Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts
Showing posts with label Pengajaran dan Pembelajaran. Show all posts

Sunday, June 13, 2010

Terapi Air / Terapi Renang


Berenang... apakah kelebihan aktiviti renang kepada kanak - kanak khas terutamanya kanak - kanak autisma? Dan saya pernah ditanyakan dengan soalan "Apa kelebihan / guna aktiviti renang tu untuk murid pendidikan khas?" dan saya hanya mampu menjawab " penting untuk self confident murid".

Namun keperluan / kepentingan aktivti renang ini bukan setakat itu sahaja. Banyak yang perlu kita tahu terutamanya guru-guru untuk kita lebih aktif mengadakan rekreasi sambil belajar ini dan juga perlu ibubapa tahu untuk mereka faham kenapa dan mengapa mereka perlu memberi sokongan terhadap aktiviti yg dianjurkan sekolah. 


Berenang?
Kenapa  aktiviti / terapi / rekreasi renang ini perlu juga kepada kanak - kanak khas amnya dan kanak-kanak Autisma khasnya? Aktiviti berenang melibatkan pergerakkan otot atas dan bawah anggota badan. Aktiviti air boleh membantu memberi input terhadap proprioceptive (kecepatan mahupun kemampuan menerima ransangan) dan tactile (berkaitan dengan deria sentuhan) kanak-kanak autisma.    


Aktiviti berenang boleh membantu dalam perkembangan koordinasai otot tangan dan kaki serta sistem pernafasan kanak-kanak. Ini kerana melalui aktiviti berenang, kanak-kanak Autisma  perlu menggerakkan anggota badan mereka untuk membolehkan bergerakkan dalam air. 

Melalui aktiviti ini juga ia boleh membantu dalam meningkatkan sistem kognitif. Di mana dengan berenang, kanak-kanak perlu menggerakkan beberapa anggota badan atau sistem pernafasan dalam satu masa. Contohnya, kita perlu menggerakkan tangan dan kaki kita untuk membolehkan kita bergerak atau berjalan di atas air. Dengan latihan renang yang berterusan, kanak-kanak berupaya meselarikan keseimbangan gerakkan anggota badan dan sistem pernafasan untuk berada dalam keadan "stabil". 

Aktiviti renang juga membantu dalam relaksasi diri. Air dikatakan merupakan salah satu bahan terapi yang baik untuk relaksasi atau ketenangan emosi/diri seseorang. Kaedah ini mungkin dapat membantu dalam mempertingkatkan kemahiran pengawalan emosi kanak-kanak. Untuk kanak-kanak yang tidak suka air, aktiviti renang boleh dilakukan secara perlahan-lahan. Aktiviti/latihan boleh dilakukan di atas "daratan" sebelum secara perlahan-lahan kanak-kanak itu dibawa ke dalam air. 

Melalui aktiviti berenang juga dikatakan mampu membina yakin diri kanak-kanak. Memberi peluang kanak-kanak khas ini melakukan seperti mana rakan mereka yang lain sebenarnya mampu meningkatkan keyakinan diri mereka. Selain itu, inilah peluang mereka untuk mengenal dunia luar dan mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka samada sesama rakan, guru mahupun dengan orang sekitar kolam renang. Kalaupun kanak-kanak ini belum mampu berinteraksi dengan orang lain, sekurang-kurangnya mereka memahami arahan/instruksi visual yang disampaikan oleh instruktor. 


Pada keseluruhannya, berenang bukanlah rekreasi semata-mata. berenang juga merupakan satu aktiviti luar bilik darjah yang boleh membantu dalam perkembangan kemahiran motor kasar, motor halus, kemahiran sosialisasi dan juga membantu dalam pembinaan yakin diri kanak-kanak amnya dan kanak-kanak khas khususnya.  Bagaimanapun ia harus dilakukan dengan kaedah yang betul dan berterusan dan yang penting KERJASAMA diantara pihak PENTADBIRAN SEKOLAH, IBUBAPA, GURU DAN JUGA PIHAK TERTENTU seperti pusat akuatik, resort dan seumpamanya. 



*****Apa itu Autisma?
Autisme merupakan kecacatan perkembangan tegal (bahasa Inggerispervasive developmental disorder) yang melibatkan fungsi otak. Autisme dianggap sebagai sejenis kecacatanneurologi dan bukan kecacatan psikiatris (bahasa Inggerispsychiatric disorder) mudah, walaupun ciri-ciri biasa termasuk masalah dengan perhubungan sosial, dan komunikasi emosi, dan juga pola biasa berkaitan dengan minat, aktiviti dan perangai. Autisme juga melibatkan masalah dengan integrasi deria. Biasanya, autisme kelihatan pada usia awal tiga tahun. Dianggarkan bahawa autisme membabitkan dalam 2 hingga 6 kes setiap 1,000 orang, dan autisme 4 kali lebih kerap dalam kanak-kanak lelaki berbanding perempuan (dari "Autism Society of America":http://www.autism-society.org/site/PageServer ). *** wikipedia



