Showing posts with label KPLI LPBS Pend. Khas 08. Show all posts
Showing posts with label KPLI LPBS Pend. Khas 08. Show all posts

Tuesday, May 5, 2009

1.MAKSUD PENDEKATAN KIOSK DAN BILA PENDIDIKAN KHAS BOLEH LAKSANAKAN.




Kiosk merupakan satu pendekatan di mana pelbagai bahagian sudut dalam satu kelas pemulihan yang berdasarkan Teori Multiple Intelligent atau kepelbagaian kecerdasan. Kecerdasan manusia merangkumi pelbagai kebolehan, keupayaan, bakat atau kemahiran yang wujud dalam diri manusia itu. Teori yang diasaskan oleh Howard Gardner ini menyatakan bahawa tahap kecerdasan individu adalah berbeza dan pembelajaran adalah lebih mudah sekiranya dijelaskan dalam bentuk yang seiring dengan tahap kecerdasan individu itu. Kecerdasan individu boleh diperkembangkan menerusi pendidikan, pengalaman dan persekitaran.

Sehubungan dengan konsep kepelbagaian kecerdasan telah diaplikasikan dalam bentuk kiosk dalam membantu murid-murid pemulihan khas. Di mana melalui pendekatan kiosk, proses pengajaran dan pembelajaran adalah lebih mudah apabila minda murid tersebut tercabar bukannya dalam keadaan bosan atau rehat.
Dalam sebuah kelas boleh dibina lapan kiosk iaitu Kiosk Visual/Ruang di mana guru mengajar menggunakan persepsi tentang alam sekitar, peta-peta, carta, gambar rajah dan gambar-gambar. Kiosk matematik ialah ruang belajar-mengajar yang menggunakan kebolehan mena’akul, menyelesaikan masalah kompleks / matematik. Kiosk Interpersonal merupakan ruang belajar – mengajar yang menggunakan interaksi dan bekerjasama dengan orang lain dan juga murid yang suka bertutur. Kiosk Bahasa ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk kinestatik ialah ruang belajar -mengajar yang menggunakan pergerakan badan dalam menjalankan aktiviti P & P. Kiosk Alam Sekitar ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan persekitaran semula jadi sebagai bahan dalam menjalankan P & P. Kiosk Muzik ialah ruang belajar – mengajar yang menggunakan alat serta bahan-bahan muzik,lagu sebagai pengantara P & P yang dijalankan. Kiosk Intrapersonal ialah ruang belajar-mengajar secara individu.
Dalam konteks Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP), konsep Kiosk amatlah sesuai untuk dilaksanakan. Ini kerana murid PKBP berpeluang merasa kepelbagaian suasana pembelajaran. Sungguhpun begitu, banyak perlu diubah terhadap struktur fizikal kelas PKBP yang ada sekarang seperti keluasan kelas perlu ditambah dan alat bantu mengajar yang lebih kreatif dan sesuai dengan fizikal, pemikiran dan keperluan murid. Pendektan Kiosk juga memberi peluang guru untuk mengaplikasikan kepelbagaian kemahiran serta kreativiti mereka. Melalui kepelbagaian pengajaran dan pembelajaran murid sebenarnya akan menarik minat murid untuk belajar. Ini kerana pendekatan kiosk adalah berdasarkan kecerdasan yang pelbagai. Murid –murid pendidikan khas yang agak lambat dalam memahami pembelajaran akademik mungkin lebih cenderung kepada kesesuaian kecerdasan dan minat mereka.

RUJUKAN
Hamzah, R. K. (1992). Guru Pemulihan Khas Fungsi dan Masalah - Satu Kajian -. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rahil Habib, H. E. (2007). Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan (ed. 2). Shah Alam: Karisma Publication Sdn Bhd.
Rahil Mahyuddin, Abd. Majid Mohd Isa dan Zaidatol Akmaliah Lopie Pihie (1995), “Asas Pendidikan II (Psikologi Dalam Bilik Darjah).” Longman (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Sang, M. S. (1990). Pemulihan, Pengayaan dan Isu Pendidikan. Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd

Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 2004 dan Akta Pendidikan 1996

***** Ini hanya hasil tugasan aku semasa belajar. Posting ini hanya untuk tujuan akademik sahaja. Kalau salah fakta/maklumat tolong tunjukkan...

Apa itu IDEA

Individual with Disabilities Education Act (IDEA) 2004 merupakan undang – undang Perseketuan Amerika Syarikat yang melindungi perkhidmatan pendidikan khas kanak-kanak kurang upaya bermula kelahiran mereka sehinggah tamat persekolahan peringkat menengah atas. Akta ini diwartakan oleh Kongres Amerika Syarikat pada tahun 2004 dan membawa perubahan besar dalam perkhidmatan serta perlaksanaan Pendidikan Khas di negara ini.
Pada mulanya IDEA dikenali sebagai Education for All Handicapped Children Act (EHA) padatahun 1975. IDEA akan dikemaskini setiap lima tahun dan yang terkini ialah IDEA, 2004. IDEA terbahagi kepada empat komponen iaitu komponen A, B, C, dan D. Kompenan A mentakrifkan istilah yang digunakan dalam undang – undang ini. Kompenan B ialah membahagaikan sumber kewangan setiap negeri untuk membekalkan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang layak dan golongan muda yang kurang upaya. Komponen C berkaitan dengan
Program Pertumbuhan Awal Bayi dan Kanak – Kanak kurang upaya. Dimana perkhidmatan ini termasuklah kursus kekeluargaan, kaunseling, lawatan ke rumah, perkhidmatan pengucapan dan bahasa, fisioterapi dan terapi fizikal. Komponen D membantu jabatan pendidikan negeri dan agensi lain dalam mempertingkatkan usaha mereka dalam membantu kanak-kanak kurang upaya.
Akta Pendidikan
Akta Pendidikan 1996 telah berkuatkuasa pada 31 Disember 1997. Berbanding dengan Akta Pelajaran 1961, Akta Pendidikan 1996 mula menitik beratkan golongan kurang upaya dengan membolehkan Menterinya mengadakan pendidikan khas di sekolah khas atau di mana-mana sekolah rendah atau menengah. Pendidikan khas akan diberi perhatian yang lebih dengan adanya peruntukan yang cukup.
Jabatan Pendidikan Khas menyediakan peluang - peluang pendidikan kepada kesemua aspek murid khas seperti berikut ;
1. Program cacat Penglihatan
2. Program Cacat Pendengaran
3. Program Bermasalah Pembelajaran / Program Intergrasi
4. Program Pendidikan Inklusif
Secara kesimpulannya, Individual With Disabilities Act, IDEA 2004 dan Akta Pendidikan adalah dua perkara yang sama tetapi berbeza daripada segi peruntukkan bidang kuasa. IDEA lebih fokus berbanding dengan Akta pendidikan dalam hal – hal berkaiatan dengan murid pendidikan khas.
IDEA 2004 VS AKTA PENDIDIKAN 1996
Pengkhususan
Akta Pendidikan 1996; Bersifat general. Peruntukan untuk golongan murid dan sekolah khas adalah kecil sahaja dalam akta ini. Golongan ‘murid khas’, tidak dinyatakan dengan jelas. Takrifan ‘sekolah khas dan ‘murid khas’ yang terlalu am. Tidak dinyatakan atau diperuntukan dalam Akta ini bahawa pendidikan untuk golongan ini perlu bermula daripada zaman kanak-kanak mereka.
IDEA 2004; Lebih jelas dan spesifik. Akta ini khusus untuk pendidikan kepada golongan kurang upaya. IDEA merupakan undang-undang perseketuan yang melindungi perkhidmatan pendidikan kepada golongan kurang upaya bermula mereka lahir sehinggah tamat sekolah menengah.
Takrifan Pendidikan Khas
AKTA PENDIDIKAN 2004; Pendidikan yang menyediakan keperluan pendidikan khas murid. Sekolah yang menyediakan pendidikan khas yang ditetapkan melalui peraturan - peraturan yang dibuat di bawah seksyen 41;
IDEA 2004; Pengajaran yang direka khas, tiada yuran ibu bapa, keperluan unik untuk kanak-kanak kurang upaya, termasuk rekaan bilik darjah, rumah, hospital, institusi dan lain-lain.

Takrifan Kanak-kanak Pendidikan Khas
IDEA 2004; Kanak – kanak kurang upaya yang termasuk dalam 13 ciri ketidak upayaan yang termaktub dalam IDEA dan memerlukan pendidikan khas serta perkhidmatan yang berkaitan kerana ketidakupayaannya; atau kanak-kanak yang berumur 3 hinggah 9 tahun yang mengalami kerencatan akal.
Kategori Ketidakupyaan
AKTA PENDIDIKAN 1996 : Tidak dinyatakan
IDEA 2004: Autisma, pekak-buta, kecelaruan emosi, masalah pendengaran, kerencatan mental,kecatatan pelbagai, ketidakupyaan ortopodik, lain – lain masalah kesihatan (asmah, ADHD/ADD, diabetes, epilepsy, masalah hati, leukemia, hemophilia, keracunan plumbum, nephritis, rheumatic fever, sickle cell anemia dan Tourette syndrome), masalah pembelajaran spesifik (contoh masalah persepsi, kecederaan otak, disfungsi otak, Dislexia, Developmental Aphasia), ketidakupayaan pertuturan dan pendengaran, kecedaraan otak traumatik, ketidakupyaan visual (termasuk buta), dan pembesaran terbantut.
Takrifan Sekolah Khas
AKTA PENDIDIKAN 1996; Sekolah yang menyediakan Pendidikan Khas yang ditetapkan melalui peraturan – peraturan yang dibuat di bawah Seksyen 41.

Penilaian dan Peperiksaan (Rancangan Pengajaran Individu)
AKTA PENDIDIKAN; RPI Masih tidak dijalankan sepenuhnya.
IDEA 2004; IEP (Individualized Education Plan) perlu dilaksanakan.
***sebelum nak copy n paste, sila fikirkan usaha org lain...

