Showing posts with label Pendidikan Khas SKBP. Show all posts
Showing posts with label Pendidikan Khas SKBP. Show all posts

Thursday, February 14, 2019

SAYA INSPEKTOR AZMAN

Sedang kami bersarapan di kantin, kami didatangi oleh Max. Kelihatan mukanya agak serius. Persis polis yang sedang bertugas.  Ditenungnya kami yang duduk di meja itu satu-persatu seolah-olah kami telah melakukan kesalahan. Saya yang masih guru baru ketika itu ada sedikit rasa janggal berbeza dengan rakan sekerja yang lain. Mereka meneruskan sarapan dan perbualan tanpa peduli. 

        “Hei, saya polis!” sedikit keras suaranya. Saya memandang rakan l lain, riak wajah bertukar. Riak menanyakan 'apa yang sedang berlaku'.

          “Max, ini cikgu. Cikgu Hai. Tidak boleh cakap begitu, cakap bagus-bagus,” Cikgu Ramlah merungkai soal saat itu. 

            “Ini Max, dia memang begitu Hai. Adalah yang dia tidak puas hati tu. Ada kawan dia buli dia kali. Tapi, dia ni yang banyak membuli kawan.. atau ada sahaja halnya...kadang kami layan, kadang kami penat dah layan...” terang Cikgu Ramlah.

            Max masih tercegat di situ.

        “Max, polis?” soal saya. Mudahan cara respon yang kena dihatinya.

            “Ya, saya polis. Inspektor Azman, gerak-gerak khas,”

            “Oh, saya Cikgu Hai,” jawab saya. Saya menyabut salam Max. 

Friday, January 1, 2010

Keluarga Besar Ku. Mari kita berbaik-baik.


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Semoga tahun lalu memberi impak maksima. Menjadikan kita lebih baik untuk tahun ini. Untuk kita lebih optimis dengan 12 bulan yang kita akan tempuhi. Untuk kita lebih bersangka baik dengan diri, keluarga, sahabat, rakan sekerja, ibubapa murid serta org-org yang berurusan dengan kita.
Kita usahakan untuk tidak menyatakan lagi kita mengambil jalan salah untuk berada di sini. Kita sudah memilih dan keluarga ini takdir untuk kita. Kita sayangi keluarga ini dan bekerjalah dengan sedar diri.
Kita usahakan untuk tidak lagi merungut beban kita semakin bertambah. Kita diberi setara dengan kemampuan kita. Kita merungut namun kita laksanakan juga. Hasil kerja menjadi seperti dikehendaki cuma nikmatnya kita tidak rasai kerana kita telah menghamburkan kata dan pemikiran negetif diawal kerja kita. Usahlah merungut. Kerana kata2 rungutan itu jadi ingatan org yg mendengarnya dan mungkin berbekas dihatinya.
Kita bekerja dengan sedar diri. Bekerja dalam kesedaran/kewarasan itu sudah tentu. Bekerja mengikut diskripri tugas itu adakalanya kita mengelak. Mengapa? Itu kerja kita jadi, sedar dirilah. Kalau guru - bidangnya mengajar, merancang untuk mengajar. Kita mengajar sebaik dan sesuai dengannya. Kalau kita PPM - bidangnya kita membantu mengurus murid. Mengurus murid termasuk membantu guru mengurus murid dan penyediaan pembelajaran kondusif untuk murid. Pembelajaran kondusif ini termasuk persekitaran murid-kelas, tandas, diri yg selesa, bahan p&p dll. Pengurusan murid ini termasuk kerja2 mudah perkeranian guru-dokumentasi dll.
Kita bekerja dalam kesedaran dan sedar diri. Masing-masing tahu tanggungjawabnya. InsyaAllah tiada lagi perkacaran emosi. Kita akan bahagia bekeluarga bersama. Ini bukan kisah di satu tempat. Ini kisah macam di semua tempat mahupun negeri. Mengapa? Tidak malukah kita dilabel dah namanya "pendidikan khas" - satu streotaip yg negetif untuk kebanyakkan org yg rabun hati. Apa perlu kita mahu menambah rabun hatinya lagi?
"Nama" dan "jenama" bukan satu jaminan untuk kita akan menikmati kepuasan kita menerima gaji. Gaji kan habis. Dan adakalanya habis sebelum waktu. Kenapa? Kita fikirkan.
Marilah keluarga besar ku. Kita bekerjasama atas dasar kesedaran dan sedar diri. Luahan perasaan segenab keluarga yg sudi berkongsi cerita. Ceritanya sama. Apa kita mahu sama lagi? Atau kita mahu terus membawa cerita itu sebagai "patern" kita?
Keluarga kita seharusnya bahagia. Telus berkata dan menilai kerana kita adalah sebahagian INSAN ISTIMEWA. Yang lama bantulah yg baru. Emosinya belum stabil untuk menerima sesuatu yang diluar kotak fikirannya. Yang baru, jagalah emosi dan ego mu. Ijazah bukan jaminan kaulah yang terpandai. Dan PPM, yang penting kita jalankan tugas dengan senyum usah membanding-banding tugas org lain dengan tugas kita.
- INSYAALLAH SEMUANYA BAIK2.
KITA SALING MENEGUR BUKAN MENGKRITIK SEMATA.
Rakan sekerja ku semua (warga PPKISKBP),
terima kasih menjadi sebahagian "penegur" ku sepanjang 2009.
Banyak belajar drp kalian-