SILA RUJUK DI DISINI


Saturday, February 14, 2009

Pembelajaran aktiviti seumur hidup No. 1



PENGENALAN

Pembelajaran ialah suatu aktiviti seumur hidup. Pembelaran berlaku secara sedar dalam keadaan formal dan secara tidak langsung melalui pengalaman. Pembelajaran meliputi pelbagai kemahiran, iaitu daripada pengetahuan mengenai fakta-fakta mudah kepada kemahiran dalam prosedur yang kompleks. Adakalanya pembelajaran itu berlaku dengan mudah manakala ada pula memerlukan usaha yang lebih. Ini merupakan sebahagian daripada perkara yang kita tahu mengenai pembelajaran. Namun pembelajaran merupakan suatu proses yang kompleks. Hasil pembelajaran dalam prestasi manusia biasanya dapat diperhatikan tetapi proses pembelajaran adalah kurang nyata atau jelas.

Oleh itu, pelbagai jenis teori telah dikembangkan untuk menerangkan proses pembelajaran. Teori-teori ini meliputi perspektif, andaian dan kepercayaan yang berlainan tentang pembelajaran.






BAHAGIAN A : KONSEP PEMBELAJARAN

Definisi Pembelajaran

Pembelajaran boleh difahami sebagai satu proses yang menghasilkan perubahan tingkahlaku seseorang individu, iaitu sebagai satu reaksi terhadap satu-satu keadaan yang dihadapi. Perubahan tingkah laku ini bukanlah disebabkan oleh kematangan atau faktor biologi.

Pembelajaran juga membawa maksud satu proses memperolehi pengetahuan, kemahiran, sikap dan nilai yang baru. Dengan pemerolehan perkara-perkara baru, tingkah laku seseorang individu itu juga akan turut berubah.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.

Proses Pembelajaran

Psikologi pembelajaran merupakan satu bidang sains yang masih baru, dan ahli-ahli psikologi tidak mula membuat kajian fenomena pembelajaran sehingga kira-kira 100 tahun dahulu. Semenjak itu, berbagai huraian tentang proses pembelajaran telah muncul.

a) Pembelajaran Sebagai Pemprosesan Maklumat

Psikologi kognitif memberi fokus kepada bagaimana manusia berfikir dan memproses maklumat yang diterima secara mental; dengan itu ia dirujuk sebagai teori pemprosesan maklumat.

Manusia mempelajari maklumat baru dengan mudah apabila mereka boleh mengaitkannya dengan sesuatu yang sudah mereka ketahui. Di samping itu, manusia mempelajari maklumat-maklumat baru dengan mudah jika mereka boleh mengaitkannya dengan struktur organisasi yang lebih umum (Rahil Mahyuddin dan Habibah Elias: 116).

b) Pembelajaran sebagai hasil pengalaman

Pembelajaran adalah hasil dari pengetahuan. Pengalaman sekolah pelajar terdiri daripada berbagai-bagai bentuk. Contohnya, memberi perhatian terhadap pengajaran guru dalam kelas, mendapat pujian kerana melaksanakan tugas dengan baik, melihat rakan-rakan bermain di padang sekolah. Sebagai guru, kita perlu membentuk pengalaman bilik darjah yang boleh memaksimumkan pembelajaran kemahiran dan matlamat untuk menjadikan pelajar anggota masyarakat yang produktif. Kita juga perlu menguasai supaya situasi yang menimbulkan tingkah laku yang tidak produktif atau kepercayaan yang tidak betul, dikurangkan.
Prinsip-prinsip Pembelajaran

Prinsip-prinsip pembelajaran sebenarnya merujuk kepada dasar-dasar yang menerangkan cara pembelajaran boleh berlaku secara berkesan. Berikut ialah antara prinsip-prinsip tersebut :

1) Kesediaan belajar

Apabila seseorang murid telah bersedia dari segi mental untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran akan berlaku dengan cepat. Bagi mmenjamin pembelajaran yang berkesan, seseorang murid hendaklah mencapai kesediaan kognitif (mental), kesediaan afektif (sikap dan minat) dan kesediaan psikomotor (koordinasi otot-otot dengan otak).

2) Pengalaman

Sejajar dengan prinsip ‘belajar melalui membuat’, murid-murid hendaklah digalakkan untuk menggunakan seberapa banyak organ derianya seperti mendengar, melihat, menyentuh, mencium dan merasa. Setelah mengalami sesuatu, hasil pembelajaran adalah lebih kekal dalam ingatan.

