M. & Yasin, M. 2013. Teachers ’ Perceptions of Including Children with Autism in a Preschool Teachers ’ Perceptions of Including Children with Autism in a Preschool(April 2015).
Ruhaena, L. 2015. Model multisensori: Solusi stimulasi literasi anak prasekolah. Jurnal Psikologi 42(1): 47–60.
Russ, S.W. 2014. Pretend play in childhood: Foundation of adult creativity.: 410–411.
Simmons, B., Wk, I. & Liston, A. 2006. Collaboration and Support Needed From Special Education Teachers to General Education Teachers Brenda Simmons.
SINGH, Y.D.H. (n.d.). Reporting To Un on Current Status of Pwd Towards an Inclusive Malaysian.

Tariq, R. & Latif, S. 2016. A mobile application to improve learning performance of dyslexic children with writing difficulties. Educational Technology and Society 19(4): 151–166.

SAYA INSPEKTOR AZMAN

Sedang kami bersarapan di kantin, kami didatangi oleh Max. Kelihatan mukanya agak serius. Persis polis yang sedang bertugas.  Ditenungnya kami yang duduk di meja itu satu-persatu seolah-olah kami telah melakukan kesalahan. Saya yang masih guru baru ketika itu ada sedikit rasa janggal berbeza dengan rakan sekerja yang lain. Mereka meneruskan sarapan dan perbualan tanpa peduli. 

        “Hei, saya polis!” sedikit keras suaranya. Saya memandang rakan l lain, riak wajah bertukar. Riak menanyakan 'apa yang sedang berlaku'.

          “Max, ini cikgu. Cikgu Hai. Tidak boleh cakap begitu, cakap bagus-bagus,” Cikgu Ramlah merungkai soal saat itu. 

            “Ini Max, dia memang begitu Hai. Adalah yang dia tidak puas hati tu. Ada kawan dia buli dia kali. Tapi, dia ni yang banyak membuli kawan.. atau ada sahaja halnya...kadang kami layan, kadang kami penat dah layan...” terang Cikgu Ramlah.

            Max masih tercegat di situ.

        “Max, polis?” soal saya. Mudahan cara respon yang kena dihatinya.

            “Ya, saya polis. Inspektor Azman, gerak-gerak khas,”

            “Oh, saya Cikgu Hai,” jawab saya. Saya menyabut salam Max. 

Saturday, February 9, 2019

KEKASIH KU

.......
“Dia kekasih, saya. Cikgu Rizal kekasih saya,” berkali-kali dia menyatakan kepada saya dan menunjukkan kepada saya gambar cikgu tersebut pada papan carta organisasi.
            “Jangan kau ambil dia, dia saya punya, Cikgu Rizal kekasih saya,” anak itu masih tidak berpuas hati. Mungkin tidak berpuas hati dengan respon yang saya berikan. Saya hanya senyum tanpa sepatah kata.
            
      Menyatakan perasaan kepada crush bukan pekara mudah bagi seorang tipikal dewasa. Tidak pada dia. Dia bisa sahaja menyatakan perasaannya sukanya, kepunyaannya dan siap memberi amaran kepada orang lain tanpa segan siluh. 

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.