Showing posts with label Catatan Rasa untuk Rekod. Show all posts
Showing posts with label Catatan Rasa untuk Rekod. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

Teacha Sayang Kamu - Lima Kata Tabu di Tempat Kerja


Kita sering berhadapan dengan orang2 yang suka sangat berkira2 dengan kerja yang dilakukannya. Apatah lagi jika diberi kerja "extra" . Semoga kita dijauhkan daripada menjadi orang2 seperti ini.

Beberapa perkataan yang sering digunakan untuk mengelak memberi jawaban perintah, menangguh2 waktu atau menghindar diri komitmen kerja. Jika perkataan ini sering diguna pakai, sebenarnya kita telah mempertaruhkan profesionalisma dan kredibiliti kita. Dengan kata kasar ia sebenarnya  menampakkan kita seorang yang tidak bertanggungjawab.

Elakkanlah diri daripada kata- kata ini dalam percakapan kita. 


"DIUSAHAKAN"
Ketika kita meminta bantuan seseorang, dan dia berkata, "Ok, akan diusahakan,"
Kita mungkin segera berfikir bahawa orang itu hanya berbasa basi. Dia bahkan tidak benar-benar melakukan apa yang anda minta."Do or do not. There is no try". 

"TERSERAH"
Kata ini merupakan pilihan favorite orang yang ingin menyingkirkan kita dengan cepat. Jika kita mengucapkan kata "terserah" setelah seseorang mengucapkan sesuatu, itu seperti tamparan verbal di wajah, yang digunakan untuk merespon tanpa harus benar-benar merespon. 

"MUNGKIN"
Orang kadang menghindari keharusan membuat keputusan dan bersembunyi d balik kata "mungkin" atau "tidak tahu". Ada perbezaan dasar antara benar-benar tidak tahu atau menggunakannya sebagai alasan.

"KALAU"
Orang yang menggunakan kata "kalau" biasanya berusaha menimpakan kesalahan kepada orang lain dan meragukan dirinya sendiri. Misalnya, "Kalau Cheq menyelesaikan tugasnya, maka juga boleh mengerjakan tugas ku."



Kerja dan pekerjaan. 

Bulan September ini genab saya setahun (mengikut perkiraan kalendar termasuk bukan hari bersekolah) sebagai guru Prasekolah Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (kini lebih dikenali sebagai Prasekolah Intergrasi (Masalah Pembelajaran). 

Sepanjang setahun ini banyak perkara telah aku pelajari. Kerana aku belajar menjadi guru bukan untuk menjadi pengurus atau kerani. Untuk menjadi pengurus kanak2 mungkin satu yang agak mudah bagi ku. 

Proses pembelajaran ini sedikit sebanyak memberi tekanan sehinggah satu tahap aku hampir lelah. Bukan kesal dek mengurus berak kencing murid, urus tangis teriak mereka. Aku lelah belajar mengurus byk perkara baru dalam satu masa. Di tambah lagi keadaan - mangsa keadaan. 

Aku perlu belajar cepat.. tentang pengurusan dan perkeranian- petadbiran.  Pada masa yang sama mengurus ibubapa yang tahunya menekan tanpa mahu bersabar dan berempati dengan situasi. Org2 dewasa yang kurang komited pada masa kerja. 

Alhamdulillah aku pelajarinya. Tekanan timbul dalam proses penyesuaian diri. Tekanan timbul dek kerana  ketidakpastian yg mereka janjikan. Tekanan timbul dek kerana "keadaan".

Aku harus menjadi lebih tegas pada org lain namun berusaha utk tidak sampai menyakitkan hati org lain. Aku tidak harus menyelamatkan org lain sehinggah aku menyeksa diri. 

Alhamdulillah. Aku memilih jalan ini dan bertekad utk terus dijalan ini. Aku banyak teman2 tempat aku berkongsi rasa bukan mengkomplen. 

Anak2 ku... Usia Teacha boleh bila2 akan dicabut. Teacha khuatir andai sisa2 usia ini hanya mensiakan masa bersama kita.  Jauh disudut hati Teacha sangat sayang kamu. Walau ada kala terluah untuk cepat ada pengganti. Jauh di sudut hati.... mau lebih tahun lagi di sini. 

Teacha akan nikmati apa yang Teacha ada kini....KAMU....


Monday, August 2, 2010

Taik siapa wangi!!!!



Wah!!! Lama TeaCha tak cuci berak anak org (cuci lantai yg berak berselerak, Kakak basuh H2 di tandas).... kalau anak sendiri memanglah TeaCha tak pernah sebab TeaCha belum pernah beranak....hohohohoh..... Hari ini H2 berak.... berak time2 kitaorg jamuan lagi.... Canggih kan.... dia saja nak uji emosi TeaCha n yang lain2..... Apalagi!!! pelbagai emosi dan reaksi yang timbul tadi.. samada sengaja or tidak.... zuppp! zupp! Zuup! ada yg teriak! ada yang selamba....ada yang lari...ada yg rasa nak muntah..... TeaCha nak buat apa? Takkan nak panik.... 

TeaCha terkilan jg dgn mereka yg geli2 tu.... tapi apakan daya... bukan salah dorg jugakan.... taik dan makanan....huh! jauh tu darjatnya.... kalau taik baby boleh tahan juga,,, ini taik H2 yang berumur 5 thn. tambah2 taik bukan anak sendiri......

Apapun TeaCha belajar sesuatu. Mana yg "prihatin" mana yg tidak.... yg berlari atau yg menghulurkan bantuan.... Org bilang bukan anak aku....anak ko...ko uruslah....hohohohoho..... rasa kekitaan itu bukan semua org ada...

TeaCha tak nak salahkan sesapa.... H2 bukannya boleh bercakap... bercakap "aku mau berak!"... Tapi berak itu satu yang pasti utk semua benda hidup apa lagi H2 yg kuat makan itu... Cuma org yg boleh bercakap dan berfikir ini MUNGKIN kurang prihatin dengan BAHASA BADAN atau BAHASA TANGISAN MU.....Maaf lah yerr H2.....

