Showing posts with label Sana Sini Pendidikan Khas. Show all posts
Showing posts with label Sana Sini Pendidikan Khas. Show all posts

Thursday, February 14, 2019

SAYA INSPEKTOR AZMAN

Sedang kami bersarapan di kantin, kami didatangi oleh Max. Kelihatan mukanya agak serius. Persis polis yang sedang bertugas.  Ditenungnya kami yang duduk di meja itu satu-persatu seolah-olah kami telah melakukan kesalahan. Saya yang masih guru baru ketika itu ada sedikit rasa janggal berbeza dengan rakan sekerja yang lain. Mereka meneruskan sarapan dan perbualan tanpa peduli. 

        “Hei, saya polis!” sedikit keras suaranya. Saya memandang rakan l lain, riak wajah bertukar. Riak menanyakan 'apa yang sedang berlaku'.

          “Max, ini cikgu. Cikgu Hai. Tidak boleh cakap begitu, cakap bagus-bagus,” Cikgu Ramlah merungkai soal saat itu. 

            “Ini Max, dia memang begitu Hai. Adalah yang dia tidak puas hati tu. Ada kawan dia buli dia kali. Tapi, dia ni yang banyak membuli kawan.. atau ada sahaja halnya...kadang kami layan, kadang kami penat dah layan...” terang Cikgu Ramlah.

            Max masih tercegat di situ.

        “Max, polis?” soal saya. Mudahan cara respon yang kena dihatinya.

            “Ya, saya polis. Inspektor Azman, gerak-gerak khas,”

            “Oh, saya Cikgu Hai,” jawab saya. Saya menyabut salam Max. 

Thursday, August 6, 2009

Aktiviti PKBP

Sukan Mini Special Olympics Kota Kinabalu ke 11 telah berlansung di Stadium Penampang pada 2 Ogos 2009 bersamaan hari Ahad. Acara bermula sewal 7.30 a.m dan berakhir 3.30 p.m. Seramai 16 kontinjen terlibat dalam sukan tahunan ini. Dan tahun ini kontinjen yang terlibat adalah meningkat berbanding tahun - tahun sebelumnya. Untuk tahun ini, seramai 13 buah sekolah intergrasi, sebuah pusat komuniti (PDK Ranau) dan dua buah NGO yang terlibat.
Manakala Majlis Perasmian berlansung pada jam 9.00 a.m yang telah dirasmikan oleh Ketua Sektor, Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas. Dalam ucapan beliau, beliau ada menyatakan bahawa golongan istimewa ini juga punya keinginan, kemahuan dan impian seperti mana orang biasa seperti berkahwin, bekerja, belajar mahupun bersukan. Sehubungan dengan itu adalah tanggungjawab kita untuk menyediakan peluang itu dan InsyaALLAH Allah mempermudahkan usaha murni kita. Beliau juga mengucapkan tahniah JK Sukan Mini Special Olympics kerana mampu mengumpulkan 16 kontinjen dalam kejohanan seumpama ini.
Sebelum itu, dalam ucapan Pengerusi SO Kota Kinabalu, beliau ada menyatakan bahawa Sukan SO peringkat KK ini merupakan platform untuk pemilihan atlit untuk Sukan Special Olympics peringkat seterusnya.
”let me win, but I cannot win let me brave the attempt”.Align Center

Sambutan Israk Mikraj Peringkat Pendidikan Khas.
Aktiviti ini dilaksanakan bagi memberi peluang kepada murid - murid PKBP tahu akan sambutan - sambutan penting lain selain Hari Raya bagi umat Islam selain memberi pendedahan kepada murid2 ini ttg apa itu Israk Mikraj dan kisah disebaliknya. Akiviti yang dilaksanakan ialah ceramah Israk Mikraj dan kuiz untuk murid2 Islam. Manakala murid bukan Islam diadakan pertandingan mewarna pada masa yang sama. Selepas itu, aktiviti bacaan Surah Yassin secara beramai2, murid dan guru2 PK.
Dalam ucapan GB, beliau sangat berbangga atas usaha Bidang Kerohanian dan Nilai-nilai Murni melaksanakan program sebegini. Ini bukan sahaja memberi peluang kepada murid PK mengetahui Israk Mikraj malah, aktiviti sebegini juga merupakan aktiviti pembelajaran bukan dalam bilik darjah yang lebih praktikal untuk murid sebegini. Semoga usaha murni ini akan diteruskan untuk masa hadapan.

Perlantikan Pengawas Murid Pendidikan Khas.

Sunday, March 15, 2009

Program Kami Cinta Rasulullah s.a.w


7 Mac 2009 (Sabtu) yang lalu, seramai 15 orang murid beragama Islam pendidikan khas sekitar Kota Kinabalu yang memenangi pertandingan mewarna poster Kami Cinta Rasulullah telah hadir ke Majlis Program "Kami Cinta Rasulullah s.a.w" sempena Sambutan Maulidur rasul s.a.w peringkat Negeri Tahun 1430H/2009M di Dewan Hadhari, Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah. Majlis ini dirasmikan oleh Y.B Datuk Hj. Nasir Tun Hj. Sakaran, Menteri di Jabatan Ketua Menteri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk, Sambutan Maulidur Rasul s.a.w Tahun 1430H/2009M Peringkat Negeri Sabah.

Dengan kesempatan yang diberi ini (menggantikan Ustazah A), saya berpeluang berkenalan dengan ibubapa murid dari sekolah lain selain bertemu semula dengan ibubapa bekas murid SKBP.
Saya amat terharu dan bersyukur dengan sokongan ibubapa murid pendidikan khas ini yang begitu supportive terhadap apa - apa program yang dianjurkan oleh anak mereka. Aktiviti sebegini sebenarnya baik untuk mempertingkatkan kemahiran interaksi dan sosial murid - murid pendidikan khas. Ini kerana mereka berpeluang terlibat sama dalam progam - program yang dianjurkan oleh masyarakat luar dan masyarakat juga mengenali mereka dan bisa menerima mereka.
Semoga sambutan dan sokongan ibubapa ini tidak berhenti pada hari tersebut. InsyaAllah banyak lagi program seumpama ini akan dianjurkan yang memberlukan keterlibatan kanak - kanak istimewa ini.
******* Ya Allah semoga anak - anak ini sentiasa dalam keadaan sihat sejahtera. Semoga kasih - sayang aku terhadap mereka tidak akan luntur hanya kerana tekanan orang dewasa disekililing ku.. Bantulah aku membina kasih ini..Bantulah aku menyemarak sayang ini..Bantulah aku memperkasahkan cinta ini...

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.