Thursday, April 23, 2009

ICT Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


*******Ini hanya tugasan yang pernah aku buat semasa belajar dahulu. Ini hanya tujuan akademik sahaja. Kalau salah tolong tunjukkan. TQ!
PENGENALAN
Saban tahun bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau lebih dikenali sebagai ICT berkembang pesat dan secara tidak lansung ianya memberi kesan corak kehidupan masyarakat pada hari ini. Teknologi Maklumat dan Komunikasi bukan lagi dilihat sebagai kehendak sebaliknya keperluan masa kini. Adalah menjadi menjadi satu nilai tambah kepada individu itu apabila ianya memiliki kemahiran ICT terutamanya dalam pasaran pekerjaan kini. Justeru itu, perubahan daripada pendekatan pendidikan bersifat tradisional atau berasaskan kertas dan pen perlukan segera kepada pendidikan yang berteknologi adalah satu perkara besar yang perlu diberi sokongan. Perubahan ini bukan sahaja terhad kepada usaha pihak kerajaan semata – mata sebaliknya adalah keterlibatan semua pihak.
Michael Fullen ( 1998 ) menyatakan sekolah tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat dan dunia pekerjaan yang bakal diceburi. Terdapat guru-guru yang tidak peka dengan peluang yang bakal diceburi oleh pelajar. Atas dasar kesedaran keperluan pasaran kerja hari ini dan juga keperluan pembelajaran hari ini, Kementerian Pelajaran Malaysia telah memperkenalkan Projek Sekolah Bestari sebagai salah satu pengisian utama dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. Sekolah Bestari merupakan satu Aplikasi Koridor Raya Multimedia yang mana perlaksanaannya menekakan pengaplikasian ICT sebagai pengupaya pedadogi dan pengurusan sekolah. Sebanyak 88 buah sekolah yang mana 82 buah sekolah adalah sekolah sedia ada manakala selebihnya sekolah baru dilantik sebagai sekolah perintis dalam projek ini. Sekolah – sekolah ini dilengkapi kemudahan ICT termasuk 5 809 buah komputer dan 261 pelayan. Antara lain usaha KPM dalam memastikan ICT dapat direliasasikan ialah pengenalan Projek School Net, Projek Myshoolnet, pembinaan makmal komputer dan juga TV Pendidikan (TVP)

BAHAGIAN A: PROGRAM ICT di SEKOLAH
Sejarah tidak rasmi perkembangan program ICT di sekolah bermula dengan penubuhan kelab - kelab komputer secara tidak formal atas inisiatif sekolah itu sendiri atau PIBG sekolah. Melalui Program Pembestarian Sekolah, intergrasi ICT diperkenalkan di mana guru menggunakan ICT dalam pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan ICT dalam pengurusan serta pentadbiran sekolah. Menurut Pisapa (1994), intergrasi ICT dalam P&P bermaksud penggunaan teknologi pembelajaran untuk memperkenal, memperkukuh dan menambah kemahiran. Di mana teknologi ini perlulah tidak lari daripada objektif pengajaran-pembelajaran dan kaedah pengajaran. Perlaksanaan ICT dalam pengajaran-pembelajaran perlu terancang dan bersesuaian dengan bagi memastikan keberkesanan perlaksanaannya. Matlamat pembangunan ICT dalam pendidikan antara lainnya ialah untuk meningkatkan pembangunan infrastruktur ICT dengan memperluas akses dan ekuiti dalam kemudahan ICT, memperluas kurikulum berasaskan ICT, meningkatkan sistem pentaksiran dengan menggunakan ICT, menekankan pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran, meningkatkan pengetahuan dan kemahiran ICT dikalangan pelajar, tenaga pengajar dan personal Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM), meningkatkan penggunaan ICT dalam pengurusan pendidikan, meningkatkan usaha pengurusan dan penyelenggaraan perkakasan ICT, meningkatkan program penyelidikan dan pembangunan, dan meningkatkan kerjasama antara institusi pendidikan dengan masyarakat dalam membantu memperkembangkan ICT dalam pendidikan (Pelan Induk Peningkatan Pendidikan,2007). Terdapat tiga komponen utama yang dirancang bagi memastikan pelan ini berjaya iaitu melalui pengenalan kepada Projek Sekolah Bestari. Terdapat 88 buah sekolah terpilih dan antaranya ialah SMK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 1, SK Putra Jaya 2, SK Seri Bintang 1 dan banyak lagi. Pada peringkat permulaan, sebanyak empat mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains diperkenalkan di sekolah bestari dengan menggunakan teknologi terkini sebagai teknik pengajaran-pembelajaran (Mok Soon Sang, 2003). Projek Ke dua ialah Projek School Net. Projek ini merupakan projek menyediakan prasarana jalur lebar untuk capaian internet ke sekolah – sekolah bagi mengelakkan jurang teknologi maklumat (IT) dikalangan pelajar mahupun guru. Pengenalan Projek My SchoolNet bertujuan untuk membudayakan internet dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Projek ini dilaksanakan melalui pembangunan laman web yang menyediakan bahan sumber pendidikan untuk guru, pelajar dan pentadbir sekolah. Jaring SekolahKu (My School Net) telah dibangunkan oleh KPM untuk menambahkan penggunaan ICT dalam pendidikan yang dapat membantu para pendidik mahupun pelajar mengakses maklumat berkaitan pendidikan. Latihan bersepadu dan berterusan juga perlu bagi melahirkan tenaga pengajar yang cekap, mahir berkeyakinan dalam mengaplikasikan ICT dalam P&P. Selain itu, ialah pelacaran program komputer di sekolah – sekolah dengan pembinaan makmal komputer yang telah bermula pada Mac 2000 yang melibatkan 18 buah sekolah dari enam buah negeri. Program ini dilancarkan dalam tiga peringkat dan makmal komputer boleh digunakan sepenuhnya pada November 2001.
ICT tidak hanya terhad kepada internet dan peralatan dan perisian komputer yang bersifat teknikal sahaja. Justeru itu, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran merupakan satu langkah bijak yang perlu dilaksanakan dengan jayanya. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, pengintergrasian ICT dalam pengajaran-pembelajaran boleh dilaksanakan dengan beberapa kaedah antaranya ialah kaedah pakej pembelajaran. Pakej pembelajaran berperanan dalam pendidikan yang berkonsepkan pembelajaran berdikari (Independent learning). Melalui pakej pembelajaran berasaskan ICT yang lebih bersifat terbuka dan kolobrasi, pelajar boleh melaksanakan pembelajaran secara berkumpulan atau individual. Di mana, pakej ini mengandungi cadangan pelbagai aktiviti mengikut kepelbagaian tahap kecerdasan dan gaya pembelajaran pelajar. Pelajar boleh mengakses pelajaran mereka semasa di rumah dan boleh berhubung dengan guru di luar waktu sekolah. Melalui kaedah ini juga guru dan pelajar dapat menjalankan aktiviti yang dicadangkan dengan berasaskan prosedur perlaksanaan aktiviti untuk guru dan juga prosedur untuk pelajar. Penilaian pembelajaran juga boleh dilaksanakan oleh guru mahupun murid melalui akses internet.
Bagi menjayakan program pembbudayaan ICT dalam dunia pendidikan, antara lain usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan ialah menawarkan mata pelajaran teknologi maklumat (MPTM) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2000 sebagai salah satu matapelajaran pilihan dalam kurikulum Bersepadu sekolah menengah (KBSM). Ekoran daripada itu, Kementerian Pendidikan pada masa itu memutuskan untuk mencuba MPTM ke atas 15 buah sekolah menengah pada tahun 1999 dan ditambah kepada 30 buah sekolah pada tahun 2000 (Jamaluddin Harun dan Dr. Zaitun Tasir, 2003). Penggunaan perisian multimedia dalam proses pengajaran-pembelajaran juga semakin mendapat sambutan apabila penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran Sains dan matematik telah dilaksanakan, perisisan multimedia pendidikan semakin diyakini keberkesanannya dalam membantu par guru dan pelajar (Jamaluddin Harun & Dr. Zaitun Tasir, 2003). Kementerian Pendidikan melalui Sektor Multimedia Pendidikan, Bahagian Teknologi Pendidikan Disember 1997 menyarankan kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang dapat digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan. Antara kaedah tersebut seperti dalam Jadual 1.1.

PENDEKATAN PENERANGAN
Tutorial >>>> Kaedah pembelajaran dan pengajaran yang bercorak bimbingan dan latihan
Latih Tubi >>> Aktiviti bagi meningkatkan kefahaman konsep dan penguasaan kemahiran melalui latihan yang banyak, pelbagai bentuk dan pendekatan.
Permainan >>>> Pendekatan secara permaianan diyakini meningkatkan minat dan keseronokkan belajar.
Simulasi >>>> Pembelajaran yang melibatkan pengguna melakukan aktiviti yang menyerupai keadaan sebenar.
Penemuan >>> Pendekatan di mana pengguna perisian memahami dan menemui sesuatu (misalnya Konsep atau hukum) melalui aktiviti terbimbing.
Eksperimen >>> Kaedah ini bertujuan untuk membolehkan para pelajar memahami sesuatu konsep melalui sesuatu yang dilaksanakan.
Demontrasi >>> Penjelasan konsep, proses serta penguasaan sesuatu kemahiran melalui tunjuk ajar.
Ensaiklopedia >>> Pendekatan pembelajaran berkaedahkan kepada proses rujukan buku atau sumber maklumat lain.
Penceritaan >>> Kaedah pembelajaran yang menjurus kepada aktiviti menceritakan sesuatu yang berkaitan dengan sesuatu konsep.
Penjelajahan >>> Aktiviti yang melibatkan kegiatan penjelajahan yang dijalankan sama ada di dalam atau pun di luar bilik darjah.
Kolobratif >>> Satu pendekatan pembelajaran secara berkumpulan, bercorak saling membantu antara satu sama lain dalam kumpulan.
Jadual 1.1 : Kaedah dan pendekatan pengajaran-pembelajaran yang boleh digunakan bagi menghasilkan perisian kursus multimedia pendidikan yang berkesan.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran-pembelajaran juga boleh dilaksanakan melalui komunikasi dan pembelajaran melalui e-mail. Kaedah ini sebenarnya memenuhi garis panduan dan konsep sekolah bestari. Di mana kedua – dua guru dan pelajar boleh berinteraksi secara lebih berkesan. Ini kerana, sekiranya pelajar kurang memahami masalah pembelajaran semasa di kelas, pelajar boleh berinteraksi terus kepada guru melalui e-mail. Berbanding dengan pembelajaran tradisional, pelajar dan guru tidak dapat membincangkan sesuatu pelajaran dalam pada masa yang di inginkan guru atau pelajar kerana kedua – duanya mungkin disebabkan oleh masalah kekangan masa. Selain daripada perbincangan dua hala antara guru dan murid, perbincangan secara koperatif dan kolobrasi atau konferen juga boleh dilakukan lebih daripada dua orang pelajar pada satu masa. Pembelajaran koperatif adalah satu pendekatan pembelajaran yang melibatkan kumpulan atau pasukan pelajar. Ia menggunakan strategi rangkaian komputer untuk menyiapkan tugasan yang bebas daripada kekangan masa, jarak dan tempat. Konsep kerjasama dan dalam kumpulan telah diperkenalkan oleh Johnson dan Johnson (1991) dan Salvin (1983). Pengkaji ini percaya bahawa pelajar yang belajar secara bekerjasama dalam kumpulan akan dapat belajar dengan lebih baik dan berupaya meningkatkan prestasi mereka. Manakala menurut Steven, mendapati bahawa pembelajaran koperatif telah dapat meningkatkan motivasi pelajar semasa perbincangan dalam kumpulan. Hasil dari peningkatan motivasi yang ditunjukkan ia akan menyebabkan pelajar lebih berminat kepada perisian yang sedang dipelajari. Melalui pendekatan koperatif juga pelajar dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu matlamat yang sama . Sasaran adalah tahap pembelajaran yang maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.

