Friday, November 20, 2020

ADHD: Anak saya dah kenapa ni ?

Akhir-akhir ini, istilah ADHD semakin mendapat perhatian dalam kalangan masyarakat. Masyarakat mula mencari maklumat berkaitan dengan ADHD dalam pelbagai medium termasuklah media sosial, guru di sekolah, rakan atau saudara terdekat dan juga daripada pengamal perubatan. Ini menunjukkan masyarakat semakin cakna terhadap yang berkaitan dengan ADHD. 

Menurut Bekley, pada awalnya para sarjana memberikan pelbagai penjelasaan berkaitan dengan ADHD. Bagaiamanapun, disimpulkan bahawa ADHD adalah kondisi medikal yang melibatkan biologikal, psikologikal dan persekitaran. Individu ADHD mengalami perkembangan otak dan aktiviti otak yang berbeza yang memberi kesan sepanjang hayat dalam kehidupan seharian. 

Keadaan ADHD ini memberi kesan terhadap individu ADHD ketika di sekolah, rumah mahupun dalam perhubungan sesama orang lain. dan akan berterusan sampai usia dewasa. Memahami ADHD itu sendiri merupakan salah-satu tindakan bagaimana hendak mengurus kesan ADHD dan invdidu yang mengalami ADHD.

Simptom ADHD semakin jelas kelihatan dalam kalangan kanak-kanak pada ketika kanak-kanak mula bersekolah. Ini kerana kanak-kanak dalam proses transisi antara rutin dirumah dengan situasi baru di di sekolah yang ada peraturan untuk dipatuhi. 

Adalah perkara biasa apabila seseorang kanak-kanak itu sukar memberi perhatian, sukar mengikut araha, sukar duduk diam atau sukar menunggu giliran. Namun bagi kanak-kanak ADHD, kesukaran adalah berlipat ganda dan kerap menghadapi kesukaran tersebut. 

Kanak-kanak ADHD memiliki ciri tersendiri. Kanak-kanak dengan ADHD boleh menunjukan tanda daripada satu, dua atau kesemua daripada tiga kategori ADHD. 

  • Inattentive. Kanak-kanak ini memiliki daya tumpuan mudah terganggu dan sukar memberi tumpuan, fokus dan kekal dalam tugasnya. Kelihatan tidak memberi perhatian pada arahan, sering kehilangan/ tidak ingat barang peribadi dan suka berkhayal.
  • Hiperaktif. Terlalu aktif, kelihatan gelisah dan cepat bosan. Bertindak kasar, suka memanjat, melompat serta menganggu rakan tanpa makna. 
  • Impulsif. Kanak-kanak ini, bertindak laju sebelum berfikir. Sering menyampuk, merebut atau menolak dan sukar menunggu. Melakukan sesuatu tanpa izin, mengambil barang rakan dan melakukan sesuatu berisiko.

           Sungguhpun kanak-kanak yang kelihatan aktif, gelisah, berkhayal atau suka menyampuk, tidak bermakna kanak-kanak tersebut mengalami ADHD terutamanya ada usia sebelum persekolahan. Namun, bila keadaan ADHD berterusan pada usia prasekolah dan berlaku di lebih dari satu situasi seperti di rumah, sekolah, ketika bersama rakan sebaya, ia mungkin ADHD. Maka, tindakan seterusnya perlu diambil oleh ibubapa. Apakah tindakan tersebut ? Bersambung...............












    

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.