Alhamdulillah. TeaCha dilahirkan bukannya penggeli. Dan hari ini bukan kali pertama. Pernah suatu ketika dulu. Masa TeaCha masih bergelar pelatih d sekolah ini masa tu manada PPM. Bukan TeaCha mintak pujik.... TeaCha sudah terbiasa....al biasalah anak sulung....berak kencing adik2 ..... Harap2 TeaCha tidak geli mengurus berak kencing mak bapak TeaCha pula suatu masa nanti....

RM250 dan RM200 - inilah antara nilai yg harus kita tanggung atas bayaran yg kita terima.... Usah merungut... peace no heart feeling!

Wednesday, July 14, 2010

Nanti kana marah............


Salam Sayang.....
Hari ni Teacha call dan kena call....

Pagi.
Teacha call mummy M, bagitau yg MM batuk2, panas dan kelihatan lemah.... Teacha tanya mummy M. Kenapa hantar ke sekolah kalau sakit....Mummy M jawap apa?
Nanti kena marah kalau tidak datang...kalau cuti teda surat doktor....


Ermmm...kompom tak bawa anak jumpa dr.. patutllah sakitnya berterusan...berhenti pun sekejap saja.... kasihan...

Tapi... kenapa teacha mau marah? Adush.... teacha mana ble marah...tapi seharusnya maklumkanlah...... May be pemikiran parent ni--- prasekolah juga terikat dgn peraturan sekolah.

Teacha teringat kata2 Nazir hari tu..... prasekolah tidak terikat dengan peraturan sekolah pun...tak da surat2... kalau tak hadir tak da surat2 amaran....itu kata nazir hari tu.... teacha pun baru tahu...

Apapun teacha nasihatkan Mummy M.....biarkan M sihat ...betul2 sihat baru hantar ke sekolah. Takut menjangkiti murid2 yg lain...kesian... teacha perasan... bila seorg berhingus....esok lusa semua berhingus.... teacha n kakak jadi hingus-hingusan....hehehe

Mahu Rehat.
Hari ni ada latihan kebakaran.  mau nda mau kelam kabut lari... maknanya tak sempat makan. seperti latihan sebelum ni, kita jg yg paling lambat. Tak termampu kami 2 org........membawa 8 org..... apapun kamu org ikut semua aktiviti...... Seperti biasa Y menjadi "ekor" teacha...tidak mau lari dari *&%%$ teacha....

Tengahari.
Daddy Y pulak call... kata nak jumpa teacha....nak tanya2 pasal perkembangan Y. Syukurlah... c u on Friday... Oh ya ... Daddy Y ada tanya.... teacha tak bg  surat confirmation letter.... yg mengatakan s Y dah kompom bukan lagi dlm tempoh percubaan 3 bulan... adeh! rasa2 teacha sekolah lain tak buat pun.... Issshhh  byk benda pulak nak buat klu jadi guru pra....boss oh boss kasih naik pangkat aku dulu .. jadi Guru Kurus Prasek...kih kih kih...............

Friday, June 18, 2010

.a. a y.a.m yam ayam! kokokokok....


Good Morning! Selamat Pagi! Apa khabar kamu semua? Teacher miss u all bah... Hari ni hari Jumaat. Teacher nak lawat mahligai kita tu.. Tapi Teacher tak berapa senang plak. Teacher yakin Kakak cantik boleh uruskan.. teaca dah urus juga tapi taklah seindah mana. 3 minggu korang cuti.. teaca cuti satu minggu jak... itupun tak ble dapat indahkan semula... ada kerja yg telah dirancang awal.

Kamu tau tak. Mahligai kita kena banjir. Banjir kilat. Jadi habislah kena lumpur komputer, printer, radio, buku-buku baru sampai semua rosak. Buku yg pandai bercakap tu pun dah rosak. 

Teaca sedih tau. Semua kita orang pun sedih. Kamu lagi sedihkan... Mahligai kita jadi serba kurang-kurang. Takblelah korang main komputer... Tak blelah kita nyanyi-nyayi lagi. Eh!!! siapa kata tak ble nyanyi-nyanyi dan nari-nari... boleh ba kan... Tak pa.. teaca bawa laptop tua teaca dan speaker.... kita nyanyi dan nari sampai hujan pun takut mau turun...tapi dengan syarat korang jgn kencing dalam seluar... penat lah teaca...

Apa korang buat d rumah sekarang erk? H2 mesti cuti2 Malaysia sebab mak dia pun cikgu.. Yang lain cuti2 gak kan...bestnya... Cikgu harap korang datang mahligai kita nanti dengan rasa gembira sekali.. iyalah mau jumpa teaca dan kakak yg cantik... 

Teaca pun tidak sabar mau jumpa kamu lagi... Yalah tahun pertama teaca pegang kelas pra utk tempoh satu 1 tahun..InsyaAllah. teaca mau juga tgk perkembangan kamu. Masih ingat apa yg kita belajar sebelum cuti tiga minggu atau kita terpakasa belajar semula. Ulang lagi dari awal. 

Teaca tak kisah. Kalau pun nak ajar dari "a" lagi. Namun Teaca mengharapkan kalian tak le lupa.. Nanti letih bha minda dan emosi cikgu ni....huhuhu... Taklah... sebenarnya tidak semua orang luar tu tau... tau kisah kita dalam mahligai ni. Iyah kisah kita2 jak... Cikgu tak salahkan kamu, itu sudah tahap keupayaan kamu dan Teaca redha dan juga kawan2 serumpun pun faham. Teaca tak juga salahkan orang luar yg tak tahu-sebab , mereka tak tahu... abaikanlah mereka kan...

Tahap keupayaan / kemahiran korang pun berbeza walau umur semua hampir sama 5 dan 6 thn. Tapi yang pasti tahap kamu tidak seiring dengan usia kamu. Itu kita semua sudah tahu kan...kalau tidak kita taklah mendiami mahligai kita tu kan. 

