Tuesday, January 17, 2012

Diari 2011


 Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.

Pada malam ini Teacha amat terharu bila mengenangkan warna warni 2011 bersama kalian. Kita telah melepasi 2011 bersama sungguhpun ada beberapa perkara yang membuatkan Teacha rasa terkilan namun itu tidak mengapa…
2011… memperlihatkan peningkatan dalam kematangan Teacha setelah 2010 yang penuh dengan pembelajaran. 2011 banyak mengajar Teacha untuk lebih bersedia dan redha sahaja apa yang berlaku… redha menjadi  guru dan pembantu pengurusan kalian serta pentadbiran teratak kita…  Teacha tegal biasa bila kita ditinggal kerap kerana 2010 lebih kerap kita ditinggalkan…

Kenangan 2011…. Tengoklah gambar di atas…. yang mana satu kalian?  Dapat cam ?
Murid Teacha terdiri daripada yang agak sukar dikawal… jai bolehlah dikenalpasti melalui postur badan mereka semasa dipentas itu.

D >> menangis tidak mahu memakai topi dan mahu berjalan-jalan dipentas….tengok topinya di mana???

HY >>  nampak gembira. itu perkara biasa, sebab dia sangat gembira bila ‘terlepas’ daripada kebiasaanya… jadi harus juga dipegang bagi mengelak dia berlari2 di atas pentas atau membuntuti Teacha….

RY >> Tengoklah, meltdown dan tantrum diatas pentas….. kasihan penolong kanan nak kontrol dia…hehehe…..  dia suka lompat2….dan lompat2 untuk melepaskan diri daripada di pegang….

Nas >> Anak yang ikut cakap…. sememangnya pandai mendengar cakap atau ‘mata besar’ Teacha….. itu yang Teacha suka bawa dia ikut apa2 program sekolah / perkhemahan walau kadang2 terkencing……

Mk >> Juga meltdown ….. korang ni memang low profile tidak mahu bergambar…..

Kenapa lima orang sahaja yang graduasi hari itu ? Sebabnya hanya 5 orang sahaja yang bersetuju untuk ikut… 1 orang tidak bersetuju, H2 >> kalau datang pun terpaksalah Teacha mendukung..hohohohoh…., 1 orang belum cukup umur >>> my sweet girl V…

TeaCha di mana? >>> Teacha dah daripada pentas sebab perlu bersedia untuk slideseterusnya……. Teacha AJK multimedia dan persembahan slide… nasib baik PA sistem hotel sediakan org bertugas….
So, Teacha sangat berterima kasih kepada rakan-rakan dengan rela hati mengambil tempat  Teacha  ‘mengawal’ kalian…. Bukan sesuatu  sukar bagi bagi kawan2 Teacha yang lain sebab TeaCha telah ‘memperkenalkan’ fiil kalian pada mereka.
” Cikgu, mama dia ada cakap… susahnya saya tengok cikgu dia kawal budak2 ni…”  Bicara seorang bapa beberapa hari sesudah majlis itu….  TeaCha hanya mampu senyum….  Ada sesuatu yang tidak terluah dalam diri…. untuk diluah kepada ibubapa nanti membuka pekung bukan kerana ego…. ;-) .


Kenangan 2011…
Mk : Autisma >>> Memaksa Teacha menunggu hampir dua tahun baru dapat mendengar suara mu mengajuk kata Teacha….. perkakataan pertama “aiskrim”… dan perkataan itulah yang diulang2 sambil senyum2….. bahagia benar dia….apatah lagi TeaCha yg hampir 2 thn hanya mendengar tangisan dan teriakkan mu…. kadang menangis bak terrrrlalu sedih terlalu kecewa…tapi tidak pun berairmata….

Mula mendaftar pada tahun 2010 semasa umur 5 tahun. Bulan pertama bulan penyesuaian….hampir setiap hari meraung2…. entah kenapa… mungkin sukar menerima tempat baru…sebelumnya di PASTI. Teacha bak pengasuh berpengalaman…. untuk menenangkan Mk TeaCha ‘merangkul’ Mk di paha sehinggah diam….Alhamdulillah diam…perkara sama dilakukan untuk beberapa hari seterusnya…. Alhamdulillah menjadi berbanding hari sebelumnya saban pagi meraung….

Perkembangan Mk diakhir 2011 – sudah boleh menulis mengikut titik…. sudah boleh menyebut ‘aiskrim’ dan sudah boleh duduk dalam tempoh +- 5 minit tanpa 100% pengawasan individual.Untuk ke sekolah rendah….. terpulanglah pada pihak sekolah barunya…. Teacha rasa tahap kebersediaan Mk untuk duduk di SK masih jauh jika didasari oleh sasaran p&p KSSR….

Ry : Autisma >>> Memasuki prasPPkI dengan pengetahuan sedia ada yang amat tinggi tahapnya jika dibandingkan yang lain. Ry sudah boleh membaca perkataan mudah dalam bahasa Malaysia dan Bahasa InggerisSudah boleh menambah dan juga menulis dengan baik. Diawal persekolahannya sangat obses dengan logo – logo channel Astro. Pernah suatu hari datang seseorang bertanyakan tentang pra PPKI dan kebetulan mengeluarkan sampul bil Astro untuk menulis nombor telefon Teacha di atas sampul itu, Ry ingin merampas sampul itu dan meraung2 mahukan sampul surat itu… setelah diterangkan, diberilah sampul surat itu kepdanya Ry… Ry mengosakkan sampul itu dan hanya mengambil serpihan yang ada logo saluran2 di Astro…..
Lantai……….

***akan bersambung..

No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.