Sugguhpun begitu, pemantauan daripada pihak guru juga adalah perlu bagi memastikan pelajar melaksanakan tugasan mereka dengan betul dan menepati matlamat pembelajaran dan juga menepati masa yang telah ditetapkan. Guru juga perlu menjelaskan kepada pelajar panduan penggunaan e-mail atau perisian secara efisien. Seperti mana pembelajaran-pengajaran tradisional, penilaian hasil pembelajaran itu perlu bagi menilai tahap kemahiran dan pemahaman mereka dalam satu – satu mata pelajaran yang telah di ajar. Penilaian juga boleh dilaksanakan melalui ICT samada penilaian berbentuk penilaian formatif yang menguji tahap kemajuan pelajar atau penilaian sumatif yang menguji pencapaian pelajar. Menurut Lai Kim Leong dalam kajiannya, menyatakan bahawa teknologi dapat digunakan secara efektif dalam melaksanakan penilaian seperti penilaian ‘on-line’ (atas talian), penilaian berasaska portfolio (dalam bentulk bercetak atau elektronik), penilaian berasaskan kerja kursus dan ujian bertulis. Tambah beliau, antara kelebihan ICT dalam penilaian ini ialah murid diberi lebih daripada satu percubaan, maklum balas penilaian secara serta – merta, membimbing dan menggalakkan pelajar mencari maklumat tambahan untuk mengukuhkan konsep atau kemahiran dan kepelbagaian set ujian yang mudah didapati daripada bank soalan yang disediakan dalam pangkalan data.
Dalam usaha mengintegrasikan ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah perdana, kerajaan juga tidak melepaskan tanggunggjawab terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran. Ketika ini, terdapat 32 buah sekolah pendidikan khas di seluruh negara, yang mana meliputi 28 buah sekolah rendah dan empat buah sekolah menengah di samping 1 118 program pendidikan khas intergrasi (72 masalah pendengaran, 26 masalah penglihatan dan 1 020 masalah pembelajaran) yang membabitkan 25, 106 pelajar. Dalam RMK-9, pihak kerajaan telah memperuntukkan RM15 juta bagi melaksanakan program ICT dalam pendidikan khas. Program – program ini termasuklah Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas, Pusat Pembelajaran Kendiri dan penggunaan ICT di kelas pra sekolah pendidikan khas. Menurut laporan Syuhada Choo Abdullah dalam Berita Minggu Mei 2007, bagi program Pembestarian Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Khas (JPK) telah melaksanalkan projek perintis sejak RMK-8 pada tahun 2002 yang membabitkan empat buah sekolah, iaitu masing – masing dua buah sekolah rendah dan menengah pendidikan khas. Sekolah tersebut ialah Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Alma, Pulau Pinang dan juga Sekolah Menengah Pendidikan Khas (SMPK) Setapak, Kuala Lumpur (masalah penglihatan); SKPK Alor Star, Kedah (masalah pendengaran); serta SMPK Vokasional Indahpura, Johor (masalah pendengaran, penglihatan dan pembelajaran).

Ekoran daripada peningkatan kesedaran masyarakat terhadap potensi mereka yang tergolong dalam golongan istimewa ini semakin meningkat, program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas dalam RMK-8 telah diperkembangkan ke RMK-9. Dalam RMK-9, Jabatan Pendidikan Khas merancang untuk memperluaskan Program Pembestarian Sekolah Pendidikan Khas kepada 28 buah sekolah. Dalam program ini, JPK akan menggunakan lima model dilengkapi dengan kemudahan ICT, perkakasan dan perisian, peralatan dan perisian pendidikan khas yang khusus, serta rangkaian LAN (rangkaian kawasan setempat) di makmal, kelas, bilik guru dan juga pusat sumber. Model – model ini termasuklah Model Makmal Masalah Penglihatan di tiga buah sekolah, Model Makmal Masalah Pendengaran (14 buah sekolah), Model Kelas Masalah Penglihatan (dua buah sekolah), Model Kelas Masalah Pendengaran (10 buah sekolah) dan Model Makmal Sekolah Pendidikan Khas Baru (dua buah sekolah).

Dari segi peralatan dan perisian ICT secara umumnya, peralatan yang dibekalkan adalah sama seperti peralatan yang dibekalkan di sekolah aliran perdana seperti komputer riba, projector, kemudahan internet dan seumpanya. Sungguhpun begitu, bagi sekolah – sekolah pendidikan khas perlu dibekalkan peralaratan yang lebih khusus untuk kegunaan pelajar. contohnya, sekolah pendidikan khas masalah penglihatan, peralatan khusus yang dibekalkan ialah seperti Smartview CCTV untuk membesarkan saiz teks atau gambar melalui skrin, Index Braille Embosser (mencetak tulisan Braille), Touch Screen Monitor (membolehkan pelajar menggunakan komputer secara sentuhan), Pengimbas Scanner (menterjemah teks cetakan kepada suara) dan Braillenote (komputer elektronik bersuara tanpa skrin). Manakala antara perisian khusus yang dibekalkan untuk masalah pendengaran ialah, Duxbury bagi menterjemah teks kepada Braille, Zoomtext (membesar saiz pada teks pada skrin) dan JAWS iaitu perisian Screen Reader. Bagi 30 kelas pra sekolah dalam program Pendidikan Khas Intergrasi, Jabatan Pendidikan Khas telah membekalkan sebuah komputer yang lengkap dengan perisian hasil sumbangan IBM. Selain tambahan dua buah komputer dan sebuah pencetak diperuntukkan oleh Kementerian Pelajaran kepada 31 kelas pra sekolah dalam program yang sama.

BAHAGIAN B: KEBERKESANAN PROGRAM ICT DALAM MEMBENTUK PROSES PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN.
Pengajaran merupakan penyebaran ilmu pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Di mana pengajaran meliputi perkara – perkara seperti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian, dengan tujuan menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar dengan cara berkesan (Mok Soon Sang,2003). Manakala menurut Thomas F. Green, tujuan mengajar ialah menukar tingkah – laku dan kelakuan pelajar melalui perolehan ilmu pengetahuan atau kepercayaan baru. Manakala pembelajaran bermaksud proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran. Pengetahuan dan kemahiran ini boleh diperolehi melalui pengalaman dan ilmu pengetahuan yang berada di persekitarannya. Kamus Dewan mentaksirkan bahawa pembelajaran sebagai satu proses belajar untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Dalam konteks pendidikan, guru sebagai pelaksana bertanggungjawab mengajar murid untuk menguasai satu – satu pelajaran bagi mencapai objektif tertentu. Objektif ini perlulah membawa perubahan kepada diri pelajar tersebut. Perkembangan serta keperluan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) kini secara tidak lansung membawa kepada perubahan pendekatan proses pengajaran dan pembelajaran masa kini.

Pengintegrasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran merupakan satu usaha yang baik tetapi bukan sesuatu yang mudah untuk dilaksanakan. Bagi melihat keberkesanan program ICT dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran, selain daripada guru itu sendiri perlu kreatif dan inovatif dalam mengaplikasikan teori – teori pembelajaran ke dalam program ICT. Oleh itu, pengetahuan terhadap program ICT perlulah bersifat terkini atau ‘up to date’. Selain itu, dalam membincangkan keberkesanan program ini dalam pembentukan proses pengajaran dan pembelajaran, kita juga perlu melihat kepada isu – isu yang timbul dalam program ini. Umum mengetahui bahawa teknologi maklumat dan komunikasi sudah lama dilaksanakan di sekolah melalui penubuhan kelab – kelab komputer. Sungguhpun begitu, terdapat beberapa masalah yang timbul dan ini sedikit – sebanyak memberi kesan kepada keberkesanan program ini dalam membentuk proses pengajaran dan pembelajaran. Pengajaran dan Pembelajaran Berbantukan Komputer (PPBK) merupakan salah satu cara untuk mengintegrasikan teknologi dalam pendidikan yang berpotensi untuk mengoptimakan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Teori pembelajaran pula menjelaskan bagaimana seseorang belajar. Pendekatan teori-teori pengajaran dan pembelajaran memainkan peranan penting dalam menentukan keberkesanan sesuatu pengajaran dan pembelajaran dalam bidang pendidikan. Gagne (1985) mendefinisikan tujuan teori dalam pembinaan perisian adalah untuk mewujudkan satu perhubungan yang seimbang antara tatacara arahan dengan kesan ke atas proses pembelajaran dan jangkaan pembelajaran yang dapat dihasilkan melalui proses-proses tersebut. Aplikasi teknologi multimedia yang berpandukan teori-teori pembelajaran yang relevan dalam pembinaan perisian pengajaran dan pembelajaran berbantukan komputer (PPBK) memainkan peranan yang penting dalam membekalkan beberapa program pengajaran yang sesuai dalam usaha untuk merealisasikan potensi pelajar dengan sepenuhnya. Di sini perancangan yang sistematik dan teratur dalam rekabentuk dan pembinaan perisian PPBK yang berlandaskan pendekatan teori-teori pembelajaran perlu dilaksanakan terlebih dahulu agar perisian yang dihasilkan menyumbang kepada keberkesanan pembelajaran dan berkualiti.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1991), pembelajaran secara konstruktivism menggalakkan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis. Ia menggalakkan pelajar berfikir untuk menyelesaikan masalah, menjana idea dan membuat keputusan yang bijak dalam menghadapi pelbagai kemungkinan dan cabaran, misalnya dalam aktiviti penyelidikan dan penyiasatan dan pengujian hipotesis. Selain itu ia membolehkan kefahaman yang lebih jelas tentang sesuatu konsep dan idea di mana pelajar terlibat secara langsung dalam pembinaan pengetahuan baru dan mengaplikasikannya dalam kehidupan atau situasi baru.Hasil daripada proses pemahaman konsep, pelajar dapat membina ingatan jangka panjang tentang sesuatu konsep melalui penglibatan yang aktif dalam mengaitkan pengetahuan yang diterima dengan pengetahuan sedia ada untuk membina pengetahuan yang baru. Keyakinan pelajar dapat dipupuk hasil daripada pembelajaran ini dan membolehkan pelajar berani mengahadapi dan menyelesaikan masalah dalam situasi baru. Di samping itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran sosialnya iaitu dapat bekerjasama dengan orang lain dalam menghadapi sebarang cabaran dan masalah. Kemahiran sosial ini dapat diperolehi apabila murid berinteraksi dengan rakan-rakan dan guru dalam membina pengetahuan mereka. Akhirnya, hasil daripada pembelajaran secara konstruktivism di mana pelajar membina pengetahuan, konsep dan idea baru secara aktif, pelajar akan meningkatkan kefahamannya, berasa lebih yakin dan lebih seronok untuk terus belajar sepanjang hayat walaupun menghadapi pelbagai cabaran dan kemungkinan.
Elemen-elemen multimedia dalam pengajaran-pembelajaran sebenarnya menyokong penggunaan pelbagai sensor (Multi-sensory) serta mampu meransang penggunaan pelbagai deria manusia. Selain itu, multimedia juga turut menyediakan kemudahan interaktiviti dan membenarkan pengguna mengawal perjalanan dan masa media yang digunakan (Vaughan, 1998). Menurut kajian Vaughan juga, beliau menyatakan bahawan multimedia bileh menjadi medium komunikasi yang positif dan efektif kerana melalui teks, audio, video serta animasi yang pelbagai warna dan corak mampu dipaparkan pada waktu yang sama. Multimedia yang bersifat interaktif ini lebih berkesan daripada pengajaran-pembelajaran tradisi dalam menarik perhatian pelajar. menggunakan multimedia yang lebih interaktif dalam pengajaran-pembelajaran dapat menarai minat pelajar supaya mereka tidak merasa bosan dan dapat member tumpuan yang sepenuhnya pada proses pembelajaran (Thomas, 1996). Hasil daripada itu, multimedia membantu pelajar membina kefahaman serta kemahiran pada peringkat tinggi. Ini dapat dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh Quinn (1993) dan Palinscar (1995) yang mendapati dengan menggunakan simulasi berkomputer dalam proses pembelajaran dapat menigkatkan kemahiran pelajar menyelesaikan masalah yang diberikan lebih berkesan. Kajian ini disokong oleh kajian Farrimond, et al.(1997) yang memanfaatkan teknologi multimedia terkini bagi memindahkan kaedah pembelajaran secara kajian kes tradisi kepada simulasi komputer.
BAHAGIAN C: CABARAN JPK DAN SRPK DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM ICT.
Ledakan ICT dalam pendidikan secara tidak lansung memberi kesan kepada tuntutan perubahan terhadap sekolah – sekolah pendidikan khas seperti sekolah intergrasi pendidikan khas masalah pembelajaran. Seperti mana isu dan cabaran yang dihadapi oleh sekolah – sekolah biasa mahupun sekolah bestari, sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran juga turut menghadapi cabarannya sendiri. Cabaran ini boleh dilihat daripada pelbagai sudut. Daripada sudut ekonomi, perlu ada satu dana khas untuk sekolah pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran dalam program sekolah intergrasi yang umum mengetahui ia semakin berkembang dan disedari masyarakat akan kewujudannya. Buat masa ini, sekolah intergrasi pendidikan khas masih berkongsi peralatan dan apa berkaitan dengan sekolah aliran perdana. Dana khas ini perlu bagi memberi peluang dan kebebasan untuk guru – guru pendidikan khas itu merancang sendiri proses pengajaran dan pembelajaran mereka sendiri berdasarkan keperluan dan kepakaran mereka.
Keberkesanan ICT dalam proses pembelajaran untuk pelajar pendidikan khas bermasalah pembelajaran terutamanya bukanlah satu jaminan konkrit. Ini kerana kebanyakkan perisian ICT pendidikan yang ada sedia kini masih tidak mengikut tahap penerimaan akademik pelajar bermasalah pembelajaran yang mengetahui bahawa tahap kecerdasan intelek mereka adalah di bawah 70. Ekoran daripada itu guru pendidikan khas masalah pembelajaran perlu lebih berusaha dan kreatif dalam memenuhi keperluan pelajar ini. Berhubung perkara ini, guru perlu dilatih serta diberi kemahiran untuk mengajar mereka yang berkeperluan khas dengan menggunakan ICT. Selain daripada perisian pengajaran-pembelajaran yang sukar didapati dipasaran Negara kita terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran, kos yang tinggi untuk mendapatkan peralatan yang ada di luar Negara juga merupakan antara cabaran jabatan. Kepelbagaian kecacatan pelajar berkeperluan khas memerlukan peralatan dan perisian secara khusus untuk setiap mereka. Ini merupakan satu cabaran kewangan bagi pihak JPK .

PERSPEKTIF GURU PENDIDIKAN KHAS
Menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Maju pada tahun 2020 sangat menuntut kepada lahirnya masyarakat teknokrat yang bertaraf dunia serta bermoral disamping melahirkan generasi yang memiliki daya kreatif dan daya saing yang tinggi dan mampu menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan bertaraf dunia. Apabila kita berbicara mengenai masyarakat, pelajar – pelajar pendidikan khas juga ahli masyarakat yang berpotensi dalam menjayakan wawasan Negara ini. Justeru itu, peluang yang sama perlu diberikan kepada golongan ini untuk mengoptimakan potensi diri mereka mengikut tahap kebolehan mereka.
Sebagai seorang guru pendidikan khas, adalah menjadi satu tanggungjawab saya bagi memastikan program yang telah dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya. Sebagai seorang guru, kemahiran dalam ICT perlulah seiring dengan perkembangan semasa teknologi ini. Ini bermaksud, guru perlu sentiasa bersifat terkini atau ‘up to date’ dalam bidang teknologi komunikasi dan maklumat. Guru pendidikan khas yang mahir dalam ICT dan pada masa yang sama berkemahiran serta berpengalaman dalam pengajaran-pembelajaran samada pendidikan masalah pendengaran, penglihatan mahupun pembelajaran tahu akan keperluan ICT dalam bidang masing – masing. Guru – guru sebegini perlu dilahirkan dan bertanggungjawab dalam menyediakan perisian pengajaran – pembelajaran yang khas untuk pendidikan khas terutamanya pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang lebih menjurus kepada masalah akademik pelajar.
Seperti yang diketahui, pengaplikasian ICT dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah – sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah masih kurang. Kebanyakkan fasiliti yang ada sekarang lebih bersifat teknikal seperti komputer riba, televisyen, radio, projektor dan video. Keperluan ICT dalam pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah perisian / courseware yang lebih bersifat permainan atau yang sesuai pada tahap penerimaan pembelajaran. Perlu diketahui bahawa pelajar bermasalah pembelajaran di sekolah rendah mahupun di sekolah menengah terdiri daripada mereka yang mengalami pelbagai masalah kesihatan seperti down syndrom, terencat akal, hyperactive, ADHD, lembam dan sebagainya.
Sungguhpun keperluan prasarana dan fasiliti ICT serta kemahiran guru dalam bidang ini masa kini masih kurang, namun usaha dan sokongan pihak kerajaan terutamanya Kementerian Pelajaran Malaysia menampakkan satu usaha yang positif. Usaha pihak kerajaan dan pihak guru atau sekolah tidak akan berjaya sekiranya tanpa bantuan pihak lain seperti ibubapa, pihak bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan masyarakat itu sendiri. Semua pihak perlu membina satu hubungan pintar atau ‘smart partner’ demi kepentingan semua pihak dan sekaligus dapat mengimbangi antara cabaran dan kejayaan perlaksanaan Program ICT dalam pengajaran-pembelajaran di sekolah – sekolah pendidikan khas.
RUJUKAN
Ali, W. Z. (2000). Memahami Pembelajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.
Fufrell, P. G. (1995). Teachers, Computer and Curriculum-Microcomputers in the Classroom. Needhom Heghts: A Simon & Schuster Company.
Ishak, A. L. (2001). Pendidikan Pra Sekolah Untuk Guru (ed. 2). Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Paul F. Merill, K. H. (1996). Computer in Education 3rd Edition (ed. 3). Needham Heights: A Simon & Schuster Company.
Rusli, M. &. (2005, Jun 22). Retrieved Ogos 13, 2007
Sang, M. S. (2005). Ilmu Pendidikan untuk KPLI (Komponen 3: Profesionalisme Keguruan Sekolah Rendah). Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn Bhd.
Selamat, A. R. (1989). Teknologi Sistem Pengajaran. Shah ALam: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Sharil @ Charil Marzuki, Z. I. (1993). Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Shuhabuddin Hashim, Mahani Razali, Ramlah Jantan. (2004). Psikologi Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publicatin & Distributors Sdn Bhd.
Tasir, J. H. (2003). Multimedia dalam Pendidikan. Wangsa Maju: PTS Publication & Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Aplikasi Multimedia Dalam Pengajaran. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.
Zain, I. (2002). Pelajar Cemerlang Melangkah ke Alam Siber. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

Monday, March 9, 2009

Konvokasyen KPLI Mode LPBS Ambilan Mac 2007

MySpace Generators

Tahniah kepada rakan - rakan KPLI Mode LPBS Ambilan Mac 2007 sempena konvokesyen pada 10, 11 dan 12 Mac 2009 di KPM, Putrajaya.
Maaf apakan daya... ada orang kata, Kenapa tak p? kan di IPlah permulaan kerjaya kamu..kamu kena raihkannya...kena hargai dengan menghadiri hari Konvo itu.. Aku hanya mampu tersenyum.. kalau aku beritahu sebab musabab nanti rasa diri ini minta simpati.. Aku dah muak dah menjelaskan kepada mereka2 (aku tak salahkan mereka) lagi2 mereka2 yang selalu bertanya "bila nak belanja?" "Bila nak bawa keta baru" ... wargh....rasa kesian diri ini...dah masuk bulan 3 2009 soalan masih sama untuk jawapan yang sama..sapa tak heran kan..... Huh...tak palah terlepaslah aku segala beban kerja walaupun ada terasa diri ini tidak dipercayai...??????.....