Y2. Y2lah anak murid sulung Teaca daftar 4 Jan 2010. Teaca ingat lagi... Ur father yg hantar untuk register for first day kan.. Really loving daddy wee!... Dan  Teaca ingat juga masa Y2 dan adik YH datang buat ujian  Sept. 2009 klu tak silaplah, 
Your father ask me..." Teacher, he will learn like  others kid ka?" 
I understand what he want to told me... Daddy harap Y2 boleh seperti org biasa suatu hari nanti..... nak tau apa Teaca jawab? 
Teaca jawab " He will learn but not same others kids at all... For Y2, we need more time more effort more patient and more cooperation between Teaca, parent." 
Teaca add... "I cannot promise you Mr. C, I will help you but you must help too. And I hope we'll choose 1 language we using when we communicate with Y2" 
Teaca boleh speak in  English dengan budak-budak jer lah... dengan orang besar Teaca kalah juga...huhuhuhu.. 
Teaca told your father.. " I can speak in Chinese but just ni haou ma? and Wo ai ni..." 
Your father is laughing ceh! 
So we choose MalayLish... heehehehe... palan-palan ba kan...

Teringat juga Teaca. Bila Teaca tunjuk gambar jam... suruh Y2 sebut jam... Y2 terus jump ! adeh... Ambil masa sebulan juga tu... akhirnya Y2 dah tahu "jam" itu apa.. bukan jumping . Mungkin lucu tapi itulah kalau ada silang bahasa...Itu silang bahasa... Dorang tak tahu lagi hal-hal lain.

Berbalik kepada bulan-bulan awal Y2 d mahligai kita. Y2 datang dengan memakai pampers . Teaca benarkan untuk 2 minggu pertama sahaja... selepas itu Teaca tak benarkan...dan bermulah misi Teaca  bergelumang dengan kencing Y2. Nasib baik tak hancing. Kerana tak hancing ni mngkin disesabkan Y2 tak banyak makan lagi..(Y2 badan kecik dan kurus mcm anak umur 3 thn). Y2 hanya dibenarkan memakai pampers jika ada majlis2 atau aktiviti di sekolah atau yang memerlukan Y2 keluar dan menghadapi orang lain selain Teaca. 

Y2 ingat kah? Masa mula2 tu.... Y2 selalu sangat terkencing bila ada kawan2 Teaca yang Y2 tidak kenal masuk mahligai kita atau menyapa Y2? Y2 suka sangat melekat di belakang baju Teaca. Sampai Teaca mau ke tandas Y2 pun nangis mau ikut. Mengamuk, menarik tudung kawan Teaca. Adeh... Y2 sukar untuk mendekati dan mahu mendekati orang lain selain Teaca dan Kakak. Y2 untung masa bulan pertama sekolah Y2 seorang sahaja. Dan peluang ini Teaca bawa Y2 berjalan-jalan. Kita banyak berjalan-jalan masa tu kan.. Teaca tak kisah kalau ada yang kata Teaca tak mengajar... Dorang tak tahu Teaca sedang mengajar Y2 berinteraksi dan bersosial dengan orang lain. Mula - mula tu pampers yang Y2 pakai pun boleh banjir. Bukan Y2 pakai pampers murah... mahal tu...tapi itulah Y2 akan terkencing dan terkencing dan terkencing bila rasa "kurang selamat"... sebab Teaca lepaskan orang lain bersama Y2. 

Sekarang (sebelum tempoh cuti sem 1 ni ), Y2 sudah banyak berubah. Menjadi sangat peramah. Dan sudah mula mahu menyapa dan menarik perhatian orang untuk Y2 disapa. Y2 sudah tidak melekat dengan Teaca. Habit terkencing Y2 pun dah berkurang..... Perbendaharaan kata Y2 dalam BM sudah makin baik. Sudah memahami dan memberi respon kata-kata Teaca. Harap harap kita boleh selesaikan atau kurangkan masalah kecelaruan penangkapan kata pula...(Teaca tak tahu nak sebut apa tu istilahnya dlm psycholinguistic.. adakah erk?). Contohnya Teaca sebut HIdup Y2 masih tunjuk HIdung Y2..huhuhuhuhu.... bukan sekali bukan tak jelas Teaca sebut HIDUP, Y2 masih juga tunjuk HIDUNG. (Perkataan HIDUP ada dalam lirik lagu Negara Ku. Setiap kali sampai senikata HIDUP, setiap kali itu juga Y2 tunjuk hidungnya.)

Kenapa Teaca cerita Y2 jak! Adeh.... ko kan paling senior ko leh yg banyak crita.... ini pun tak habis lagi... Teaca nak cerita lagi tapi Teaca dah lapar... Mahu masak---- goreng telur mata kerbau.. Bukan Teaca ambil kerbau punya mata telur eerk.... Tak faham? Memang ko tak faham....


Teaca rasa tak sabar nak gaji! Nak beli siri non-fiction novel by TOREY HAYDEN   

Tuesday, April 13, 2010

Apa lagi yang kita mahu tahu....

Apa lagi yang kita mahu tahu?
Hari ini sedikit tertekan.
Bukan dek kerana murid tidak mahu belajar.
Bukan kerana murid belum tahu apa yang diajar.
Bukan kerana hari ini tidak mahu bekerja.
Bukan kerana hari ini belum bersedia untuk bekerja.


Apa lagi yang kita mahu tahu?
Hari ini sedikit rasa tegang di hati.
Bukan dek kerana menyesal pilihan yang dipilih.
Bukan kerana tidak sanggup utk melakukannya.
Bukan kerana sukar untuk melakukannya sendiri.
Bukan kerana tidak biasa membersih dan menyapu.

Apa lagi yang kita mahu tahu.
Tahulah kerja kita sendiri.
Bahagi-bahagilah masa.
Uruslah masa.
Uruslah.
Sebab di disinilah kita boleh membeli makanan, 
membeli pakaian, membayar piutang..
Uruslah......mana yg d utama...

