Sunday, March 22, 2009

Ramai Guru Sakit Jiwa

Membaca artikel kosmo hari ini membuatkan saya teringat semasa belajar dulu. Jika dahulu bebanan hanya kepada tugasan akademik yang sememangnya wajib untuk disempurnakan pada dateline yang ditetapkan. Tekanan hanya wujud apabila tugasan tersebut hampir pada date linenya dan aku masih dengan tugas - tugas lain.
Dalam menyiapkan tugasan. Berurusan dengan manusia adalah perkara yang menambahkan lagi tekanan apa lagi bila tidak dapat seperti mana yang dibayangkan atau manusia itu tidak setaraf sepertimana "nama" yang dibawanya. Kalau bekerja dengan mesin mudah saja aku melepaskan tekanan. Komputer hang aku restart tak pun aku ketuk - ketuk. Printer buat hal, tunggang tebalikkan sehingah ia berfungsi semula. Kalau manusia? Baik buat kerja sendiri.... Tak pun telan liur ja dan aku berdoa andai aku di status mereka suatu hari nanti aku tidak akan menyusahkan hidup orang lain. Kalau manusia ? Argh....biarkan dia dengan labi - labinya... kerana bukan semua yang "sukar" seperti mereka. Kerja kumpulan, pelbagai fiil pelbagai emosi, pelbagai kemahuan...semuanya mematangkan.
Dulu... Time study bolehlah lepaskan tension belajar dengan join aktiviti kampus yang lainnya. Tak dapat jadi pemain bola jadi tukang pungut bola pun jadi. Tak dapat join band group jadi tukang kasi sedia pentas pun tak pa. Tak dapat jadi pembaca sajak Hari Merdeka jadi tukang kasi sedia mikrofon pun jadilah.... Semuanya seronok dilakukan walaupun adakalanya perlu "diperintah - perintah" oleh junior...yang penting kita tahu di kita sedang bertugas dan masing - masing faham akan spek tugas masing2.
Duuuuuulu...seronok sangat..
Itu duuuuuulu.. Apabila di alam kerja. Pernah berada dibawa dua bos sebelum ini. Satunya menyakitkan dan hati tidak gembira. Sakit kerana dituduh walaupun bukan aku tetapi rakan lain namun org kata cubit paha kiri, paha kanan terasa. Tidak gembira kerana mengharapkan sesuatu sikap yg profesional ekoran drpd jawatan dan akademik yang dipegangnya... Marah tak tentu pasal. Tak malu kah marah2 org tanpa berfikir? Ish222... Aku dan teman2 berdoa andai kami sudah ada jawatan sprtnya takpun jwtn setaraf degree ni, jauh2kanlah sikap macam tu memalukan diri sendiri tanpa sedar.
Itu duuulu.. Kerja dengan Mr. C ni membuatkan aku seditkit yakin pada diri walaupun gaji setaraf dengan gaji lulusan SPM. Confident to speak in Inglish. Yang bestnya confident to be myself.... Yah..terima kasih apek.. Keyakinan aku wujud kerana kau memberi aku kepercayaan memberi aku peluang untuk menyatakan keperluan kerja, menyatakan perkara - perkara yg boleh menganggu tugas aku.. Walau kerja - kerja aku banyak tekanan kau tidak menambahkan tekanan lagi.
Bukan aku nak berkata apa... ini pengalaman. pengalaman ini juga disahkan oleh beberapa rakan aku yg pernah bekerja dengan dua kaum yg berbeza. Amat berbeza bekerja dengan dua kaum yg berbeza ini. Walaupun mereka agak kedekut untuk memberi gaji yg banyak, namun mereka tidak kedekut ilmu dan yang penting kepercayaan yang diberi.

