Setelah segala apa telah kami lalui, kami akhirnya berjaya melaksanakan sesuatu yang bermakna untuk diri dan murid - murid kesayangan kami ini. Bukan mudah untuk melaksanakan sesuatu yang banyak 'pantang larangnya'. Kegiatan luar bilik darjah seumpama ini sebenarnya banyak membantu kami lebih mengenali murid - murid ini. Jika nak dikirakan segala kebarangkalian yang akan berlaku, (jika kita melihat kepada ketidakupayaan dan kenakalan mereka) mungkin kegiatan seperti ini tidak akan terlaksana. Risiko untuk kami amat tinggi, tiada siapa yang faham melainkan mereka yang terlibat dalam pendidikan khas ini. Dengan azam dan kekuatan serta bantuan doa dan tawakal, kami guru - guru PK serta PPM akhirnya punya kekuatan untuk merealisasikan iltizam kami dan mungkin juga inilah mahunya murid - murid berkenaan. Mereka seronok bermain, tidur dan melakukan tugasan sesama mereka. Sesama mereka adalah teman sepermainan yang saling memahami. Berbanding dengan di rumah, mungkin mereka tidak berpeluang bermain, berinterasi, melakukan aktiviti dll sesama mereka (kanak - kanak seperti mereka). Begitu juga pada waktu persekolahan, tempoh mereka bersama adalah terhad kerana mereka perlu menumpukan pada aktiviti akademik pula. Apapun TAHNIAH KEPADA SEMUA GURU & PPM PENDIDIKAN KHAS SKBP... InsyaALLAH ALLAH lebih memudahkan urusan kita ekoran usaha kita memenuhi APA YANG ANAK - ANAK INI INGINKAN. Semoga dengan apa yang kita TELAH ALAMI akan menjadikan KITA LEBIH KUAT.. Walaupun KITA SUDAH TAHU KITA LEBIH KUAT DRPD MEREKA. (hehehhehehhehe :-) ).
Aku sedang belajar. Belajar melihat, memerhati, menilai, menrefleksi dan melaksana semuanya tentang Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.
Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas
Pentaksiran.
-
CONTOH RANCANGAN PENDIDIKAN INDIVIDU (RPI) - Objektif RPI- Menambahkan perbendaharaan kata murid - Bahasa Malaysia Ini hanya contoh dan say...
-
***** Ini hanya hasil tugasan aku semasa belajar. Posting ini hanya untuk tujuan akademik sahaja. Kalau salah fakta/maklumat tolong tunjukka...
-
Cara mendidik anak autisme Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN norlaila@hmetro.com.my AYAT pendek, mudah dan perkataan disebut satu persatu ...
2 comments:
boleh beri info cara pelaksanaan xtvt luar spt perkhemahan??
Berdasakan pengalaman....
1. Pihak kami buat perancagan awal seperti proposal..
2. Mengikuti semua prosedur utk mengadakan perkhemahan seperti permohonan ke JPN, Sekolah dll
3. Aktiviti perkhemahan murid PK bukanlah aktivti yang lasak... ubah suai mengikut keupayaan mereka..
---TQ---
Post a Comment