Apalagi yang kita mahu tahu.
Sekali menipu berkali tidak dipercayai.
Sekali mengklentong akan lama berkesan dihati.
Sekali mengampu cukup berkesan dihati dilain hari.
Dan telah di ceritakan dalam cerita kanak2 "Si Penjaga Kambing"

Diam bukan mengia.
Diam bukan bersetuju.
Diam bukan sudi diperbodohkan.
Diam cuma memerhati...what the next...

Sunday, April 4, 2010

Akal ku belum buntu cuma....


Akal ku belum buntu cuma...
Selama mana lagi harus aku menunggu...
Sekuat mana lagi usaha ku...
Setabah mana lagi tabah ku...
Sesabar mana lagi sabar ku...

Atau...
Masih ada lagi silap ku..
Atau
Masih ada lagi belum aku lakukan...
Atau
Masih ada lagi yang tertinggal...
Atau
Huaarghhh....

Dua bulan lagi dah semester 2...
Memandankan benda maujud pun belum lepas.....
Ini kan mengenal nombor....

April sudah tiba...
Seabjad huruf pun belum kenal....
Jangankan seabjad huruf.....
Kencing pun dalam seluar....

Sayang2 ku............andai ada pilihan lain...
Cikgu masih berpegang dengan pilihan ini...
Naluri tidak sekejam bisikan ghaib...
Aku pasti dengan pilihan ini...
Sayang2 ku...
Andai masih ada yg kurang..
Maafkan cikgu...
cikgu masih byk untuk dipelajari..
pelajari ilmu EQ, SQ....
Semoga CINTA ini kita serasi merasakan.

Ya Allah.....
Ampunkan aku...
andai masih ada liang2 diserata rezeki yang telah ku garap...
Sayang2 Ku...
Halal kan gaji ku..yang mungkin tidak sebanyak keringat harus ku usahakan utk mu.

Friday, March 12, 2010

Usah katakan Tidak!!


Teringat kata2 %^&*(
"selagi kita belum kena, selagi itu kita takkan faham"...
Begitulah manusia. Selagi belum dapat anak Autisma selagi itu takkan faham betapa mencabarnya mengasuh, mendidik dan membimbing anak ini... Apa yang saya tanggungjawabkan sebagai guru mungkin tidak sedalam mana yang dirasakan oleh ibubapa ini. Namun sedaya mana saya menanam hasrat utk memudahkan urusan mereka. Melihat lapisan air mata di bola mata mereka...mendengar serak sedih suara mereka..merundum lembutnya hati ku... Ini emosi...simpati dan empati...namun yg dalam menanggung adalah ibubapa kerana anak itu adalah milik kekal mereka dan ada harapan yg mereka letakkan. dan saya hanya "ibu tumpang" dimohon ilmu dan kemahiran ku utk merealisasikan harapan mereka...

Di satu sudut. Cuma sy bermohon beri saya kepercayaan. Beri saya peluang. Beri saya ruang. InsyaAllah. Keistimewaan yg sy ada adalah kekuatan dan kekuatan adalah sokongan serta kepercayaan ibubapa. ORG YANG LAIN..."lain2 tu" . usahlah masuk campur urusan saya kalau hati keras utk faham. buatlah bidang tugas anda sendiri dgn baik. kerana........"hari ini bukan hari anda, bila tiba anugerah ini pada anda tahulah anda menyesal tidak mahu utk faham".

dan kata ini "kalau tak mahu cuba atau buat, manakan boleh mahir"...
Begitulah sikap kita. Semuanya hanya tahu berkata TIDAK TAHU, TIDAK MAHIR, TIDAK PANDAI........dll................ perempuan belajar jadi perempuan sebab dia perempuan......begitulah guru, sudahnya menjadi guru maka seyakin kita terutamanya bukan guru yakin bahawa dia itu boleh mengajar....... skill boleh diasah bermula dengan percubaan pertama.........

Dan ada juga manusia mengukur kemahiran seseorang dengan ......
1. Lamanya tempoh berkhidmat dalam satu2 bidang.
2. dah kahwin ker belum?

Kalau sy diukur menggunakan skala "emosi" di atas, sungguh sy bukanlah yg selayakknya. Dan terima kasih bye bye... baju ku pakaiankan di kaki... seluar ku pakaikan di badan......

Sy membesar pada zaman PC harta mewah. Menjalani zaman remaja pada zaman internet bukan satu beban besar. Zaman belajar... dalam dunia siber bukan satu beban dan kini, ICT bukan lagi satu "kelebihan"... semua mampu milik... mampu di beli mampu dipelajari.

Tak usahlah risau bagaimana sy nak urus anak2 awak cuci beraknya. Tak payah nak tekan perkataan di google pun. Nak tunggu saya ada anak sendiri? adeh.........

Syukur kepadaNya. anugerah ini walau semua orang akan ada..namun tidak semua sanggup dan kuat... kerana Allah memberikan kepada hambanya apa yg perlu utknya.....

SEMOGA KEKUATAN INI TERUS KUAT....

Friday, February 19, 2010

Kerja tanpa syarat.

Salam.
Sedikit mengambil ruang ini utk menyata rasa untuk sekian kali.
Sekadar berkongsi pengalaman yang seciput ini...


