Showing posts with label Special Olympics (SO KK). Show all posts
Showing posts with label Special Olympics (SO KK). Show all posts

Sunday, April 26, 2009

Minggu Ke - 2 Kursus Awal Kejurulatihan Bola Sepak.


Others Picture Plz Visit and just click SK Kolombong
Mungkin ada yang bertanya apa kaitan kursus ni dengan pendidikan khas? Untuk makluman anda kursus awalan kejurulatihan ini dianjurkan oleh Special Olympics Kota Kinabalu. Di mana Jawatan Kuasa Kerja kebanyakkan terdiri daripada mereka yang terlibat dalam pendidikan khas dan itulah kaitannya.
Bagaimanapun, kursus ini terbuka kepada sesiapa. Cuma sedikit peluang kepada guru2 PK memandang guru PK ini sendiri yang minta kerana mereka terlibat dengan melatih murid PK untuk perlawanan Soccer.
Apapun banyak perkara yang telah aku pelajari... Antaranya kena 60% - 40% dalam menjaringkan gol. Ini bermakna aku berpeluang mengalahkan si lelaki-lelaki itu. :-).

Monday, April 20, 2009

Belajar untuk mengajar...

Kursus Asas Kejurulatihan Bola Sepak.

Tarikh: 18,19 & 26, 26 April 2009

Tempat: SK Kolombong

Anjuran : Special Olympics Kota Kinabalu (SOKK)

Okay... Gambar di bawah ini diambil daripada website SK Kolombong
So please click here for more info.
Gambar pada hari pertama... 8.30 a.m

Friday, April 17, 2009

Soccer 5-a-side Tournament

Peristiwa : Soccer 5-a-side Tournament
Penganjur : Special Olympics Kota Kinabalu (SOKK) bersama Kelas Pendidikan Khas (PKBP) SMK Tamparuli
Tarikh : 15 April 2009

Pengurus Pasukan PKBP SKBP: Cik
Jurulatih Pasukan PKBP SKBP : En.

Senarai Pemain PKBP SKBP :
1. Adi Izuddin bin Sigul
2. Stephan Leong Ah Luk
3. Chan Ka Chang
4. Sharul Ekmal Sajani
5. Imran Ismail Nizamuddin
6. Ag. Mohd Harmizan Abd Kahar
7. Eddy Tan Jian Rong
8. Shafieq Nathaneal Koa Kian Hua

Antara Sekolah PKBP yang terlibat :
Sekolah Menengah
1. SMK Bahang
2. SMK Arsyad Kota Belud
3. SMK Tamparuli

Sekolah Rendah
1. SK Kolombong
2. SK Kibabaig
3. SK Penampang
4. SK Pekan Kota Belud
5. SK Tamparuli

Keputusan : PKBP SK Bukit Padang vs PKBP SK Kibabaig = 0 - 5
PKBP SK Bukit Padang vs PKB SK Penampang = 4 - 0

Apapun keputusannya, pihak PKBP amat berbangga atas kesungguhan murid - murid bermain sebagai satu pasukan. Di sini kita boleh melihat dan mengasah bakat, keyakinan diri, interaksi mereka dengan rakan sepasukan mahupun lawan serta potensi mereka dalam bidang sukan.
Pihak PKBP amat berterima kasih kepada sokongan pihak pentadbir sekolah dan juga ibubapa murid yang terlibat. Sokongan ini sebenarnya bukan memberi motivasi kepada pihak guru PKBP untuk melaksanakan aktiviti luar bilik darjah malah, memberi peluang kepada murid - murid pendidikan khas mengikuti aktiviti p&p di luar bilik darjah dan yakin bahawa mereka diterima sepertimana rakan sebaya yang lain.
Sekolah - sekolah Pendidikan Khas, pusat - pusat pemulihan bukan kerajaan serta sekolah swasta yang berkaitan dengan golongan istimewa di Sabah dijemput untuk menyertai sebarang aktiviti yang dianjurkan samada oleh pihak Special Olympics Sabah, Special Olympics Kota Kinabalu mahupun jemputan daripada Special Olympics dari negara lain seperti Indonesia dan Singapura. Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) ini merupakan sebuah organisasi bukan untuk mencipta "nama" namun, sebagai platform untuk memberi peluang kepada golongan istimewa.

Semoga apa yang diusahakan mereka ini dipermudahkan urusan kehidupan mereka.

http://www.specialolympics.org/

Saturday, March 21, 2009

Special Olympics

What is Special Olmpics? Apa itu Special Olympic?
Special Olympics merupakan sebuah organisasi yang ditubuhkan khusus untuk membantu golongan kurang upaya intelektual untuk membangunkan keyakinan diri, kemahiran sosial dan potensi diri mereka. Antara lain aktivit organisasi ini ialah menganjurkan Special Olympics World Games yang diadakan dua tahun sekali berselang dengan Summer dan Winter Games.


Hehehehe... Aku bagi pengenalan sahaja ya... Maklumat lain dihujung jari ba.. so rajin2lah tanya Mr. Google..... link kat sini dan sini

*** Second time attend SO Meeting 21 mac 2009... Banyak aktiviti yang telah dirancang. Bagi aku bagus juga ada SO ni..coz apa yg aku perhatikan, selama aku involve dalam dunia PK ni, aktiviti sukan yang dirancang / dianjur untuk murid2 PK samada peringkat daerah atau peringkat negeri amatlah kurang melainkan aktiviti yg dianjurkan oleh SO KK / SO Sabah. Tahniah utk sukarelawan SO.***

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.