3) Keseronokan

Sekiranya murid bersara seronok ketika menjalankan sesuatu, perkara yang dialami akan lebih mudah diingati. Apabila seseorang guru memberi pujian atau hadiah kepada murid-murid kerana hasil yang baik, pembelajaran efektif akan berlaku. Murid-murid akan terus berusaha untuk memperolehi hasil pembelajaran yang sama.



4) Motivasi

Apabila seseorang terdorong untuk mempelajari sesuatu, pembelajaran itu adalah lebih berkesan. Dia akan mendengar serta memerhatikan tunjuk ajar itu dengan lebih teliti lagi.

5) Pengulangan

Sesuatu pengetahuan atau kemahiran, setelah dipelajari hendaklah diulang-ulang bagi menjamin kekekalan pembelajaran. Dengan itu, konsep-konsep yang dipelajari haruslah diulang kaji dari semasa ke semasa.

6) Peneguhan

Peneguhan memainkan peranan penting dalam pembelajaran. Keberkesanan pembelajaran akan meningkat sekiranya ia diteguhkan. Guru boleh menggunakan pujian atau ganjaran untuk meneguhkan tingkah laku yang diingini.

BAHAGIAN B : TEORI-TEORI PEMBELAJARAN DAN IMPLIKASINYA KE ATAS TEORI-TEORI PEMBELAJARAN

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISME

Teori ini dikenali umum dengan aliran mazhab tingkah laku yang mengutamakan pembelajaran kemahiran tertentu khususnya kemahiran fizikal. Menurut ahli-ahli psikologi behavioris, pembelajaran adalah perubahan yang berlaku dalam diri sesorang individu yang disebabkan oleh pengalamannya. Proses pembelajaran ini dilalui oleh setiap individu sejak dilahirkan.

Antara tokoh-tokoh behavioris yang terkemuka ialah ahli psikologi pelaziman klasik Ivan Pavlov dan ahli pelaziman operan yang terdiri daripada E.L. Thorndike dan B.F. Skinner.

TEORI PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Menurut Pavlov (1894), setiap rangsangan akan menimbulkan gerakbalas. Perkaitan antara ransangan dan gerakbalas akan mewujudkan proses pembelajaran. Mengikut teori ini setiap rangsangan akan menghasilkan gerakbalas. Gerakbalas ialah tingkahlaku yang timbul kesan daripada rangsangan. Rangsangan pula ialah tenaga yang menimbulkan gerakbalas.

Contohnya, apabila guru memberikan arahan supaya murid berdiri, maka murid dengan cepat akan berdiri. Arahan ialah rangsangan, manakala tindakan berdiri ialah gerakbalas. Hasil daripada kajiannya, Pavlov berpendapat bahawa pembelajaran boleh berlaku kesan daripada kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas. Pembelajaran yang berlaku melalui perkaitan tersebut dinamakan sebagai pelaziman dan pembelajaran yang berlaku akibat dua ransangan ini dikenali sebagai pelaziman klasik.

Dalam proses pembelajaran dan pengajaran melalui prinsip pelaziman klasik yang dikemukakan oleh Pavlov, terdapat beberapa konsep yang diambil kira iaitu:-

a) Penguasaan

Penguasaan atau bagaimana organisme mempelajari sesuatu gerak balas atau respons baru berlaku berperingkat-peringkat. Juga lebih kerap organisme itu mencuba, lebih kukuh penguasaan berkenaan.
b) Generalisasi

Generalisasi bermaksud ransangan yang sama akan menghasilkan tindakbalas yang sama. Misalnya, Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia akan diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi akan diadakan kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain. Jadi kerisauan dalam Kimia telah digeneralisasikan ke dalam Biologi.

c) Diskriminasi

Berlaku apabila individu bertindakbalas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak pada ransangan yang lain.

d) Penghapusan

Penghapusan berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.

IMPLIKASI TEORI PAVLOV KE ATAS PENGAJARAN DAN
PEMBELAJARAN

Daripada teori ini, guru perlu sedar bahawa rangsangan dan gerakbalas mempunyai kaitan yang boleh dilazimkan atau dipelajari.Kaitan antara rangsangan dengan gerakbalas dapat diperkukuhkan melalui latihan. Semakin kerap rangsangan itu dikaitkan dengan sesuatu gerakbalas, semakin kukuh gerakbalas terlazim itu. Contohnya, apabila guru memberi pujian (rangsangan) setiap kali murid mendapat hasil yang baik (gerakbalas), maka gerakbalas itu menghasilkan sesuatu yang baik dan berterusan.

Dalam pembelajaran, penghapusan boleh berlaku jika peneguhan tidak diberikan. Ini bermakna, sekiranya sesuatu tingkahlaku tidak diperkukuhkan melalui ganjaran, tingkahlaku itu mungkin akan terhapus begitu sahaja. Konsep pemulihan serta-merta juga dapat membantu seseorang guru meningkatkan keberkesanan pembelajaran.