Situasi 1
"Terima kasih cikgu kerana ajar anak saya..."
"mmmmmm....aarrrrr....terima kasih juga... dah kerja saya"
- Bagaimana perasaan cikgu? -


Situasi 2
"cikgu, dia pandai sudah bercakap...sejak dia sekolah di sini"...
"Oh iya...kami bawa saja dia bercakap....bawa saja dia bercakap wpun dia tak bercakap"...
- Bagaimana perasaan cikgu?-


Situasi 3
"Cikgu, macam mana kalau lepas 3 bulan dia tidak lulus percubaan? ada sekolah lain lagi kah.. di Tuaran kah?"
"Tak pa...jgn risau pasal tu... yg ptg kita sama2 ajar dia supaya dia boleh urus diri sendiri... d rumah pn kena usahakan juga... sekolah mana pun Pn mau hantar.. kena juga percubaan 3 bulan"...
-Bagaimana cgu nak berdeal dgn ibu ni? Antara budi bicara atau menurut perintah... -


Situasi 4
"Kenapa &*)(*&^%$# tidak hadir ke sekolah kelmarin"
********* - diam seribu bahasa -
"Dia g KIWANIS kah?
"Iya!!!! KAUkan mau bung dia!"
"Saya buang? Eh .. bukan buang maksudnya tu.... sy bukan buang...dia tak lulus percubaan...kan saya dah kata itu prosedur saja.................................."
"Buanglah la tu namanya!!...sy sediakan payung sebelum hujan...nanti KAU buang dia ada juga tempat lain dia belajar..."
-Yang ini..... apa cgu nak kata? -

Thursday, January 14, 2010

Kencing!!!!!!!

Adeh......kencing? kencing? kencing? Adeh...... go to toleit....
Kencing?....Kencing? Bagitahulah teacher klu nak kencing...... adeh........

Nak crite kah? org nak tahukah? Tak mengada2kah? errmmmmm....... bau kencing udah aku...... jom pulang tepat waktu!!!! Tak da "sesuka hati" dah..... tak da privasi...... adeh.....jom pulang!!!!

Sunday, January 3, 2010

Cinta Pertama

Esok, 4 Januari 2010. Kebanyakkan daripada kita akan memulakan satu kisah baru lagi. Saya akn memulakan satu kisah baru. InsyaAllah- sebagai guru Pendidikan Khas Prasekolah Masalah Pembelajaran. Kalau sebelum ini hampir 3 tahun berhadapan dgn murid-murid pendidikan khas d sekolah rendah dengan pelbagai karenah. Ada yang lagak dewasa dari umur dan ada yang diusai umpama kanak-kanak 2/3 tahun. Alhamdulillah sudah dijalani. Diri sendiri pun tidak menyedari bahawa diri juga mampu menangani pelbagai karenah mereka ini.
Sepertinya masa terlalu pantas. Dan saya perlu berubah. Berubah ke satu tahap lagi. Bagi mereka yang tidak tahu, berfikiran ini satu pekerjaan mudah. Amin Ya Rabbal Alamin... Semoga apa yang difikirkan oleh mereka mengabulkan lagi doa ku agar urusan ku dipermudahkanNya.
Sepertinya baru semalam aku rasa gembira kerana 67890 sudah boleh menyebut "bapa".... "gu'"... sudah boleh memberi respon kepada arahan mudah. Sepertinya baru semalam aku berlaga dgn $#@! kerana berebutkan makanan. Kerana terpaksa...dia mengeluar patah perkataan.....dan itu permulaan dia juga boleh bertutur... Alhamdulillah....
Itu yang like a baby . Dan aku perlu bertindak like a mommy. Yang dah akil baligh, lain lagi ceritanya. Kadang kasihan dengan mereka. Kadang takut plak. Hormon mereka sama seperti remaja yg lain. Ada rasa mahu dicintai dan mencintai. Yang tahu akan perasaan mereka oklah...perempuan suka lelaki..lelaki suka perempuan. Cuma berjaga2 kerana mereka boleh "dimanupulasi".. Dan kami perlu bertindak like a sister pulak. Dan.... ada juga terutama murid lelaki.. mungkin dia tidak faham perubahan yg berlaku dlm dirinya dan bagaimana menghadapi yg yg dia "rasa". Pada mulanya...ini yg sedikit membikin eeeeeee what to do?????? dlm fikiran dan reaksi aku dan rakan2 perempuan yg bujang.
Banyak yang perlu dipelajari. Ilmu yang dipelajari bukan sahaja dari buku2 namun, daripada pengalaman. Buku sebagai panduan. Memudahkan kita membayangkan apa yang akan berlaku dan bagaimana menghadapinya. Kemahiran kita menghadapinya bila bertemu dengan pengalaman yang berterusan.

Cinta kedua aku bukan bermula esok. Sudah bermula September 2009 cumanya hanya menyambung delegasi sebelumnya. Esok hari aku. Aku dan buku baru. Aku mengharapkan boleh bertahun sampai setahun. Ini perlu untuk aku menilai hasil daripada perancangan ku.

Okay......end for 2day... :-)

Saturday, January 2, 2010

Pintu Hati Ku diKetuk

Salam.
Sebahagian daripada msg2 dlm shoutmix ku.
Ada yang ketuk dan meninggalkan jejak untuk dijejaki semula.
Ada yang meninggalkan jejak namun tidak mahu dijejaki semula.
Ada meninggalkan jejak dgn kata2 peransang.
Ada yang meninggalkan jejak pertanyaan.
Apapun JUTAAN TERIMA KASIH kepada kalian.
Saya perlu memperuntukkan masa lagi untuk menimbah ilmu dalam bidang ini.









Friday, January 1, 2010

Keluarga Besar Ku. Mari kita berbaik-baik.