Sunday, April 5, 2009

See what the differents

Gambar 1 dan 2


Jom tengok apa perbezaan dua pasang gambar ini

(gambar di atas dan di bawah)

Gambar 3 dan 4

Saturday, March 14, 2009

Kau Tercipta Untuk Ibu Mu

Menatap indahnya sebuah senyuman di wajahmu membuatkan aku terdiam dan terpaku..

Aku tahu senyuman mu terbit dari hati suci mu yang mungkin tiada juga kau sedari....

Kami mendoakan dan mengharapkan agar senyuman mu itu terus mekar....
Mekar dengan harumnya....


Bidang Kerohanian dan Pendididkan Moral Kelas Pendidikan Khas, SKBP telah mengajurkan Program Jualan Amal Barangan Terpakai pada 2 - 6 Mac 2009. Barangan terpakai ini hasil derma guru - guru, ppm dan ibubapa murid pendidikan khas serta guru - guru perdana SKBP. Barangan terpakai ini adalah apa sahaja barangan yang masih elok namun tidak digunakan lagi tetapi sayang untuk dibuang. Program ini bertujuan untuk mengutip derma untuk 2 orang murid pendidikan khas yang buat masa ini sangat memerlukan sokongan motivasi dan material. Arifin Sitin; terlibat dalam kemalangan jalan raya pada Disember 2008. Radzmah Yusri perlu menjalani pembedahan jantung pada bulan Mei 2009. Hasil jualan dan derma perseorangan akan di bahagi kepada dua murid tersebut.


Program ini amat berjaya mencapai matlamatnya.

Murid - murid pendidikan khas diberi peluang untuk melayan pembeli yang terdiri daripada murid - murid perdana dan juga guru dan staf SKBP.
Program sebegini memberi pendedahan kepada murid - murid pendidikan khas ini berinteraksi dengan rakan dan guru - guru selain selain rakan dan guru di pendidikan khas. Selain itu inilah antara alternatif pembelajaran untuk merasakan proses jual - beli.



Lawatan 1: 13 MAC 2009 (Jumaat)


Selepas solat Jumaat, kami telah melawat ke rumah Ipun untuk menyerahkan hasil derma wang ringgit, hamper dan bahan makanan harian. Semoga dengan usaha ini dapat meringankan sedikit beban keluarga ini. Semasa lawatan ini, Ustzah Asma selaku ketua rombongan memberi sedikit kata dua berkenaan program yang telah kami laksanakan untuk kutipan wang derma ini. Upacara tahlil untuk Ipun juga diadakan yang diketuai oleh Ustad Yaharuddin.

Dalam kami bersembang berkenaan keadaan kedua - dua anaknya dan perancangan masa depan mereka, kami dikejutkan dengan berita bahawa ayah kepada kedua - dua murid kami ini telah meninggal 3 hari yang lalu (selasa). Oleh sebab itulah Ipun keluar hospital walaupun Ipun perlukan rawatan di hospital untuk 4 bulan lagi.. Dan oleh sebab itulah Rizwan tidak hadir ke sekolah untuk beberapa hari ini.

Dalam keadaan sayu, Si Ibu memberitahu yang dia belum tahu nak buat apa. Tapi yang pasti dia perlu bekerja untuk menampung hidup mereka tiga beranak. Ini kerana, kehidupan mereka sebelum ini banyak bergantung kepada arwah suaminya. Kami cuba membantunya mencari pekerjaan yang tidak memerlukannya berpisah dengan anak - anaknya atau memisahkan kedua - dua adik - beradik tersebut.

Diakhir lawatan, Ustad Y memberi sedikit tazkirah yang lebih kurang menyatakan bahawa "apa yang berlaku adalah cubaan daripada Allah dan kita perlu tempuhinya..bersabar dengan cubaan itu,........." .

