Hari OKU Sedunia pada tahun 2018 membawa tema “Memperkasakan golongan OKU dan menjamin inklusitif dan kesamaan- rataan.” Menurut United Nation (UN), tema pada tahun 2018 ini memberi fokus kepada memperkasakan golongan OKU dalam perkembangan program inklusif, kesama- rataan dan kemampanan dalam mencapai Agenda 2030 untuk Perkembangan Kemapanan. Malaysia dalam usaha merialisasikan Agenda 2030 telah merangka dan melaksanakan program kelestarian perkhidmatan untuk golongan kurang upaya (OKU) ini. Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat laporan kepada United Nation progress pelaksanaan Agenda 2030,(SINGH n.d.). Majlis OKU Kebangsaan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti akan menyelia pelaksanaan polisi nasional dan merancang aktiviti berkaitan OKU. Majlis ini juga bertanggunjawab mencadangkan perkara berkaitan OKU seperti kesihatan OKU, kebajikan OKU, pemulihan OKU daan seumpamanya.
Aku sedang belajar. Belajar melihat, memerhati, menilai, menrefleksi dan melaksana semuanya tentang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Thursday, February 14, 2019
‘ZERO REJECT POLISI’ DAN AMALAN KOLABORASI DI PROGRAM PENDIDIKAN KHAS INTEGRASI (PPKI).
Hari OKU Sedunia pada tahun 2018 membawa tema “Memperkasakan golongan OKU dan menjamin inklusitif dan kesamaan- rataan.” Menurut United Nation (UN), tema pada tahun 2018 ini memberi fokus kepada memperkasakan golongan OKU dalam perkembangan program inklusif, kesama- rataan dan kemampanan dalam mencapai Agenda 2030 untuk Perkembangan Kemapanan. Malaysia dalam usaha merialisasikan Agenda 2030 telah merangka dan melaksanakan program kelestarian perkhidmatan untuk golongan kurang upaya (OKU) ini. Malaysia melalui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah membuat laporan kepada United Nation progress pelaksanaan Agenda 2030,(SINGH n.d.). Majlis OKU Kebangsaan yang ditubuhkan pada 2008 dan dipengerusikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti akan menyelia pelaksanaan polisi nasional dan merancang aktiviti berkaitan OKU. Majlis ini juga bertanggunjawab mencadangkan perkara berkaitan OKU seperti kesihatan OKU, kebajikan OKU, pemulihan OKU daan seumpamanya.
Tuesday, February 16, 2010
Dasar - Dasar dan Pengenalan Pendidikan Khas
- Akta Pendidikan 1996, Bab 8.
- Akta Pendidikan ( Pindaan) 2002
- Peraturan-Peraturan Pendidikan ( Pendidikan Khas ) 1987
- Keputusan Jawatankuasa Dasar, Kementerian Pelajaran Malaysia [ Jawatankuasa Perancang Pendidikan (JPP), Mesyuarat Pengurusan Kementerian Pelajaran Malaysia, Jawatankuasa Kurikulum Pusat (JKP) dan Mesyuarat Pengurusan Jabatan Pendidikan Khas 1.
- Deklarasi Antarabangsa:
- Union Nation's World Programme Of Action Concerning Disabled Persons (1983).
- The World's Declaration On Education for All (1990).
- The United Nation's Standard Rules On the Equalisation of Opportunities for Person With Disabilities (1993).
- The Framework For Action on Special Needs Eduvation ( Salamanca Statement) 1984.
- Biwako Millennium Framework For Action Towards an Inclusive -- Barrier - Free and Rights - Based Society for Persons with Disabilities in Asia and the Pacific ( 2002 ).
PROGRAM PENDIDIKAN KHAS KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA Program Pendidikan Khas Kementerian Pelajaran Malaysia dilaksanakan melalui:
1. Sekolah Khas bagi murid bermasalah pendengaran dan penglihatan.
2. Program Pendidikan Khas Integrasi untuk murid-murid berkeperluan khas bermasalah pembelajaran, bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan. Program ini diwujudkan di sekolah harian biasa rendah dan menengah Berta sekolah menengah teknik / vokasional yang menggunakan pendekatan pengajaran pembelajaran secara pengasingan dan separa inklusif.
Pada masa kini Program Sekolah Pendidikan Khas ditadbir sepenuhnya oleh Bahagian Pendidikan Khas ( lihat Rajah 1 ), Program Pendidikan Khas Integrasi dan Program Pemulihan Khas pula ditadbir sepenuhnya oleh Jabatan Pelajaran Negeri, manakala Program Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional ditadbir oleh Bahagian Pendidikan Teknikal.
Bahagian Pendidikan Khas adalah bertanggungjawab sepenuhnya terhadap perkara - perkara yang berkaitan dengan dasar dan pengisian bagi Program Pendidikan Khas.
TEMPOH BELAJAR
- Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah rendah adalah enam (6) tahun.
- Tempoh belajar minimum bagi murid-murid berkeperluan khas di sekolah menengah adalah lima (5) tahun.
Tempoh ini boleh dilanjutkan hingga dua (2) tahun maksimum di mana -mana peringkat iaitu sama ada sekolah rendah atau sekolah menengah mengikut keperluan murid berkenaan ( Pekeliling lkhtisas Bit. 16 / 2002 )
KURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Kurikulum yang diguna pakai di sekolah-sekolah pendidikan khas dan Program Pendidikan Khas Integrasi ialah Kurikulum Kebangsaan yang diubahsuai mengikut kecacatan murid dan kurikulum alternatif :
Kurikulum alternatif yang diguna pakai bagi murid-murid pendidikan khas adalah:
- Kurikulum latihan industry yang disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan ( MLVK).
- Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas.
KOKURIKULUM PROGRAM PENDIDIKAN KHAS
Murid Pendidikan Khas menjalankan aktiviti kokurikulum seperti murid biasa di arus perdana. Aktiviti ini dijalankan adalah bertujuan untuk :
- Memberi peluang dan ruang kerpada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam aktiviti sukan, olahraga, persatuan dan kelab seperti murid biasa.
- Mencari dan menonjolkan bakat serta potensi murid pendidikan khas.
- Memberi pendedahan kepada masyarakat tentang kernampuan murid khas melalui aktiviti ko-kurikulum.
- Membina keyakinan diri dan " self-esteem " murid pendidikan khas
melalui Program Motivasi. - Aktiviti kokurikulum memberi peluang kepada murid pendidikan khas mengambil bahagian dalam acara sukan permainan dan olahraga, kebudayaan, pertandingan lukisan dan bakat di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
PENTAKSIRAN MURID PENDIDIKAN KHAS
Semua murid pendidikan khas yang mengikut kurikulum kebangsaan mengambil peperiksaan awam seperti Ujian Penilaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) bagi pasca menengah.
Bagi murid-murid yang mengikuti kurikulum alternatif
·Latihan Inclustri, akan mengikuti Penilaian Standard Kemahiran Kebangsaan (SKK) dan jika memenuhi syarat akan ditauliahkan Sijil Kemahiran Malaysia.
·Kurikulum yang dibina khusus oleh Bahagian Pendidikan Khas, akan mengikuti penilaian berasaskan sekolah clan dianugerahkan Sijil Perakuan Sekolah clan Sijil Khas Vokasional.
PRA SEKOLAH PENDIDIDKAN KHAS
· Program Prasekolah Pendidikan Khas yang dijalankan di Negeri Sabah adalah untuk murid-murid bermasalah pendengaran clan penglihatan. Pada mass ini Kelas Pra Sekolah Pendidikan khas di negeri Sabah dijalankan di sekolah berikut
· Program Pendidikan Khas Prasekolah Integrasi :Program ini dijalankan di sekolah aliran perdana yang melaksanakan Program Integrasi Pendidikan Khas.
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah;
- Berumur 4+,
- Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
- Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
PENDIDIKAN RENDAH
Syarat kemasukan murid ke Program Pendidikan Khas Kementerian Pefajaran Malaysia ialah'.
· berumur 6+ hingga 14+ tahun,
· Disahkan oleh Pengamal Perubatan, dan
· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Semua sekolah rendah pendidikan khas bermasalah pendengaran dan penglihatan menawarkan aliran akdemik dan menggunakan Kurikulum Kebangsaan. Murid-murid ini akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah semasa di Tahun Enam.
Murid-murid berkeperluan khas yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif. Bagi Murid-murid bermasalah pendengaran dan bermasalah penglihatan mereka menggunakan kurikulum kebangsaan manakala murid-murid bermasalah pembelajaran menggunakan kurikulum alternatif. Mereka yang berkemampuan untuk mengikuti kurikulum kebangsaan akan menduduki Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).
PENDIDIKAN MENENGAH
Syarat kemasukan murid ke pedngkat menengah Program Integrasi Pendidikan Khas, Kementerian Pelejaran Malaysia ialah
· berumur 12+ hingga 19+ tahun,
· Disahkan oleh pengamal perubatan, dan
· Boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
Murid bermasalah pendengaran dan penglihatan mengikuti pendidikan menengah aiiran akademik di sekolah menengah yang mempunyai Program Pendidikan Khas. Manakala murid bermasalah pembelajaran yang tidak dapat mengikuti pembelajaran biasa akan mengikuti pendidikan yang penilaiannya akan dibuat berdasarkan pencapaian mereka di peringkat sekolah.
PROGRAM PEMULIHAN KHAS
Program ini merupakan satu program yang disediakan bagi membantu pelajar mengatasi masalah belajar yang khusus dalam penguasaan 3M. Murid yang dikenal pasti sebagai belum menguasai kemahiran asas 3M pada tahap satu akan mengikuti Program Pemulihan Khas. Program ini dilaksanakan hampir semua sekolah rendah.
Program yang dijalankan ialah Program Pendidikan Pemulihan Khas Tahap Satu (PKTS). Murid disaring dengan menggunakan Instrumen Penentu penguasaan IPP3M/ IPP2M. IPP3M terbahagi kepada IPP3M1 untuk murid tahun 1 dan IPP3M untuk murid tahun 2 IPP3M3 untuk murid tahun 3.
Pendekatan Pengajaran dan Pembelajaran adalah dengan menggunakan sistem pengasingan sementara (Withdrawal).
SUMBER: BUKU MAKLUMAT PENDIDIKAN KHAS JPN, SABAH 2009
-
Pengurusan Kelas Akademik Pendidikan Khas 1. Menjaga Hal Ehwal Murid Pendidikan Khas 2. Pengurusan Bilik Darjah/Bangunan Pendidikan K...
-
Bismillahirahmanirahim.... Sedar tidak sedar sudah tahun 2012. Wow sudah tahun ke dua belas untuk tahun 20 an... eh adakah 20 an... ;-)...
-
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Pada malam ini Teacha amat terha...