BIBLIOGRAFI

BUKU
Amir Awang, 1989, Teori-teori Pembelajaran, Petaling Jaya : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan I (Psikologi Perkembangan), Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan II, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Ee Ah Meng, 1997, Psikologi Pendidikan III, Shah Alam : Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Rahil Mahyuddin & Habibah Elias, 1999, Psikologi Pendidikan Untuk Perguruan,
Ramlah Jantan & Mahani Razali, 2002, Psikologi Pendidikan, Pendekatan Kontemporari, Tanjung Malim : Universiti Pendidikan Sultan Idris
INTERNET
Mastery learning. 2000. (atas talian)
            http://www.gwu.edu/~tip/mastery.html (12 Disember 2000).
http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent1.html

http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/psychlearncontent2a.html

http://www.homestead.com/PEOPLELEARN/PSYCHHistory.html

www.geocities.com/guruvalah/psikologi_belajar.pdf

*****Artikel ini hanyalah hasil tugasan saya semasa di IPG. Diposkan hanya untuk tujuan akademik sahaja.
***** Copy paste hanya diberikan setelah diberi kebenaran

Tuesday, February 10, 2009

Ekspresikan Emosi Mu...

Minggu kedua Bulan Februari.

Kehadiran murid kelas ku kelihatannya kurang memuaskan. Paling ramai yang hadir 65orang daripada 8 orang. Ini belum masuk kes ibubapa yang hantar anak mereka lewat dari jam sepatutnya. Antara alasan yang diberikan ialah demam..samada anak demam atau mak bapa yang demam (so, tiada orang lain yang menghantar anak mereka). Aku sebagai guru menerima apa sahaja alasan munasabah ibubapa / penjaga anak - anak murid ku ini. Tambahan pula sudah jelas yang anak - anak murid ku ini kebanyakkannya demam. Ada yang hingus meleleh, ada yang dah kehijauan, ada yang batuk2..bersin dll. Bagi mengelakkan ia akan berjangkit kepada murid yang lain adalah lebih baik mereka cuti kan?

Kehadiran yang kurang memuaskan ini sebenarnya ada kebaikannya. Satu dari segi kesihatan dan kedua dari segi tumpuan aku. Dengan bilangan murid yang sedikit aku boleh memberi tumpuan yang lebih sedikit kepada mereka secara individu. Dengan tumpuan "individu", perlaksanaan aktiviti p&p adalah lebih baik untuk mereka (Ini bukan bermakna sekiranya bilangan murid ramai aktiviti p&p tidak berkesan cuma kanak2 khas lebih sesuai pendekatan indvidu). Aku lebih mudah mengawal tingkah laku murid2 ini dan mereka kurang berpeluang untuk melepaskan diri daripada melaksanakan tugasan yang diberi.

Bagaimanapun, bilangan murid yang sedikit bukanlah satu jalan yang praktikal buat masa ini jika dilihat kepada keadaan kelas pendidikan khas serta bilangan murid yang ada di sekolah ku (dan aku yakin begitu juga di sekolah2 umum yang lain). Pendekatan apa yang sesuai untuk mengurus tingkah laku murid disamping mengharapkan mereka mengikuti aktiviti p&p dengan lebih bermakna? Sehinggah kini aku masih mencari dan mengkaji dan perlukan bantuan dan idea daripada anda...

Penggunaan ICT yang saya dan guru "partner" ku amalkan buat masa ini banyak membantu "mententeramkan" dan membuatkan murid2 ku ini mengikuti aktiviti p&p. Kelihatannya mereka seronok apabila gabungan audio dan visual dimasukkan dalam aktiviti p&p berbanding cara "default".. Biasanya kami akan menayangkan video kartun seperti Tom & Jerry, Upin & Ipin dan video2 lain yang bersesuain yang boleh menimbulkan emosi/ekspresi. Sepanjang pemerhatian kami, aku boleh bahagikan mereka kepada tiga kelompok (murid hanya lapan org yang 7 drpdnya tidak boleh bertutur dan kemahiran motor halus lemah & pengurusan tingkah laku perlukan perhatian)
Kelompok 1. Boleh menunjukkan emosi serta merta. Ketawa dengan menonton cerita lucu. Ini bermakna mereka memahami apa yang mereka lihat.
Kelompok 2. Lambat memberi respon/menunjukkan emosi. Mungkin kerana otak mereka memerlukan masa yang lama untuk memproses maklumat yang diterima.
Kelompok 3. Tidak menunjukkan sebarang emosi. Terikat dengan dunianya sendiri / tidak memahami apa yang ditonton.

*****Menunjukkan minat mereka menonton video, tanpa diberi arahan (seperti pada awalnnya) mereka secara spontan akan menyusun kerusi masing2 didepan layar.. :-) )

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.