Setelah apa yang telah kita lalui, laluilah hari bersejarah ini sebagai kenangan terindah anda. Kerana aku tak mampu menjadikannya yang terindah dalam kenangan Ku. Aku hanya mampu semoga semuanya berjalan dengan baik dan anda rasa gembira pada hari itu. Kepada rakan seperjuangan yang pantas dan laju....selamat menghadapi temuduga SPP 26 Mac 2009 ini.. Tahniah kerana anda diKurniakan jalan yang mudah dan pantas melebihi kami2 ini....


Apapun biarlah aku menceriakan diri ku dengan memaparkan gambar konvo doulu - doulu kala ini....

Saturday, February 14, 2009

Pembelajaran aktiviti seumur hidup No. 1



PENGENALAN

Pembelajaran ialah suatu aktiviti seumur hidup. Pembelaran berlaku secara sedar dalam keadaan formal dan secara tidak langsung melalui pengalaman. Pembelajaran meliputi pelbagai kemahiran, iaitu daripada pengetahuan mengenai fakta-fakta mudah kepada kemahiran dalam prosedur yang kompleks. Adakalanya pembelajaran itu berlaku dengan mudah manakala ada pula memerlukan usaha yang lebih. Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang kita tahu mengenai pembelajaran. Namun pembelajaran merupakan suatu proses yang kompleks. Hasil pembelajaran dalam prestasi manusia biasanya dapat diperhatikan tetapi proses pembelajaran adalah kurang nyata atau jelas.

Oleh itu, pelbagai jenis teori telah dikembangkan untuk menerangkan proses pembelajaran. Teori-teori ini meliputi perspektif, andaian dan kepercayaan yang berlainan tentang pembelajaran.






BAHAGIAN A : KONSEP PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran boleh difahami sebagai satu proses yang menghasilkan perubahan tingkahlaku seseorang individu, iaitu sebagai satu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi.

Pembelajaran juga membawa maksud satu proses memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkah laku seseorang individu itu juga akan turut berubah.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.
Prinsip-prinsip Pembelajaran

Prinsip-prinsip pembelajaran sebenarnya merujuk kepada dasar-dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Berikut ialah antara prinsip-prinsip tersebut :

1) Kesediaan belajar

Apabila seseorang murid telah bersedia dari segi mental untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran akan berlaku dengan cepat. Bagi mmenjamin pembelajaran yang berkesan, seseorang murid hendaklah mencapai kesediaan kognitif (mental), kesediaan afektif (sikap dan minat) dan kesediaan psikomotor (koordinasi otot-otot dengan otak).

2) Pengalaman

Sejajar dengan prinsip ‘belajar melalui membuat’, murid-murid hendaklah digalakkan untuk menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa. Setelah mengalami sesuatu, hasil pembelajaran adalah lebih kekal dalam ingatan.

3) Keseronokan

Sekiranya murid bersara seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan lebih mudah diingati. Apabila seseorang guru memberi pujian atau hadiah kepada murid-murid kerana hasil yang baik, pembelajaran efektif akan berlaku. Murid-murid akan terus berusaha untuk memperolehi hasil pembelajaran yang sama.



4) Motivasi

Apabila seseorang terdorong untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran itu adalah lebih berkesan. Dia akan mendengar serta memerhatikan tunjuk ajar itu dengan lebih teliti lagi.

5) Pengulangan

Sesuatu pengetahuan atau kemahiran, setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep-konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.

6) Peneguhan

Peneguhan memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya ia diteguhkan. Guru boleh menggunakan pujian atau ganjaran untuk meneguhkan tingkah laku yang diingini.

BAHAGIAN B : TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA KE ATAS TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri sesorang individu yang disebabkan oleh pengalamannya. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap individu sejak dilahirkan.

Antara tokoh-tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli psikologi pelaziman klasik Ivan Pavlov dan ahli pelaziman operan yang terdiri daripada E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov, terdapat beberapa konsep yang diambil kira iaitu:-

a) Penguasaan

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.
b) Generalisasi

Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

c) Diskriminasi

Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

d) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.


BIBLIOGRAFI

BUKU
Amir Awang, 1989, Teori-teori Pembelajaran, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan I (Psikologi Perkembangan), Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan II, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan III, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 1999, Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,
Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002, Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris
INTERNET
Mastery learning. 2000. (atas talian)
            http://www.gwu.edu/~tip/mastery.html (12 Disember 2000).
http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent1.html

http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent2a.html

http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/PSYCHHistory.html

www.geocities.com/guruvalah/psikologi_belajar.pdf

*****Artikel ini hanyalah hasil tugasan saya semasa di IPG. Diposkan hanya untuk tujuan akademik sahaja.
***** Copy paste hanya diberikan setelah diberi kebenaran

Monday, November 24, 2008

Isu - Isu Pendidikan Khas

PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN:
ISU - ISU DALAM PERLAKSANAANNYA

Program Sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKB) bukan lagi satu perkara baru Negara kita. Program ini telah wujud pada tahun 1988 dan kelas sekolah peringkat menengah dibuka pada tahun 1995. Di Negari Sabah, PKBP telah ditubuhkan pada tahun 1989 dan SK Bukit Padang selaku sekolah perintis. Penubuhan sekolah intergrasi PKBP ini selaras dengan usaha Jabatan Pendidikan Khas (JPK) dalam menyediakan kemudahan pendidikan bagi murid berkeperluan khas sejajar dengan deklarasi antarabangsa yang telah Malaysia tandatangani. Pada keseluruhannya, deklarasi tersebut menyarankan agar negara-negara di dunia yang menjadikan kanak-kanak cacat sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan Negara. Serta menyarankan agar kanak-kanak tersebut diberi hak samarata dalam pendidikan dan ibubapa mereka diberi hak menentukan jenis pendidikan sesuai untuk anak mereka. Keperihatainan pihak kerajaan juga boleh dilihat melalui kelulusan peruntukan elaun RM50 daripada RM25 bagi kanak-kanak berkeperluan khas yang ditempatkan di pusat dalam komuniti. Dalam Teras 4 dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga memperlihatkan kesungguhan pihak kerajaan membantu kanak-kanak ini iaitu merapatkan jurang pendidikan antara pelajar normal dengan berkeperluan khas berdasarkan kesesuaian dan keperluan mereka. Antara langkah yang diambil dalam memastikan keberjayaan PIPP ini, pihak Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Jabatan Pelajaran Negeri telah berusaha membangunkan dan membuka sekolah Intregrasi Pendidikan Sekolah, Pendidikan Masalah Pendengaran dan juga Sekolah Khas Masalah Penglihatan. Perluasan pembukaan Sekolah Pendidikan Khas terutamnya PKBP, adalah satu sesuatu yang perlu dipandang positif selaian daripada memperlihatkan kesungguhan pihak Kementerian Pelajaran Malaysia, ia juga memperlihatkan tahap kesedaran ibubapa dan juga masyarakat di Malaysia terhadap keperluan pendidikan dikalangan anak mereka dan peluang - peluang yang telah disediakan pihak berwajib.

Pertambahan kesedaran masyarakat terutamanya ibubapa terhadap pendidikan anak mereka secara tidak lansung meningkatnya jumlah murid di sekolah - sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Dalam konteks sebagai seorang guru, perlu memberi peluang kepada kanak-kanak itu untuk ke sekolah dan belajar sepertimana rakan sebaya yang lain. Adalah menjadi tanggungjawab seorang guru bagi memastikan anak muridnya mencapai tahap akademik sepertimana kemampuan serta kesungguhan murid tersebut. Merancang pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan keperluan murid berkeperluan khas adalah sudah menjadi tanggungjawab guru. Sungguhpun begitu, satu - satu proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tidak boleh hanya bergantung kepada faktor kesungguhan guru dalam pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah semata-mata. Berdasarkan pengalaman Pelatih, terdapat banyak faktor lain yang mempengaruhi keberkesanaan penyampaian pembelajaran terhadap murid berkeperluan khas.

Umum mengetahui bahawa Program Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) di Negara kita masih lagi dalam fasa perkembangan dan pemurnian perlaksanaannya. Ini bermakna banyak perkara yang perlu dipelajarai dan diperbaiki. Hasil daripada pemerhatian dan pembacaan Pelatih, selama tempoh fasa perkembangan PKBP ini, walaupun tahap kesedaran semakin meningkat dikalangan ibubapa dan pihak lain terhadap keperluan kanak-kanak berkeperluan khas, namun ada segelintir manusia menganggapnya memenuhi keperluan kanak - kanak ini adalah pilihan terakhir. Isu sokongan daripada pihak pengurusan dan pentadbiran sekolah adalah sangat penting dalam sesebuah sekolah Intergrasi Pendidikan Khas Bermsalah Pembelajaran memandangkan pihak inilah yang paling hampir dengan program pendidikan khas. Masalah pihak pentadbiran yang masih kurang memberi sokongan kepada program PKBP bukan sahaja menjadi masalah beberapa buah sekolah malah mencakupi beberapa sekolah lain di Semenanjung Malaysia. Kurangnya sokongan pihak pentadbiran boleh dilihat dari segi layanan pihak pentadbir terhadap guru dan murid pendidikan khas sebagai golongan kelas kedua, kurangnya peruntukan kewangan serta sikap kurang senang pihak pentadbir apabila murid pendidikan khas mengikuti peperiksaan awam di mana ia akan menjatuhkan graf peperiksaan awam sekolah. Dalam menangani isu ini, perlunya ada program pendedahan Pogram Pendidikan Khas terutamanya Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dikalangan semua pihak pentadbir terutamanya bagi sekolah-sekolah yang baru membuka program ini dan juga pihak pentadbir yang baru berkecimpung dalam dunia pendidikan khas tertamanya Guru Besar atau Pengetua sekolah. Berdasarkan pendedahan itu, persefahaman pengurusan penyelaras pendidikan dan Guru Besar / Pengetua akan menjadi lebih baik. Dialog diantara guru pendidikan khas, Guru Besar/Pengetua dengan Pihak Jabatan Pendidikan Khas secara berterusan adalah perlu bagi memantapkan lagi persefahaman tersebut selain daripada penyampaian maklumat adalah lebih telus dan terkini.
Aspek pembangunan fizikal sesebuah sekolah yang tidak mengikut keperluan murid pendidikan khas juga dilihat sebagai isu oleh Pelatih. Isu ini boleh dilihat pada sekolah-sekolah lama dan juga pembukaan program PKBP semata-mata untuk memenuhi keperluan pertambahan murid di sesebuah kawasan sekolah itu. Bagi Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran di sekolah yang ditempatkan Pelatih, secara fizikalnya boleh dilihat adalah masalah ruang. Ruang yang diperuntukan adalah satu baris blok bangunan sekolah di mana setiap satu kelas atau lebih dikenali sebagai stesen menempkan tiga buah ‘kelas’ yang setiapnya terdiri daripada enam hinggah lapan orang murid. Bilangan murid dalam satu stesen adalah kurang sesuai dan agak sesak bagi murid pendidikan khas bermasalah pembelajaran yang mana ada diantara mereka mengalami masalah Hiperaktif, ADHD dan bermasalah emosi. Murid – murid seperti ini memerlukan satu ruang yang agak luas bagi membantu mereka dari segi perkembangan emosi serta perubahan tingkah-laku mereka. Berdasarkan pengalaman Pelatih semasa proses pengajaran dan pembelajaran, ruang yang terhad sedikit sebanyak membataskan bukan sahaja pergerakaan murid malah pergerakkan Pelatih. Batasan pergerakkan ini tidak memberi ruang dan peluang kepada murid untuk melakukan aktivit pergerakkan dalam bilik darjah. Contohnya, Pelatih ingin membuat pertandingan secara berkumpulan dalam menyiapkan latih tubi matematik di papan putih. Aktiviti seperti ini bukan sahaja menyeronokkan murid kerana murid perlu bergerak tetapi meriah dengan sorakkan rakan lain.