Wednesday, March 11, 2009

Hati - hati yang melampau

Apakah yang akan terjadi jika kita TERlalu memikirkan kebarangkalian?
Apakah yang akan berlaku jika kita TERlalu berhati - hati ?
Apakah yang akan berlaku jiak kita TERlalu memikirkan...?
Memikirkan dengan KETERLALUAN adakalanya membuatkan :-
- Kita bekerja dalam tekanan melampau
- Kita tidak seronok dalam bekerja
- Kita tidak selesa melaksanakan tugas
- Kita bekerja dengan teragak - agak
- Kita sering memikirkan sesuatu yang tidak pasti.
Maka dengan itu..
- Apa yang kita fikirkan sesuai tidak sesuai baginya
- Apa yang kita fikirkan perlu...perlu difikirkan semula
- Apa yang kita hampir lakukan, terbantut..
- Apa yang hampir kita sempurnakan, dialihkan kepada org lain..
- Apa yang kita boleh lakukan sendiri, perlu menunggu keputusan darinya...
Apa akan jadi?
- Jadilah kerja itu begitu - begitu aja..
- Jadilah kerja itu kerja orang lain..
- Jadilah kerja itu lama untuk disempurnakan..
- Jadilah kerja itu kerja yang LEBIH BAIK agaknya..

Menjadi guru pendidikan khas bukanlah sesuatu yang mudah seperti mana yang dilihat oleh sesetengah orang. Pelbagai risiko "pantang larang" perlu dihadapi oleh guru - guru ini bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku. Kecederaan dikalangan murid pendidikan khas merupakan antara perkara yang amat dikhuatiri. Dan kes ini akan menjadi "kalut" sekiranya semua pihak tidak memahami atau tidak mahu memahami situasi di pendidikan khas. Akhirnya guru dipersalahkan tanpa sebarang pembelaan...(palis -palis)....

Sebagai seorang guru pendidikan khas, kami sedaya upaya perkara tersebut dielakkan namun, malang tidak berbau. Orang kata "siapalah mahu membunuh diri sendiri". Kita sudah tahu perkara itu salah, mengapa perlu dibiarkan pulak kan... Disiplin dan pengurusan tingkah - laku murid InsyaAllah dalam kawalan guru pendidikan khas. Namun, adakalanya mata, tangan, mulut dan kaki guru tidak terdaya untuk mengawal 100% dan perlu memastikan ianya sentiasa dalam keadaan "sempurna".

Berdasarkan pemerhatian, hubungan dan komunikasi yang baik yang sedia wujud dikalangan guru dan ibubapa dilihat merupakan jalan yang terbaik untuk memastikan isu - isu seperti kecederaan ini tidak menjadi isu yang perlu diperbesarkan atau diperpanjangkan. Komunikasi dan hubungan yang baik mampu mengelakkan sikap prejudis dikalangan ibubapa terhadap guru / ppm dan sebaliknya. Oleh itu, dengan mudah satu - satu kes / isu di sekolah boleh dibincang secara baik dan rasional.

Tuesday, March 3, 2009

Perkhemahan Waja Diri Pendidikan Khas...

Setelah segala apa telah kami lalui, kami akhirnya berjaya melaksanakan sesuatu yang bermakna untuk diri dan murid - murid kesayangan kami ini. Bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu yang banyak 'pantang larangnya'. Kegiatan luar bilik darjah seumpama ini sebenarnya banyak membantu kami lebih mengenali murid - murid ini. Jika nak dikirakan segala kebarangkalian yang akan berlaku, (jika kita melihat kepada ketidakupayaan dan kenakalan mereka) mungkin kegiatan seperti ini tidak akan terlaksana. Risiko untuk kami amat tinggi, tiada siapa yang faham melainkan mereka yang terlibat dalam pendidikan khas ini. Dengan azam dan kekuatan serta bantuan doa dan tawakal, kami guru - guru PK serta PPM akhirnya punya kekuatan untuk merealisasikan iltizam kami dan mungkin juga inilah mahunya murid - murid berkenaan. Mereka seronok bermain, tidur dan melakukan tugasan sesama mereka. Sesama mereka adalah teman sepermainan yang saling memahami. Berbanding dengan di rumah, mungkin mereka tidak berpeluang bermain, berinterasi, melakukan aktiviti dll sesama mereka (kanak - kanak seperti mereka). Begitu juga pada waktu persekolahan, tempoh mereka bersama adalah terhad kerana mereka perlu menumpukan pada aktiviti akademik pula. Apapun TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU & PPM PENDIDIKAN KHAS SKBP... InsyaALLAH ALLAH lebih memudahkan urusan kita ekoran usaha kita memenuhi APA YANG ANAK - ANAK INI INGINKAN. Semoga dengan apa yang kita TELAH ALAMI akan menjadikan KITA LEBIH KUAT.. Walaupun KITA SUDAH TAHU KITA LEBIH KUAT DRPD MEREKA. (hehehhehehhehe :-) ).