Kini...mungkin ini bukan yang dihajati namun ini sudah takdir pilihan yang dipilih untuk aku. Perkara dalam artikel kosmo hari ini pernah kami bincangkan semasa belajar duuuuuulu. Burnout in teachers profession kalau tidak silaplah tajuknya. Burnout = tekanan yang melampau - lampau. Kenapa guru? Kerana guru adalah multifunction!!!! Cuba renungkan. Tolaklah tanggungjawab guru sebagai isteri, ibu, adik atau kakak dlll kerana pekerjaan lain pun punya keluarga. Renungkan. Di sekolah guru bukan cuma pengajar. Dialah tukang cat, dialah setiausaha, dialah pendaftar, dia tukang bagi markah, dia tukang jaga bunga/kebun, dialah YANG MENURUT PERINTAH. Bagaimanapun HIDUP HARUS DI TERUSKAN...
Harap2 artikel ini boleh membuka mata dan minda kita. Usah terperangkap dengan tekanan ciptaan manusia.......Kalau tak mampu kata tak mampu bukan tolak mentah2 nanti org cop tukang bagi alasan. Yang suka bagi label2 tu, kita tidak tahu penghujung hidup kita, di mana kita akan berada di suatu masa nanti so, berpada ketika mencop / melabel . Yang suka memilih suka - suka tu, kurang2kanlah...nanti org takut nak bertembung nanti kena pilih pulak...
Untuk aku yang lemah dan masih muda mentah ini. Tarik nafas dalam2..kira sampai tiga....hembus..... Hadapi dengan senyuman apa yang terjadi biar terjadi....hehehheheheheheheheh..
Yg diatas tu cuma rasa hati berdasarkan pengalaman... JOM RUJUK di SINI untuk keterangan yang lebih FAKTA. Semoga membantu diri kita untuk membantu orang lain.
***aku kalau bekerja dalam tekanan yang "tidak sepatutnya" membuat kerja tu serba tak jadi...***

6 comments:

GURU_CIKGU said...

Kadang-kadang kerja yang ditugaskan tidaklah berat, tapi cara penyampaian yang tidak berhemah menyebabkan ramai guru tertekan.

Bagi saya yang penting adalah anak murid, yang lain arahkan apa sahaja, jika mengganggu urusan saya dalam kelas, saya akan kata, "Minta maaaf, saya minta kerja jadi cikgu, tugas mengajar, bukannya jadi kerani, tukang kebun, pengawal keselamatan."

Tea Cha Hai said...

Terima Kasih Cikgu... Terharu pulak menerima kunjungan drpd guru berpengalaman seperti cikgu..

Iya...kadang2 kerja tu tidak lah berat..namun bila hati tak senang nak terima dan mulut asyik mengomel jadi kerja tu akan jadi berat...hehheheheeh rela paksa lah tu..


Iya..bagi saya juga murid itu penting...kerana mengajar mereka adalah tugas hakiki guru..
Cuma, ada kes yg masih memegang jawatan yang "Belum Sah" sering dalam kerisauan ugutan sekiranya perintah tidak dituruti...
Akhirnya...jadilah Yang Menurut Perintah...

Anonymous said...

aisemen..cam serius ja cigu entry ni kali..hehehe..nway jgn marah arrr..ni cuma pndapat aku ja..
bagi aku, we just go wit the flow..trima ja tugas yg diberi dgn hati lapang dada dan terbuka..anggaplaa yg kita tlh memudahkan tugas urg lain dan berharap smoga di masa akan datang, segala kesulitan kita juga akan dipermudahkan..bagaimana dan bila..itu smua urusan dari-Nya..wht goes around comes around..peace >_<

GURU_CIKGU said...

Itulah dunia kita, penuh rencam, ada yang 'manis' untuk dirasa, 'pahit' untuk ditelan, 'pedas' untuk didengar, 'sakit' untuk dilihat dan 'masam' untuk difikir.
Ada 2,3 pengalaman yang menarik yang saya paparkan dalam blog 'Berburu ke Padang Datar'.

Tea Cha Hai said...

To Mr. Sakuragi...
Terima kasih atas pendapat anda.
Just go wit the flow...
Bagi saya ada perkara boleh ada perkara tidak...Kena ikut kepentingan bukan keperluan...heheheheh.
kalau enda, ble jadi stress tahap gaban. Tak best juga kalau tiada kerja plak.. nanti jadi otak buntu.
Apapun nak seribu daya tak nak serbu dalih.
kan...kan....kan...kan...kan..

Tea Cha Hai said...

"Itulah dunia kita, penuh rencam, ada yang 'manis' untuk dirasa, 'pahit' untuk ditelan, 'pedas' untuk didengar, 'sakit' untuk dilihat dan 'masam' untuk difikir."
Semoga saya kuat untuk menempuhi hari - hari seterusnya dalam bergelar CIKGU.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.