Masalah lain yang timbul ekoran daripada isu ruang terhad ialah gangguan pembelajaran dari kelas/kumpulan lain dalam bilik darjah yang sama. Tumpuan Pelatih tidak hanya kepada murid yang sepatutnya Pelatih ajar pada waktu itu, malah Pelatih terpaksa memberi perhatian juga kepada kelas/kumpulan murid lain dalam bilik darjah tersebut sekiranya guru yang sepatutnya lewat atau tidak masuk mengajar. Selain itu, gangguan juga berlaku apabila ketiga-tiga guru mengajar  murid masing – masing pada masa yang sama apatah lagi apabila melibatkan bahan bantu mengajar seperti radio atau alat muzik. Dan ini juga menyebabkan tumpuan murid Pelatih bukan sahaja kepada Pelatih tetapi juga guru di sebelah atau meraka akan bermain dan berkomunikasi dengan rakan sebelah meja. Bagi mengurangkan gangguan – ganguan seperti di atas, Pelatih akan membawa murid ke bilik resos sekiranya Pelatih akan menggunakan radio atau alat muzik atau ingin melaksanakan aktiviti permainan.
            Kesediaan guru dalam membentuk kemahiran, kecekapan dan latihan dalam menangani murid berkeperluan khas ini juga sering menjadi isu sesetengah ibubapa  terutamanya golongan berpelajaran tinggi. Pada umunya ibubapa meyimpan harapan yang terlalu tinggi untuk anak mereka dan mengharapkan sesuatu hasil yang terbaik dalam tempoh yang singkat. Menurut pemerhatian Pelatih, kebanyakkan guru-guru pendidikan khas di mana Pelatih ditempatkan adalah guru yang begitu komited pada tugas mendidik murid mereka. Cuma kekangannya adalah ada diantara guru tersebut dan termasuklah Pelatih kurang berkemahiran atau tidak tahu bagaimana menangani atau menyediakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang lebih spesifik kepada masalah pembelajaran yang lebih spesifik bagi setiap murid tersebut. Ini kerana kebanyakkan guru yang sudah lama mengajar terdiri daripada mereka yang bukan opsyen pendidikan khas dan hanya mengikuti  beberapa kursus di awal penglibatan mereka dalam program ini. Kurangnya alat bantu mengajar yang sesuai serta boleh mengembangkan kemahiran murid juga boleh menjadi faktor kelewatan penerimaan murid terhadap pembelajaran. Pada kebiasaannya guru hanya menggunakan pendekatan seperti mana murid kelas perdana cuma tahap pengajaran direndahkan sesuai dengan murid. Pendekatan latih tubi ini sesuai bagi dikalangan murid yang sudah boleh memegang pensel, mengenal nombor atau huruf asas. Bagaimna dengan murid yang tidak berupaya memegang pensel atau bercakap sekali pun. Contohnya seorang murid Autisma yang hanya dengan dunianya. Tidak mahu terlibat lansung dalam sebarang aktiviti pembelajaran dan datang ke sekolah hanya kerana dihantar oleh ibubapa dan juga sudah menjadi kebiasaanya bangun setiap pagi dan ke sekolah. Pelatih dapati tidak banyak alat bantu mengajar yang sesuai untuk murid seperti ini yang terdapat di sekolah. Ada pun tidak dapat dimanfaatkan sepenuhnya kerana kurang kemahiran menggunakannya. Sehubungan dengan itu, Pelatih atas inisiatif sendiri mencari maklumat alat bantu mengajar yang sesuai digunakan terhadap murid autisma. Antara alat bantu mengajar yang biasanya digunakan di Barat atau pihak – pihak Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) untuk kanak – kanak Autisma ialah Applied Behavior Analysis (ABA) dan Picture Exchange Communication System (PECS). Untuk membelinya adalah diluar kemampuan Pelatih. Oleh itu pelatih membuatnya sendiri dan untuk permulaan Pelatih hanya membuat yang mudah sahaja dan melibatkan kos yang rendah. Selain itu, Pelatih juga ada menyarankan kepada guru-guru lain serta ibubapa murid. 
            Bagi memastikan kemahiran serta pengetahuan setiap guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran adalah bersifat ‘up to date’ tehadap bidang mereka. Selain daripada inisiatif guru itu sendiri perlu mencari maklumat dan kemahiran diri, pihak Jabatan Pendidikan Khas juga perlu peka terhadap keperluan guru – guru tersebut. Selain menambah dana penganjuran kurusus sumber manusia dalam negeri, pihak JPK  juga perlu membawa guru – guru untuk ke luar Negara yang sudah lama dan mahir dalam bidang pendidikan khas ini.  Lawatan keluar Negara adalah lebih bermakna sekiranya melibatkan guru pendidikan khas kerana merekala yang terlibat secara lansung terhadap pengurusan murid ini. Tambahan pengalaman lansung adalah lebih praktikal berbanding hanya mendapat banyangan daripada pihak lain. Jabatan Pendidikan Khas juga perlu berperanan dalam menambah - baikkan Dasar Pendidikan Khas atau pekililing yang berkenaan. Adalah tidak mustahil Pendidikan Khas akan memiliki aktanya sendiri seperti mana di Amerika, Individual of Disability Education Act, 2004.
            Sepertimana JPK, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pusat Pengurusan Daerah bukan sahaja perlu lebih peka terhadap keperluan kursus dikalangan guru pendidikan khas. Malah bersifat selektif terhadap pemilihan dan penempatan guru untuk guru pendidikan khas ini. Menjadi seorang guru pendidikan khas bermasalah pembelajaran tidak semudah disangka. Selain daripada sabar dengan karenah murid, guru terbut juga perlu berinisiatif dan lebih kreatif untuk menjadikan satu-satu proses pengajaran dan pembelajaran itu berkesan dan memberi makna kepada murid. Sokongan bersepadu daripada sekolah itu sendiri juga memberi kesan kepada motivasi kerja guru. Selain pihak pentadbir sekolah menganjurkan perkembangan staf, pihak sekolah juga perlu membina dan menggalakkan jaringan dikalangan pentadbir, guru biasa dengan guru pendidikan khas.
            Kurang atau tidak wujudnya perkongsian pintar diantara pihak Sekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran dengan Pihak Bukan Kerajaan (NGO) seperti The National Autism Society of Malaysia (NASOM), KIWANIS, Sri Mengasih serta pihak swasta yang lain menyebabkan sekolah-sekolah tersebut adalah tidak setanding dengan kemudahan, infrastuktur serta kemahiran yang mereka miliki. Pihak NASOM misalnya sebuah NGO yang pakar dalam melatih kanak-kanak Autisme yang pada kebiasaanya alat mereka lebih canggih dan terbaru. Perkongsian kepakaran dan maklumat diantara pihak NGO dengan Jabatan Pendididkan khas atau Jabatan Pelajaran Negeri boleh membantu dalam mengurangkan masalah kekurangan kepakaran serta kekurangan bahan mengajar di sekolah-sekolah khas.  Perkongsian secara berterusan ini juga perlu bagi pihak sekolah atau Jabatan Pendidikan Negeri mendapatkan maklumat untuk memberikan alternatif kepada ibubapa dalam menempatkan anak mereka ke pusat latihan di NGO. Ini kerana terdapat beberapa ibubapa hanya melihat sekolah – sekolah kerajaan sebagai tempat mereka menyekolahkan anak mereka sedangkan anak mereka memerlukan lebih perhatian serta terapi pertuturan atau pergerakkan.
            Apa yang dilihat Pelatih, kebergantungan 100% ibubapa atau penjaga murid kepada pihak sekolah dalam mendidik anak mereka adalah satu perkara yang melambatkan proses penerimaan pembelajarajan murid. Berbeza dengan sesetengah ibubapa / penjaga yang prihatin seperti mengajar anak mereka semasa di rumah atau menghantar anak mereka ke NGO setelah pulang sekolah, perkembangan anak mereka adalah lebih baik. Ini berikutan pihak guru tidak memiliki kepelbagaian kemahiran atau multidiscipline seperti menangani masalah pertuturan atau terapi pergerakkan. Masalah pertuturan yang tidak diatasi akan menjadi masalah semasa sesi pembelajaran seperti dalam Mata Pembelajaran Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Sikap menyerahan anak – anak mereka sepenuhnya dibawah jagaan sekolah dan menganggap sekolah seperti pusat jagaan kanak-kanak adalah perlu dikikis. Pelatih juga melihat ada dikalangan ibubapa yang memandang rendah akan peranan dan profesion sebagai guru pendidikan khas. Sikap sebegini akan memburukkan hubungan kedua - dua pihak dan secara tidak lansung akan memberi kesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana secara psikologinya guru akan mula kurang bermotivasi dalam pengajarannya. Justeru itu, kedua – dua pihak iaitu pihak guru dan juga ibubapa perlu bersikap professional akan peranan masing – masing dan perlu ada “give and take”. Pihak Jabatan Pendidikan Khas, Jabatan Pendidikan Negeri, sekolah dan pihak Bukan Kerajaan perlu bekerjasama dalam memberi pendedahan kepada ibubapa/penjaga berhubung dengan permasalahan anak – anak mereka. Ilmu penting untuk kesemua pihak memahami fungsi dan peranan masing – masing dan tidak menyalahkan serta mengharapkan orang lain semata – mata. Keterlibatan ibubapa dalam program yang dianjurkan sekolah bukan sahaja memperlihatkan mereka diperlukan di sekolah tetapi juga satu usaha dalam membina hubungan yang baik.
            Kepelbagaian kecacatan yang dialami murid juga bukan sahaja banyak mempengaruhi kesediaan murid dalam menerima pembelajaran malah juga melibatkan kemahiran guru itu sendiri. Harus difahami bahawa kepelbagaian kecacatan merangkumi maslah sensori, neorologi, psikologi dan tingkah – laku  dalam diri seorang murid. Tidak untuk menafikan hak murid tersebut untuk belajar, namun gak sukar bagi seorang guru yang terhad kemahirannya untuk membimbing murid yang mengalami kepelbagaian yang pelbagai dan melebihi saeorang dalam satu – satu masa. Contohnya seorang guru hanya mahir dalam masalah pembelajaran murid tetapi tidak mahir dalam masalah perubahan tingkah – laku atau masalah pertuturan murid. Adalah perkara yang sukar untuk mencapai objektif pembelajaran sekiranya masalah utama tidak diatasi. Bagi mengatasi masalah murid ini diperingkat sekolah, beberapa orang guru perlu memberi tumpuan kepada murid ini dalam satu – satu waktu. Namun perlu diingat memberi tumpuan khusus kepada seorang akan menyebabkan rakan – rakan lain terabai.
            Berhubung dengan isu murid bermasalah pembelajaran menduduki peperiksaan awam, ada dikalangan sekolah kurang senang akan keadaan tersebut. Ini kerana murid pendidikan khas ini akan menjatuhkan statistik markah peperiksaan awam sekolah dan sekaligus memburukkan prestasi sekolah. Oleh itu, murid pendidikan khas tidak perlu  mengambil peperiksaan awam memandangkan perkara ini juga tidak wajib untuk mereka. Berbeza dengan di sekolah Pelatih ditempatkan, masalah ini tidak timbul berikutan pihak sekolah mengadakan dua pusat peperiksaan. Di mana ia membezakan pusat peperiksaan awam murid – murid bermasalah pembelajaran dan juga murid – murid perdana. Walaubagaimanapun, apa yang ingin Pelatih timbulkan ialah soalan peperiksaan awam yang diduduki oleh murid pendidikan khas dengan murid perdana adalah sama. Ini adalah tidak adil bagi murid pendidikan khas kerana umum mengetahui tahap akademik mereka. Murid ini akan mengalami masalah pada kebanyakkan soalan yang melibatkan penyelesaian masalah.
            Penyediaan keperluan pendidikan yang khusus dikalangan murid pendidikan khas adalah merupakan satu cabaran bukan sahaja di pihak Jabatan Pendidikan Khas malah melibatkan semua pihak yang memikul amanah menyediakan pendidikan untuk murid – murid ini. Komitmen  serta kerjasama daripada semua pihak dalam memabantu dari segi perancangan serta perlaksanaan program – program Jabatan Pendidikan Khas merupakan perkara utama dalam memastika ianya berjaya.  Ini kerana mendidik murid  berkeperluan khas ini bukanlah mudah kerana mereka memerlukan set persekitaran yang kondusif bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari segi nilai - nilai  kemanusiaan. Usahasama daripada semua pihak ini seperti pihak yang mempunyai sarjana dalam pendidikan kanak – kanak  istimewa seperti tenaga pengajar Institut Pendidikan Tinggi (IPT), Institut Pendidikan Guru (IPG) serta pihak – pihak berpengalaman seperi Badan Bukan Kerajaan (NGO) tentunya akan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat terhadap pendidikan ini dan setanding dengan  di luar negara.