Thursday, February 5, 2009

Lawatan Mesra; Integrasi SK Pekan Kota Belud (Bermasalah Pembelajaran)





Sekitar Lawatan Mesra SK Pekan Kota Belud, Kota Belud. 16 orang Guru Pendidikan Khas dan Pembantu Pengurusan Murid.


Alunan Muzik Tagunggak dan Tarian Sumazau

Murid-Murid PKBP di Pondok Serbaguna yang baru dibina khas untuk kegiatan P&P dan rekreasi murid...

Sunday, November 16, 2008

Persembahan Kanak - kanak Pekak ( Deaf Childrens)

Persembahan sempena Lebaran Istimewa Bersama Pengarah Pelajaran Sabah..

Tahniah kepada semua jawatan kuasa sambutan ini..

Kepada Warga SKBP SYABAS!

Wednesday, November 12, 2008

S.A.Y.A.N.G _ Eksklusif

Lagu untuk persembahan Majlis Anugerah Cemerlang SKBP esok!!!!

S.A.Y.A.N.G by Ramlah Ram

Wednesday, October 29, 2008

Knowing Them, Loving Them, Help Them to Love U Back

Clip Video ni atas atas ihsan sendiri...
Aku dedikasikan kepada ALL MY BELOVED BOYS & GIRLS..
Tiada lain, Tiada bukan...
Aku hanya ingin menyatakan CeRiTa RaSa HaTi Ku..
Tiada kaitan dengan sesiapa.....
Kecuali kepada mereka...
Mereka yang rasakan diri mereka berkaitan....

Tuesday, July 8, 2008

Kasih Sayang dan Tanggungjawab

Sudah lama Aku bercuti. Cuti? Ke mana?... Tidak ke mana2. Aku sakit ba. Jangankan skrin laptop, skrin handphone pun Aku rasa pening bila baca sms.


Tugasan pertama Aku. Jurukamera! Persediaan untuk video klip ttg PKSKBP ler....banyak2 yang Aku amik inilah yang Aku paling suka.... Sesuatu yang AMAT JARANG atau mungkin juga TIADA dalam suasana murid perdana.



Saturday, March 1, 2008

Nida; Anak yang manja dan yakin


Ditakdirkan aku untuk lebih mengenali mu. Anak yang comel dan yakin pada dirinya serta apa yang dilakukannya adalah betul. Kuat menangis itulah yang dilabelkan oleh guru - guru dan sekiranya dia menangis, akan menangis sepuas hatinya. Pada kebiasaannya dia akan menangis sekiranya permintaan tidak dipenuhi atau apa yang ingin dia lakukan tidak dibenarkan. Berani? Nida yakin apa yang dilakukannya betul. Sehinggahkan dia pergi memanggil penyelaras dan memberitahu yang aku memarahinya. huhuhuuuhu...
Pertama kali bertemu dan berjumpa ayahnya, aku pada mulanya rasa kesal juga pandangan ayahnya. Beliau menyatakan bahawa beliau tidak berapa setuju menyekolahkan Nida namun ibunya kuat mahu menyekolahkannya. Namun bila aku fikir - fikirkan, itu hanyalah fikiran pendek ayahnya dan dia tidak boleh persalahkan 100%. Ini kerana beliau kurang memahami mengapa perlu anaknya ke sekolah PKBP. Akademik bukanlah satu perkara utama dalam mendidik, membimbing serta mengajar anak - anak istimewa ini. Menjadikan mereka seorang yang boleh berdikari, meningkatkan keyakinan, kemahiran komunikasi/sosial dan ada asas akademik adalah perkara yang penting. Namun ini tidak bermakna kami guru - guru PK tidak memberi tumpuan kepada akademik mereka. Kemahiran serta kelebihan mereka ini perlu dicari dan diasah. Sekiranya akademik mereka maju dalam akademik itulah adalah bonus paling berharga.
Berbalik kepada Nida, kali ini aku bertemu dengan ibunya. Ibunya cukup prihatin terhadap perkembangan anaknya. Aku terangkan sedikit sebanyak mengenai RPI Nida serta peranan - peranan pihak yang terlibat. Beliau bersetuju sahaja apa yang dirancang oleh guru dan bersedia untuk membantu.
Berikut secara ringkas apa yang aku dapat nilai dan rancang untuk Nida.
Kategori : Down Sindrom dan Masalah Pertuturan
Komponen : Bahasa Malaysia + Manipulatif ( Pra -Tulisan )
Tempoh Semakan : 3 Bulan Tarikh Mula : 1 Februari 2008