Assalamulaikum dan Salam Sejahtera Semua.
Semoga tahun lalu memberi impak maksima. Menjadikan kita lebih baik untuk tahun ini. Untuk kita lebih optimis dengan 12 bulan yang kita akan tempuhi. Untuk kita lebih bersangka baik dengan diri, keluarga, sahabat, rakan sekerja, ibubapa murid serta org-org yang berurusan dengan kita.
Kita usahakan untuk tidak menyatakan lagi kita mengambil jalan salah untuk berada di sini. Kita sudah memilih dan keluarga ini takdir untuk kita. Kita sayangi keluarga ini dan bekerjalah dengan sedar diri.
Kita usahakan untuk tidak lagi merungut beban kita semakin bertambah. Kita diberi setara dengan kemampuan kita. Kita merungut namun kita laksanakan juga. Hasil kerja menjadi seperti dikehendaki cuma nikmatnya kita tidak rasai kerana kita telah menghamburkan kata dan pemikiran negetif diawal kerja kita. Usahlah merungut. Kerana kata2 rungutan itu jadi ingatan org yg mendengarnya dan mungkin berbekas dihatinya.
Kita bekerja dengan sedar diri. Bekerja dalam kesedaran/kewarasan itu sudah tentu. Bekerja mengikut diskripri tugas itu adakalanya kita mengelak. Mengapa? Itu kerja kita jadi, sedar dirilah. Kalau guru - bidangnya mengajar, merancang untuk mengajar. Kita mengajar sebaik dan sesuai dengannya. Kalau kita PPM - bidangnya kita membantu mengurus murid. Mengurus murid termasuk membantu guru mengurus murid dan penyediaan pembelajaran kondusif untuk murid. Pembelajaran kondusif ini termasuk persekitaran murid-kelas, tandas, diri yg selesa, bahan p&p dll. Pengurusan murid ini termasuk kerja2 mudah perkeranian guru-dokumentasi dll.
Kita bekerja dalam kesedaran dan sedar diri. Masing-masing tahu tanggungjawabnya. InsyaAllah tiada lagi perkacaran emosi. Kita akan bahagia bekeluarga bersama. Ini bukan kisah di satu tempat. Ini kisah macam di semua tempat mahupun negeri. Mengapa? Tidak malukah kita dilabel dah namanya "pendidikan khas" - satu streotaip yg negetif untuk kebanyakkan org yg rabun hati. Apa perlu kita mahu menambah rabun hatinya lagi?
"Nama" dan "jenama" bukan satu jaminan untuk kita akan menikmati kepuasan kita menerima gaji. Gaji kan habis. Dan adakalanya habis sebelum waktu. Kenapa? Kita fikirkan.
Marilah keluarga besar ku. Kita bekerjasama atas dasar kesedaran dan sedar diri. Luahan perasaan segenab keluarga yg sudi berkongsi cerita. Ceritanya sama. Apa kita mahu sama lagi? Atau kita mahu terus membawa cerita itu sebagai "patern" kita?
Keluarga kita seharusnya bahagia. Telus berkata dan menilai kerana kita adalah sebahagian INSAN ISTIMEWA. Yang lama bantulah yg baru. Emosinya belum stabil untuk menerima sesuatu yang diluar kotak fikirannya. Yang baru, jagalah emosi dan ego mu. Ijazah bukan jaminan kaulah yang terpandai. Dan PPM, yang penting kita jalankan tugas dengan senyum usah membanding-banding tugas org lain dengan tugas kita.
- INSYAALLAH SEMUANYA BAIK2.
KITA SALING MENEGUR BUKAN MENGKRITIK SEMATA.
Rakan sekerja ku semua (warga PPKISKBP),
terima kasih menjadi sebahagian "penegur" ku sepanjang 2009.
Banyak belajar drp kalian-

Sunday, November 22, 2009

Kenangan yang kita ukirkan.






2009
Bukan sekali lagi meninggal kan kita..
Ini kali pertama 2009 meninggalkan kita..
Dan pastinya tiada lagi 2009..
Dan tentunya kali pertama dan terakhir...
Namun kenangan telah banyak kita ukirkan..
Manis membikin kita senyum dan ketawa.
Pahit pastinya tiada diantara kita..
Kerana itu adalah ilmu..
Untuk dipelajari...
Untuk dibincangkan sesama kami..
Terima kasih kerana menjadi sebahagian hidup ku..
Terima kasih kerana merindui ku..
Terima kasih kerana perlu menurut suruhan ku..
Terima kasih kerana tidak mengambil hati keluhan ku..
Terima kasih.....
******Terima kasih kepada anak2 murid ku, terima kasih kepada rakan2 sekerja di PK, terima kasih rakan sekerja di SKBP, terima kasih ibubapa murid, terima kasih my kawan2 yg memahami, terima kasih famili, terima kasih semua....

Sunday, September 13, 2009

Sigu Is'Mewah Berekreasi Minda Bab 2

CATATAN SI BUNGA
8.00 a.m: Hari ni hari kedua bunga2 aktiviti sambung rekreasi minda.. Keluar pintu hotel ada bazaar. Wah! Melur dan Orkid beli bag berharga RM10.. Mau simpan barang shoping la tu...Entah apa benda lagi dorg nak shoping ni..Bag AF tue tak cukup ka? Tulip dan Melur Jr just bawa bag sekolah aja.. he he he...tapi tak taulah lepas ni..

Tengok kiri kanan banyak barang cantik2...Tulip sebenarnya tak teruja sangat coz selalu juga nampak benda2 kain2 n tudung ni d KK. Cuma bila harganya terlalu berbeza murah baru rasa nak beli...klu tak, makcik aku punya tudung lagi cantik...he he he jan marah...
Sepertinya menjadi satu fenomena, tudung main pakai jd trend sekarang d Malaysia ni. Tudung jimat masa.... Ini mesti bawaan dari sinetron Indonesia...Maknanya negara kawan kita itu lebih inovatif dari kita kan... dan kita juga kreatif utk mempelbagaikannya sehingga ia menjadi "tudung ais krim paddle pop"...

Nampak tak bangunan tinggi tu?? Tulip selalu bertanya ngan bunga2 lain...macam manalah klu lif rosak? Tak sanggup aku. Melur kata; bersyukurlah kita tak tinggal d KL..Klu bawa anak melawat kawan yg tinggal d sini, sure anak tak mau ikut..he he he..

Antara kepelbagaian makanan ringan yang ada...di sekitar chow kit road..Pusing2 punya pusing ada beberapa kerepek2 tu mcm made in Indonesia yang juga mudah didapati di Tawau... Tapi si Bunga2 tak berapa nak mau beli pun...cuma Melur ada beli Petai..Katanya murah...Oh ya ka...d KK mungkin org tak berapa nak makan petai jadi mahal ler..RM8 sekilo...biar betull. Tulip n Melur Jr memang tak tahu makan petai so memang tak tahu menahu...