Rujukan: Daripada pelbagai sumber
****Hasil tugasan masa studi duuuuuulu****

Sunday, November 23, 2008

Bahagian Pendidikan Khas


Daripada Jabatan Pendidikan Khas ditukar kepada Bahagian Pendidikan Khas? Baru malam ini terperasan perubahan ni.. itupun setelah menjelajah ke Forum yg disediakan... Surat terakhir dari 'JPK' pada 10 November 2009 yang saya terima masih menggunakan Letter Head JPK so, saya masih sangkakan 'JPK' adalah masih JPK..
Entry ini cuma untuk berkongsi pengetahuan kepada kawan - kawan yang belum tahu.. untuk memudahkan urusan kelak. dan juga sedikit jawapan kepada beberapa persoalan dan perkara mudah tapi sepertinya disukarkan. Mungkin kerana perubahan ini punca apa yang kami alami sekarang.. Apa nak jadi.......pelaksana sistem yang sangat sistematik..
Selaras denga Misi dan Visi... marilah kita bersama - sama membina kemerlangan insan istimewa kegemilangan bersama.
Pengurusan Tertinggi Bahagian Pendidikan Khas 2008


http://apps2.emoe.gov.my/jpkhas/index.php?option=com_content&view=article&id=78:pengurusantertinggi&catid=42:so&Itemid=105

Wednesday, October 8, 2008

Mana Surat Perlantikan Kami ?




Salam..
Apalah nasib ni... bukan Aku menyesali nasib Aku..kerana Ku tahu banyak lagi yang macam Aku.. Bak kata KU kami tadi Masalah seluruh Malaysia... Itu ja? Bukan itu ja jawapannya... Tapi kenapa ia jadi masalah? Bukan kami tidak bersyukur apa yang ada ... cuma Kamu fikirlah... ini tahun 2008..kenapa masih ada lagi...eeerrgghhhh... Kami dah 18 bulan pemegang status GDL! Dalam tempoh 18 bulan itu kami ulang - alik tempat bertugas (Sekolah) dan IPG... 18 bulan Kami hidup dalam dua alam! Bukan nak mengira tapi toolonglah fikir...Kenapa 'perkhidmatan' untuk kami dibezakan dengan rakan - rakan lepasan KPLI sepenuh masa sedangkan kami diberi elaun yang sama rata...?
Sekarang kami berada dalam status yang kurang jelas... Ada diantara kami :
i. dipaksa ke sekolah
ii. nak ke x nak p sekolah suka hati..
iii. Mana - mana aja...
iiii. Tak payalah p sekolah, tunggu ja surat lantikann..nanti dah ada baru ke sekolah.. kesian kamu tiada duit..
Ada juga diantara Kami ke sekolah dengan relah hati... katanya.."siapa nak ajar murid Aku kalau Aku tak p sekolah ?" Allahuakbar...sungguh murni Si Kawan ini....
Ada yang pergi sekolah dengan separah berat hati.. ya lah...siapa nak bayar sewa rumah ? Nak bayar duit minyak? Makan minum? (Tak kisah sebenarnya jika Kami diberi kata dua kata yang kami akan diberi sara hidup atau diberi kata tiga kata yg mengatakan kami tak perlu pergi bertugas... kan bagus lagi pi toreh getah...hehheheheheh :-) ... )

Sunday, October 5, 2008

Program KPLI Mode LPBS : Satu Tinjauan Terhadap Permasalahan dan Cabarannya

ABSTRAK KAJIAN PENYELIDIKAN 2006
Institut Perguruan Tuanku Bainun
____________________________________________
Pelaksanaan Program KPLI Mod LPBS Sekolah Rendah :
Satu Tinjauan Terhadap Permasalahan dan Cabarannya

MOHD KHALIL BIN MOHD YUSOFF &
NOOR MIZA BT ABDUL RAHMAN
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Perguruan Tuanku Bainun


Kajian ini bertujuan meninjau permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh guru pelatih KPLI Mod LPBS dalam melaksanakan Program KPLI Mod LPBS di sekolah rendah. Aspek yang ditumpukan ialah (i) Kuliah / Masa (ii) Pengajaran dan pembelajaran (iii) Bebanan Tugas (iv) Jadual Waktu dan (v) Komponen Perancangan dan pelaksanaan (Menggunakan Borang PR1 dan PR2). Sampel yang dipilih seramai 12 orang yang terdiri daripada 4 orang guru pelatih, 4 orang guru pembimbing dan 4 orang pensyarah pembimbing. Rekabentuk kajian melibatkan pemerhatian, temubual dan analisis dokumen. Dapatan kajian menunjukkan guru pelatih menghadapi pelbagai masalah semasa mereka berada di sekolah seperti dalam aspek pengetahuan dan kefahaman terhadap P & P yang masih lemah, masalah peruntukan waktu mengajar, kuliah semasa cuti tidak banyak membantu, bebanan tugas yang banyak dan dilemma antara mengikuti kehendak sekolah (PPD / JPN) dan keperluan IPG. Di samping itu bimbingan pensyarah pembimbing didapati tidak banyak membantu. Guru pembimbing pula berasa rendah diri kerana kelulusan akademik mereka lebih rendah daripada guru pelatih KPLI. Terdapat juga pentadbir sekolah yang berasa tercabar dengan kehadiran guru pelatih KPLI dan memandang negatif kepada mereka. Permasalahan ini dikusutkan lagi kerana pentadbir sekolah sendiri kurang jelas tentang status guru pelatih yang ditempatkan. Akhirnya beberapa cadangan untuk menambahbaikkan pelaksanaan Program KPLI Mod LPBS di sekolah rendah dinyatakan.

Sumber : http://www.iptb.edu.my/rnd/abstrak06.htm

Tuesday, August 19, 2008

Rekreasi dan Pend. Jasmani Suaian

Pendidikan Jasmani Suaian

Definisi dan Konsep

  • Murid PK memerlukan pendekatan berbeza mengikut kemampuan mereka.
  • Peluang sama dengan rakan sebaya yang lain.
  • Fasiliti yang sesuai dengan keadaan mereka.

Kepentingan

  • Dapat meningkatkan aspek kehidupan murid PK :- perkembangan diri yg lebih baik ke arah kedewasaan yang mantap.
  • Program Pend. Jasmani yg teratur dapat memberi sumbangan kepada kesesuaian pertumbuhan jasmani hinggah akhir hayat.
  • PJK tempat murid2 ini meluahkan / mengekspresikan emosi.
  • Menggalakkan perasaan harga diri serta menimbulkan imej diri positif.

Perancangan

  • Penyertaan murid PK dan juga pengubahsuain yang sesuai dengan keperluan murid PK.

Perlaksanaan

  • Mengikut kebolehan, keperluan dan tahap mana yang bersesuaian dengan persekitaran yg melibatkan aktiviti fizikal.
  • Faktor2 yg boleh diambil kira dalam membina penyesuaian kanak2 kurang upaya:-

    Menggunakan semua pancaindera.

  • Teknik meransang sistem pancaindera.

  • Terangkan secara verbal dan demo.

  • Terangkan secara verbal, sentuh atau gerakkan anggota badan murid PK.