Pengetahuan Sedia Ada
1. Murid boleh memegang pensel
2. Murid murid boleh mengikut titik – titik garisan
3. Boleh memahami arahan mudah daripada guru
Matlamat Jangka Panjang
Murid dapat :
1. Menyalin semula nombor dan huruf
2. Memegang pensel dengan betul
3. Memarna dengan betul
Kekuatan atau Minat
Murid sukakan aktiviti mewarna dan muzik
Objektif Jangka Pendek
1. Murid boleh memegang pensel dengan betul
2. Murid boleh mewarna dalam ruang dengan baik.
Pendekatan
1. Bimbingan
2. Latih - tubi
3. Ganjaran
4. Pujukan
Penilaian
Berterusan sehingga murid dapat menulis dengan baik.
Kelemahan/ Masalah yang dikenalpasti
1. Murid belum boleh mewarna dengan baik
2. Murid belum boleh mengenal dan membezakan warna
3. Murid mengalami masalah pertuturan
4. Murid mudah merajuk dan menangis apabila permintaan dan kemahuannya tidak dituruti guru




Amin yang Handsome....


Pada mulanya saya kenal murid ini pada Mac 2007 dan saya fikirkan Amin seorang murid Autisma. Amin seorang murid yang pendiam dan suka belajar bersendirian dan duduk diam di tempat duduknya. Tidak seperti rakan yang lain yang kurang daya fokusnya, suka berjalan, suka bercakap - cakap atau pun dengan 'dunia' mereka sendiri. Nyata sangkaan saya meleset, Amin bukan murid Autisma tetapi ADHD. Pada mulanya saya juga rasa tidak percaya tapi itulah yang dinyatakan oleh guru - guru lama di sini. Mereka kata, 'macam mana Stev yang saya lihat hari ini, begitulah Amin dahulu'. Saya dapat bayangkan dan rasa tak percaya juga sehinggahlah saya bertemu dan berbicara denga ibunya sendiri. Menurut ibunya, perubahan Amin berlaku setelah ayahnya balik dari umrah. Mungkin juga perubahan Amin ekoran daripada doa ayah Amin dimakbulkan ALLAH.

Pada usia hampir 12 tahun ini, Amin tidak mengalami masalah tingkah laku sepertimana murid - murid ADHD yang lain. Murid ini boleh belajar dan bersungguh untuk belajar. Buat masa ini, Amin antara murid PK SKBP yang berada di tahap teratas dari segi tahap akademik. Sungguhpun begitu, Amin masih lemah dari segi kemahiran pemahaman dalam Mata Pelajaran BM dan penyelesaian masalah dalam M3.

Selaku guru yang bertanggungjawab dalam menyediakan RPI Amin, saya perlu merancang aktiviti atau pembelajaran bagi menangani kelemahan Amin dalam akademik ini. Berikut adalah secara ringkasnya apa yang saya perolehi daripada pemerhatian, perbincangan dan penilaian yang telah saya lakukan terhadap Amin.
Kategori : ADHD
Komponen : Bahasa Malaysia ( Membaca dan memahami bahan bacaan )
Tarikh Mula : 1 Februari 2008
Tempoh Semakan : 3 Bulan
Pengetahuan Sedia Ada
1. Membina dan membaca perkataan dan rangkai kata
2. Menambah perbendaharaan kata
Matlamat Jangka Panjang
1. Membaca dan memahami bahan yang dibaca
Kekuatan atau Minat
1. Murid tidak mengalami masalah tingkah – laku
2. Murid tekun dalam melaksanakan tugasan yang diberikan oleh guru
3. Murid yakin untuk bertanya kepada guru sekiranya murid tidak tahu atau tidak memahami tugasan yang diberi oleh guru.
Kelemahan/ Masalah yang dikenalpasti
1. Murid agak pasif berbanding rakan lain. Murid lebih gemar menyiapkan tugasnya sendiri tanpa menghiraukan persekitaran.
Objektif Jangka Pendek
1. Murid menguasai kemahiran membina dan membaca perkataan dan rangkai kata
2. Murid menguasai kemahiran membaca dan memahami ayat dalam konteks
Pendekatan
1. Bimbingan
2. Latih Tubi
3. Ganjaran
Penilaian
Berterusan sehinggah murid menguasai kemahiran.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.