Friday, January 27, 2012

Si Cantik Yang ADHD

Tahun ini Teacha ada dua puteri yang cantik...  Satu Leesa yang didiagnostik ADHD dan satu lagi Veee yang didiagnostik Autisma.

Siapa yang diagnostik mereka ni? Bukan Teacha tau, bukan juga guru - guru yang lain... guru bukan pengamal perubatan mahupun orang yang layak mengesahkan seseorang murid itu Autisma / ADHD / Slow Learner dan seumpamanya... 

Untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak baik berlaku ke atas guru, usah sesekali berani melabelkan atau mengesahkan sendiri anak murid kita itu Autisma/ADHD/ dan seumpamnya.... guru hanya boleh membuat semakan / ujian awal dan doktor / pakar psikiatri yang sahkan. Yeelah, sekarang ini ibubapa murid semuanya tahap educated., nanti kena saman tau....  so jum kita berhati - hati ... ;-)

Bagi guru - guru khas mungkin kurang sikit risikonya. Cuma untuk guru - guru perdana yang kurang pendedahan bolehlah merujuk kepada guru - guru khas. Setidak pun kalau tidak guru khas di sekolah anda, anda boleh mencari senarai semak awal yang ada di internet ini.... belajarlah.... Ingat! Jangan nak label anak orang... ;-)

Si Cantik Leesa
Berbalik kepada Si Cantik Leesa. Sejuk saja mata memandang.... Macam mana nak mengendalikan Leesa dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran erk... Leesa umpamanya, suruh dan menyediakan dia buat kerja mengambil masa 10 minit, tumpuan untuk melaksanakan tugasaannya cuma 5 minit... Apapun itu sudah cukup baik. Alhamdulillah. 

Membina Sistem
Di peringkat persekolahan seorang ADHD agak 'kucar - kacir' (disorganized) sifatnya, di mana mereka belum dapat mengurus diri mereka. Seperti menjaga alat tulis mereka sendiri, menyimpan semula buku sendiri ke dalam bag.  

Sehubungan dengan itu, kerjasama ibubapa dan guru di sekolah amatlah perlu untuk membina satu sistem untuk anak ini. Seperti dalam membezakan buku mata pelajaran mereka dengan menggunakan kod warna. Kod warna dilekatkan di atas buku ( bagi kes anak yang belum boleh membaca). 

Begitu juga dengan 'menjaga' harta sendiri. Latih anak murid itu memiliki sebuah kotak pensil dan dalam kotak pensil itu harus dia pastikan sentiasa lengkap dengan alat tulis miliknya. Kerjasama dengan guru - guru lain juga perlu agar latihan ini dilaksanakan secara konsisten dan berkesan.

Kreatif dan Fleksibel
Memandangkan kurangnya tumpuan adalah salah satu isu besar untuk murid ADHD, aktiviti pengajaran dan pembelajaran untuk anak ADHD perlu kreatif dan fleksibel untuk mereka. Guru tidak seharusnya mengunci diri dengan kaedah p&p yang konservatif. 

Mungkin dalam satu kelas ada seorang sahaja ADHD, ada waktu kita boleh membenarkan murid itu menyiapkan tugasannya sambil dia berdiri atau berjalan - jalan... Lakukan perubahan tingkah laku ini secara berperingkat. Contohnya bermula dengan membenarkannya bergerak selama 8 minit ke 5 minit dan seterusnya. Asalkan dia tidak mengganngu yang lain dan boleh menyiapkan kerjanya...mengapa tidak...

Guru juga boleh menggunakan kaedah ICT dalam menarik tumpuannya. Jangankan murid ADHD, murid perdana juga mudah tertarik dengan p&p yang menggunakan ICT. Selain itu, guru boleh membacakan big book  dengan intonasi dan emosi.... ;-) . 

Tugasan Manipulatif
Jadikan mereka sibuk melaksanakan tugasannya. Dalam kes murid yang masih memerlukan kemahiran manipulatif, guru boleh membuatkan murid itu sibuk. Minta mereka menyiapkan satu kolaj bunga misalnya. Atau menyiapkan 10 utas gelang mutiara Sabah ( kalau mampu)... ;-)

Kontak Mata
Bagi memastikan tumpuannya pada p&p kita, murid ADHD boleh di dudukkan di tempat paling hadapan dan mungkin paling dekat dengan guru. Perkara ini bagi memastikan dia terasa sepertinya guru sentiasa mengawasinya. 

Sumber: 
1. Pengalaman
2. Internet


No comments:

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.