  • 1.4.2 Gunakan Analisa Tugasan

. Format 'task analysis' perlu dipraktikkan

. Mulakan dengan pergerakkan pertama yang diperlukan dan aktiviti

. Beri klu yang membolehkan murid2 PK meneruskan aktiviti.


  • 1.4.3 Uahsuai bahan

    . Yang perlu dan sesuai.

    . Bina sempadan kawasan

    . Ubah halangan2 yg ada utk pergerakkan yg selesa.


    1.4.4 Tempat

    . Sesuai ikut keupayaan

    . Kawasan selamat.

    . Adil semasa pertukaran atau pemilihan tempat.


    1.4.5 Masa Penglibatan

    . Suaikan masa dengan keupayaan.

    . Beri rehat.


    1.4.6 Ubahsuai peraturan

    .peraturan boleh ditukar

    . Cth boleh berjalan wpun sepatutnya perlu berlari. Boleh menggunakan satu tangan dll.


    1.4.7 Ubahsuai peralatan

    1.4.8 Beli alatan keperluan khas

    1.4.9 Mengawasi Keperluan perubatan

    1.4.10 Mengubah suai cara pengajaran.


    1.5 Garis Panduan

    1.5.1 fokus kepada kemahiran yang perlu dibina

    1.5.2 Hubungkait aktiviti latihan fizikal ini dgn acara semasa sekolah.

    1.5.3 Sediakan perancangan mengikut kesesuaian individu.


    TAJUK 2: AKTIVITI REKREASI

    2.1 Perkhemahan

  • Aktiviti luar yn memberi byk penegtahuan latihan dan pengalaman kpd seseorg. Merupakan penerokaan yang dialami seacara lansung oleh para peserta.
  • Mestilah dilaksanakan melalui beberapa prosedur dan perancangan teliti :- penyusunan aktiviti, logistik, pengangkutan, keselamatan, kebajikan dll.


    2.1.1 Tujuan Perkhemahan

  1. Memberi latihan kecekapan pancaindera
  2. Memberi pengalaman baru
  3. Menikmati keindahan alam
  4. Melatih semangat tabah dan sabar menghadapi kesusahan
  5. Mempraktikkan sistem sekawan
  6. Menanam dan menyburkan kegemaran


    2.1.2 Kaedah Perkhemahan

  7. Penerangan / Taklimat
  8. Simulasi dan tunjuk ajar cara (Demo)
  9. Perbincangan antara sekawan/sepasukan
  10. Persembahan
  11. Membuat laporan


    2.1.3 Pemilihan Tapak Perkhemahan

  12. Mudah mendapatkan bekalan air dan kayu
  13. Mudah dihubungi dengan kenderaan
  14. Mudah mendapat bekalan makanan
  15. Kawasan yang bersih dan selamat
  16. Hampir dengan penempatan dan mudah mendapat bantuan
  17. Kawasan yang bercerun landai


    2.1.4 Surat - menyurat / Borang Berkaitan

  18. Surat kebenaran daripada JPN
  19. Surat kebenaran ibubapa murid
  20. Surat kebenaran ketua Kampung/penghulu
  21. Surat meminta polis meronda dan mengawal kawasan kem
  22. Surat kepada jurulatih/fasilitator
  23. Surat jemputan kepada tetamu khas
  24. Surat ucapan terima kasih/penghargaan
  25. Borang kesihatan
  26. Borang aduan


    2.1.5 Akhir Perkhemahan

  27. Tempat perkhemahan dibersihkan
  28. Jika menggunakan bangunan org, eloklah memangil tuan punya utk melihat sebelum keluar
  29. Pastikan murid - murid khas pulang ke pangkuan ibubapa
  30. Surat terima kasih kepada orang luar.



    2.2 Berkuda

    2.2.1 Objektif Menunggang Kuda

  • Menanam sifat yakin diri dan keberanian. Disiplin dan membentuk imej.
  • Pendedahan kpd kehidupan luar. Boleh berinteraksi dgn masyarakat luar.
  • Tanam sikap tanggungjawab dan menghormati.

    2.2.2 keperluan Program Berkuda

  • Membantu membentuk pergerakkan dan kekuatan anggota.

    2.2.3 Bagaimana Program ini dijalankan

  • Perkenalkan apa itu kuda. Ajar mendekati kuda dan tempat2 yang selamat berdiri dekat dgn kuda.
  • Mengenali peralatan asas seperti pengekang, ladam, tali kekang, pelana, lilitan dan rakap.
  • Cara - cara menaiki kuda dgn selamat. Bawa murid keliling arena utk memahami rentak pergerakkan kuda.
  • Cara turun dari kuda dgn selamat.


    2.3 Berenang

  • Kawasan paling dalam 1 meter.


    2.3.1 Objektif

  • wujud kerjasama dan hidroterapi
  • Peluang sama dgn murid yg normal


    2.3.2 Panduan Keselamatan

  • Ketidakuapayaan Fizikal
  • Ketidakupayaan Intelektual





MODUL 1/3 Unit 1/2 Psikologi Pendidikan

TEORI PEMBELAJARAN

KONSEP PSIKOLOGI DAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Konsep Psikologi.

  • KAJIAN SAINTIFIK TINGKAH LAKU MANUSIA DAN PROSES MENTAL
  • Whittaber William (1960) = Kajian saintifik tingkah laku dan aktiviti manusia.
  • Baron (1989) = Kajian saintifik tingkah laku manusia dan proses mental
  • Cambridge International Dict. = kajian saintifik mengenai cara manusia berfikir dan pengaruhnya terhadap tingkah laku atau pengaruh peribadi individu terhadap tingkah lakunya.


KONSEP PENDIDIKAN

  • Dewey : proses memperbaiki keadaan manusia.
  • Milton : Pendidikan menyeluruh membolehkan seseorg bertindak secara adil, terlatih dan bertimbangrasa dalam tugasan.
  • Langford: aktiviti yg mempunyai matlamat yg prktikal dan berbeza dari aktiviti yg mempunyai matlamat berdasarkan teori.
  • SATU PROSES LATIHAN DAN AKTIVITI UTK MEMBENTUK TINGKAH LAKU.
  • Pendapat Pendidik secara umum:
  • I - Bentuk persekolahan formal - aktiviti p&p dirancang oleh pakar
  • Ii - Proses perkembangan - Mental, fizikal, sosial dan emosi.
  • Iii - Proses berterusan - Peluang belajar sepanjang hayat
  • Iv - Proses bersepadu dan mencapai matlamat.


KEPENTINGAN PENDIDIKAN PSIKOLOGI

  • Menggambarkan, menerangkan, mengawal dan meramal tingkah laku
  • Sbg panduan penyediaan PnP
  • Tahu hubungan psikologi dan pendidikan
  • Dapat Memahami perkembangan murid
  • Dapat mengaplikasikannya dalam proses PnP.



FITRAH MANUSIA

Prinsip Pertumbuhan dan Perkembangan

U - Berlaku daripada umum kepada khusus.

R - Menunjukkan peningkatan kerumitan

B - Berlaku pada kadar yang berbeza

T- Mengikut tertib

A - Berlaku secara beransur - ansur

Konsep Pertumbuhan dan Perkembangan.

Pertumbuhan.

  • Perubahan Kualitatif - -boleh ukur
  • Perubahan fizikal.


    Perkembangan

  • Perubahan Kuantitatif dan kualitatif
  • Berlaku secara berterusan kepada manusia.

    Teori PerKembangan

  • Teori Kematangan Gesell
  • Perkembangan berlaku secara dalaman


    Faktor2 Mempengaruhi Perkembangan

  1. Kontrevesi baka dan persekitaran
  • Baka: perkemb. Diwarisi sejak lahir
  • Persekitaran - pengalaman sejak lahir


TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF PIAGET

- terdapat 4 tahap perkembangan


  1. Deria Motor
  2. Pra Operasi
  3. Operasi Konkrit
  4. Operasi Formal



  • Konsep Teori Piaget
  • Organisasi

    Proses berterusan menyusun maklumat dan pengalaman ke sistem atau kategori.

  • Adaptasi
    • Menyesuaikan diri dgn dua cara

r asimilorsi

\ akomodasi

  • Equblirasi : Proses penyesuaian.


TEORI PERKEMBANGAN PSIKOSOSIAL ERIKSON

  • Perkembangan individu berlaku pd bbrp peringkat dgn matlamat, kebimbangan, pencapaian dan bahaya.


Peringkat

Anggran umur

Ciri - ciri

Kepercayaan VS ketidak percayaan

0 - 1 1/2 tahun

  • Bayi menjalankan hubungan kasih sayang dan kepercayaan kepada pengasuh atau membentuk perasaan tidak percaya.

Autonomi VS malu/ ragu

1 1/2 tahun - 3 tahun

  • Kanak2 mengerah tenaganya utk perkembangan fizikal.
  • Boleh belajar mengawal tetapi mungkin membentuk perasaan malu atau ragu jika tidak diuruskan.

Inisiatif VS Perasaan Bersalah

3 - 6 thn

  • Kanak - kanak menjadi lebih mendesak tetapi bila melampau akan menimbulkan persaan bersalah.

Ketekunan Vs rendah diri

6 - 12 tahun

  • Mesti manghadapi pembelajaran baru atau terpaksa menghadapi perasaan rendah diri.

Indentiti VS kekeliruan Identiti

12 - 18 thn

  • Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam kerjaya, peranan jantina, politidk dan agama.

Kerapatan VS Pengasingan

18 - 35 thn

  • Dewasa membina hubungan atau terasing

Generativiti VS Pemusatan Kendiri

35 - 60 thn

  • Stp jalan itk memuaskan hati dan menyokon generasi akan datang

Kesepaduan VS putus asa

60 - akhir hayat

  • Perasaan diterima oleh masyarakat atau kepuasan


TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORIS

TEORI PEMEBELAJARAN KOGNITIF

  • Pembelajaran berdasrkan persekitaran

TEORI PEMEBELAJARAN SOSIAL

Pelaziman Klasik (PAVLOV)

  • Ransangan baru timbul bersama dengan ransangan tak terlazim

    TEORI PEMBELAJARAN HUMANISTIK

  • Abraham Maslow dan Carl Rogers
  • Murid bermoivasi secara semulajadi utk belajar dgn syarat pengalaman pengalaman pndidikan adalah bermakna.


Pelaziman

Pelaziman Operan (Skinner)

  • Ransangan dgn ganjaran

TEORI KONSTRUKTISME

  • ilmu yg dibina adalah berdasarkan kepada interaksi sosial, alat budaya dan aktiviti yg membentuk pembinaaan dan pembelajaran individu.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.