Wah! banyak kain...Masing2 beli kain utk diri sendiri, mak, adik2, dan juga bibik...Buat pa beli kain? Sempat ka jahit wahai Bunga2? Beli kain utk Raya Haji..he he he...Tulip beli utk mak. Kain perfume ni Tulip tak jumpa lagi d tempat makcik or KK so belilah. Bila dah satu org beli, yg lain pun beli...he he he nasib baik boria corak ja...warna lain2..


Jalan2 d jln masjid India...sesak ba... risau gak klu terpisah.. Buat kali pertama nampak bunga yg org India buat kalun tu...cantik.....
+- 12.30 Balik Hotel...utk urusan peribadi n agenda masing2.... he he he..
-Penulis; Tulip

Saturday, September 12, 2009

Sigu Is'MeWa..H.. On Air....Bab 1

11 Sept 1.15 pm - Sedang tunggu 'jet peribadi' di Terminal 2...

Di udara..hmm...sempat juga posing...opps!!hensem gak 'mamat' sebelah tu...
Check in City Villa Hotel jam 7.09 pm...
Jalan TAR, Yei!!pas ni round Chowkit
Yong Tau Fu KL sedap!!Macam-macam ada...
CATATAN SI BUNGA
11 Sept 09, 12.00 pm - Tima kasih kawan hantar kami di Terminal 2...syok gak naik 'Ninja King kuning'. Pas ni Si Ninja ni balik Ranau...pesan Melur..belikan 8 biji bambangan..
12.15-2.05 pm - Lambatnya...dah tak sabar nak naik 'belon' ni...Ahg...lega..calling dah.
2.05-4.45 pm - Di udara..yang paling awal mengorok Melur...pas tu Orkid pula yang mimpi naik bulan... yang Tulip tu asyik ngan kamera...Mawar tu tak sabar lagi nak jejak Tanah Besar...
5.00 pm - LCCT menyaksi ketibaan Si Bunga2...Kami ke KLIA ngan bas...eh!!lagu dalam bas tu bah...teringat pula pada Sekhar... Pas tu baru ke KL Central ngan train express...syoknya...28 minit ja dah sampai, klu naik bas sejam lebihlah...
6.30 pm - ' ALLAHUMMALAKASUMNA...' Hei!! belum lagi...itu berbuka di Sabah...Kite kan sekarang di KL... pusing2 naik limousine, akhirnya sampailah Si Bunga2 di City Villa Hotel, wow!!betul2 di Chowkit, syoknye...
Ahhhh!!!!Tunggulah...kami dah nak p shopping...
-Penulis; Melur-

Friday, September 11, 2009

Semoga Allah Melindungi Mu Selalu...

Tiada kata terkata...
Cuma..
Maaf Zahir Batin.
Andai kata perkenalan di alam maya ini pernah
mengudang rasa resah, sedih, bimbang dan kecewa..
Ya Allah berkatilah perkenalan ini....
Agar perkenalan ini memberikan ceria dalam
hari2 kehidupan sahabat2 maya ku.
Amin...Ya Rabbal ALamin..

Sunday, September 6, 2009

Guru Pendidikan Khas Busuk Hati!



Rakan2 sebidang- Kita amik dari sudut positif mengapa si Guest ini membuat kenyataan di atas.
*****Mungkin dia tak puas hati dgn beberapa individu wpun dia kata "ramai busuk hati walaupun ajar p khas" dan dia luahkan.
*****Mungkin dia pernah jadi mangsa guru PK yg busuk hati.. Dia saja yg tahu.


Untuk Guest- Kalaulah anda kenal saya dan saya pernah berbusuk hati. Saya minta maaf.
- Kalaulah anda tidak kenal saya mari kita berkenalan...:-). kita kongsikan cerita.
- Kalaulah anda tidak sudi kenal saya, tak apa...tapi usahlah main sembunyi,
kalau sembunyi, apapun tak selesai...
- OK sekali lagi saya minta maaf drp pihak "sebidang" dgn saya.
- Terima Kasih banyak2 atas teguran pedas ini. Pedas bg mereka yg tidak melakukan (busuk hati) dan biasa2 aja bg mereka yg suka melakukannya (busuk hati).

Monday, March 23, 2009

Diploma Pendidikan

Ada orang berkata di sinilah bermula kehidupan mu...
Namun aku berkata kehidupan ku bukan bermula di sini...
Kehidupan ku sudah bermula sejak aku dalam kandungan ibu ku..
Pelbagai asam garam madu gula sudah aku lalui..
Dan aku yakin aku harus laluinya lagi cuma di zaman yang berbeza..
Di sini hanya permulaan untuk sebuah cerita hidup yang baru
lanjutan sebuah cerita hidup yang lalu..
Semoga aku semakin kuat meneruskan kehidupan ini....
Kehidupan zaman ini..
Yang hanya mereka yg kuat boleh bertahan..
Kehidupan yg hanya mereka punya kuasa & pangkat boleh memerintah..
Kehidupan yang hanya mereka punya EGO boleh TEMBERANG..
hehehheheh...Janganlah marah yer....kalau terasa....
****aku bukan nak minta puji...
cuma minta dihormati sebagaimana yang sepatutnya...

Sunday, March 22, 2009

Ramai Guru Sakit Jiwa

Membaca artikel kosmo hari ini membuatkan saya teringat semasa belajar dulu. Jika dahulu bebanan hanya kepada tugasan akademik yang sememangnya wajib untuk disempurnakan pada dateline yang ditetapkan. Tekanan hanya wujud apabila tugasan tersebut hampir pada date linenya dan aku masih dengan tugas - tugas lain.
Dalam menyiapkan tugasan. Berurusan dengan manusia adalah perkara yang menambahkan lagi tekanan apa lagi bila tidak dapat seperti mana yang dibayangkan atau manusia itu tidak setaraf sepertimana "nama" yang dibawanya. Kalau bekerja dengan mesin mudah saja aku melepaskan tekanan. Komputer hang aku restart tak pun aku ketuk - ketuk. Printer buat hal, tunggang tebalikkan sehingah ia berfungsi semula. Kalau manusia? Baik buat kerja sendiri.... Tak pun telan liur ja dan aku berdoa andai aku di status mereka suatu hari nanti aku tidak akan menyusahkan hidup orang lain. Kalau manusia ? Argh....biarkan dia dengan labi - labinya... kerana bukan semua yang "sukar" seperti mereka. Kerja kumpulan, pelbagai fiil pelbagai emosi, pelbagai kemahuan...semuanya mematangkan.
Dulu... Time study bolehlah lepaskan tension belajar dengan join aktiviti kampus yang lainnya. Tak dapat jadi pemain bola jadi tukang pungut bola pun jadi. Tak dapat join band group jadi tukang kasi sedia pentas pun tak pa. Tak dapat jadi pembaca sajak Hari Merdeka jadi tukang kasi sedia mikrofon pun jadilah.... Semuanya seronok dilakukan walaupun adakalanya perlu "diperintah - perintah" oleh junior...yang penting kita tahu di kita sedang bertugas dan masing - masing faham akan spek tugas masing2.
Duuuuuulu...seronok sangat..
Itu duuuuuulu.. Apabila di alam kerja. Pernah berada dibawa dua bos sebelum ini. Satunya menyakitkan dan hati tidak gembira. Sakit kerana dituduh walaupun bukan aku tetapi rakan lain namun org kata cubit paha kiri, paha kanan terasa. Tidak gembira kerana mengharapkan sesuatu sikap yg profesional ekoran drpd jawatan dan akademik yang dipegangnya... Marah tak tentu pasal. Tak malu kah marah2 org tanpa berfikir? Ish222... Aku dan teman2 berdoa andai kami sudah ada jawatan sprtnya takpun jwtn setaraf degree ni, jauh2kanlah sikap macam tu memalukan diri sendiri tanpa sedar.
Itu duuulu.. Kerja dengan Mr. C ni membuatkan aku seditkit yakin pada diri walaupun gaji setaraf dengan gaji lulusan SPM. Confident to speak in Inglish. Yang bestnya confident to be myself.... Yah..terima kasih apek.. Keyakinan aku wujud kerana kau memberi aku kepercayaan memberi aku peluang untuk menyatakan keperluan kerja, menyatakan perkara - perkara yg boleh menganggu tugas aku.. Walau kerja - kerja aku banyak tekanan kau tidak menambahkan tekanan lagi.
Bukan aku nak berkata apa... ini pengalaman. pengalaman ini juga disahkan oleh beberapa rakan aku yg pernah bekerja dengan dua kaum yg berbeza. Amat berbeza bekerja dengan dua kaum yg berbeza ini. Walaupun mereka agak kedekut untuk memberi gaji yg banyak, namun mereka tidak kedekut ilmu dan yang penting kepercayaan yang diberi.

Kini...mungkin ini bukan yang dihajati namun ini sudah takdir pilihan yang dipilih untuk aku. Perkara dalam artikel kosmo hari ini pernah kami bincangkan semasa belajar duuuuuulu. Burnout in teachers profession kalau tidak silaplah tajuknya. Burnout = tekanan yang melampau - lampau. Kenapa guru? Kerana guru adalah multifunction!!!! Cuba renungkan. Tolaklah tanggungjawab guru sebagai isteri, ibu, adik atau kakak dlll kerana pekerjaan lain pun punya keluarga. Renungkan. Di sekolah guru bukan cuma pengajar. Dialah tukang cat, dialah setiausaha, dialah pendaftar, dia tukang bagi markah, dia tukang jaga bunga/kebun, dialah YANG MENURUT PERINTAH. Bagaimanapun HIDUP HARUS DI TERUSKAN...
Harap2 artikel ini boleh membuka mata dan minda kita. Usah terperangkap dengan tekanan ciptaan manusia.......Kalau tak mampu kata tak mampu bukan tolak mentah2 nanti org cop tukang bagi alasan. Yang suka bagi label2 tu, kita tidak tahu penghujung hidup kita, di mana kita akan berada di suatu masa nanti so, berpada ketika mencop / melabel . Yang suka memilih suka - suka tu, kurang2kanlah...nanti org takut nak bertembung nanti kena pilih pulak...
Untuk aku yang lemah dan masih muda mentah ini. Tarik nafas dalam2..kira sampai tiga....hembus..... Hadapi dengan senyuman apa yang terjadi biar terjadi....hehehheheheheheheheh..
Yg diatas tu cuma rasa hati berdasarkan pengalaman... JOM RUJUK di SINI untuk keterangan yang lebih FAKTA. Semoga membantu diri kita untuk membantu orang lain.
***aku kalau bekerja dalam tekanan yang "tidak sepatutnya" membuat kerja tu serba tak jadi...***

Friday, January 30, 2009

Amir: Perubahan



Salam.
Amir memiliki minat yang luar biasa berbanding kanak - biasa yang lain. Amir suka "membaca" surat khabar sepertinya dia betul - betul faham / tahu apa yang "dibacanya" itu. Atau sememangnya dia tahu apa yang dia "baca". Saya cuba untuk memahami perilaku Amir itu. Amir kanak - kanak ADHD yang belum berupaya menyebut sebarang perkataan mahupun asas bunyi huruf vokal.



Tahun ini merupakan tahun kedua Amir disekolah (tahun pertama Amir mendaftar dipertengahan semester). Terdapat beberapa perubahan yang saya lihat terutamanya tingkah lakunya. Amir sudah boleh memahami dan memberi respon guru dan boleh duduk diam dalam tempoh lebih lama berbanding tahun sebelumnya. Amir hanya perlu ditemani ke tandas memandangkan jarak tandas murid PK dan kelas agak jauh bagi kanak - kanak PK serta tingkah laku Amir aktif tidak memungkin saya membiarkannya ke tandas sendirian.

Pentaksiran Murid Berkeperluan Khas

 Pentaksiran.